Isnin, 29 Jun 2015

Tanda Awal Strok Dan Cara Mengurangkan Strok

Serangan strok adalah serangan yang paling ditakuti kerana ia selalu berlaku tanpa amaran dan tiba-tiba. Namun sebenarnya, kegagalan seseorang untuk mengenalpasti tanda amaran awal kepada strok adalah lebih membimbangkan.

Kadangkala badan dah menunjukkan tanda amaran bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan badan kita. Tapi oleh sebab kita takut dan tak nak percaya bahawa kita ini sakit, maka tanda ini sering di abaikan.


Apa tanda amaran awal kepada strok? Jom perhatikan dan teliti perkara di bawah.

1. Merasa lemah atau kebas secara mengejut di sebelah bahagian badan. Contohnya muka senget sebelah, air liur meleleh, kaki atau tangan berasa kebas dan hilang deria rasa.

2. Mata kabur secara tiba-tiba sama ada sebelah atau kedua-duanya sekali.

3. Susah untuk bertutur dan susah untuk memahami pertuturan. Selalunya percakapan menjadi tidak jelas butirannya.

4. Pening, hilang imbangan dan merasa keliru. Pesakit akan rasa nak jatuh dan susah berdiri dengan betul.

5. Sakit kepala yang teruk dan mengejut

6. Rasa mual atau muntah

Ketahuilah bahawa strok adalah penyebab kematian yang utama di Malaysia selepas penyakit jantung dan kanser.

Siapa yang berisiko?

Mereka dalam senarai di bawah mempunyai faktor meningkatnya risiko diserang strok.

1. Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak di rawat. Ini akan merosakkan dinding arteri dan boleh menyebabkan salur darah tersumbat.

2. Diet yang tinggi kandungan garam menyebabkan tekanan darah tinggi, manakala diet yang tinggi kandungan lemak dan gula boleh menyebabkan pennyempitan dan pengerasan arteri.

3. Pesakit kencing manis kerana biasanya mereka juga akan mengalami tekanan darah tinggi dan arterosklerosis.

4. Pernah mengalami TIA.

5. Fibrilasi atrium dimana pembentukkan gumpalan darah dalam jantung akibat daripada degupan jantung yang tidak teratur, yang kemungkinan tertanggal dan di bawa oleh aliran darah ke otak.

6. Merokok mendatangkan pelbagai kesan negatif kepada arteri dan meningkatkan tekanan darah

7. Sesetengah pil perancang keluarga boleh memekatkan darah, menyebabkan ia bergumpal lalu menaikkan tekanan darah.

Sebenarnya, risiko serangan strok boleh dikurangkan. Sentiasa ingat untuk:
  • bersenam 30 minit lima hari seminggu
  • mengambil diet sihat seperti buah dan sayur yang kaya dengan antioksidan, vitamin dan mineral
  • mengekalkan berat badan sihat
  • tidak merokok
  • selalu memeriksa tekanan darah
  • minta nasihat doktor sebelum mengambil pil perancang keluarga atau suntikan hormon
Sentiasalah 'alert' dengan setiap perubahan pada tubuh badan sendiri atau orang yang kita sayang. Jangan sampai menyesal akibat keterlewatan kita mengenal tanda amaran bahaya strok.

Kurangkan stress, sentiasa senyum, amalkan zikrullah insyaAllah hati tenang dan penyakit dapat dihindarkan.

Ingin bantuan untuk mengurangkan serangan strok? Hubungi saya;

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan