Kenapa Orang Perempuan Tak Boleh Angkat Benda Berat

Dah lama persoalan ni bermain di mindaku, sejak-sejak zaman anak dara dulu lagi.

Selalu juga dengar orang kata, perempuan tak boleh angkat benda berat. Bahaya.

Daku musykil, bahaya kenapa pulak? Dulu ciksu kerja di MARDI, kontrak sebagai assistant researcher  di makmal yang buat kultur pokok nenas.

ihsan pic: kelantanbiotech.com.my
Setiap hari memang kena angkat berdozen botol kaca ni. Angkat tinggi-tinggi pastu susun pulak dekat rak macam dalam gambar di atas ni.

Memang pun, bila kita angkat benda berat berulang kali macam ni akan terasa bebanan pada bahagian rahim kita. Syukurlah ciksu kerja sementara je. Risau juga sebenarnya. Patut kerja angkat mengangkat ni kerja orang lelaki.

Bila dah terlibat dalam industri suplemen ni (cewah), barulah ciksu faham, antara sebab kenapa orang perempuan tak digalakkan angkat benda berat-berat macam ni ialah ia boleh sebabkan lemah otot rahim atau dalam bahasa omputihnya uterine prolapse.

Sebenarnya, otot rahim kita ni kuat. Bukannya lemah sangat. Tapi dalam keadaan tertentu, ia boleh jadi lemah sampai boleh sebabkan jatuh dan terkeluar dari landasan. Sampai boleh rasa dengan tangan sebab dan terkeluar dari vagina. Ngeri tak ngeri?

Sebab tu wanita tak digalakkan sangat angkat benda-benda berat ni. Lebih lagi kita yang dah berulang kali beranak normal ni. Otot tu akan mengalami kecedaraan, yang boleh membawa kepada lemahnya rahim.

ko mampu?

Kesian wanita.

Dan, sebab itulah juga, wanita lepas-lepas bersalin ni tak begitu digalakkan buat kerja berat, apatah lagi mengangkat beban berat. Angkat baby pun tak digalakkan sebenarnya.

Nak angkat boleh, tapi ada caranya. Masa nak angkat tu, cuba kemut macam nak tahan kecing. Kemudian baru lepaskan. Sama juga nak angkat apa-apa pun.

Jadinya, suami-suami silalah ringankan tulang bantu isteri buat kerja rumah, dukung anak, angkat bakul kain atau apa yang patut.


Baru-baru ni ada seorang ibu lepas bersalin wasap tanya suplemen untuk kuatkan badan dan cepat baik luka. Dia takut sangat kena bentan sebab dia terpaksa buat kerja berat katanya, takde orang tolong. Alahai..

Selain mengangkat benda berat ni, rahim boleh jadi lemah dan jatuh sebab daripada:

  • level hormon estrogen yang menurun
  • wanita yang banyak kali bersalin normal
  • wanita menopaus
  • wanita obes
  • banyak buat aktiviti yang menekan rahim
  • sembelit kronik
  • batuk kronik
Macam mana nak cegah otot rahim jadi lemah dan jatuh?

1. Turunkan berat badan jika obes
2. Elakkan angkat beban berat
3. Buat senaman Kegel
4. Estrogen terapi

Kena jagalah betul-betul, sebab rahim ni aset wanita. 

Suplemen Shaklee pun boleh membantu. Nak tahu lanjut mengenai suplemen yang boleh membantu menjaga kesihatan rahim, boleh hubungi Ciksu.


012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan