Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label keputihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keputihan. Papar semua catatan
"Kau ada keputihan? Cubalah buat meruang tu. Aku dah buat memang clear keputihan aku!"

Seringkali kita menganggap, meruang dapat membersihkan keputihan. Tapi...betul ke?

Sebagai wanita, kita memang akan mengeluarkan lendiran faraj atau discaj. Warna, bentuk, bau, jumlah, kekerapan semuanya bergantung kepada tubuh badan seseorang.

Lebih-lebih lagi apabila menjelang haid. Discaj vagina akan kelihatan seakan pekat, likat dan berwarna keputihan. Lendiran ini adalah normal mengikut hormon yang dikeluarkan sepanjang kitar haid seorang wanita setiap bulan.

shaklee kuantan

Namun begitu, ada sesetengah keadaan, lendiran yang dikeluarkan lebih banyak, dan boleh menjadi petanda bahawa kita ada penyakit keputihan.

Kita memang akan keliru dengan lendiran-lendiran ini. Tapi selagi ia tidak gatal, tidak menyebabkan bengkak, merah, dan ketakselesaan, maka tak perlulah risau sangat.

Bila patut risau?

Lendiran tersebut mungkin adalah punca penyakit jika ia:

  • lendir yang kental dan melekat
  • berwarna kuning, kelabu atau hijau
  • berbau busuk
  • keluar dengan banyak
  • berlaku terlalu kerap hingga rasa tak selesa
  • gatal bahagian faraj
  • faraj berwarna merah serta bengkak
Ini selalunya tanda jangkitan kuman telah berlaku. Jika mendapati keadaan seperti ini, segeralah dapatkan rawatan di hospital. Bukan meruang dengan jamu!

Antara kuman yang menyebabkan keputihan teruk ini ialah Gardnerella vaginalis, Thricomonas vaginalis, dan Candida albicans.

Punca penyakit keputihan

1. Kebersihan

Kena pastikan bahagian faraj sentiasa kering kerana faraj yang sentiasa lembap akan memudahkan pembiakan kuman, bakteria serta mudah menyebabkan jangkitan.

2. Hormon

Hormon yang tak seimbang juga turut menyebabkan keputihan menjadi kronik. Ada banyak cara hormon boleh menjadi tak seimbang contohnya seperti pengambilan ubat-ubatan, antibiotik, gangguan emosi, pil perancang atau pil pencegah kehamilan.

3. Kencing manis dan penyakit

Wanita yang ada kencing manis, memang sering mengalami keputihan disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam faraj. Begitu juga jika seseorang itu ada penyakit yang boleh melemahkan imun seperti HIV, kanser, leukimia yang mana akan mengganggu kesihatan faraj. 

Awas juga kepada wanita yang suka sangat makan dan minum benda manis dan bergula. Ini pun boleh buat keseimbangan faraj terganggu.

4. Gaya hidup

Kerap melakukan hubungan seks terutama seks rambang.

Penyakit keputihan memang bahaya dan jika tidak di rawat dengan betul, boleh menyebabkan penyakit yang lebih teruk dan mengancam nyawa. Kesuburan seorang wanita boleh terjejas, susah hamil, kehamilan luar rahim, serta kanser rahim boleh berlaku.

Cara cegah dan rawat keputihan


  • Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong. http://www.myhealth.gov.my/penyakit-keputihan/

Tak boleh ke meruang?

Dalam faraj kita ni, ada ekosistemnya yang tersendiri. Allah dah buat cantik dah. Ada bakteria baik yang fungsinya mengekalkan pH atau keasidan kawasan tu (pH 3.5-4.6). Namanya bakteria Lactobacillus.

Keseimbangan ekosistem ni boleh terganggu kalau kita ni memandai je nak masukkan sesuatu bahan dalam faraj kita. Contohnya jamu insert, atau juga feminine wash.

Feminine wash tu basuh kat luar je taw tu pun pH mesti betul.

shaklee kuantan

Meruang pula kita masukkan jari dan mengorek habis apa yang ada di dalam faraj kita tu. Jika kita memang ada keputihan, memanglah segalanya keluar, tapi ia tetap tidak merawat punca keputihan tu sendiri.

Lagipun, tak takut ke dengan bakteria baru yang kita masukkan melalui tangan kita?

Meruang ni hanya amalan mak-mak bidan zaman dulu dan tak pernah ada bukti secara saintifik ia membantu mengatasi keputihan.

Saya sendiri tak pernah buat. Mak tak pernah ajar, maklong saya yang memang bidan lama yang duk mengurut saya setiap kali beranak tu pun tak pernah sebut. 

Doktor perubatan pula kata, faraj kita ni self-cleansing, seperti juga telinga. Kita cuci belah luar je cukup la. 

Jika was-was dengan lendiran yang keluar daripada faraj kita tu, segeralah jumpa doktor. Buatlah pap smear setahun sekali. Tak sakit pun.

Minum air kosong yang banyak, kurangkan makanan manis dan bergula serta bertepung putih, banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya antioksidan. 

Nak ikhtiar dengan suplemen semulajadi, hubungi saya 013-2369434 (Puan Su). 


Assalamualaikum wbt.

Banyak perubahan yang akan di alami oleh seorang wanita apabila dia hamil. Ada yang menyeronokkan, ada juga yang menakutkan.

Antara perubahan yang di alami ialah keluarnya lelehan vagina atau discaj vagina yang agak banyak lebih daripada biasa.

Lelehan ini sebenarnya normal, tetapi akan  jadi bahaya jika diikuti keradangan, gatal-gatal dan perubahan warna dan bau yang luar biasa.


Keputihan semasa hamil mungkin disebabkan oleh dua keadaan sama ada jangkitan fungal atau jangkitan bakteria.

Jangkitan bakteria terutama  Group B Streptococcus (GBS) lebih berbahaya kerana ia berisiko terhadap bayi dalam kandungan. Bayi boleh meninggal dunia dalam rahim atau beberapa hari selepas di lahirkan kerana bakteria akan menyerang paru-paru, hati dan otak bayi.

Jika ibu was-was dan risau dengan keputihan yang melanda,  berbincanglah dengan doktor.

Saya sendiri ada pengalaman dengan keputihan semasa kandungan yang terdahulu. Biasanya doktor akan ambil sample keputihan untuk menentukan punca keputihan. Doktor juga akan berikan sejenis ubat 'insert' untuk mengurangkan keputihan.


Simptom keputihan yang bahaya:

  • gatal-gatal dan radang sama ada dalam vagina atau kawasan vulva
  • vulva rasa bengkak
  • keluar lelehan yang berwarna seperti keju
  • sakit semasa hubungan kelamin
  • demam
Jika jangkitan faraj disebabkan oleh bakteria, doktor juga akan memberikan antibiotik yang sesuai untuk membunuh kuman dan bakteria tersebut.

Cara Mengatasi Keputihan Ketika Hamil

Selain bertemu doktor dan dapatkan rawatan yang sesuai, ibu boleh juga melakukan beberapa perkara ini.

1. Elakkan seluar dalam fabrik nilon, sebaliknya pakai yang diperbuat daripada kapas kerana ia lebih baik menyerap lembapan.

2. Lap bahagian kemaluan hingga kering, jangan biar basah.

3. Elakkan memakai sebarang krim kerana ia mungkin boleh menyebabkan keadaan lebih teruk

4. Elakkan juga sebarang pencuci atau feminine wash

5. Pakai pantyliner atau tisu tandas yang unscented. Bahan pewangi biasanya akan mengganggu persekitaran normal vagina.

6. Kurangkan tepung putih atau apa-apa makanan yang boleh menyebabkan kenaikan gula dalam badan. Kuman, malah kulat perlukan gula untuk membesar.

7. Ambil makanan yang berindeks glisemik rendah (low GI) terutama bagi ibu yang ada kencing manis. Apabila kencing manis, sel kita lebih rintang terhadap hormon insulin, iaitu sejenis hormon yang membenarkan glukosa memasuki sel.. Apabila terlalu banyak glukosa, maka aras gula darah jadi tinggi.

Kurangkan mengambil gula putih, makanan manis, biskut, kek, air kotak, air gas atau apa-apa minuman dan makanan yang tinggi gula.

Sebaiknya banyakkan mengambil makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, kekacang, minyak zaitun, legum, avocado dan sumber protein seperti kacang soya.

8. Ambil makanan yang bersifat antioksidan dan antibakteria kerana ia berupaya melawan jangkitan dengan cara yang lebih semulajadi dan selamat.

Set Keputihan Shaklee Untuk Ibu Hamil

Dengan mengamalkan cara dia atas, dan mengambil set ini, alhamdulillah keputihan dan gatal-gatal dah banyak sangat berkurang. 


Bagaimana set ini membantu?

ESP adalah protein soya yang berindeks glisemik rendah. Minum ESP akan stabilkan gula dalam darah kita. ESP juga bantu saya lebih kenyang dan kurang keinginan untuk makan benda manis. Kencing manis saya pun terkawal apabila mengamalkan ESP semasa mengandung. Alhamdulillah.

Vitamin C pula adalah antioksidan. Ia akan bantu melawan kuman dengan cara kuatkan sistem imun kita.

Garlic Complex pula bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang juga akan bantu melawan bakteria.

Perlu diingat, set ini adalah suplemen sahaja, bukan bertindak macam ubat. Jika keputihan anda teruk, masih perlu dapatkan rawatan daripada doktor. 

Sebagai seorang ibu, kita mestilah nakkan yang terbaik untuk anak kita. InsyaAllah kita jaga elok-elok semasa mengandung agar nanti lahirnya sihat dan bebas penyakit.

Semoga ibu  dan bayi sentiasa sihat sepanjang mengandung dan dijauhkan daripada sebarang penyakit berbahaya.

Jika ibu berminat mendapatkan Set Keputihan ini, boleh hubungi saya bila-bila masa. :)

Mama Su


Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994

Assalamualaikum wbt

Masalah lendiran vagina kerap-kali mengganggu wanita. Ini kerana ramai antara kita yang keliru sama ada lendiran itu lendiran penyakit atau bukan.

Setiap wanita sememangnya akan mengalami lelehan atau discaj vagina pada setiap episod kitar menstruasinya. Sebagai contoh, pada waktu subur, discaj wanita berwarna jernih, manakala apabila menghampiri waktu haid, ia akan menjadi semakin pekat seolah-olah berwarna putih.

Namun, ada juga wanita yang mengalami discaj yang banyak, lama dan berwarna seakan keju hingga menimbulkan ketakselesaan di kawasan tersebut. Inilah yang dinamakan keputihan.


Masalah keputihan ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kulat atau bakteria yang dinamakan Candida albicans. Namun begitu, antara faktor lain yang mempengaruhi ialah:

1. alat sulit yang sangat sensitif

2. pemakanan tidak berkhasiat

3. hormon tidak stabil

4. vagina terlalu lembap dan berasid

5. aktiviti seksual

6. hamil

7. kencing manis

Keputihan biasa memanglah tidak bahaya, namun keputihan yang teruk boleh mengundang jangkitan bakteria hingga merosakkan salur peranakan!

Macam mana nak tahu keputihan tu teruk?

Hanya pemeriksaan doktor yang boleh mengetahui sama ada keputihan itu bahaya atau tidak. Namun, tanda-tanda berikut boleh diperhatikan.

+ Discaj berubah warna dari jernih ke putih, kuning, hijau atau berdarah

+ Rasa gatal, radang dan bengkak

+ Pedih ketika bersama

+ Keputihan berketul, banyak dan berbau busuk

+ Sakit bahagian bawah abdomen atau demam sekiranya bakteria telah merebak ke kawasan pangkal rahim atau organ peranakan

Keputihan yang teruk boleh mengganggu pergerakan sperma dari vagina memasuki pangkal rahim, dan ini boleh menyebabkan wanita tersebut sukar hamil.

Cara Hilangkan Keputihan

Bagi mencegah dan mengurangkan masalah keputihan, ikutlah langkah-langkah berikut:

#1. Jaga kebersihan kawasan vagina

Bersihkan alat kelamin selepas hubungan seks, dan pastikan seluar dalam atau pantyliner sentiasa ditukar.

#2. Elakkan menggunakan pembersih wanita atau 'feminine wash' ke dalam kemaluan

Memadai dengan membasuh di kawasan luar sahaja. pH yang tidak sesuai boleh mematikan bakteria semulajadi yang fungsinya mengawal pembiakan bakteria jahat.

#3. Kurangkan gula, makanan manis dan karbohidrat tinggi

Semua makanan ini akan menyebabkan pembiakan kulat lebih rancak. Elakkan makan makanan yang menyebabkan kadar glukosa naik tinggi dalam darah dan pilihlah makanan yang berindeks glisemik rendah.

Pesakit kencing manis perlu lebih berhati-hati.

#4. Sentiasa keringkan kawasan vagina

Vagina yang selalu lembap dan basah menyebabkan pertumbuhan bakteria lebih banyak.

#5. Pakai seluar dalam yang sesuai

Pakailah seluar yang diperbuat daripada kain kapas dan tidak memakai yang terlalu ketat.

#6. Elakkan penggunaan antibiotik yang tidak perlu

Sesetengah antibiotik boleh mematikan bakteria sihat dalam vagina, lalu menyebabkan bakteria jahat membiak dengan banyak.

#7. Amalkan yogurt dan makanan berindeks glisemik rendah

Kajian menunjukkan pengambilan yogurt dapat mengekalkan persekitaran vagina yang sihat kerana ia mengandungi kultur hidup dan aktif.

Manakala makanan berindeks glisemik rendah pula tidak menaikkan aras gula darah terlalu tinggi, dengan itu dapat merencat pertumbuhan atau jangkitan kulat.

#8. Tingkatkan sistem imun

Wanita yang rendah imuniti lebih mudah mendapat jangkitan kulat dan bakteria.

#9. Jauhi seks rambang

Seks rambang bukan sahaja boleh memindahkan penyakit, malah boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk seperti HIV, AIDS dan sebagainya.

#10. Kurangkan tekanan

Stress dan tekanan boleh merendahkan sistem imun, dan menyebabkan badan lebih mudah mendapat jangkitan.

#11. Elakkan kemasukan benda asing dalam faraj

Contohnya kondom, ubat pelincir dan sebagainya yang boleh mengganggu kestabilan persekitaran faraj wanita.

Keputihan semasa hamil juga adalah berbahaya kerana ia boleh juga dijangkitkan kepada bayi.

Sentiasalah prihatin dan ambil berat akan setiap perubahan pada kawasan vagina, lebih-lebih lagi jika sedang merancang untuk hamil.

Jika ada masalah keputihan, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Produk Shaklee yang membantu dalam masalah ini ialah Set Wanita Anggun iaitu Vivix, ESP dan GLA Complex.




Vivix

Vivix produk antipenuaan unggul yang kaya dengan antioksidan resveratrol yang dapat menguatkan sistem imun, mengembalikan semula keremajaan sel, mengaktifkan sel bakteria sihat, dan memperbaiki kerosakan sel pada peringkat DNA.








ESP

ESP ialah protein soya dengan indeks glisemik rendah (39) yang mana tidak menyebabkan kenaikan glukosa darah, membantu pembinaan semula sel yang sihat, dan mengurangkan pembiakan kulat.










GLA Complex

GLA Complex yang mengandungi vitamin E dan minyak bunga matahari bertindak mengembalikan keseimbangan hormon wanita, mengurangkan discaj yang terlalu banyak, dan mengawal kelembapan faraj.








* Testimoni seorang sahabat saya yang mengamalkan Vivix, ESP dan GLA untuk kesuburan. Alhamdulillah masalah keputihannya beransur hilang. Sama-sama doakan beliau berjaya hamil tidak lama lagi ye. :)

Keputihan teruk jangan di biar lama-lama, nanti lagi bahaya jadinya.

Anda yang ingin saya bantu dengan produk Shaklee, atau ingin menikmati produk dengan harga ahli, hubungi:

Puan Suhaila 
ID:868994


Assalamualaikum..

Lama MS tak tulis blog. Sibuk mencuci dan mengemas rumah. Maklumla rumah MS terlibat dengan banjir besar di Kuantan pada awal bulan haritu. Pastu line internet pulak kejap ada lama tak de..Sekarang semua dah ok..Alhamdulillah.

MS tiba-tiba nak tulis tentang keputihan. Sebelum ni dah pernah tulis. Boleh baca semula tajuk entry Masalah Keputihan dan Cara Mengatasinya.

MS teringat masa hamilkan anak kedua, keputihan MS agak teruk juga. Sampai doktor bagi ubat kaler pink (MS lupa pulak namanya) yang mana ubat tu kena masukkan ke dalam miss V. Lepas pakai ubat tu, ok lah sikit..takde lah jadi teruk sangat seperti sebelumnya.

Untuk pengetahuan, keputihan (atau Leuchorroea) ada pengeluaran lendiran berwarna putih yang pekat, melekit dan berbau daripada vagina seorang wanitaserta boleh menyebabkan keradangan dan kegatalan yang teruk. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria di kawasan genital, kebersihan yang tidak dijaga atau juga fungsi imun yang tidak baik.

Antara penyebab lain ialah:-
-pengambilan berlebihan makanan yang agak berat, berminyak, sejuk dan manis
-pengambilan terlalu banyak susu, yogurt, butter dan cheese
-aktiviti seksual yang terlalu kerap
-keguguran berulang
-diet dan gaya hidup yang tidak sihat semasa kitar menstrual
-kebersihan vagina yang tidak dititikberatkan

So harini nak share sikit tips dan petua bagaimana nak kawal dan kurangkan keputihan yang menyebabkan rasa tak selesa itu.
  1. Kurangkan makan makanan berat, berminyak, manis, berempah dan masam
  2. Elakkan kopi, teh dan makanan bukan-vege
  3. Lebihkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan salad
  4. Tingkatkan water intake. Air kosong 2 liter dan banyakkan makanan berkuah seperti sup dan jus. Ini bantu untuk 'flush out' toksin dalam badan.
  5. Tingkatkan kebersihan diri dan pakaian. Basuh pakaian dalam dengan cecair anti-bakteria dan jemur dibawah matahari. Elakkan memakai pencuci vagina terlalu kerap.
  6. Kurangkan juga aktiviti seksual. :)
Petua tradisional mengurangkan keputihan:-

1. Daun jambu batu
Rendam dan gunakan air rendaman sebagai 'cecair pencuci'. Ia bertindak sebagai astringent yang kuat.

2. Biji fenugreek
Juga rendam dalam air suam selama 1/2 jam. dan gunakan sebagai pembersih.

Suplemen Shaklee untuk keputihan?

Oleh kerana keputihan juga disebabkan oleh kulat dan kuman, maka MS menyarankan kepada anda untuk mengambil Alfalfa Complex dan Garlic Complex.

Alfalfa Complex ialah agen detoks dan anti-kulat yang berkesan. Ia dihasilkan daripada serbuk tumbuhan alfalfa yang dikeringkan, dikompress dan di bentuk menjadi tablet kecil mudah telan. Alfalfa juga mempunyai sangat banyak manfaat khususnya dalam hubungan suami isteri.



Garlic Complex pula ialah bawang putih asli premium yang dijadikan tablet supaya mudah ditelan. Khasiat bawang putih sangat terkenal khususnya sebagai antibiotik semulajadi dan bertindak membunuh kulat yang menyebabkan masalah keputihan kronik.


Jika anda atau ada sesiapa yang anda kenal ada mengalami masalah keputihan, bolehlah mencuba suplemen Shaklee yang selamat ini. Yang bestnya, suplemen ni bukan semata untuk keputihan tapi insyaAllah dapat membantu mengatasi masalah-masalah lain juga. Contohnya Garlic sangat baik untuk peredaran darah dan kesihatan jantung! Belum lagi alfalfa yang mampu menurunkan tahap asid yang tinggi dalam tubuh.

Konsultasi pengambilan atau pembelian boleh hubungi MS:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ su.annajah
Assalamualaikum, salam bahagia..

Masalah keputihan seringkali menggangu kaum wanita baik remaja, dewasa, bujang atau yang sudah berumah tangga. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, masalah keputihan ini selalunya sangat mengganggu terutamanya dalam hubungan intim suami isteri.


Antara sebab masalah keputihan ini ditakuti ialah, ianya mungkin menjadi penyebab jangkitan kelamin seperti  sifilis atau gonorhea, atau mungkin juga mungkin juga tanda awal masalah kesuburan dan kanser.

Keputihan sebagai tanda penyakit
Pengeluaran lendir berlebihan dan keputihan boleh menjadi tanda awal penyakit pada faraj dan sistem peranakan. Dalam keadaan yang teruk, ia boleh mengeluarkan lendiran yang bersifat putih pekat, kelihatan seperti nanah, berbau busuk diikuti rasa gatak-gatak disekitar faraj.

Jika lendir itu berwarna kecoklatan atau kemerahan, anda harus berhati-hati kerana ia munkin petanda berlakunya jangkitan kuman.

Jenis-jenis jangkitan kuman
Beberapa jenis kuman boleh menjangkiti faraj, rahim dan salur fallopian. Sesetengah jangkitan tidak melibatkan rahim dan salur fallopian. Namun, jika ia menjangkiti salur fallopian, perkara2 yg mungkin timbul dalam jangka panjang ialah kemandulan,masalah haid, kesuburan, kesakitan dan sebagainya.

i. Kuman
Bakteria jenis E.coli adalah kuman yang sering menjangkiti kemaluan dan salur peranakan. Kuman berbahaya yg lain ialah kuman gonorhea dan sifilis. Kuman Trichomonas juga sering menjangkiti kemaluan dan menyebabkan pengeluaran lendir yang berbau busuk.

ii. Kulat
Kulat monilia atau candida sering menjagkiti wanita hamil dan kencing manis.

iii. Virus
Virus seperti herpes dan chlamydia sering menjangkiti kemaluan dan salur peranakan.

Bagaimana mengatasi keputihan
Wanita yang mengalami keputihan perlu berjumpa doktor untuk memastikan puncanya. Kadang-kadang keputihan adalah tanda penyakit berbahaya seperti kanser pada pangkal rahim. Namun, tidak semua keputihan berbahaya tetapi langkah berjaga-jaga perlu di ambil dari awal.

Wanita perlu menjalani dua kaedah iaitu pemeriksaan faraj oleh doktor dan pap smear.

sumber: http://www.hamidarshat.com/masalah-keputihan-informasi-184.html

Keputihan dan hubungan suami isteri
Walaupun masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat tidak membawa kesan pada kesuburan seseorang wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila m
asalah keputihan teruk dan berbau mengendurkan keinginan untuk melakukan seks dan ini dapat merenggangkan hubungan kedua pasangan.

Berlakunya radangan pada kawasan sulit menyebabkan pasangan berasa sakit dan tidak selesa ketika hendak bersama. Malahan, walaupun tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang menular, seorang isteri jika bermasalah keputihan boleh menjangkiti suami dan kesan dari jangkitan yang dialami oleh suami juga sama termasuk, sakit ketika hendak membuang air kecil.Seharusnya wanita yang mengalami keputihan ini peka kepada komplikasi-komplikasi yang mendatang dan mengambil langkah bijak untuk merawatnya segera daripada membiarkan ia memusnahkan keharmonian rumahtangga.





Merawat keputihan dengan Alfalfa Complex Shaklee


Alfalfa Complex Shaklee adalah sumber nutrisi yang hebat. Ia dikenali sebagai raja segala tumbuhan kerana ia dapat membantu dalam pelbagai masalah kesihatan termasuk kesihatan dalaman wanita. Alfalfa boleh membantu dalam masalah keputihan kerana ia adalah agen antikulat, agen detoksifikasi yang baik, merawat alergik, membantu mengatasi pelbagai lagi masalah kesihatan.




Ramai yang sangat berpuas hati selepas mengamalkan Alfalfa Complex Shaklee.. Lebih mantop lagi apabila digabungkan dengan Vitamin E.. masalah keputihan hilang, masalah kekeringan hilang, kulit cantik, badan sihat, hubungan suami isteri anda makin mekar dan hangat..

Hubungi pengedar sah anda dengan konsultasi berterusan.
Suhaila 013-2369434
emel : butik.annajah@gmail.com
fb: Su Annajah
fb page: Saya Mahu Sihat