Suplemen Terbaik Untuk Wanita Menopaus Yang Utamakan Kesihatan

Assalamualaikum wbt.

Memasuki usia menopaus tentunya memberi perasaan yang bermacam-macam kepada seorang wanita. Ada yang gelisah, takut, sedih dan tidak kurang ada yang seronok dan gembira kerana tidak perlu lagi risaukan kehamilan.

Menopaus ialah proses biologi semulajadi dimana semua wanita akan melaluinya cuma yang membezakan antara individu ialah cepat atau lambat mereka menopaus dan bagaimana sikap mereka menghadapi perubahan fasa kehidupan ini.

Kekal sihat dan anggun di usia menopaus

Walaupun menopaus menyebabkan berakhirnya kesuburan seorang wanita, tetapi kita mampu untuk terus kekal sihat dan cergas malah dapat melakukan semua kegiatan harian seperti biasa termasuklah dari segi hubungan seksual dengan suami.

Bagaimana nak tahu jika seseorang wanita itu menopaus?

Ada banyak tanda-tanda dan gejala yang boleh diperhatikan, namun yang paling ketara ialah kedatangan haid tidak lagi teratur malah adakalanya tidak datang berbulan-bulan (bukan disebabkan menyusu bayi atau mengambil perancang keluarga).

Selain itu, wanita menopaus akan mengalami gejala fizikal seperti 'hot flashes' dimana berasa panas dan kemerahan di muka serta berpeluh, emosi yang tidak menentu, tidur yang sering terganggu, perasaan cemas dan sebagainya.

Baca lanjut mengenai gejala menopos dalam entry ini.

Perlukah wanita menopaus berjumpa doktor?

Jika mengetahui gejala menopaus sudah bermula, bertemulah dengan doktor untuk memeriksa tahap kesihatan seperti tekanan darah, bacaan kolesterol, bacaan gula dalam darah, dan lakukan screening seperti colonoscopy, mammography, lipid screening, ujian tiroid, payudara dan pelvik.

Selalulah berjumpa dengan doktor jika mendapati ada perubahan atau mengalami gejala yang semakin teruk.

Suplemen Terbaik Untuk Wanita Menopaus

Wanita, walaupun sudah menopaus mesti mengekalkan kesihatan dengan baik. Adakala wanita menopaus ini lebih sihat dan cergas berbanding wanita yang belum menopaus. Mereka lebih gembira menghadiri majlis ilmu di masjid, dapat bersosial di kenduri kendara, bercuti serta travel ke luar negara bersama anak-anak, dan melakukan hobi serta kegemaran bila-bila masa mereka suka. Seronok kan?

Dengan mengamalkan cara hidup yang sihat dari segi rohani dan jasmani, tidak mustahil wanita menopaus kembali anggun menawan seperti wanita lain. Satu perkara yang mesti dititik-beratkan ialah menjaga pemakanan, dan mulakanlah mengambil nutrisi berkhasiat yang dapat membantu mengatasi gejala tidak selesa itu tadi.

#1. Antioksidan

Proses menopaus dan penuaan secara semulajadi melibatkan satu proses di panggil tekanan oksidatif dimana ia menghasilkan lebih banyak radikal bebas perosak seperti reactive oxigen species (ROS).

Pada keadaan biasa, antioksidan akan meneutralkan semula ROS, oleh itu badan kita akan selamat daripada kerosakan akibat tekanan oksidatif. Tapi, apabila badan semakin berusia, level antioksidan menurun dengan ketara, maka timbullah pelbagai masalah kesihatan akibat lebihan radikal bebas seperti penurunan aras estrogen, masalah jantung, osteoporosis, kanser, dan sebagainya.

Jadi pengambilan antioksidan tambahan sangat diperlukan oleh badan untuk memusnahkan radikal bebas dalam badan dan mencegah sel daripada rosak.

#2. Estrogen

Kita tahu, apabila menopaus, hormon estrogen turun maka pelbagai fungsi tubuh mula merosot. Ini kerana hormon estrogen memainkan peranan penting dalam lebih 400 fungsi berbeza dalam tubuh kita.

Maka tak hairanlah, apabila seseorang itu mula menopaus, kitar haid bercelaru, keintiman merosot, kesihatan vagina juga merosot, mood tak menentu, payudara menggeleber, kekeringan kulit dan sebagainya lagi.

Mengambil makanan yang mengandungi phyto-estrogen dapat mengembalikan semula fungsi-fungsi tubuh supaya dapat berjalan dengan lancar.

#3. Omega 3

Wanita yang sudah menopaus biasanya akan mengalami peningkatan berat badan dan pengumpulan lemak berlebihan (akibat kekurangan estrogen). Pengambilan lemak seperti Omega 3 amat diperlukan untuk melancarkan salur darah, mengurangkan gejala menopaus seperti hot flashes, mencegah kanser kolon dan kanser payudara, mengimbangi semula hormon dalam badan serta mengingkatkan tahap kesihatan.

#4. Omega 6

Seperti juga Omega 3, Omega 6 turut diperlukan oleh badan. Omega 6 berfungsi mengurangkan gejala menopaus, memperbaiki masalah kulit, memperbaiki keintiman, melancarkan tekanan darah, mencegah kanser payudara dan pembentukan cyst.

#5. Kalsium dan vitamin D

Apabila usia meningkat dan hormon menurun, tulang mula hilang kekuatannya. Kolagen yang mengikat kalsium dalam tulang turut berkurang dengan itu akan lebih mudah mendapat osteoporosis. Wanita menopaus amat digalakkan mengambil sumber kalsium daripada makanan dan mendapatkan vitamin D daripada sinar matahari pagi.

Selain mengamalkan pemakanan yang baik, ubahlah cara hidup kepada yang lebih sihat dan aktif, cukupkan tidur, kurangkan kafein, garam dan gula berlebihan, berfikiran positif dan bergembiralah dengan keluarga dan teman-teman.

Ingin bertanya lanjut atau berminat mendapatkan Set Menopaus ini, boleh hubungi saya:

Puan Suhaila Budin
012-9645614

atau buat belian sendiri secara online dengan klik di sini:


Semoga semua wanita di dunia di kurniakan kesihatan berpanjangan supaya terus jadi wanita super!

Salam sayang. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan