Jamu VS Suplemen ~ Mana Lagi Baik Semasa Berpantang?

Assalamualaikum wbt.

Sejak beberapa tahun ni, industri makanan jamu untuk kesihatan agak popular di Malaysia. Macam-macam jenis jenama jamu muncul bagai cendawan lepas hujan. Sampai saya sendiri tak ter'follow' dah apa jenis jamu yang ada sebab banyak sangat.

Jamu sebenarnya ialah perkataan yang berasal daripada Indonesia yang bermaksud ubat tradisional atau juga dikenali sebagai ubat herba. Bahan-bahan jamu diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan herba (akar, daun, batang, buah) yang di proses secara tradisional (dikeringkan, dihancurkan, di bancuh, direbus, dan sebagainya).

Kalau pergi ke Indonesia, kita akan jumpa ramai sangat orang jual jamu di tepi-tepi jalan. Kebanyakan jamu ni mereka buat sendiri je dan jenis-jenis jamu tu berbeza ikut permintaan. Cuma sekarang ni, kebanyakan jamu telah dipaketkan atau dibotolkan supaya lebih mudah untuk dijual dan digunakan.


Fungsi jamu juga berbeza-beza. Jamu beras kencur contohnya berfungsi untuk menghilangkan sengal-sengal tubuh, jamu kunir asam pula untuk menyejukkan tubuh dan mengelakkan tubuh panas dari dalam, jamu pahitan pula diminum untuk merawat masalah gatal-gatal dan kencing manis.

Senang cerita macam kita kat Malaysia ni, gunakan herba belalai gajah untuk merawat kencing manis, herba misai kucing untuk masalah kencing, buah pinggang dan batu karang , tongkat ali untuk menambah tenaga, manjakani dan kacip fatimah untuk kesihatan organ peranakan dan banyak lagi.

Walaupun herba-herba ni bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika di proses atau digunakan secara salah. Contohnya herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi boleh memudaratkan jika di ambil dalam dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat. Sama macam ubat.

Jamu semasa berpantang?

Jamu, herba, akar kayu telah digunakan secara turun temurun dan salah satu aspek penting semasa berpantang. Amalan makan jamu yang betul dapat memulihkan kesihatan ibu lepas bersalin, memanaskan badan, mengecutkan organ, urat dan otot yang kendur, mengeluarkan angin, memberi tenaga dan sebagainya.


Tidak salah mengamalkan makan jamu semasa berpantang dan digalakkan makan hingga 44 hari untuk memastikan segala kotoran dan toksin keluar dari badan.

Apa itu suplemen?

Dalam istilah sebenarnya ialah dietary supplement iaitu sesuatu nutrien tambahan dalam makanan yang berfungsi mencukupkan nilai yang diperlukan oleh tubuh. Ia boleh jadi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral. Contohnya seorang individu yang sakit, makan dalam kuantiti yang amat terhad, maka dia perlu mengambil suplemen untuk mencukupkan nutrisi yang dapat membantu tubuhnya kembali sihat.

Suplemen tidak boleh di anggap ubat oleh sebab itu tidak boleh kata ia dapat mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah penyakit. Tetapi suplemen boleh membantu menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh.

Fungsi suplemen semasa berpantang

Semasa berpantang, kita amat menjaga pemakanan. Banyak makanan kita tidak boleh dan tidak digalakkan makan. Kita juga minum air hanya dalam kuantiti terhad. Kita makan sayur dan buah juga dalam kuantiti kecil malah kadang-kadang tak makan langsung. Jadi dimana kita boleh mendapat semua zat dan nutrisi yang sangat diperlukan oleh badan kita sedangkan itulah waktunya badan kita perlu pulih dengan cepat dan sempurna?

Jadi disinilah kita perlukan suplemen atau makanan tambahan.

Ingat, setiap hari badan kita perlukan sejumlah amaun protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. Jika amaun ini tidak mencukupi, tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Contohnya badan perlukan protein dan asid amino untuk pertumbuhan dan pembinaan sel-sel baru. Tapi masa pantang kita ayam tak boleh makan, telur lagilah tak boleh makan, kacang-kacang pun sama.


Badan kita perlukan vitamin C untuk sistem imun yang kuat, zink untuk tindakbalas metabolisme dan pemulihan luka, B kompleks untuk pemulihan urat saraf, kalsium untuk mengembalikan kekuatan saraf dan otot dan sebagainya lagi.

Jelaslah disini bahawa kedua-dua jamu dan suplemen amat penting semasa berpantang dan kedua-duanya mempunyai peranan tersendiri dalam pemulihan dan kesihatan.

Jamu vs suplemen: mana yang lagi baik semasa berpantang?

Ambil dua-dua.

Jika berminat mendapatkan Set Vitamin Selepas Bersalin Shaklee, hubungi saya:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994

atau buat belian online sendiri dengan klik:




Tiada ulasan:

Catat Ulasan