Enter Keyword

5 Cara Semulajadi Merawat Rambut Beruban

"Muda-muda pun dah beruban?"

Ada banyak sebab uban mula kelihatan walaupun usia masih muda remaja. 
Salah satunya sebab keturunan, kekurangan vitamin B Complex, ada masalah dengan tiroid atau kelenjar pituitari, kurang ketumpatan tulang atau juga penuaan pramatang.
Uban boleh terjadi sebab perubahan hormon, merokok, terdedah pada pencemaran, stress, penggunaan produk rambut yang tak sesuai, serta sesetengah penyakit.
Uban terjadi sebab sel yang mengeluarkan pigment kaler hitam tu berhenti berfungsi.
Orang Asia secara puratanya mula mengalami masalah uban pada lewat 30-an. Haa cer gi tengok cermin, ada dah ke belum kaler-kaler putih di kepala?



Macam mana nak tutup uban?

Selalunya orang gunakan pewarna rambut. Tapi, terlalu kerap mewarna rambut adalah bahaya dan tak selamat sebab bahan kimia yang ada boleh meresap ke dalam kulit kepala dan menyebabkan penyakit.

Oleh itu, kita guna cara yang lebih semulajadi. Bahan-bahan pun organik dan mudah di dapati di rumah kita.

1. Daun kari



Kebanyakan rumah ada pokok kari kan? Petik sikit beberapa tangkai daun kari, dan masakkan daun tersebut dengan minyak kelapa. Tapis minyaknya, dan gunalah minyak tersebut dengan menyapu pada kulit kepala selama 45 minit.

Basuh rambut. Lakukan cara ini seminggu sekali.

Daun kari membantu meningkatkan pigmentasi pada rambut.

2. Daun inai



Daun inai memang terkenal sebagai tonik rambut serta pewarna semulajadi yang selamat.

Caranya, tumbuk daun inai sampai jadi pes. Kemudian campur dengan dengan serbuk kopi dan sedikit yogurt plain. Sapulah pada kulit kepala. Dah kering, syampu macam biasa.

Buat cara ni setiap 2 minggu.

3. Minyak kelapa dan jus lemon



Minyak kelapa amat bagus sebab ia melembapkan rambut, meransang pertumbuhan rambut, serta melawan jangkitan pada kulit kepala.

Caranya, campurkan tiga sudu jus lemon dalam minyak kelapa, cukup untuk rambut anda. Sapu dan urut kulit kepala perlahan-lahan. Biarkan 30 minit dan bilaslah seperti biasa.

4. Jus bawang besar



Jus bawang dipercayai dapat menebalkan rambut dan melambatkan pertumbuhan uban. Kajian menunjukkan, uban berlaku sebab ada timbunan hidrogen peroksida pada kulit kepala kita. Jadi, bawang dapat menggalakkan pengeluaran antikoksidan catalase yang mampu mengembalikan kekuatan folikel rambut.

Caranya, ambil jus bawang, sapukan saja pada kulit kepala. Kena tahan la sikit dengan bau busuk atau pedih mata. Urut kepala, biarkan selama 30 minit.

Ulang proses ni setiap hari selama beberapa minggu.

5. Biji sawi



Kalau ikut amalan tradisional orang Cina, mereka gunakan biji sawi untuk hitamkan rambut.

Caranya, makan je sesudu biji sawi hitam setiap pagi selama at least tiga bulan. Atau boleh juga sapukan minyak biji sawi pada kepala.

Biji sawi mengandungi protein, zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, dan copper yang menggalakkan penghasilan melanin.

Nak cara lagi mudah??

Telan Vivix.

Dulu encik suami saya ada banyak jugak uban taw (alamak pecah rahsia). Sayalah yang jadi tukang cabut uban dia. Takde upah pulak tu. huhu

Tapi dah lama tak buat kerja gitu. Dah tak nampak pulak ubannya. Mungkinkah sebab beliau pemakan suplemen? Terutama Vivix?

Vivix ni memang sangat membantu mencegah penuaan pramatang termasuklah kejadian uban ni tadi.

Bahan utama Vivix adalah resveratrol, iaitu sejenis antioksidan berkuasa yang bertindak hingga ke peringkat DNA. Vivix repair semula sel-sel kita yang rosak, yang sakit, yang mati dan gantikan nya dengan sel yang lebih sihat.

Sebab tu kebanyakan yang makan Vivix, bukan je jadi makin sihat, penyakit hilang, malah makin muda.

Macam testimoni di bawah ni. Makan Vivix je kot.

Image may contain: 1 person

Betul, uban ni memang masalah yang susah nak di hilangkan. Sebab ia bermula dari dalam. Sebab tu kena makan suplemen macam Vivix.

Vivix berkesan dengan cepat. Nanti tak lama lagi mesti ramai yang tegur,

"eh, mana pergi uban awak?"

Seronok kan?? Hihi

Jom dapatkan suplemen awet muda Vivix hari ini! Cepat-cepat hubungi:


Klik whatsapp: www.wasap.my/60232369434

Shaklee Malaysia
ID:868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan