6 Cara Mengurangkan Sakit Ari-Ari Dan Peranakan Lepas Bersalin

Sesetengah ibu yang baru saja melahirkan bayi akan merasai satu sensasi sakit seakan sengugut pada bahagian rahim. Ada yang sakitnya sesekali menyerang, ada yang pula yang berlarutan hingga semalaman atau lebih.

Dalam istilah perubatan, kekejangan atau krem peranakan selepas bersalin ni dikenali sebagai afterbirth pains atau afterpains. Sakit ini sebenarnya adalah disebabkan berlakunya pengecutan uterus kita, iaitu ia mengecut untuk kembali semula ke bentuk dan lokasi asalnya. Proses ini di panggil 'involution'.

Ibu yang beranak pertama selalunya tak rasa keadaan ini. Tapi bila anak dah masuk, dua, tiga dan seterusnya, sakit ini akan menjadi semakin teruk. Ini kerana, bila anak pertama tu, otot uterus kita tu masih lagi kuat dan masih lagi berada dalam keadaan yang 'ketat'.


Bila anak dah dua, tiga, otot tu semakin longgar dan tindakan pengecutannya itu agak kuat.

Ada juga ibu yang rasa sakit ni semasa dia menyusukan bayi.

Apabila bayi menghisap puting ibu, badan akan melepaskan hormon oksitosin yang mana akan turut meransang pengecutan uterus. Keadaan ini sebenarnya tak bahaya pun. Ia sebenarnya bagus sebab rahim ibu akan cepat kecut, serta dapat mencegah kehilangan darah yang terlalu banyak.

Mengikut Ensiklopedia Perbidanan Melayu pula, sakit ini dinamakan rengat.

Rengat berlaku di sebabkan pergerakan darah bantal di dalam rahim yang masih mentah dan bengkak. Darah yang tidak dikeluarkan dengan sempurna itu tinggal dalam bentuk ketulan dan bergerak disekitar rahim.

Menurut ensiklopedia ini lagi, jika ibu diserang rengat, itu bermakna satu petanda bahawa ibu diserang pukulan darah angin merian.

Sejauh mana kebenarannya tidaklah diketahui.

Namun begitu, apabila kekejangan atau rengat ini berlaku, ibu boleh melalukan beberapa cara untuk meringankannya.

1. Sapu minyak urut berherba yang panas di seluruh bahagian badan ibu sehingga ke kaki.

2. Bertungku dengan batu atau tuam dengan uncang herba

3. Minum air rebusan herba dengan madu lebah

4. Baring meniarap dan letakkan bantal di bawah perut


5. Mengurut

6. Berbarut dengan ramuan herba (biasanya dibuat oleh bidan)

Jika sakit rengat ini masih berlarutan sehingga beberapa hari, atau menjadi semakin teruk, segera berjumpa doktor kerana boleh jadi ia petanda masalah lebih serius yang memerlukan rawatan perubatan.

Otot rahim cepat mengecut adalah satu perkara yang baik. Jadi, ibu janganlah risau sangat. Amalkanlah cara di atas tu.

Selain itu, ibu boleh juga mencuba Ostematrix, B Complex dan Alfalfa Complex Shaklee untuk membantu mengurangkan rasa kejang dan krem perut tersebut.

Berminat dengan produk Shaklee ni, boleh segera hubungi Ciksu:

-Puan Suhaila-

012-9645614

Shaklee Malaysia
ID:868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan