Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Garlic Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Garlic Complex. Papar semua catatan
Hari ni dah masuk hari ke-3 perintah larangan pergerakan di laksanakan di negara kita bagi membendung dan mengekang penularan wabak virus Covid-19.

Virus ni merebak dengan sangat pantas dan misteri.

Seseorang yang di jangkiti tidak akan tahu bahawa ada virus hidup di dalam badannya sehingga badan mengeluarkan simptom dan di sahkan positif oleh pihak hospital.


Paling di bimbangi ialah, sehingga simptom itu muncul, seseorang itu tetap boleh menyebarkan virus tersebut kepada orang lain hanya melalui sentuhan.

Tempoh inkubasi virus ini dalam badan secara puratanya adalah 2 minggu sehingga seseorang itu menunjukkan gejala.

Jadi, bayangkanlah selama 2 minggu itu, pembawa virus ini mungkin telah berjalan ke segenap tempat, berjumpa kawan, berfamily day, bermesyuarat, membeli belah di pasaraya, atau mungkin baru saja bersalaman dengan kita sebentar tadi.

Sebab itu sangat penting untuk kita berhati-hati dengan setiap orang disekeliling kita.

Patuh peraturan perintah larangan, jarakkan 1 meter daripada orang lain jika terpaksa keluar rumah, pakai mask, kerap sabun tangan, gunakan gloves jika menyentuh sesuatu seperti troli, butang lift, tombol pintu, pemegang tangga dan sebagainya.

Tidak ada ubat untuk merawat virus Covid-19 ini. 

Ubat seperti paracetamol di berikan jika pesakit mengalami demam yang tinggi.

Selebihnya, badan pesakit itu sendiri mesti kuat untuk fight dengan kuman.

Ya, sistem imun kita sendiri yang harus kuat untuk melawan virus tersebut.

Walaupun kita tidak lagi diserang virus Covid-19, badan kita tetap harus kuat dan bersedia dengan segala kemungkinan.

Sistem imun yang lemah menyebabkan kita mudah dapat sakit, susah dan lambat sembuh, mengalami gejala yang lebih teruk berbanding orang lain, serta boleh menyebabkan sel badan merosot.

Manakala sistem imun yang kuat akan dapat mengalahkan virus dengan cepat, gejala lebih ringan, kadar penyembuhan juga lebih cepat.

Cara untuk tingkatkan kekuatan sistem imun ialah: 

1. Minum air dengan banyak terutama air kosong

2. Dapatkan tidur yang cukup

3. Makan makanan berkhasiat dan bernutrisi tinggi

4. Elakkan stress berlebihan kerana ia boleh buat sistem imun jadi down

5. Bersenam dengan kerap dan konsisten

6. Elakkan junk food, instant food dan processed food

7. Elakkan makanan manis dan gula

8. Banyakkan makan real food terutama sayur dan buah

9. Berfikiran positif , tidak mudah panik

10. Ambil suplemen yang bagus untuk imun seperti vitamin C, vitamin B complex, vitamin D dan vitamin E

Set imun shaklee

Bagaimana suplemen bantu mengukuhkan sistem imun? 

🍇 Membekalkan nutrisi yang amat penting untuk pembinaan sel sistem imun

🍇 Nutriferon mengaktifkan penggera atau alarm yang beri isyarat kepada badan bahawa anda di serang patogen (kuman, virus, bakteria, toksin dsb)

🍇 Nutriferon meransang pengeluaran interferon semulajadi dalam tubuh dan menentang radikal bebas

🍇 Memperkuatkan keupayaan makrofaj memusnahkan virus dan kuman

🍇 Vitamin C membina sel darah merah dan putih yang penting untuk menentang bakteria dan kuman (sel darah putih ibarat askar dalam badan)

🍇Vitamin C mempercepatkan pemulihan dan mengurangkan simptom flu

🍇Bawang putih bertindak sebagai antibiotik semulajadi, mencegah penyakit berjangkit, dan mengukuhkan sistem imun

🍇 Suplemen polifenol (ResV) yang terbukti secara saintifik dapat melindungi sel, menghalang kerosakan, memberi tenaga kepada sel dan menghalang oksidasi sel

Resv shaklee

Zaman ini, pengambilan suplemen adalah pilihan terbaik untuk kesihatan kerana lebih terjamin keselamatan dan keberkesanannya.

Bergantung semata-mata kepada makanan bukan lagi pilihan bijak kerana sangat sedikit nutrisi yang wujud dalam makanan dan badan kita tidak lagi dapat manfaat yang optimum.

Pilih suplemen semulajadi yang ada bukti bahawa ia berkesan bahkan sangat selamat digunakan untuk jangka panjang.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994

Hai semua! MS doakan semua sihat-sihat aje ye.

Entry yang lepas, MS ada bagi Cara Dan Petua Turunkan Kolesterol Dalam Darah. MS pun ada cerita bagaimana kolesterol boleh jadi tinggi dalam darah.

Sape yang dah baca, MS ada share antara makanan yang bagus di makan untuk menurunkan dan mengawal kolesterol dalam darah.

So, kali ni MS nak cerita lebih lanjut, apa dan bagaimana produk Shaklee dapat membantu mengatasi masalah kolesterol tinggi anda tu tadi.

Ok, jomlah tengok apa yang terbaik sekali dalam membantu masalah kolesterol anda tu.

1. Lecithin


Seperti yang saya tulis dalam entry terdahulu, lecithin soya sangat membantu dalam penurunan paras kolesterol jahat LDL. Lecithin sebenarnya wujud dalam badan kita, tetapi apabila paras kolesterol terlalu tinggi, ia tidak mampu menjalankan fungsinya dengan berkesan.

Lecithin Shaklee bersumberkan soya tulen Non-GMO mengandungi choline dan inositol yang penting untuk metabolisme lemak:
-memecahkan lemak dan kolesterol
-'pembersih' salur darah
-mengemulsi dan memetabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida
-menghalang pembentukan plak dalam salur darah dan arterosklerosis

Harga: RM52.50 (120 tab)



2. Omega Guard
Omega Guard Shaklee ialah minyak ikan terbaik di dunia yang kaya dengan 7 jenis asid lemak seperti Omega-3, EPA, DHA, ALA dan sebagainya.

Omega Guard membantu:
-menentang thrombosis
-menurunkan tekanan darah tinggi
-mencairkan darah
-melicinkan salur darah
-mengurangkan sakit kepala dan leher akibat tekanan darah tinggi
-mengekalkan tahap kolesterol dan trigliserida normal
-mengurangkan risiko strok dan sakit jantung

Harga: RM136 (90tab)


3. Garlic Complex

Bawang putih terkenal sejak zaman berzaman sebagai antibiotik semulajadi dan menyihatkan jantung. Garlic Complex bersumberkan bawang putih premium, bebas racun perosak dan ditanam secara organik.

Garlic Complex membantu:
-mengawal tekanan darah tinggi
-menyahtoksik raksa, plumbum, kadmium dan logam toksik yang menaikkan tekanan darah
-menurunkan kolesterol LDL dan trigliserida
-meningkatkan HDL
-melindungi jantung
-menghalang strok dan penyakit koronari
-menstabilkan glukos

Harga: RM47.50 (60tab)


4. Alfalfa Complex

Alfalfa Complex Shaklee dari tumbuhan alfalfa (medicago sativa), di tanam secara organik dan diproses di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat.

Alfalfa Complex membantu:
-mencuci hati, darah dan usus daripada toksin
-menghapuskan lemak
-mengurangkan kolesterol
-mencegah penyakit jantung , strok dan darah tinggi
-serat saponin dalam alfalfa bertindak seperti span menyerap kolesterol

Harga:Alfalfa (S) - RM53.75
          Alfalfa (L) - RM97.50



Kolesterol dan lemak berlebihan dalam salur darah adalah punca utama kepada penyakit jantung dan strok di Malaysia! Jaga pemakanan, amalkan gaya hidup sihat. Dapatkan bantuan segera sebelum terlambat.

Pembelian melalui saya layak mendapat konsultasi eksklusif PERCUMA! Hubungi:

iR Suhaila (ID 868994)
SMS: 013-2369434
Whatsapp: 012-9645614
fb: Su AnNajah

Assalamualaikum..

Lama MS tak tulis blog. Sibuk mencuci dan mengemas rumah. Maklumla rumah MS terlibat dengan banjir besar di Kuantan pada awal bulan haritu. Pastu line internet pulak kejap ada lama tak de..Sekarang semua dah ok..Alhamdulillah.

MS tiba-tiba nak tulis tentang keputihan. Sebelum ni dah pernah tulis. Boleh baca semula tajuk entry Masalah Keputihan dan Cara Mengatasinya.

MS teringat masa hamilkan anak kedua, keputihan MS agak teruk juga. Sampai doktor bagi ubat kaler pink (MS lupa pulak namanya) yang mana ubat tu kena masukkan ke dalam miss V. Lepas pakai ubat tu, ok lah sikit..takde lah jadi teruk sangat seperti sebelumnya.

Untuk pengetahuan, keputihan (atau Leuchorroea) ada pengeluaran lendiran berwarna putih yang pekat, melekit dan berbau daripada vagina seorang wanitaserta boleh menyebabkan keradangan dan kegatalan yang teruk. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan bakteria di kawasan genital, kebersihan yang tidak dijaga atau juga fungsi imun yang tidak baik.

Antara penyebab lain ialah:-
-pengambilan berlebihan makanan yang agak berat, berminyak, sejuk dan manis
-pengambilan terlalu banyak susu, yogurt, butter dan cheese
-aktiviti seksual yang terlalu kerap
-keguguran berulang
-diet dan gaya hidup yang tidak sihat semasa kitar menstrual
-kebersihan vagina yang tidak dititikberatkan

So harini nak share sikit tips dan petua bagaimana nak kawal dan kurangkan keputihan yang menyebabkan rasa tak selesa itu.
  1. Kurangkan makan makanan berat, berminyak, manis, berempah dan masam
  2. Elakkan kopi, teh dan makanan bukan-vege
  3. Lebihkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan salad
  4. Tingkatkan water intake. Air kosong 2 liter dan banyakkan makanan berkuah seperti sup dan jus. Ini bantu untuk 'flush out' toksin dalam badan.
  5. Tingkatkan kebersihan diri dan pakaian. Basuh pakaian dalam dengan cecair anti-bakteria dan jemur dibawah matahari. Elakkan memakai pencuci vagina terlalu kerap.
  6. Kurangkan juga aktiviti seksual. :)
Petua tradisional mengurangkan keputihan:-

1. Daun jambu batu
Rendam dan gunakan air rendaman sebagai 'cecair pencuci'. Ia bertindak sebagai astringent yang kuat.

2. Biji fenugreek
Juga rendam dalam air suam selama 1/2 jam. dan gunakan sebagai pembersih.

Suplemen Shaklee untuk keputihan?

Oleh kerana keputihan juga disebabkan oleh kulat dan kuman, maka MS menyarankan kepada anda untuk mengambil Alfalfa Complex dan Garlic Complex.

Alfalfa Complex ialah agen detoks dan anti-kulat yang berkesan. Ia dihasilkan daripada serbuk tumbuhan alfalfa yang dikeringkan, dikompress dan di bentuk menjadi tablet kecil mudah telan. Alfalfa juga mempunyai sangat banyak manfaat khususnya dalam hubungan suami isteri.



Garlic Complex pula ialah bawang putih asli premium yang dijadikan tablet supaya mudah ditelan. Khasiat bawang putih sangat terkenal khususnya sebagai antibiotik semulajadi dan bertindak membunuh kulat yang menyebabkan masalah keputihan kronik.


Jika anda atau ada sesiapa yang anda kenal ada mengalami masalah keputihan, bolehlah mencuba suplemen Shaklee yang selamat ini. Yang bestnya, suplemen ni bukan semata untuk keputihan tapi insyaAllah dapat membantu mengatasi masalah-masalah lain juga. Contohnya Garlic sangat baik untuk peredaran darah dan kesihatan jantung! Belum lagi alfalfa yang mampu menurunkan tahap asid yang tinggi dalam tubuh.

Konsultasi pengambilan atau pembelian boleh hubungi MS:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb/ su.annajah