Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Tip Bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tip Bisnes. Papar semua catatan

Saya suka baca artikel dari website lifehack.org.
Ni saya share beberapa tips bagaimana nak kembangkan network atau jaringan bisnes kita.
Bila network kita besar, insyaAllah bisnes kita akan berkembang.

1. Be helpful
Kongsi kepakaran, idea, informasi yang kita ada dengan orang lain terutama orang dalam network sedia ada.
Bantu mereka untuk berjaya, untuk capai target, untuk mereka jadi lebih kuat.

2. Bina reputasi
Jadikan diri kita bernilai, orang tak rasa rugi kawan dengan kita.

3. Sentiasa ada
Kerap menonjolkan diri dan konsisten berkomunikasi dengan orang yang kita nak bina network tu.

4. Jumpa dengan lebih ramai orang
Terutama daripada niche yang berbeza dengan kita.
Hadiri event, perjumpaan, seminar, workshop, alumni, kenduri kendara atau boleh join grup2 online.
Jangan hanya menyorok di belakang komputer 😅.

5. Be intentional
Saya belajar dengan mentor saya, setiap hantaran dalam media sosial mesti ada tujuan.
Kongsikan content yang bernilai, berinteraksi dan bina rapport.
Sentiasa connect dengan mereka.

6. Hubungan jangka panjang
Connection open doors, but relationships close deals.
Ia memang akan ambil masa. Sabar je keep in touch.

7. Get rejected
Pepatah daripada Chris Dixon mengatakan,
'If you aren't getting rejected on daily basis, your goals aren't ambitious enough.'
Semakin banyak kena reject, semakin banyak kita belajar, semakin mahir kita menghadapinya.

8. Mendengar
Orang suka kalau kita bagi perhatian pada apa yang dia cakap.
Asah kemahiran mendengar. Jadi nanti kita akan belajar mengenai sifat-sifat manusia.

9. Bertanya
Banyakkan bertanya, jangan assume. Dengan bertanya kita akan terus dapat jawapan apa yang kita nak.

10. Follow up!
Pastikan anda melakukan proses 'follow up' dengan kerap tetapi tidak sampai orang yang kita follow up tu rasa annoying atau menyampah.

Jadi diri sendiri, jangan jadi robot.

11. Last but not least, bina network yang hebat terlebih dahulu dengan kabel Maha Besar. Lebih kuat network yang ini lebih mudah kita nak handle yang lain-lain tu.

#notabisnes
#ciksukongsi

Orang kata, jika ada bisnes tapi tidak ada marketing online, itu bukan bisnes namanya.

Ada juga yang kata, guna Facebook paling senang nak buat duit.

Benar ke?


Siapa-siapa pun boleh guna Facebook, tapi jika salah caranya, bukan sahaja duit tak masuk, silap-silap follower pun boleh lari!

Nak tahu teknik marketing guna Facebook yang terbukti dapat menarik ramai follower seterusnya berjaya buat sale?

Nak belajar tip and trick personal branding supaya orang seronok nak jadi follower kita dan sanggup serahkan duit seperti dipukau?


Nak belajar bagaimana nak 'position'kan diri kita dengan betul di Facebook supaya orang nampak kita macam pakar berpengalaman dalam bidang yang berkaitan dengan bisnes kita?

Anda boleh belajar secara online dengan membeli ebook yang di tulis khas oleh pakar online marketing dan personal branding yang mempunyai hampir 200,000 pengikut di Facebook!

Cuma klik gambar ini, dan terus buat pembelian ebook anda dengan harga yang sangat berbaloi!


Cuma berharga RM145 namun anda akan mendapat ilmu berlian seperti:

  • Bagaimana mendapatkan banyak likers di page bisnes anda
  • Bagaimana nak buat konten menarik, kontroversi dan viral
  • Bagaimana mengurus senarai rakan di Facebook wall
  • Bagaimana nak bangunkan tribe dan mengumpulkan followers
serta banyak lagi topik yang WOW dan mengejutkan, serta sangat praktikal.

Beli ebook ini sekarang, ramai yang dah milikinya dan dah mula panaskan enjin bisnes masing-masing.

Semua tak sabar nak jadi lebih famous di tahun 2019 ini termasuklah anda.

Tempah sekarang!




Sales (jualan) dengan orang bisnes memang tak dapat dipisahkan.

Kalau takde sales, bisnes boleh jatuh atau lingkup.

Sales yang banyak adalah nadi sesuatu bisnes baik bisnes itu kecil-kecilan, atau juga bisnes gergasi.

Bagi peniaga online, ada ketikanya sales menurun, dan agak sendu. Bila keadaan berlarutan dengan sangat lama, memang boleh buat kita down dan akhirnya give up nak berbisnes lagi.


Gambar ihsan Google

Satu perkara yang perlu kita tahu, bila berbisnes, grafnya akan sentiasa turun naik. Ia tak akan terus naik atau terus turun, dan tidak juga mendatar.

Namun begitu apabila graf mula menurun, ramai yang tak mampu bertahan lagi.

Ok, so apa kita nak buat untuk mendapatkan sales yang lebat dan berbondong-bondong?

#1. Tukar strategi

Cuba buat apa yang selama ini kita tak pernah buat. Contohnya kita buat bisnes online, asyik promot secara online je, apa kata buat secara offline pula.

Print flyers banyak-banyak dan edarkan kepada sesiapa yang kita jumpa.

Begitu juga bila kita ada kedai fizikal, tapi tak ramai pelanggan, hebahkanlah bisnes kita di media sosial. Buat sesuatu bagi viral. Hah, pasti pelanggan dari serata ceruk akan datang cari kedai kita.

Contoh lain, kita tak pernah buat Facebook Live, apa kata beranikan diri buat facebook live dan tunjukkan diri anda yang sebenar.

#2. Follow up semula pelanggan lama

Kita dah ada database pelanggan. Kenapa tak gunakannya untuk dapatkan sales. Bila follow up tu, jangan jadi robot atau kaku sangat.

Sapa-sapa dulu, tanya khabar.

AWAS! Sesetengah orang tak suka seller terlalu ramah. So, pandai-pandailah kita jaga had ye. 

#3. Konsisten dengan apa yang kita dah buat sebelum ni

Kita takde sales, bukan sebab orang tak nak membeli, tapi kita yang dah berhenti buat marketing atas alasan 'penat' buat benda yang sama.

Hello, tu KFC, McD, Maggie dalam tv tak penat-penat pun buat iklan. Betul tak?

#4. Cari prospek yang baru

Kat mana nak cari? Pasaran online ni terlalu luas. Kita aje yang tepu kepala nak fikir.

Cuba dapatkan prospek baru melalui:

  • grup-grup facebook yang berlambak tu
  • instagram
  • twitter
  • blog
Belajarlah macam mana nak dapatkan prospek dari kesemua medium ni. Ramai guru-guru bisnes online yang boleh tunjukkan jalan kepada anda. Pergi cari diorang.

#5. Lazimi amalan menjemput rezeki

Biarlah orang nak kata kita tak ikhlas ke apa ke, buat je. Allah dah janji dalam Al-Quran, Dia akan beri rezeki bila kita bertaqwa.

Sometimes, inilah cara Allah nak panggil kita balik dekat pada DIA. Orang lain apa tahu?

Walaupun pada awalnya kita penat buat dan seolah-olah takde hasil, jangan risau, buat je. 

Antara amalan yang anda boleh lakukan (dengan istiqomah) ialah:
  • Solat awal waktu
  • Tahajjud
  • Solat Dhuha 4 rakaat (2 salam)
  • Istighfar 100-1000kali  (ikut kemampuan)
  • Selawat 100 kali
  • Subhanallahhi wabihamdih, subhanallahil adziim 100kali
  • Ya Wahhab 1000 kali
  • Baca Al-Quran setiap hari
  • Baca surah Yaasin setiap pagi
  • Baca Al-Fatihah 41 kali setiap pagi
  • Baca surah Al-Waqiah setiap malam
  • Baca surah Al-Mulk setiap malam
  • Bagi lelaki, lazimkan berjemaah di masjid setiap kali waktu solat
Wahhh, banyaknya nak kena buat.

Ya, memang banyak. Ikutkan banyak lagi. Anda tak perlu buat semua. Pilih-pilihlah yang mana rasa sesuai dengan keadaan dan masa kita, dan buat setiap hari sampai mati.


Tak dinafikan, kadang timbul rasa malas nak beramal. Lawan rasa malas itu dan kuatkan mujahadah.

Kita nak bisnes, nak kaya bukan setakat di dunia je. Ye tak? Kita nak sampai ke akhirat sana.

Kalau tak buat sekarang, bila lagi? Percayalah, berbisnes dengan Allah takkan rugi.

#6. Sentiasa senyum, happy, positif dan ceria

Rezeki susah nak masuk bila hati kita tak senang, asyik nak marah, rasa berdendam dan sebagainya.

Tukarlah semua perasaan tu kepada yang lebih baik. Maafkan sesiapa yang buat salah dengan kita.

#7. Sentiasa gembirakan orang yang kita sayang

Terutama pasangan, anak-anak, ibu dan ayah kita. Bisnes memang boleh buat kita stress, tapi janganlah sampai libatkan orang lain juga.

Kita marah anak-anak yang masih kecil sebab ganggu kita nak buat kerja (padahal bukan buat apa pun).  Hadapi dengan tenang insyaAllah semua masalah akan hilang.

Rasanya anda dah faham apa nak kena buat kan?

Saya doakan anda sentiasa di murahkan rezeki, dan dapat sales berbondong-bondong seperti yang diinginkan. Amiinn.

Wallahua'lam.



Assalamualaikum wbt.

Saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan medium blog untuk berbisnes online.

Dulu, masa saya menjual pakaian dan menjadi agen dropship, saya mengambil inisiatif sendiri membina blog untuk meluaskan pasaran saya.

Ya, saya takde mentor pun.

Sebelum tu memang saya ada blog sendiri tapi blog tu saya jadikan macam diari. Dari situ saya belajar yang prospek akan lebih meluas dengan adanya blog.


Dari pemerhatian saya masa tu, saya akan reach lebih ramai orang bukan setakat daripada kalangan rakan-rakan facebook saya sahaja.

Dan Alhamdulillah, siapa sangka pelanggan saya paling jauh masa tu dari Brunei. Memang saya tak terfikir!

Dan apabila saya buat bisnes Shaklee, ianya lebih mudah dengan blog. Boleh dikatakan 90% pelanggan Shaklee saya memang datang daripada blog yang saya bina sejak 2012 ini.

Menariknya, blog saya ini percuma saja. Cuma baru-baru ini saja upah orang untuk make-over supaya nampak cantik dan mesra pembaca.

Untung ke bisnes dengan blog ni?

Alhamdulillah, saya mampu menjana pendapatan 4 angka dengan Shaklee setakat ini.

Berbisnes dengan blog ini bukannya senang, tapi tak juga susah. Asalkan ada kemahuan dan kerajinan, sales akan mudah masuk daripada blog.

Apa yang penting, pada peringkat permulaan, kita kena usaha keras supaya blog kita dikenali dan sentiasa berada pada ranking pertama enjin carian Google.

Alhamdulillah, dengan pengalaman sendiri serta tunjuk ajar daripada mentor, saya makin memahami rentak dan permainan bagaimana untuk berbisnes menggunakan medium blog ini.

Saya benar-benar puas hati.

Jika ada yang berminat untuk cuba menjana pendapatan dengan blog, boleh hubungi saya di www.wasap.my/0129645614 (Su).

Saya sediakan ebook umum untuk memulakan bisnes dengan blog.


Manakala ebook khas untuk mereka yang mendaftar menjadi ahli di bawah saya akan saya berikan kemudian.

Dalam buku itu akan ditunjukkan cara lebih lengkap termasuk tip-tip SEO mudah dan praktikal untuk dilakukan.

Bisnes dengan blog bukanlah sesuatu yang asing. Banyak kelebihan jika menggunakan blog sebagai kedai online kita.

Antara kelebihannya ialah:

1. Ia boleh meluaskan prospek kita ke serata dunia

2. Boleh di akses bila-bila masa

3. Tidak mengganggu waktu tidur atau waktu cuti kita

4. Tidak memerlukan modal yang besar malah percuma!

5. Sesuai untuk mereka yang low profile atau pemalu

Jom kita sama-sama bisnes. Jemput join team saya kemudian binalah empayar bisnes anda sendiri!

Hubungi 012-9645614 sekarang juga!


Bina Bisnes Online Dengan Blog

by on Oktober 01, 2017
Assalamualaikum wbt. Saya nak kongsi pengalaman saya menggunakan medium blog untuk berbisnes online. Dulu, masa saya menjual pakaian dan...

Siapa sini baru berjinak-jinak dengan bisnes online terutama guna medium Fesbuk, cer senyum sikit nak tengok.  ��

Hari ni ciksu nak share sikit beberapa tip untuk korang yang baru nak meniaga di fb terutama di personal fb.

Cekidaut!

1. Update fesbuk 10-20 kali sehari.
Tujuannya supaya orang sentiasa nampak post kita maka diorang pun sedar kita sedang meniaga.

2. Selalu LIKE / KOMEN pada post kawan Fb kita, supaya post kita pun rajin naik di newsfeed dia.

3. Elakkan TAG orang lain dengan post menjual kita jika tak nak kena block / unfriend dengan diorang.

4. Tidak promot produk di dalam post (komen) orang lain melainkan diminta.

5. Kurangkan hardsell.
Banyakkan softsell contohnya bagi info yang berkaitan, bagi tips dan sebagainya. Jangan asyik nak menjuallll je.

6. Tidak meroyan yang bukan-bukan yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan kepercayaan bakal pelanggan kita.

Bina trust dengan update perkara yang bermanfaat, yang baik-baik, yang positif-positif je.

7. Tidak memburukkan produk orang lain.
Fokus pada kebaikan produk kita sahaja. Biar la orang lain jual dadah pun, jangan cari gaduh dengan dia.

8. Jangan menulis ayat macam nak masuk dewan periksa. Tulis santai-santai tapi gunakan ejaan penuh supaya aman damai otak orang yang membacanya.

Biar poyo, asal bergayo. Ehh

9. Mestilah rajin. Jangan malu, apatah lagi malas. Kita update Fb sebulan sekali pastu marah orang tak beli. Ah malas mak nak cakap.

10. Rajinlah tambah ilmu. Bisnes online ni sentiasa berkembang. Lambat sikit memang ketinggalan la jawabnya. Walaupun kita buat bisnes online dah bertahun, tetap kena cari ilmu.

Ciksu rekemen korang follow Cikgu June Mohd Som untuk belajar Basic Online Positioning.

Good luck! ��

#8cellent
#bisnesdarirumah
#tsunamishaklee
#gengBOP

CikSu
012-9645614