Enter Keyword

5 Cara Rawat Tonsil Pada Kanak-Kanak

Hari ni Ciksu ke klinik untuk rawatan bulanan ibu hamil. Oleh sebab sekolah tengah cuti, maka kami angkut semua askar ke klinik.

Kebetulan, anak sulung Ciksu, Ammar mengalami sedikit demam. Pagi tu dia mengadu kat abahnya cakap macam tak larat je. Dah alang-alang ke klinik, abah bawak pergi jumpa doktor terus.

Di pendekkan cerita, doktor kata ada bengkak tonsil sikit dalam tekaknya. Wahh ini pengalaman baru buat kami. Sebelum ni takde lagi anak-anak yang pernah kena bengkak atau jangkitan tonsil.

Akhirnya doktor cuma berikan vitamin C dan paracetamol. Eh, elok je lepas ambik ubat, segar bugar je dia. Ubat tak sempat makan pun. Kalau pagi tadi kemain lembiknya. Ni mesti drama je lebih. hahaha


Apa itu bengkak tonsil

Belakang tekak kita ni, ada sejenis tisu yang di panggil tonsil. Fungsinya untuk tapis kuman-kuman yang mungkin akan masuk ke salur pernafasan kita.

Lagi satu, tonsil juga berfungsi untuk melawan jangkitan kuman.

Pun begitu, kadangkala ia sendiri boleh terjangkit juga. Apabila terlalu banyak bakteria dan virus, tonsil akan membengkak dan menjadi radang. Ini yang di panggil tonsilitis atau jangkitan tonsil.

Selalu yang dapat tonsil ni kanak-kanak. Orang dewasa pun ada juga. Ada yang selalu sangat kena jangkitan tonsil dan ada yang jarang sekali.

Punca dan tanda anak kena tonsilitis

Selalunya, tonsilitis berlaku di sebabkan oleh jangkitan bakteria atau virus. Antara simptom atau tandanya ialah:
  • tonsil jadi bengkak
  • sakit tekak
  • ada ulser atau blister pada tekak
  • ada selaput keputihan pada tonsil
  • sakit kepala
  • hilang selera makan
  • susah nak menelan
  • kelenjar pada leher bengkak
  • demam
  • susah bernafas
  • loya dan muntah
Kena perhatikanlah keadaan anak kita. Kadang kita tak expect pun anak kena tonsilitis ni. Ye lah, benda jarang atau tak pernah berlaku. Bila dah ada tanda-tanda ni, segera bawa ke klinik untuk dapat rawatan sebab kalau teruk, boleh sampai kena bedah. Sian kat anak.

5 Cara rawat tonsil pada kanak-kanak

Selain makan ubat yang diberi oleh doktor, cara di bawah ni mungkin boleh membantu mengurangkan atau menghilangkan terus tonsilitis anak kita tu.

1. Minum air sejuk


Atau selalunya doktor suruh makan aiskrim. Tujuannya untuk legakan sikit sakit di bahagian tekak tu. 

2. Makan makanan yang lembut


Bila anak takde selera makan sebab sakit tekak, makanan lembut seperti bubur dapat membantu. Anak-anak kena makan dan kena dapat zat yang cukup, kalau tak lagi susah nak baik.

3. Kumur air garam


Bancuh 1 sudu garam dalam air suam, biar larut. Cuba kumur dengan air tersebut, tapi jangan telan pulak. Ulang cara ni banyak kali.

4. Minum jus lemon


Perah jus lemon dalam air suam, tambah sikit madu. Bagi anak minum. Anak Ciksu kalau batuk pun Ciksu buat cara ni je. Takde lemon boleh je ganti dengan jus limau.

5. Jus pudina


Daun pudina terkenal dengan sifat antimikrob yang membantu membunuh bakteria dan virus. Menthol dalam daun pudina ni pun meringankan keradangan dalam tekak.

Caranya:

Didihkan segelas air, masukkan segenggam daun pudina. Tunggu ia menggelegak dan hingga air menjadi separuh. Tapis airnya ke dalam gelas, masukkan sedikit madu dan minum semasa suam.

Boleh juga nak buat kumur-kumur.

Ciksu sendiri ada cara yang lebih mudah. Selain memang anak-anak mengamalkan makan vitamin C, Ciksu juga ada bagi serbuk biji labu Nutriferon.

Kedua-dua ni memang bagus melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria pada kami sekeluarga.

Tak kira sakit sebab apa pun, memang ini je ubatnya :) Anak-anak pun bila sendiri rasa tak sihat, terus mintak nak makan 'Feron'. 


Ciksu memang seboleh-bolehnya nak meminimakan pergantungan kepada ubat-ubatan. Kalau terpaksa sangat baru la makan ubat.

Sekiranya berminat mendapatkan Set Tonsil ni, segera hubungi Ciksu ye!

Semoga anak-anak kesayangan kita sentiasa di kurniakan kesihatan yang mantop dalam dunia yang dah tak lagi selamat ni.

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia

ID: 868994


Tiada ulasan:

Catat Ulasan