Enter Keyword

8 Punca Kepala Pusing Dan Pening Waktu Pagi

Ramai antara kita mungkin pernah mengalami keadaan kepala yang tiba-tiba rasa pening, berpusing, rasa nak jatuh pada masa-masa tertentu.

Ada yang mengalaminya seawal pagi ketika bangun dari tidur. Ada juga yang dalam sehari kerap berlaku keadaan itu. 

Apabila berlaku seperti ini, cepat-cepat bertemu dengan doktor ya.

Suami saya sendiri pun pernah mengalami keadaan macam ni. Berdebar dibuatnya. Ingatkan dah kenapa.

Bila ke klinik dan buat pemeriksaan doktor, semuanya ok, doktor kata maybe angin je. Lalu beliau cuma dapat ubat angin. Lepas tu pun masih lagi mengalami episod pening-pening cuma dah teruk seperti mula-mula.


Antara simptom yang boleh dilihat ialah:

  • kita terasa badan kita sedang berpusing-pusing (sebenarnya tak pun)
  • rasa nak pitam
  • tak boleh berdiri, hilang keseimbangan
  • rasa terapung-apung, kepala berat
Selalunya berlaku apabila kita bangun tiba-tiba. Ada juga yang diikuti rasa loya dan nak muntah. Bila ada keadaan macam ni, cuba bertenang, baring dan rehatkan diri sebentar. Jika nak bangun, bangun step by step.

Jika keadaan semakin teruk dan berlarutan, segera berjumpa doktor. 

Punca kepala pening dan berpusing

Ada banyak punca yang menyebabkan kita terasa pening dan berpusing-pusing secara tiba-tiba. 

1. Vertigo (masalah bahagian dalam telinga)

Keseimbangan badan kita memerlukan komponen seperti mata, deria saraf, dan telinga. 

Vertigo berlaku apabila otak kita menerima signal dari telinga yang tak konsisten dengan mata dan saraf. Senang cerita, otak kita keliru.

Vertigo pula boleh disebabkan oleh beberapa keadaan seperti:
  • Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV)
  • Jangkitan dalam telinga
  • Penyakit Meniere's
  • Migrain
2. Peredaran darah

Kita rasa pening, nak pitam jika jantung kita mengepam tidak cukup darah ke otak. Puncanya pula mungkin disebabkan:
  • tekanan darah rendah
  • peredaran darah yang lemah disebabkan sakit jantung, salur darah pecah dan sebagainya
3. Masalah berkaitan saraf

Contohnya mengidap Parkinson atau multiple sclerosis.

4. Kesan sampingan daripada ubat

5. Anxiety disorder

6. Rendah zat besi (anemia)

Juga di tandai dengan lemah, lesu dan pucat.

7. Rendah gula darah (hipoglisemia)

Selalu berlaku kepada pengidap kencing manis. Diikuti dengan rasa menggigil, berpeluh dan cemas.

8. Kepanasan serta dehidrasi

Selalu berlaku apabila kita aktif dalam cuaca panas atau kesan daripada ubat.

Keadaan pening dan berpusing-pusing ni boleh berlaku kepada sesiapa saja bila-bila masa tak semestinya waktu pagi sahaja, terutama mereka yang berumur, obesiti, serta pernah mengalami simptom yang disebutkan diatas tu tadi.

Oleh itu, jika rasa susah nak kawal dah, kerap sangat berlaku, cepat-cepatlah jumpa doktor ye, jangan tangguh lagi. 

Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai vertigo yang suami saya alami. Stay tune!


www.wasap.my/60132369434





Tiada ulasan:

Catat Ulasan