Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Assalamualaikum wbt.

Sejak beberapa tahun ni, industri makanan jamu untuk kesihatan agak popular di Malaysia. Macam-macam jenis jenama jamu muncul bagai cendawan lepas hujan. Sampai saya sendiri tak ter'follow' dah apa jenis jamu yang ada sebab banyak sangat.

Jamu sebenarnya ialah perkataan yang berasal daripada Indonesia yang bermaksud ubat tradisional atau juga dikenali sebagai ubat herba. Bahan-bahan jamu diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan herba (akar, daun, batang, buah) yang di proses secara tradisional (dikeringkan, dihancurkan, di bancuh, direbus, dan sebagainya).

Kalau pergi ke Indonesia, kita akan jumpa ramai sangat orang jual jamu di tepi-tepi jalan. Kebanyakan jamu ni mereka buat sendiri je dan jenis-jenis jamu tu berbeza ikut permintaan. Cuma sekarang ni, kebanyakan jamu telah dipaketkan atau dibotolkan supaya lebih mudah untuk dijual dan digunakan.


Fungsi jamu juga berbeza-beza. Jamu beras kencur contohnya berfungsi untuk menghilangkan sengal-sengal tubuh, jamu kunir asam pula untuk menyejukkan tubuh dan mengelakkan tubuh panas dari dalam, jamu pahitan pula diminum untuk merawat masalah gatal-gatal dan kencing manis.

Senang cerita macam kita kat Malaysia ni, gunakan herba belalai gajah untuk merawat kencing manis, herba misai kucing untuk masalah kencing, buah pinggang dan batu karang , tongkat ali untuk menambah tenaga, manjakani dan kacip fatimah untuk kesihatan organ peranakan dan banyak lagi.

Walaupun herba-herba ni bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan, ia juga boleh memudaratkan jika di proses atau digunakan secara salah. Contohnya herba A disahkan bermanfaat untuk merawat penyakit tertentu, tetapi boleh memudaratkan jika di ambil dalam dos tinggi. Dalam konteks ini, herba sepatutnya diproses dan digunakan berdasarkan standard penggunaan yang tinggi dan tepat. Sama macam ubat.

Jamu semasa berpantang?

Jamu, herba, akar kayu telah digunakan secara turun temurun dan salah satu aspek penting semasa berpantang. Amalan makan jamu yang betul dapat memulihkan kesihatan ibu lepas bersalin, memanaskan badan, mengecutkan organ, urat dan otot yang kendur, mengeluarkan angin, memberi tenaga dan sebagainya.


Tidak salah mengamalkan makan jamu semasa berpantang dan digalakkan makan hingga 44 hari untuk memastikan segala kotoran dan toksin keluar dari badan.

Apa itu suplemen?

Dalam istilah sebenarnya ialah dietary supplement iaitu sesuatu nutrien tambahan dalam makanan yang berfungsi mencukupkan nilai yang diperlukan oleh tubuh. Ia boleh jadi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral. Contohnya seorang individu yang sakit, makan dalam kuantiti yang amat terhad, maka dia perlu mengambil suplemen untuk mencukupkan nutrisi yang dapat membantu tubuhnya kembali sihat.

Suplemen tidak boleh di anggap ubat oleh sebab itu tidak boleh kata ia dapat mendiagnos, menyembuh, merawat dan mencegah penyakit. Tetapi suplemen boleh membantu menyumbang kepada kesihatan dan kecergasan tubuh.

Fungsi suplemen semasa berpantang

Semasa berpantang, kita amat menjaga pemakanan. Banyak makanan kita tidak boleh dan tidak digalakkan makan. Kita juga minum air hanya dalam kuantiti terhad. Kita makan sayur dan buah juga dalam kuantiti kecil malah kadang-kadang tak makan langsung. Jadi dimana kita boleh mendapat semua zat dan nutrisi yang sangat diperlukan oleh badan kita sedangkan itulah waktunya badan kita perlu pulih dengan cepat dan sempurna?

Jadi disinilah kita perlukan suplemen atau makanan tambahan.

Ingat, setiap hari badan kita perlukan sejumlah amaun protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral. Jika amaun ini tidak mencukupi, tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Contohnya badan perlukan protein dan asid amino untuk pertumbuhan dan pembinaan sel-sel baru. Tapi masa pantang kita ayam tak boleh makan, telur lagilah tak boleh makan, kacang-kacang pun sama.


Badan kita perlukan vitamin C untuk sistem imun yang kuat, zink untuk tindakbalas metabolisme dan pemulihan luka, B kompleks untuk pemulihan urat saraf, kalsium untuk mengembalikan kekuatan saraf dan otot dan sebagainya lagi.

Jelaslah disini bahawa kedua-dua jamu dan suplemen amat penting semasa berpantang dan kedua-duanya mempunyai peranan tersendiri dalam pemulihan dan kesihatan.

Jamu vs suplemen: mana yang lagi baik semasa berpantang?

Ambil dua-dua.

Jika berminat mendapatkan Set Vitamin Selepas Bersalin Shaklee, hubungi saya:

Puan Suhaila


ID: 868994





Eceh..tajuk entry macam aku ni pro-pro je bab ni kan? Haha ko hado?

Alkisahnya aku ni memang suka update blog. Nak nak kalau idea tengah laju menderu keluar kat kepala ni kan. Kalau aku biarkan dah sah aku akan lupa campur malas nak tulis.

Selalu aku update blog guna laptop. Selain senang, luas sikit skrin aku nak tengok. Idok la sampai terjegil biji mata.
Maka oleh kerana laptop aku dalam bengkel akibat kerosakan yang tak begitu serius dan aku pulak dah tergedik-gedik nak menaip (idea mencurah-curah kata ko) aku pun teringat ada seseorang pernah mengajarkan pada aku bahawa blog boleh di tulis melalui smartphone je.

Sebelum ni aku tak teringin pun nak cuba. Tapi sekarang aku dah ada henfon baru (ececeh) maka aku nak la cuba dan tahu apa rasanya menulis blog pakai smartphone. Rasa hebat ke, awesome ke, poyo ke. Hmm

Berikut adalah langkah-langkahnya.

1. Pergi ke Google play store dalam henfon anda.

2. Cari / taip Blogger. Simbol B kaler Oren.

3. Tekan install

4. Tekan accept

5. Tunggu henfon anda download Blogger hingga selesai.

6. Dah selesai, tekan Open.

7. Kemudian godek-godek la henfon anda sendiri. Tak godek tak tahu.

8. Untuk tulis entry baru tekan gambar pen.

9. Untuk save dalam draft tekan icon disket.

10. Untuk publish entry tekan icon seperti anak panah kecil gitu.

11. Untuk tulis label, tulis dalam ruangan label kemudian tekan keypad DONE.

Setakat itu je yang aku tau. Nanti aku dah pro aku ajarkan lagi ye.

Selamat meng-update blog laju laju!

Ramai tersalah faham antara suplemen dengan ubat.

Sebab ramai yang lepas makan suplemen habis sebotol bajet dah sihat walafiat takde apa-apa masalah dan terus stop makan.

Ramai juga yang bila makan beberapa biji, tak nampak kesan then complain vitamin ni tak de kesan.

Suplemen Shaklee bukannya ubat. Harini sakit, malam makan ubat, esok dah hilang sakit. no no no..!

Apa itu suplemen? Atau lebih tepatnya dietary supplement.

Suplemen atau makanan tambahan ialah sesuatu yang membekalkan nutrien kepada tubuh yang mana jika tidak mengambilnya, tubuh tidak mencapai kuantiti yang mencukupi.

Suplemen secara amnya adalah vitamin, mineral, serat, asid lemak dan asid amino juga beberapa bahan yang lain.

Suplemen BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk mereka yang seringkali gagal mendapatkan nutrien mencukupi dari diet, suplemen bertujuan mencukupkannya.

Apa itu ubat?

Mengikut Wikipedia, ubat ialah dadah atau bahan yang di ambil untuk mengurangkan simptom atau mengubati penyakit. Ada 2 jenis ubat iaitu OTC (over the counter) dan preskripsi (yang di preskripsi oleh doktor)

Ubat dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten di panggil ubat generik.

MS tak bleh nak citer lebih lanjut pasal ubat sbb MS bukan arif dan pakar dalam bidang ini. Yang arif pasal ubat ialah ahli farmasi dan juga doktor.

Jadi, kenapa ramai je orang yang sakit-sakit makan suplemen (Shaklee khususnya) dan bukan ubat?

Jawapan saya:

1. Sebab mereka dah letih dan tak larat nak makan ubat, steroid dan segala bagai sedangkan penyakit tak baik-baik jugak.

2. Sebab mereka mahukan kesan penyembuhan semulajadi, bukannya ubat. Ubat semakin di makan semakin meningkat dos yang kita kena makan. Tak caya gi tnya orang sakit kencing manis.

3. Sebab tubuh kita perlukan vitamin, mineral etc untuk kembalikan fungsi normal tubuh. Contoh untuk kesuburan, kami cadangkan pasangan suami isteri makan vitamin/ suplemen. Sebab? Bila tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi, segala tindakbalas biokimia yang 'pause', tergendala, mati tu dicetuskan semula.
Contohnya zink komplex. Kita cadangkan suami isteri makan zink kerana zink  sangat diperlukan untuk kesuburan lelaki dan wanita. Baca link zink dan kesuburan lelaki ni.

Kenapa pula ada yang makan suplemen tapi tak berkesan pun?

1. Ia bergantung kepada individu. Janganlah kita expect malam ni makan zink, besok isteri dah hamil. Adoii kalo begitu gayanya beribu2 bayi Shaklee dihasilkan setiap hari.

2. Cek balik gaya pemakanan kita, air cukup tak, jadual makan ikut tak, konsisten makan atau waktu ingat je baru makan?

3. Kemungkinan ia healing crisis. Baca healing crisis kat sini.

4. Kemungkinan tubuh kita memang tak dapat terima/ alergi terhadap produk tersebut. Contoh alfalfa, memang ramai yang mengadu gatal. Selepas 14 hari jika gatal masih berterusan elok berhenti makan alfalfa. Jika tidak teruskan saja. *Healing crisis juga boleh mengambil masa sehingga 6 bulan*

5. Suplemen dikatakan berkesan selepas 4-5 bulan penggunaan. Kalau sebelum2 tu rasa tak berkesan, konsisten lah makan selama 5 -6 bulan.. Kalau takde perubahan jugak, say good bye lah pada supplement tersebut.

Saya dah makan Vitamin E sebotol, kulit pun dah cantik, jadi tak de masalah kalau saya nak berhenti kan?

Memang tak de masalah kalau nak berhenti. Tetapi setelah beberapa ketika, kemungkinan masalah2 lama kembali datang. Sebab? sebab badan kita dah tak dapat nutrisi yg best itu, ia jadilah seperti asal sama sebelum kita makan suplemen.

Contoh Ostematrix (kalsium magnesium) yang penting untuk tulang, gigi, otot, saraf. Bila simpanan kalsium dalam tubuh sudah digunakan, gigi pun patah, sakit urat, mudah terkehel, dan sebagainya.

Bayangkan analogi ini...

Situasi #1.

Negara Malaysia sedang menghadapi pencerobohan oleh pihak asing. Bayangkan kesultanan Sulu. Askar-askar kita sudah bersedia untuk bertempur. Tak semena-mena PM panggil askar dari China untuk lawan dengan penceroboh Sulu. Agak-agak apa jadi dengan askar kita? Balik rumah je gamaknye, skill berperang pun hilang tah ke mana..

Situasi #2.

Negara Malaysia sedang menghadapi penceroboh Sulu lagi. Askar-askar sudah dikerah untuk bertempur, dan mereka bertempur sehabis tenaga.. Sampai habis senapang-senapang, M-16,  peluru  ke hape benda dah guna. Segala strategi, skill perang habis semua keluar. PM pun tambah lagi senjata, untuk memperkuatkan barisan ketenteraan Malaysia. Dan Malaysia pun menang.. Apabila ada penceroboh lagi, askar Malaysia dah yakin, lebih bersemangat untuk bertempur untuk bebaskan Malaysia dari pencerobohan.

Nampak tak perbezaannya??

Penceroboh asing tu seperti bakteria, virus, mikrob, racun, toksin, radikal bebas, bahan kimia, bahan sintetik yang sama sekali bukan daripada tubuh kita.

Askar China seperti ubat. Ia melawan penceroboh, dalam masa yang sama melemahkan sistem pertahanan perumah iaitu kita sendiri.

Senjata tambahan tu seperti suplemen (pastikan ia semulajadi macam Shaklee, kalau tak sama je macam makan penceroboh sintetik). Ia memperkuat sistem pertahanan tubuh kita melawan penceroboh.

Ok, sekarang dah boleh faham kan sebab apa dikatakan suplemen Shaklee bukannya ubat. Tapi ramai juga yg panggil ia sebagai 'ubat' kerana sifatnya mampu 'memulihkan' penyakit.

Ada apa-apa nak argue dengan MS boleh emel ke butik.annajah@gmail.com atau pm di facebook Su AnNajah.

MS jumpa gambar ni di yahoo image. Sumber TIDAK DINYATAKAN.  Kemungkinan fakta adalah tidak benar.

Nak senjata tambahan semulajadi?? Hubungi:

Suhaila 013-2369434
fb page/ SayaMahuSihat

SUPLEMEN SHAKLEE BUKAN UBAT

by on September 20, 2013
Ramai tersalah faham antara suplemen dengan ubat. Sebab ramai yang lepas makan suplemen habis sebotol bajet dah sihat walafiat takde apa-a...
Cara yang paling TEPAT untuk menambah penghasilan susu ialah dengan MERANSANG penghasilan susu.

Semakin banyak permintaan, semakin banyak pengeluaran. 

Macam kilang jual kereta..semakin ramai orang nak beli, semakin bertungkus-lumus pekerja kilang bekerja untuk keluarkan kereta.

Begitu juga dengan penyusuan. Ajaibnya tubuh kita ni Allah sediakan dengan hormon. Hormon yang diransang oleh bayi kita inilah yang akan menghantar isyarat ke otak supaya lebih, lebih dan lebih lagi susu terhasil sebab bayi kita sangat suka menyusu ibu..

Bagaimana meransang penghasilan susu?

1. Pastikan bayi menyusu dengan kerap dan efisien
Lagi banyak susu dikeluarkan dari payudara, lagi banyak susu terhasil. Jika susu tidak dikeluarkan, permintaan susu ibu akan berkurangan.

Pastikan posisi dan teknik lekapan bayi betul. Bayi yang mengantuk, penggunaan pelindung puting atau pelbagai masalah kesihatan atau anatomi bayi boleh mengganggu keupayaannya menyusu secara efektif.

Jika bayi kurang menyusu, payudara harus dikosongkan menggunakan pam. Kerap pam susu dan jika perlu gunakan teknik 'power pumping'.

Jika bayi mengalami masalah berat badan, sasarkan untuk menyusu setiap 1.5 hingga 2 jam sekali pada siang hari dan sekurang-kurangnya setiap tiga jam pada waktu malam.

2. Ransangan terus melalui payudara
Tidak dapat dinafikan, hisapan bayi lebih efisien berbanding pam. Ibu-ibu boleh mengambil cuti selama dua atau tiga hari khusus untuk menyusukan bayi sekerap mungkin. Berehat setelah selesai setiap penyusuan.

3. Tukar payudara
Tukar setiap payudara tiga kali atau lebih setiap kali sesi penyusuan. Pastikan bayi kita menyusu pada payudara sebelum menukarnya. Jika bayi mengantuk, tukar kepada payudara yang dia kurang berminat. Urut payudara (press compression) untuk menggalakkan bayi menyusu lebih lama.

4. Elakkan penggunaan botol atau puting kosong
Jika ada masalah berbangkit, hanya gunakan sudu, cawan atau picagari supaya bayi tidak keliru puting.

5. Elakkan beri bayi air atau susu formula
Walaupun hanya beberapa mililiter, tubuh sudah tercabar.

6. Berehat
Rehat dan tidur ketika bayi tidur. Minum air secukupnya, makan makanan seimbang.

7. Pam payudara dengan kerap
Mengepam semasa sesi penyusuan atau atau selepas penyusuan sangat membantu. Matlamat untuk mengepam ialah mengosongkan payudara dan meningkatkan penghasilan susu.

8. Tenangkan diri
Pejam mata, tarik nafas, bayangkan payudara sentiasa penuh dengan susu, bayangkan bayi mendapat susu dengan cukup, berzikir, pasang muzik yang menenangkan.

9. Suplemen
Boleh dipertimbangkan untuk menambah penghasilan susu. Baca Petua Mudah Tambah Susu Badan.

Berikan bayi-bayi kita HAK mereka.. Jom jadi ibu bijak!!
p/s: Saya bukan kaunselor laktasi. Saya cuma berkongsi apa yang saya baca melalui buku, majalah dan internet dan saya juga ibu penyusu!!

CARA TAMBAH SUSU BADAN

by on April 12, 2013
Cara yang paling TEPAT untuk menambah penghasilan susu ialah dengan MERANSANG penghasilan susu. Semakin banyak permintaan, semakin banyak ...
Lagi-lagi cerita tentang bakar lemak.. Set-set bakar lemak dan kurus ni memang antara set yang paling laris dari saya. Saya pun jadi sangat teruja nak bantu kawan-kawan yang nak turunkan berat badan, yang nak cut cost, nak kesan paling cepat dan paling selamat tentunya!

Ok, kalau sebelum ni saya ada bagi intro tentang produk bakar lemak yang best klik Lecithin dan Omega ini, sekarang nak cerita lebih detail mengapa lecithin dan omega-3 ini dikatakan produk pemecah lemak yang paling baik dan berkesan.

Sebenarnya, dalam tubuh kita ni memang ada lecithin manakala omega-3 ialah asid lemak perlu dalam kategori PUFA (polyunsaturated fatty acid). Nak tak nak, mahu tak mahu kita KENA makan Omega-3 dengan mencukupi. Ketidak cukupan Omega-3 akan mendatangkan banyak masalah kesihatan. Baca entry bertajuk Kesan kekurangan Omega-3 Pada Tubuh.

Apabila disebut memang wujud lecithin dalam badan kita, bukan bermakna kita tak perlu ambil lecithin dari luar, sebab kekurangan lecithin pun boleh sebabkan penyakit. Lecithin dan Omega-3 berfungsi menurunkan kadar kolesterol jahat LDL yang berlebihan dalam tubuh yang menyebabkan kadar kolesterol baik HDL menjadi berkurangan.

Jika seseorang disyaki atau disahkan mengidap tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, berkolesterol tinggi (melalui ujian darah) malah jika berat badannya berlebihan, ini menunjukkan Lecithin dan Omega-3 dalam tubuh sebenarnya TIDAK MENCUKUPI.

Bagaimana 'membakar' lemak dalam badan kita??
Lemak dalam badan kita sebenarnya sangat susah nak dikeluarkan. Ia bukan seperti membuang lemak pada ayam, dan bukan seperti menjirus air panas kedalam periuk yang dipenuhi lemak daging korban! Jika itu kekdahnya, setiap kali minum kopi panas, lemak-lemak pun keluar seperti air mengalir.

Ada dua cara membakar lemak yang efektif, selamat dan semulajadi.
1. Senaman, aktiviti fizikal
2. Produk bakar lemak

Bakar lemak dengan bersenam!
Ini telah saya terangkan serba sedikit dalam entry Petua Kurangkan Perut Buncit.
Bersenam membakar kalori dengan cara membina otot. Bersenam juga menggunakan tenaga yang tersimpan dalam lemak berlebihan. Lemak akan ditukar menjadi tenaga melalui tindakbalas biokimia dalam tubuh.

Produk bakar lemak
Secara semulajadi, lecithin (fosfolipid) dan asid lemak tak tepu Omega-3 (essential fatty acid) dalam tubuh akan bergabung dengan LDL, lemak dan minyak untuk menguraikannya. Ingat bahawa lemak hanya akan larut dalam lemak. Lemak TIDAK AKAN larut dalam air. Perhatikan demo ini


*credit photo to Emma@vitaminswithluv

Ia sangat mudah dan semulajadi!!

Sebab itu, mereka yang telah mencubanya sangat berpuas hati..Badan rasa lebih ringan dan kolesterol dapat dikurangkan. Untuk hasil terbaik, ambil Lecithin / Omega Guard bersama-sama Alfalfa Complex atau Herb-lax Shaklee.. Lecithin memecahkan, Alfalfa dan Herb-lax membawanya keluar dari tubuh ;)

Hapuskan lemak secara semulajadi!!

Hubungi Suhaila 013-2369434 untuk pembelian dan konsultasi istimewa.
Ok, lagi cerita tentang diet, subjek faveret ai. Ada beberapa kesilapan diet yang kita selalu buat tapi kita tak perasan ia sebenarnya silap. Let's check it out here ;)

Kesilapan #1- Diet yo yo oo je
Kita target nak turun 5 kg sebulan, kemudian kita giler2 punya jaga makan..makan buah dengan sup je..hujung bulan dapat capai target turun 5kg..


Lepastu kita rileks2 dah, boleh kembali makan ikut suka atau up sikit dari yg giler2 bulan lepas, sedar tak sedar kita melatih metabolisme tubuh supaya jadi perlahan.

Tamat je tempoh diet tu,tubuh kita kembali membakar kalori secara perlahan. Berat pun naik semula..

Kesilapan #2- Skip breakfast

Sesetengah kita selalunya tak sempat makan pagi atau memang tak makan pagi pun terutama untuk orang yang nak  kurus. Bila dah macam tu, seharian lapar. Lepas tu dah tengah hari sikit mula lapar.. waktu lunch pulak kemuncak kelaparan. Kita pun makan tengah hari macam baru lepas puasa sehari.

Tahu tak, bahawa sarapan yang tinggi protein dan serat boleh mengurangkan rasa lapar untuk sepanjang hari! Bukan tak rasa lapar langsung tapi keinginan untuk mengisi perut tu sedikit kurang la.. Tahu tak sistem penghadaman ni sebenarnya ambil masa lebih kurang 12 jam dari waktu mula makan hingga jadi bahan buangan.

Kajian menunjukkan orang yang makan breakfast setiap pagi lebih mudah nak maintain / turunkan berat badan. Macam Hanis Zalikha tu kata, breakfast like a KING, lunch like  a Queen, dinner like a BEGGAR.. 

Maksudnya, pagi2 boleh makan sedap2 ikut suka, tgh hari kurangkan, gitu jugak malam :)

Kesilapan #3- Snek hilang arah (adoi ni translate versi gugel ke hape)

Kesilapan yang ni, kita dah cun-cun kira kalori pagi, petang malam, dah bajet nak makan ape banyak mana. Tetiba dalam beg tangan ada NIPS, kang member sua Big Apple Donuts, balik rumah nak Cornetto mini.. kalori pun kelaut. Snek ni la yg sabotaj plan nak kurus kita, so hati2.

Kesilapan #4- Tak makan snek langsung (eh pulak dah)

Hehe..Ok, bukannya tak boleh makan snek langsung tapi pastikan sneknya BERKHASIAT. Orang yang makan snek boleh kawal kelaparan dengan syarat snek tu membantu mengatasi rasa lapar. Contohnya makan la snek tinggi serat seperti kaya protein i.e yg boleh tinggikan metabolisme dan lagi 1 kekacang.

Kajian tunjukkan orang yang makan kacang lebih slim dari orang yang tak suka kacang. awww.

Kesilapan #5- Rendah lemak tak bermaksud rendah kalori

Jangan mudah tertipu. Makanan rendah lemak bukan bermaksud kalorinya juga rendah. Cara terbaik ialah baca label pemakanan dan perhatikan kandungan gula, lemak dan kalori.

Kesilapan #6- Hirup terlalu banyak kalori

Minuman seperti jus buah dan soda boleh menambah kalori secara cepat. Kita takkan rasa kenyang walaupun kita minum banyak minuman berkalori tinggi.

Kesilapan #7- Minum terlalu sikit sangat air

Ini yang selalu saya tekankan (kepada pelanggan2 set kurus saya). Air kosong, kosong kalori. Selain tiada kalori ia membantu kita untuk turun berat badan dengan cepat. Air sangat penting untuk bakar kalori. Jika kurang minum air, metabolisme menjadi perlahan, kalori lambat dibakar.

Kajian menunjukkan orang yang banyak minum air mampu membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang kurang minum air. Jadi, cuba tambahkan segelas air setiap jam atau between meal.

Kesilapan #8- Ditching dairy (gagal menterjemah dengan tepat :P)

Kajian mencadangkan pengambilan kalsium mencukupi mampu membantu pembakaran lemak. Jika kurang kalsium, pembakaran lemak menjadi perlahan.

Kalsium diperlukan untuk pengecutan otot dan pengawalan saraf. Jika mengambil produk tenusu, pastikan ia rendah lemak.

Kesilapan #9- Drive-Through

Akibat selalu sangat ke restoran makanan segera, (sebab ada drive-thru) maka kita pun jadi malas makan makanan berkhasiat. Memandu ke drive-thru akhirnya jadi habit. 

Kajian jangka panjang menunjukkan orang yang memakan makanan segera lebih dari dua kali seminggu berupaya mencapai 10 pound lebih berat badan. Uishh ini sangat bahaya!

Kesilapan #10- Timbang berat

(Ada orang kata tak perlu timbang setiap hari) Dengan menimbang setiap hari, kita boleh tentukan trend penurunan berat badan kita. Katalah kita nak turun 1 atau 2 kg seminggu, kita akan rasa 'syok' dan termotivasi dengan penurunan dan mengurangkan rasa keliru dengan kejayaan penurunan berat kita.

Kesilapan #11- Matlamat tak realistik

Contohnya "aku nak turunkan berat 20kg bulan ni" ataupun, "bangun pagi esok aku mesti kurus macam Neelofa"..Awal-awal kita dah give up sebab kita sendiri tahu target kita tak realistik. Akhirnya kita tak start berdiet pun. Walaupun bulan tu kita dapat turun 3 kg kita tetap rasa down, kita berkurung dalam bilik 'menangisi' 'kegagalan' sedangkan kita patut bergumbira...(meraikan dengan daun saderi)

Matlamat realistik adalah kunci kejayaan penurunan berat badan kita!

**tiba-tiba teringat iklan scammer boleh turun berat berkilo dalam masa 5 hari. Doraemon pun give-up kalau kita suruh dia buat alat macam tu**

Ini cerita realistik (buh gambar sikit):

testimoni turun 8kg dalam masa sebulan
Saya pun sangat terkejutnya dengan penurunan berat badan dia.. Dia ikut seperti apa yang saya sarankan dan betul-betul nak kurus. Apepun tahniah..

So, jika anda salah seorang yang dah fenat jadi gemuk, berbadan besar atau obes..fikirkanlah secara serius. Menjadi cantik tak penting, menjadi sihat itu lebih penting!!

EKSKLUSIF: Pengiraan kalori dari grup Shaklee Diamond Club...(ooopss nak join jom beli)


Roger me at 013-2369434 Suhaila untuk konsultasi berterusan free of charge! ;))
Selepas terbaca entry ini TIADA KOLAGEN DALAM RUMPAI LAUT, hati saya menggedik-gedik untuk tahu betulkah tiada kolagen dalam rumpai laut seperti yang didakwa sebab maklum sajelah iklan rumpai laut tu merata-rata.

Saya pun buka  buku biologi zaman belajar kat UM dulu, Biologi Concepts And Application STARR/ FIFTH EDITION. Memang tidak disangka-sangka, semua perkataan "collagen" di dalam buku tersebut hanya merujuk kepada manusia dan haiwan!! Saya kelebet satu persatu muka surat dengan merujuk ke bahagian Index, memang tiada kaitan langsung dengan tumbuhan!

Saya ke internet pula dan sumber rujukan paling tepat ialah wikipedia. Seperti dijangka langsung tidak disebut kolagen dalam tumbuhan! Baca link ini COLLAGEN.

micrograph photo. collagen- cantik pulak kan?
Saya pun memulakan perbincangan di secret group dan mujur sajalah ada yang bijak pandai tentang hal ini. (tiba-tiba rasa menyesal tak baca banyak2 buku, tak belajar bio betul2, tak boleh ingat semua perkara masa belajar dulu...haha haruslah kan)

Thanx to Zeti Hafiza atas fakta ini:

''Dari segi biokimia, kolagen ni sebenarnya kombinasi sekumpulan asid amino tertentu yg hanya wujud pada HAIWAN dan MANUSIA.... pada tumbuhan (termasuk rumpai laut, soya, koko) tu memang ada asid amino tapi tidak boleh dikatakan kolagen sebab kombinasi berbeza dengan kolagen.

Asid amino pada tumbuhan ni juga BOLEH merangsang penghasilan kolagen semulajadi dari badan kita (30% protein badan manusia adalah kolagen - pada tendon, tulang, kartilaj etc.) Maknanya, sumber tumbuhan tu sepatutnya disebut sebagai PENGGALAK KOLAGEN bukan KOLAGEN... kecuali ramuan produk dicampur dari sumber kolagen haiwan. Sumber kolagen haiwan yang popular adalah ayam, lembu, babi, arnab, ikan. Kolagen dari marin (ikan) adalah 7 kali lebih baik dari sumber lain.''


Ok, now masa bukak buku Biologi tadi pulak..

Kolagen dalam manusia dan haiwan dikenali sebagai tisu penghubung (connective tissue) yg mana ia paling banyak dalam tubuh kita. Secara amnya, tisu penghubung mempunyai komponen yang sama tetapi berbeza dari segi pembahagiannya.

Type I: Loose Connective Tissue - under the skin, most epithalia
Function: Elasticity, diffusion

Type II: Dense, Irregular Connective Tissue- in skins and capsules around some organs
Function: support

Type III: Dense, Regular Connective Tissue- tendons, ligamen
Function: Strength, elasticity

Type IV: Cartilage - Ends of long bones, nose, parts of airways, skeleton of vertebrate embryos
Function: support, flexibility, low-friction surface for joint movement

Type V: Bone tissue- bones of vertebrate skeleton
Funtion: movement, support, protection

Type VI: Adipose - under skin, aroung heart, kidneys
Funtion: Energy reserves, insulation, padding

Type I,II dan III adalah tisu penghubung jenis lembut
Type IV,V,VI adalah jenis specialized/ khusus.

Bagaimana kolagen terhasil?

Kalau nak citer ni memang pening la sebab ia melibatkan DNA, mRNA asid amino dan mcm2 lg..Secara 
ringkasnya, kolagen di sintesis daripada sel yang dinamakan fibroblast. Dan lagi satu perkara yang wajib kita tahu ialah Vitamin C sangat penting dalam penghasilan kolagen kerana ia bertindak sebagai penggalak kolagen.. Kalau rajin klik kat Wikipedia tu tadi n bacalah..jangan pening sudah hahaha..

Kesimpulannya, kolagen memang tidak wujud dalam tumbuhan. Soy collagen, cocoa collagen, cranberri collagen dan pure marine collagen dan entah apa jenis 'kolagen' daripada tumbuhan sebenarnya TIDAK mengandungi kolagen!!

Rumpai laut jika dimakan begitu saja amat bagus sebab ia mengandungi kandungan protein dan iodin yang tinggi. Ia bagus untuk mencegah penyakit beguk (goiter). Bagaimanapun kelebihan iodin boleh menyebabkan risiko kanser meningkat.

Bagaimana dengan produk berkolagen yang lain tu?? Ini yang kita harus selidik dulu betul-betul. Sumber kolagen yang biasa digunakan ialah daripada ayam, lembu, kambing, arnab, babi dan ikan. Kolagen daripada haiwan darat murah (sebab senang diperolehi), mudah terkontaminasi dan susah diserap oleh tubuh kerana jisim molekulnya besar, dan perlu diteliti kehalalannya! Jadi, fikirlah sendiri kolagen tersebut selamat atau tidak, berkesan atau tidak.

Kolagen daripada ikan menghampiri kolagen manusia. Rujuk link wikipedia tu tadi ye..

Ok lah, semoga pendedahan ini membuka sedikit mata kita. Selidik dahulu apa saja produk yg kita nak guna/ makan sumbernya, jangan menerima apa saja membuta tuli. Jika ada kesan buruk, kita yang rasa..jika ada kesan baik, kita juga yg rasa.. Apapun tepuk dada tanya selera.

I choose Shaklee ;)))

Ekzema atau dalam bahasa lainnya 'atopik dermatitis'. Perkataan 'dermatitis' (radang kulit) atau ekzema ini adalah daripada bahasa Yunani yang bermaksud "mendidih hingga kering".

Perkataan "atopik" merujuk kepada kecenderungan untuk mengalami asthma, ekzema dan hayfever. Ia biasa berkait rapat dengan penyakit-penyakit tersebut dan sering berlaku akibat faktor keturunan dikalangan ahli keluarga.

Atopik dermatitis adalah satu keadaan dimana kulit gatal yang biasa ketara pada bayi dan kanak-kanak. Biasanya ia melibatkan 2 daripada 10 orang kanak2. Kulit pesakit ekzema menjadi kemerah-merahan, bersisik, keras dan tebal.

Ia seringkali melibatkan bahagian tangan atau bahagian kulit yang berlipat seperti siku, paha, bawah lutut dan mungkin melibatkan sebahagian atau keseluruhan badan. Selain menjadi merah akibat menggaru, kulit mungkin menjadi keras dan melepuh. Kadangkala kulit menjadi bernanah akibat jangkitan bakteria.

Tanda2 atopik dermatitis berlaku dari semasa ke semasa dan biasanya akan beransur pulih apabila pesakit mencapai usia belasan tahun, malah ada yang berterusan sepanjang hayat. Atopik dermatitis boleh dikawal.

ekzema pada kanak-kanak

Kulit kering
Apabila terasa gatal, kanak-kanak akan menggaru. Tindakan ini boleh merosakkan kulit dan mencetuskan rasa gatal semula. Justeru, kanak2 lebih cenderung menggaru dan ini seterusnya merosakkan kulit. Ini dipanggil 'itch-scratch-cycle'. Kulit menjadi sangat kering kerana hilang terlalu banyak kelembapan.

Apa perlu dilakukan?
1. Jangan mandi dengan air panas dan jangan mandi terlalu lama. Gunakan air sejuk atau suam.
2. Elakkan penggunaan sabun atau mandian buih yang boleh merosakkan kulit. Guna pembersih bebas-sabun
3. Gunakan pelembap selepas mandi

Pelembap
Pelembap membantu mengawal keadaan kulit kering dan mengembalikan kelembapannya. Ia juga mempercepatkan penyembuhan dan mengembalikan fungsi kulit sebagai pelindung. Antara pelembap yang boleh digunakan:
-minyak zaitun
-vitamin E
-minyak kelapa
-krim serbaguna yang semulajadi dan bebas bahan kimia berbahaya seperti Shaklee Herbal Blend.

Pemakanan
Awasi pemakanan kanak-kanak. Elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan rasa gatal seperti telur, ayam, lebih-lebih lagi jika terdapat luka. Makanan tambahan yang sesuai ialah:

1. Vitamin C Chewable - meningkatkan sistem imun kanak-kanak
2. Omega Guard - anti radang dan anti inflammasi
3. Vitalea Chewable- kaya nutrisi
4. Meal Shakes Shaklee - sumber protein untuk baik pulih sel, tingkatkan imun dan makanan nutrisi lengkap.

Hubungi doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang ekzema dan rawatan lain yang sesuai..

Anda mengalami masalah botak? Rambut gugur? Rambut rosak? Kebotakan  adalah faktor genetik tetapi dengan mengambil nutrien yang baik, ia memainkan peranan dalam pertumbuhan rambut.

Anda boleh pakai syampu juga.. (eh tapi pastikan syampu tu plant base kalau tak anda bakal menghadapi masalah akibat bahan kimia berbahaya dalam syampu)

1. Protein
Sebab rambut diperbuat daripada rantaian protein. Kurang protein boleh sebabkan rambut gugur.

2. Vitamin C
Vitamin C penting untuk rambut sihat. Buah-buahan yang kaya vitamin C seperti oren dan lemon atau juga suplemen vitamin C boleh diamalkan. Boleh juga basuh rambut dengan limau nipis..(petua orang dolu2).

3. Vitamin B
Vitamin B penting untuk pertumbuhan rambut. Biotin dan Vitamin B kompleks diperlukan untuk pertumbuhan rambut. Vitamin B3 membantu meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala, oleh itu menggalakkan pertumbuhan rambut. Amalkan Vitamin B complex Shaklee yang lengkap dengan lapan jenis vitamin B.

4. Zat besi
Mineral zat besi membantu meningkatkan peredaran darah ke kulit kepala. Makanlah makanan kaya zat besi seperti aprikot dan kismis.

5. Air mencukupi
Sesuku bahagian pangkal rambut terdiri daripada air. Minum 4-8 gelas sehari untuk kekal terhidrat dan menumbuhkan rambut yg sihat.

6. Kurangkan minuman beralkohol
Minuman alkohol mengurangkan pertumbuhan rambut.

7. Hormon
Hormon sangat mempengaruhi pertumbuhan rambut. Kemerosotan hormon semasa peningkatan usia akan memperlahankan pertumbuhan rambut. Mempertingkatkan hormon bermakna mempertingkatkan pertumbuhan rambut. GLA Complex Shaklee boleh membantu anda.

8. Vitamin E
Vitamin E sangat penting untuk pertumbuhan rambut. Ia menggalakkan peredaran darah di kulit kepala. Anda juga boleh menyapu vitamin E untuk melembapkan rambut dan memberinya sinar..

9. Berhenti merokok
Merokok mengurangkan aliran darah ke kepala. Berhenti merokok supaya aliran darah menjadi lancar.

10. Vitamin A
Vitamin A makanan rambut sihat. Vitamin A membantu rambut lebih bersinar kerana ia membantu sistesis lemak dalam folikel rambut dan menjadi pemacu rambut sihat. Makanan mengandungi vitamin A ialah telur dan lobak merah..Anda boleh cuba Carotomax Shaklee yang kaya beta carotena dan bagus untuk mata juga ;))

Omega-3 sebenarnya adalah asid lemak perlu (essential fatty acid) yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ia perlu didapatkan dari pemakanan atau suplemen!

Tahukah anda bahawa  lebih 90% populasi manusia tidak mengambil asid lemak baik ini secara mencukupi!

Kekurangan pengambilan Omega-3 akan membawa masalah terutama masalah kesihatan memandangkan Omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak dan organ dalaman tubuh termasuk jantung.

Kesan kekurangan Omega-3 pada manusia:

Perkembangan otak
Satu daripada komponen penting otak adalah omega 3. Asid lemak ini membentuk struktur yang besar di dalam otak. Jika kekurangan, terutamanya semasa ia sedang pesat berkembang, otak tidak akan berfungsi secara optimum!

Lebih buruk ia boleh menyebabkan gangguan bipolar, ADHD, autisme, malah barangkali juga skizofrenia dan Alzheimer!!!

Janin dalam kandungan yang tidak mendapat omega-3 yang mencukupi daripada ibunya berkemungkinan mengalami masalah penglihatan dan saraf.

Kesihatan jantung
Omega-3 berfungsi menguatkan struktur sel pada organ jantung. Ia juga melancarkan peredaran darah terutamanya aliran keluar masuk dari jantung dengan mengurangkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL.

Jika tidak mendapat Omega-3 yang cukup, arteri akan mengeras, aliran darah menjadi perlahan, dan ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi juga serangan jantung!!

Masalah kulit
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan masalah kulit seperti kulit kasar, liang roma tersumbat, dan jerawat. Ia juga boleh menyebabkan penuaan pramasa seperti kulit berkedut akibat kurang sirkulasi darah dalam tubuh. Wajah yang berseri menunjukkan peredaran darah dalam tubuh lancar!

Alahan
Alahan adalah sensitiviti tubuh terhadap bahan2 tertentu contohnya seperti habuk, makanan, ubat dan sebagainya. Dengan menambah pengambilan Omega-3 dalam diet, masalah alahan dapat dikurangkan.

Alzheimer
Juga dikenali sebagai nyanyuk. DHA iaitu komponen utama dalam minyak ikan adalah asid lemak penting dalam otak dan retina iaitu lebih daripada 30% struktur lipid dalam neuron. Kekurangan DHA boleh menyebabkan depresi, ADHD (hiperaktif), dementia juga autisme.

Asthma
Asthma menyebabkan susah bernafas, semput dan batuk. Ini berlaku akibat penyumbatan saluran pernafasan  dan penghasilan bahan yang dipanggil leukotrienes. Pengambilan Omega-3 dapat mengurangkan pengeluaran bahan tersebut, juga mampu melegakan pernafasan dengan membuang segala bendalir disekitar salur pernafasan.

Masalah berat badan
Kekurangan Omega-3 boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Bagaimana? Ini kerana, apabila kita tidak mendapat Omega-3 yang secukupnya, lemak dan minyak yang kita makan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Lemak tersebut tidak digunakan untuk ditukar kepada tenaga sebaliknya ia melekat pada salur darah malah lebih teruk disekitar organ penting seperti jantung dan hati. Ini punca masalah utama penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

Sakit sendi
Apabila usia meningkat atau juga apabila berat badan meningkat, fungsi sendi semakin lemah kerana bendalir penyambung antara sendi semakin berkurang. Mereka yang mempunyai berat berlebihan sering mengadu sakit sendi kerana berat berat badan menyebabkan tekanan ke atas sendi. Omega-3 berfungsi mencegah radang sendi dan melincirkan pergerakan antara sendi. Omega-3 juga membantu menambah kepadatan jisim tulang.

Autisme
Kajian mendapati ibu mengandung yang mengambil suplemen Omega-3 semasa hamil kurang berisiko mendapat anak autisme kerana kandungan DHA yang tinggi. Ia juga mampu meningkatkan tumpuan dan memori anak2 autisme juga pengidap sindrom hiperaktif (ADHD).

Simptom kekurangan Omega-3 yang lain
  • kelesuan
  • lemah ingatan
  • kulit kering
  • tekanan dan perubahan mood (mood swing)
  • peredaran darah perlahan
  • masalah jantung
  • diabetes
Sumber utama omega-3 ialah ikan seperti salmon, mackerel, halibut, anchovies, sardin, tuna dan hering. Dalam tumbuhan, Omega-3 terdapat pada flaxseed oil, minyak canola, soya, biji labu, walnut dan beberapa jenis kekacang.

Haaa tengoklah banyaknye kesan jika kita tak cukup Omega-3 dalam makanan kita.. Cek2 tengok sekarang ni pun dh ada tanda2nya kan? Lagi buruk, ia boleh sebabkan kanser! Nauzubillah..

Cukupkan keperluan nutrisi harian kita..Mudah saja jika kita tahu caranya.. ;)

Untuk tempahan, hubungi:
Suhaila 013-2369434
Fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Ada orang bertanya,
" Awak makan vitamin banyak-banyak ni tak takut buah pinggang rosak ke?"

Untuk menjawab soalan ini, jom kita kaji apa sebenarnya buah pinggang dan bagaimana ia bekerja.

Buah pinggang terbentuk seperti kacang merah dibelah dua dan berada di bahagian bawah pusat ke arah belakang badan. Jika ia baik, maka baiklah seluruh badan dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dipanggil homeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Proses ini memastikan tubuh kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta  mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh.

Sebagai penapis, buah pinggang berfungsi menyerap bahan yang diperlukan oleh tubuh, dan menyingkirkan bahan yang tidak berguna.

Bagaimana buah pinggang bekerja? (masa bukak buku :P)

Arteri renal: membawa darah dari jantung ke buah pinggang
Tiub ureter: mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi (glomeruli)
Glomeruli: menapis cecair yang mengandungi glukos, asid amino, garam, dan bahan kotoran daripada darah

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui beberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh.

Darah yang ditapis tadi kemudian keluar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing.

Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dipanggil sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Contohnya jika kita minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan akan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing.

Sama juga jika kita banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing akan berwarna pekat sehinggalah  buah pinggang mengumpul air yang cukup.

Bagaimana kerosakan buah pinggang berlaku? 
Seperti organ utama yang lain (jantung, peparu, hati, otak) ia boleh rosak dan gagal berfungsi dengan baik akibat daripada penyakit kronik. Selalunya buah pinggang gagal menapis bahan bahan yang tidak diperlukan.

Buah pinggang boleh rosak kerana beberapa penyakit seperti:
  • keturunan
  • jangkitan bakteria dan kuman
  • kerosakan disebabkan penyakit darah tinggi
  • kerosakan disebabkan penyakit diebetes mellitus
  • penyakit lain yang berjangkit ke buah pinggang (seperti kanser)
  • mengambil terlalu banyak bahan bertoksik seperti asam berlebihan dari makanan jeruk, bahan2 racun serangga dalam sayuran dan buah-buahan, terlalu banyak makan makanan segera, dll.
  • rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, antibiotik, steroid, dadah dan lain2 sebab yang tidak diketahui.
Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia mampu menyerang dewasa atau kanak-kanak dan sama ada orang itu sihat atau sakit dan bagaimana corak hidup seseorang itu sekarang.

Berbalik kepada topik kita, berbahayakah buah pinggang jika kita terlalu mengambil banyak vitamin?
Saya sendiri sedang mengamalkan vitamin B,C, E, mengambil protein tambahan serta kolagen. 

Sebenarnya, jika kita mengambil apa sahaja makanan secara berlebihan apatah lagi makanan yang tidak baik untuk kesihatan, mengandungi terlalu banyak bahan kimia berbahaya, perasa tiruan, pewarna tiruan, dan entah apa lagi bahan kimia yang 'disembunyikan' oleh pengeluar/pengilang, bukan saja buah pinggang yang rosak malah jantung, otak, hati pun turut rosak sebab tak dapat nak tapis bahan-bahan mengarut yang kita makan tadi.  

Begitu juga halnya dengan vitamin dan mineral yang mana pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu merosakkan badan kita. Sebab itu kita WAJIB ikut dos yang disarankan. Bukannya semakin banyak vitamin kita makan, semakin baik untuk kita. INI SALAH!

Perlu diingat bahawa vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan. Ia hanyalah makan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita.

Dan, sebab itu juga kita WAJIB mengelakkan makan vitamin sintetik kerana ia datang dari bahan kimia yang telah 'disatukan'. Beralihlah kepada vitamin semulajadi yang lebih mudah diserap oleh tubuh kita.. ;)

Pertanyaan mengenai vitamin semulajadi Shaklee boleh hubungi saya:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Pengambilan suplemen minyak ikan sangat di galakkan terutama oleh kanak-kanak membesar dan golongan remaja mahupun dewasa. Ada banyak jenis suplemen minyak ikan dan yang paling penting untuk anda tahu ialah ada juga suplemen yang diperbuat daripada esktrak hati ikan (juga dikenali sebagai fish liver oil).

Ada beberapa perkara yang anda kena tahu jika memilih suplemen minyak ikan.

Omega-3
Kandungan Omega-3 dalam minyak ikan dan minyak hati ikan adalah lebih kurang sama. Kedua-duanya mengandungi DHA, EPA dan ALA. Omega Guard Shaklee mengandungi rangkaian penuh 7 asid lemak omega-3 selain DHA, EPA dan DHA.


Vitamin tambahan
Perbezaan utama kedua-dua minyak ikan dan minyak hati ikan ialah kandungan vitamin D dan A. Oleh kerana vitamin larut lemak ini di simpan di hati, maka ia lebih banyak terdapat pada minyak hati ikan. Berita buruk, vitamin larut lemak yg berlebihan akan menyebabkan toksik jika diambil dalam jumlah yang berlebihan.

Lebih dos vitamin D boleh menyebabkan loya, muntah, lemah dan pitam. Manakala lebih dos vitamin A boleh menyebabkan keguguran, masalah hati, osteoporosis dan masalah sistem saraf.

Bahan pencemar
Perbezaan yang sangat ketara antara kedua jenis ini ialah darjah pencemaran atau kuantiti pencemar yang terkandung didalamnya.

Untuk pengetahuan anda, organ hati adalah tempat menapis berbagai-bagai bahan pada tubuh. Oleh sebab itu, minyak hati ikan mengandungi lebih banyak pencemar seperti logam berbahaya iaitu plumbum dan merkuri.

Amaran: kanak-kanak, wanita mengandung dan ibu menyusu tidak digalakkan mengambil minyak hati ikan kerana logam berat ini mudah meresap dan membahayakan bayi.

Jadi, yang mana lebih baik? Tentulah minyak ikan tulen seperti Omega Guard Shaklee!!



Ramai ibu-ibu mengadu kering susu walaupun baby baru berusia tiga bulan kan? Masalah kering susu ni InsyaAllah boleh diatasi dengan cara yang betul.

Jom tengok petua tambah susu badan cara mudah dan murah..

1. Kerap menyusu
Semakin kerap kita menyusukan bayi, semakin kuat ransangan dan semakin banyaklah susu yang akan terhasil. Galakkan bayi kita menyusu lebih kerap contohnya antara 10-12 kali dalam masa 24 jam. Ini akan meransang hormon prolaktin dalam badan menghasilkan lebih banyak susu. Satu lagi, jangan stres!! Tenangkan fikiran dan banyakkan berzikir semasa menyusukan bayi ;)

2. Amalan tradisi
Boleh juga cuba petua orang2 lama seperti makan ulam (pegaga, peria, jantung pisang, sawi, lobak putih dll) atau juga ikan yu. Petua ni tak semestinya dari orang Melayu saja, anda juga mungkin boleh cuba petua kaum Cina atau India asalkan ianya halal dan baik.


3. Makan herba
Antara herba yg cukup femes untuk menambah susu ibu ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna, kemudian keringkan. Simpan dalam bekas bertutup. Makan sesudu halba setiap hari. Herba lain yang terkenal ialah jintan hitam atau juga habbatus sauda. Herba 'orang putih' tak kurang hebatnya juga, alfalfa terkenal sebagai milk booster yg dapat meransang penghasilan susu ibu.

4. Minum air ikut keperluan
Untuk menambah penghasilan susu, pengambilan air mesti dititikberatkan. Penting untuk kita minum air ikut keperluan tubuh. Susu terhasil daripada air, jadi lebih banyak anda minum air, lebih banyak susu dihasilkan. Minuman lain yg boleh di amalkan ialah susu, air soya dan jus oren!


5. Posisi yang betul
Kemungkinan susu tidak terhasil dengan baik ialah cara perlekapan bayi tidak betul. Dapatkan tunjuk ajar dari bidan, jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang betul.

6. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan boleh didapati dari farmasi berdekatan tetapi tidak begitu digalakkan. Ini kerana sesetengah ubat seperti domperidone atau maxalone boleh beri kesan sampingan kepada ibu. Ubat seperti ini biasanya hanya disyorkan kepada ibu yang ingin menyusukan anak angkatnya.

Ramai ibu yang salah faham bahawa, selepas makan suplemen susu akan terus keluar melimpah ruah. Saya ingatkan, tanpa ransangan mencukupi, air yang mencukupi, usaha anda akan sia2.. Apa jenis galagtagogue yg anda ambil, konsep 'demand and supply' wajib di usahakan terlebih dahulu..


Mahukan vitamin penyusuan lengkap? Mahukan konsultasi berterusan?

Hubungi:
Suhaila 013-2369434
fb: Su AnNajah
fb page: Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com

PETUA MUDAH TAMBAH SUSU BADAN

by on Januari 31, 2013
Ramai ibu-ibu mengadu kering susu walaupun baby baru berusia tiga bulan kan? Masalah kering susu ni InsyaAllah boleh diatasi dengan cara ya...
Salam sihat semua..

Rakyat Malaysia sejak kebelakangan ni dah mula sedar kenapa makanan tambahan itu penting. Sebab itu semakin banyak produk makanan kesihatan muncul bagai cendawan lepas hujan, sampai dah tak tahu jenama apa punya banyak ya amat. Tapi yg kekal mestila Shaklee~~ hihi..

Oklah, buat anda yg masih ragu-ragu sama ada patut ke makan makanan tambahan, meh kita tgk situasi hari ini...

Pencemaran alam sekitar
Sedarkah kita yang pencemaran alam sekitar begitu menekan tubuh badan kita? Contoh, air yg kita guna belum selamat 100% seperti air mata air di pergunungan. Air paip kita melalui corong paip yg berkarat dan penuh bakteria dan kuman. Jika kita memasak air, kita bukan saja mematikan kuman malah segala mineral yang diperlukan oleh badan.

Udara disekeliling kita juga tercemar. Walaupun tidak berjerebu, tetapi partikel halus buangan ekzos kenderaan dan industri berlegar-legar disekeliling kita ditambah lagi dengan bakteria dan mikrob yg sememangnya sering berterbangan di udara. Sebab itu kita mudah dapat sakit.

Buah-buahan dan sayuran tercemar
Kebanyakan buah-buahan dan sayur sayuran yang kita beli baik di pasar atau di pasaraya selalunya datang berpakej sekali dengan racun2 seperti pestisid, herbisid. Itu belum masuk jika buah dan sayur itu GMO, yg mana sekarang produk GMO sangat banyak di pasaran. GMO bermaksud mereka telah menyuntik hormon untuk mempercepatkan pengeluaran hasil. Sebab itu, buah yg sepatutnya keluar setahun sekali kini boleh di dapati pada bila-bila masa pun.

Amalan gaya hidup tak sihat
Gaya hidup tak sihat bermaksud kita tidak bersenam (at least 3 kali seminggu), merokok, minum arak, makan makanan tak seimbang dengan lebihan lemak, garam dan gula. Kita juga mungkin stress dengan pekerjaan dan aktiviti seharian. Ini bukan saja mempercepatkan penuaan malah mempercepatkan penyakit menyinggah.

Makan ikut selera
Ini tabiat orang Malaysia dan mana-mana orang pun. Makanan segera, makanan sejuk beku, makanan di proses, dan makanan yang penuh bahan kimia seperti MSG, pemanis tiruan, pengawet, perasa dan sebagainya lagi.

Cara memasak juga menyebabkan nutrien dalam makanan hilang begitu sahaja. Cara masak kita yang balik2 goreng, rebus, menghilangkan hampir keseluruhan nutrien penting. Kita akhirnya sekadar makan untuk menghilangkan lapar.

Gangguan penyerapan nutrisi
Cara makan yang tidak betul juga menyebabkan gangguan dalam penyerapan vitamin dan mineral penting untuk tubuh. Contoh, kita minum susu, tapi kita minum kafein. Kita makan vitamin C tapi kita merokok. Kita makan zat besi, tapi kita minum susu. Apa khasiat yang tinggal dalam makanan kita? Apa je nutrien yang sampai ke dalam badan kita?

Badan perlu lebih dos bagi sesetengah nutrien
Tubuh kita sebenarnya memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien. Contoh, ibu menyusu perlu lebih kalsium berbanding ibu tidak menyusu. Perokok memerlukan hinggan 5000mg vitamin C sebab merokok menurunkan kadar vitamin C dengan cepat. Ibu mengandung pula perlukan nutrien lebih daripada yang lain. Orang yang sakit sudah tentu memerlukan lebih banyak nutrien yang penting yang mana dia sakit disebabkan kekurangan nutrien tertentu itu..

Sihat sangatkah kita?
Okey, jom semak apakah tanda-tanda di bawah ada pada kita?

  • penuaan pramasa (sakit2 sendi, pigmentasi kulit, dan sebagainya)
  • letih, lesu dan sering berasa penat serta mengantuk
  • mudah sakit2 seperti selsema, batuk, sakit tekak atau ulser
  • rambut gugur dan botak
  • osteoporosis
  • masalah kulit, masalah kuku, rambut dan sebagainya
  • sering mendapat alahan
  • sembelit
  • mudah marah dan tertekan
banyak lagi tanda-tanda yang menunjukkan perlunya mengambil makanan tambahan!

Ingat! makanan tambahan bukan menggantikan makanan seharian kita, tetapi ia menambah nilai nutrisi dalam makanan kita. Sebab itu kita perlu yang semulajadi supaya lebih mudah diserap oleh tubuh badan kita.

Tahukah anda?
Berjuta-juta pesakit di hospital diseluruh dunia mendapat penyakit yang puncanya berasal daripada diet dan pemakanan?

Cegah sebelum terlambat, Amalkan pemakanan sihat dan seimbang, jangan jadi mangsa statistik penyakit akibat pemakanan!


KENAPA PERLU MAKANAN TAMBAHAN?

by on Januari 29, 2013
Salam sihat semua.. Rakyat Malaysia sejak kebelakangan ni dah mula sedar kenapa makanan tambahan itu penting. Sebab itu semakin banyak pro...
Anda mungkin telah membaca entri yang bertajuk Vitamin Semulajadi VS Vitamin Sintetik dan mendapat sedikit sebanyak gambaran tentang vitamin sintetik. Hari ni saya nak bawa lebih mendalam tentang vitamin sintetik iaitu daripada bahan apakah sebenarnya vitamin sintetik ini dihasilkan. Anda pasti akan terkejut mengetahuinya dan akhirnya membuang jauh-jauh vitamin sintetik dalam hidup kita.. :)

Sejarah bermulanya pengeluaran vitamin sintetik
Pada tahun 1930-an, multivitamin boleh didapati di kedai-kedai dan farmasi. Pada masa itu, vitamin adalah semulajadi iaitu diperbuat daripada sumber botani yang dikeringkan, dan di kompreskan. Kemudian pada 1940 an, sesetengah jenama mula mengeluarkan vitamin sintetik, dan disinilah segalanya bermula...

Apabila  semua orang menyedari kepentingan mengambil vitamin untuk membolehkan mereka hidup lama, sihat, cergas, mereka begitu teruja, naif, tidak ada ilmu hingga tidak menyedari jenama hebat yang mereka pilih itu sebenarnya menyumbang kepada penimbunan toksin sintetik ke dalam tubuh!

Vitamin2 itu bertukar menjadi bahan mutagenik dan karsinogenik yang meracun tubuh lalu menyebabkan penyakit dan gangguan seperti atritis, osteoporosis, tulang rapuh, kanser dan Alzheimer.

Vitamin sintetik dan kesannya
Multivitamin- terutamanya yang boleh kunyah 'chewable' diperbuat daripada aspartame, iaitu bahan utama penyebab fibromyalgia dan IBS (irritable bowel syndrome).

Vitamin B12 sintetik- diperbuat daripada activated sewage sludge! ok, baik sikit, cyanobalamin. Iaitu sisa kumbahan atau hati lembu yang bertoksik. Hati lembu penuh toksik sebab ia diberi steroid, antibiotik dan pestisid. Pestisid pula datang dari rumput GMO yang di makan oleh lembu. Lembu pula tinggal di dalam CAFO (Confined Animal Feeding Operations) di mana lembu-lembu itu sering sakit, pengsan, dan menunggu mati!

Vitamin B sintetik juga datang dari tar batu arang, produk petrokimia yang boleh menekan sistem saraf pusat dan penyakit sistem pernafasan.

Vitamin A sintetik- daripada minyak hati ikan yang dipenuhi toksin seperti PCB dan merkuri. kajian menunjukkan 8% insiden serangan jantung yang membawa maut, strok, kanser paru2.

Vitamin C sintetik- daripada campuran asid yang boleh merosakkan salur penghadaman. Ia hanyalah "chemical copy" di mana mereka mencampurkan sebatian A + sebatian B = Vitamin C..Apabila kita menelan vitamin C sintetik itu, ia samalah seperti kita makan MSG (monosodium glutamat) atau aspartame yang boleh  menyebabkan kanser!

Vitamin D sintetik- ia sangat bertoksik dan boleh menyebabkan pelupusan mineral dalam peparu, jantung dan buah pinggang..sebab ia diperbuat daripada sisa petroleum, tar batu arang, dan ia mungkin mengandungi foamaldehid dan racun ammonia!!

Ketahuilah, apa yang terkandung di dalam vitamin bukan-organik selalunya bahan2 terubahsuai genetik (GMO), pestisid, sisa haiwan, patogen, bahan buangan usus (najis), kimia yg boleh mengubah hormon, kumbahan toksin, buangan rumah penyembelihan, aditif, pengawet dan produk kimia sampingan.

Sudah semestinya kita berfikir banyak kali sebelum membeli vitamin sintetik. Ini baru vitamin, anda bayangkan bagaimana dengan ubat-ubatan yang berlambak-lambak di pasaran. Dari mana dan bahan apa yang terkandung di dalamnya, saya jamin ia bukannya baik, malah boleh beri kesan sampingan yang buruk seperti penyakit 3 serangkai dan sebagainya..hati-hatilah memilih vitamin!!


Assalamualaikum, salam sihat semua..

Entry ini adalah sambungan dari post yang sebelum ni. SILA KLIK SINI UNTUK BACA.

Kita dah tahu apa itu radikal bebas, kita tahu apa bahayanya jika ia berlebihan dan tidak dineutralkan oleh tubuh, dan kita juga dah tahu bahawa antioksidan adalah bahan terbaik yang bertindak melawan radikal bebas dalam tubuh kita..

Sekarang, kita belajar pula tentang antioksidan. Jom baca...

gambar encik google ni agak blur..

Antioksidan adalah senjata yang paling ampuh untuk melawan atau melambatkan kerosakan akibat radikal bebas. Ada dua jenis antioksidan iaitu:

1. Antioksidan internal- dihasilkan dari dalam tubuh kita sendiri
Juga disebut sebagai 'antioksidan primer'. Secara semulajadi, tubuh mampu membina antioksidan sendiri tetapi kemampuan ini pun ada batasnya. Seiring pertambahan usia, kemampuan tubuh menghasilkan antioksidan semakin berkurang. Ini juga disebut sebagai 'oksidatif stress' dimana jumlah radikal bebas melebihi kapasiti kemampuan meneutralkan antioksidan. Antioksida primer ialah:

  • Super Oksidase Dismutase (SOD)
  • Glutathione peroksidase (GPx)
  • Katalase (Cat)
2. Antioksidan external- tidak dihasilkan oleh tubuh
Antioksidan ini berasal daripada makanan seperti Vitamin A, beta karotena, Vitamin C, Vitamin E, Selenium, flavonoid dan lain-lain. Ia juga disebut sebagai 'antioksidan sekunder'.

Manfaat Antioksidan
  • Tubuh kita terdiri dari triliunan sel. Disetiap sel terjadi reaksi metabolisme yang sangat kompleks. Diantara reaksi metabolisme tersebut melibatkan oksigen, seperti yang kita ketahui oksigen adalah unsur yang sangat reaktif. Keterlibatan oksigen dalam reaksi metabolisme di dalam sel dapat menghasilkan apa yang disebut sebagai “reaktif spesies oksigen” seperti H2O2, radikal bebas hydroksil (·OH), dan anion superoksida ( O2-).
  • Molekul-molekul ini memang diperlukan tubuh misalnya untuk menjalankan sistem metabolisme dan memberi signal pada sistem saraf akan tetapi apabila jumlahnya berlebihan seperti pengaruh gaya hidup (merokok, stress, konsumsi ubat, polusi lingkungan, pengaruh zat kimia tertentu pada tubuh, radiasi, dll) maka dapat merosak sel dengan cara memulai reaksi berantai lipid, mengoksidasi DNA dan protein. Oksidasi DNA berakibat adanya mutasi dan timbulnya kanser sedangkan oksidasi protein mengakibatkan non-aktifnya enzim yang dapat menghambat proses metabolisme. Disinilah pentingnya kita mengambil antioksidan.
Jenis Antioksidan
  • jenis larut air, Vitamin C dan jenis larut lemak seperti Vitamin E.
  • jenis enzim seperti SOD, GPx dan Cat
  • jenis polifenol dan flavonoid seperti flavonols, flavones, catechin, flavanons, antosianidin dan isoflavonoids. Sumber polifenol seperti teh, kopi, buah-buahan, minyak zaitun, cinnamon dan sebagainya.
  • Resveratrol pada buah anggur
  • Epigalokatekingalat-contoh polifenol pada teh hijau, teh hitam dan sebagainya.
Makanan yang mengandungi antioksidan
1. Betakarotina. Dapat ditemukan di banyak makanan berwarna oren, seperti ubi merah, wortel, labu, aprikot, mangga dan sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi.
2. Lutein. Berlimpah ruah di sayuran berdaun hijau seperti bayam, kangkung dan sawi.
3. Lycopene. Adalah antioksidan manjur yang dapat ditemukan pada tomat, semangka, jambu biji, pepaya, aprikot dan jeruk.
4. Selenium. Merupakan zat besi yang dibutuhkan untuk meningkatkan fungsi salah satu sistem enzim antioksidan tubuh. Beras dan gandum adalah sumber utama selenium.
5. Vitamin A. Banyak dikandung oleh hati, ubi, wortel, susu, kuning telur dan keju mozarella.
6. Vitamin C. Banyak pada buah dan sayuran seperti delima, kiwi, strawberry, parika hijau, kol, bayam, brokoli dan kangkung.
7. Vitamin E. Terdapat pada almond, beberapa jenis minyak seperti minyak wheatgerm, minyak safflower, minyak jagung dan minyak kedelai, serta mangga, kacang dan brokoli.
8. Flavonoid: teh hijau
Kesimpulannya, pengambilan antioksidan sangat penting untuk kesihatan kita kerana di samping dapat memicu penghasilan enzim yang bekerja dalam metabolisme tubuh, ia juga dapat mencegah dan menghalang daripada terjadinya kanser, penyakit jantung, penyakit akibat kerosakan DNA malah penyakit paling sering mengganggu kita iaitu penuaan pramasa!!
Amalkan antioksidan semulajadi dari Shaklee!!
Vivix- mengandungi resveratrol iaitu antioksidan kuat berfungsi melambatkan penuaan, merendahkan kolesterol, mengawal tekanan darah, meningkatkan tenaga dan prestasi, menurunkan berat badan dsb.
Vitamin E dengan ekstrak biji anggur- juga kaya dengan antioksidan, resveratrol , lengkap dengan selenium untuk membantu penyerapan vitamin E, anti penuaan, memperbaiki luka, mencerahkan wajah, memperkuat sendi, memperbaiki penglihatan dan sebagainya.
Vitamin C dengan bioflavonoid-  penting untuk kulit, membina kolagen, meningkatkan keimunan terhadap penyakit, memelihara keutuhan sel seperti mata, gusi, gigi, tulang, otot, pembuluh darah, meningkatkan penyerapan zat besi dsb.
Carotomax- Ia lebih selamat daripada vitamin A, mengandungi varieti karotena, dan fitokimia yang sangat penting untuk mata yang sihat, kulit dan membran mukosa. ia juga berfungsi untuk melawan kanser dan oksidasi akibat radikal bebas.

Nutriferon- Interferon pertama di dunia yang berfungsi mengukuhkan sistem imun, melawan kanser, tumor, virus influenza, melambatkan penuaan, mempertingkatkan PMS dan menopos.
Adalah sangat penting untuk memulakan pengambilan antioksidan bermula hari ini dan membantu mengukuhkan sistem imun supaya dapat melawan penyakit berbahaya.

Assalamualaikum, salam bahagia semua..

Hari ini saya nak share topik tentang radikal bebas dan antioksidan. Sebelum ni duk dengar orang sebut antioksidan, radikal bebas, tp kita agak kurang pasti apakah bendenya iteww betul tak? Walaupun ada belajar dolu2, tp saya sendiri pun dah hilang ingatan tentang dua benda yang sangat penting ini..

Kalau nak diikutkan, topik ini sangatlah panjang untuk dibicarakan..nanti jemu pulak nak membacanya, jadi saya share info yang penting2 saja di sini.. kalau nak baca lanjut, sila ke web Akhiajun's sebab artikel ini pun saya ambil dari sana...Jom baca dan tambah ilmu ;)
punca radikal bebas antaranya pencemaran, bahan kimia, merokok dan asap rokok, dan sebagainya.

Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas adalah molekul yang kehilangan elektron, sehingga molekul tersebut menjadi tidak stabil dan terlalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain.

Bagaimana ia dihasilkan?
1. melalui metabolisme tubuh itu sendiri
2. melalui persekitaran contohnya merokok, sinar uv, bahan kimia dalam makanan dan bahan pencemar yang lain.

Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas sangat kronik dan mengambil masa bertahun-tahun untuk menampakkan kesan yang nyata. Contohnya ialah kanser dan penyakit jantung.

Sebenarnya, tubuh manusia dapat meneutralkan keadaan ini tetapi apabila jumlahnya terlalu berlebihan, kemampuan tubuh untuk meneutralkannya semula akan berkurang. Ditambah lagi dengan faktor usia yang semakin meningkat, tubuh tidak lagi dapat menjalankan fungsinya dengan efisien.

Fakta yang seterusnya ni lagi mengerikan!!
Radikal bebas yang mengambil elektron dari tubuh manusia dapat menyebabkan perubahan struktur DNA sehingga timbullah sel-sel mutan.

Bila perubahan DNA ini terjadi bertahun-tahun, maka terjadilah kanser dan penyakit genetik yang semakin banyak dan bermacam-macam nama.

Tubuh manusia sebenarnya dapat meneutralkan radikal bebas dengan antioksidan semulajadi tetapi jumlahnya sering saja tidak mencukupi; dan juga zat pemicu yang diperlukan tubuh untuk menghasilkan antioksidan tidak cukup di ambil oleh kita.

Contohnya, Glutathione adalah antioksidan dalam tubuh kita yang sangat kuat TETAPI ia memerlukan bantuan vitamin C sebanyak 1000mg untuk tubuh menghasilkan glutathione ini.

Apakah yang terjadi sekiranya radikal bebas sangat berlebihan?
1.Radikal bebas dalam lipid akan terurai menjadi bahan-bahan seperti malondialdehid(ini adalah indikator bahawa dalam tubuh kita ada radikal bebas). Akibat kerosakkan bahagian pembuluh darah, ia menyebabkan endapan zat-zat termasuk kolestrol hingga boleh menyebabkan arterosklerosis.

2. Radikal bebas berlebihan boleh menyebabkan perubahan cecair membrane sel sehingga pengangkut antara membrane dan mekanisme sel terganggu.

3. Ia juga boleh melumpuhkan sistem enzim hingga seluruh rangkaian proses metabolisme terganggu.

4. Radikal bebas juga menyebabkan kerosakan protein

5. Radikal bebas mampu menyebabkan mutasi spesifik pada DNA yang menyebabkan kanser.

6. Radikal bebas akan merosakkan lipid hingga menyebabkan penyakit jantung koronari.

7. Radikal bebas boleh menyebabkan penyakit autoimun. Pada keadaan normal, antibodi terbentuk apabila ada antigen yang masuk ke dalam tubuh. Autoimun berlaku apabila antibodi tidak dapat mengenal antigen lalu menyerang sel tubuh sendiri.


~bersambung~

APA ITU RADIKAL BEBAS?

by on Disember 18, 2012
Assalamualaikum, salam bahagia semua.. Hari ini saya nak share topik tentang radikal bebas dan antioksidan. Sebelum ni duk dengar orang se...
Assalamualaikum, salam bahagia semua..

Masa subur adalah kunci penting untuk merencana keluarga. Dengan mengetahui masa subur, usaha untuk mendapatkan anak atau menjarakkan anak lebih mudah jika tidak ada masalah anatomi pada pasangan. Demikian menurut Dr. Boy Abidin, lulusan Fakulti Kedoktoran, Universiti Padjajaran, Bandung.

1. Masa subur adalah masa ketika ada satu sel telur yang siap untuk dibuahi oleh sel sperma di dalam tiub fallopio yang terjadi sebulan sekali. Sel telur boleh hidup selama 1-2 hari.


2. Pada masa subur, terjadinya perubahan fisiologi yang menjadi petunjuk. contohnya libido meningkat, lendir pada vagina lebih banyak, peningkatan suhu basal tubuh antara 0.2*C hingga 0.5*C pada waktu pagi. Indikator minor kesuburan ialah tidak selesa pada perut dan payudara.

3. Lendir yang muncul pada vagina ini merupakan lendir yang dihasilkan oleh kelenjar di serviks dan mesra sperma. Lendir tersebut memungkinkan sperma dapat bertahan untuk hidup sementara menunggu kematangan sel telur (ovulasi). Pada masa subur, kemungkinan terjadi persenyawaan sangat besar.

4. Jika pasangan suami isteri ingin memiliki anak, lakukan hubungan intim pada masa subur; dan sebaliknya jika tidak ingin hamil, hindarilah hubungan intim pada masa subur atau menggunakan kaedah perlindungan yang lain.

5. Masa subur boleh dikira berdasarkan kitaran haid. Anda perlu pastikan kitaran haid teratur setiap bulan dengan mencatat tarikh hari pertama haid hingga darah haid tamat.

6. Jika rata-ratanya menghasilkan 28 hari yang beerti kitaran normal (21-35 hari), maka masa suburnya akan terjadi pada 14 hari sebelum hari pertama haid yang akan datang.

7. Selain itu, hormon penanda masa subur atau LH dapat dikesan melalui ujian darah atau urin.

Dengan mengetahui masa subur ini, dapatlah anda merancang kehamilan dengan lebih tepat!

Semoga berjaya!!

Baca lanjut:
TIP CEPAT HAMIL CARA MUDAH DENGAN GLA COMPLEX SHAKLEE

KETAHUI MASA SUBUR!

by on Disember 12, 2012
Assalamualaikum, salam bahagia semua.. Masa subur adalah kunci penting untuk merencana keluarga. Dengan mengetahui masa subur, usaha untuk...
AMARAN: SILA BACA ENTRY INI SAMPAI HABIS!

Assalamualaikum, salam bahagia..

Hehe ada main warning2 pulak kan? Bukan apa, sesetengah daripada kita ni suka baca tak habis, baca sekerat2, baru baca tajuk dah buat conclusion sendiri..Padahal isi utamanya lain.

Oklah, dalam kita berseronok2 berkolagen, nak cantik, dengan produk kolagen muncul macam cendawan selepas hujan, dengan macam2 jenama dan macam2 kaedah, mari kita melihat sisi gelap kolagen dan akibat buruk jika kita TERSALAH pilih kolagen.


Ada beberapa jenis kolagen; jenis oral sama ada pil, serbuk atau cecair yg berfungsi untuk membantu meringankan sakit sendi, membantu dalam penurunan berat badan, membina otot dan membina kulit; jenis krim, yang membantu mencegah kedutan dan memperbaharui kulit wajah; jenis suntikan yang membuatkan kulit nampak lebih padat, dan menghilangkan kedut.

Kesan buruk kolagen

Kolagen jenis krim
Ia memang memberi kelembapan pada kulit, tetapi ia tidak membekalkan kolagen extra kepada tubuh. Ia juga mempunyai jisim molekul yang besar yang susah diserap oleh kulit. *Kolagen yang bagus mesti mempunyai jisim molekul yg rendah.

Kolagen jenis ini juga sangat mahal dan ia memberi kesan buruk kepada beg duit kita.

Kolagen jenis oral
Banyak terdapat di pasaran. Sumber utamanya tumbuhan, haiwan seperti lembu, kambing, ayam dan babi; serta kolagen marin seperti rumpai dan sisik ikan.
Kesan utama jenis ini ialah ia berbahaya jika seseorang itu mempunyai alergi terhadap sesuatu makanan. Kolagen daripada haiwan darat mempunyai risiko kontaminasi dan jangkitan yang tinggi dan kehalalannya mestilah di sahkan. Ia juga sangat sukar diserap oleh tubuh kerana jisim molekul tinggi iaitu hampir 400,000 dalton.

Kolagen tumbuhan juga sukar diserap oleh tubuh.

Kolagen ikan paling baik kerana bentuk triple helix nya sama dengan kolagen manusia. Selain itu, kolagen ikan itu mestilah yang telah dihidrolisis.

Kolagen jenis suntikan
Juga sangat popular di pasaran. Kesan buruk utamanya ialah risiko jangkitan jika alatan yg digunakan tidak bersih dan steril, jangkitan bakteria pada luka tusukan jarum, serta jangkitan jika tidak menjaga tempat suntikan dengan sempurna. Kemungkinan doktor atau pakar bedah kosmetik membekalkan anda antibiotik untuk menghalang jangkitan merebak. (dan berkemungkinan besar merabakkan poket juga!)

Suntikan kolagen juga boleh menyebabkan tindakbalas alahan atau kesan2 yang serupa. Ini biasa berlaku jika suntikan bersumberkan kolagen bovine/lembu. Bahan suntikan itu juga mungkin terdiri daripada anesthetic yang boleh menyebabkan alergic reaction.

Kesan buruk mengambil kolagen jenis suntikan lagi ialah kesan pembengkakan pada wajah. Pembengkakan terjadi apabila salur darah terluka semasa suntikan, menyebabkan darah mengalir ke tisu berkenaan.

Satu kesan yang pasti ialah efek wajah yang tidak semulajadi, dan sekali pandang boleh tahu bahawa orang itu mengambil suntikan kolagen.

Credit

Jadi sebelum anda betul-betul yakin dengan sumber kolagen jenis mana yang anda nk guna untuk cantik, pastikan juga ia berbaloi dengan wang yg ingin dilaburkan dan paling penting kecantikan yg anda idam idamkan tidak menjadi satu mimpi ngeri yg menakutkan. Pilihlah kolagen yang terbukti SELAMAT, SEMULAJADI, HALAL DAN BERKESAN!!!

Bacaan lanjut
TIPS MEMILIH KOLAGEN YANG BAGUS
COLLAGEN POWDER SHAKLEE
TESTIMONI PENGGUNA BIJAK



KESAN BURUK KOLAGEN

by on Disember 06, 2012
AMARAN: SILA BACA ENTRY INI SAMPAI HABIS! Assalamualaikum, salam bahagia.. Hehe ada main warning2 pulak kan? Bukan apa, sesetengah darip...