Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Kanser. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kanser. Papar semua catatan
Banyak pakar kesihatan mengatakan penyakit kanser adalah penyakit yang mampu dicegah daripada awal.

Di Amerika, ada kajian menunjukkan satu daripada tiga orang akan mengalami pertumbuhan sel malignant dalam tempoh hayatnya.

Rawat kanser

Kanser bermula daripada 1 sel tidak normal yang tidak mengalami kemusnahan (apoptosis) sebaliknya sel tidak normal ini tumbuh membesar dan menjadi sangat agresif pada peringkat2 tertentu.

Sel tidak normal ini akan mula merosakkan sel2 lain disekitarnya dan boleh merebak ke bahagian lain tubuh dengan cepat.

Antara tanda-tanda kanser yang boleh diperhatikan secara kasar ialah:

Begitupun, seringkali penyakit kanser itu dikesan pada peringkat yang agak lewat kerana ia tidak menunjukkan sebarang perubahan di awal2 pertumbuhannya.

Tanda biasa yang dialami hanyalah seperti kerap demam dan penurunan berat badan tanpa sebab.

Adalah penting untuk kita ambil langkah awal untuk mengelakkan terjadinya sel kanser di dalam badan.

Menurut kajian yang di lakukan oleh saintis di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, kematian akibat kanser boleh dicegah sehingga 75%!

Ini bermakna, dengan cara yang betul, kadar kematian akibat kanser boleh dikurangkan.

10 Perkara Yang Boleh Di Lakukan Untuk Mengurangkan Risiko Pembentukan Sel Kanser

1. Menjauhi ROKOK

Termasuk mereka yang menghisap atau menghidunya (secondhand smoker). Rokok menjadi punca timbunan toksin dalam salur darah dan organ yang berupaya merosakkan sel dan menyebabkan kanser.

2. Amalkan pemakanan sihat dan betul

Kurangkan pengambilan lemak tepu (saturated fat) dan pengambilan daging merah yang mana ia akan meningkatkan risiko kanser kolon dan kanser prostat bagi lelaki.

Tingkatkan pengambilan sumber tumbuhan seperti buah, sayur, bijirin dan sebagainya.

3. Bersenam dengan kerap

Aktiviti fizikal dapat menurunkan  risiko kanser kolon manakala bagi wanita, bersenam dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan organ peranakan.

4. Kekalkan  berat badan sihat

Obesiti secara amnya akan meningkatkan pelbagai risiko kanser.

Pengiraan kalori sangatlah penting. Turunkan berat badan, kurangkan pengambilan kalori dan bakarlah kalori dengan senaman.

5. Elakkan minuman beralkohol

Lebihan alkohol boleh meningkatkan risiko kanser mulut, kanser larynx, kanser esofagus, kanser hati dan kolon.

Bagi wanita ia turut meningkatkan risiko kanser payudara.

6. Elakkan pendedahan berlebihan kepada radiasi

Contohnya sinar X (X ray), gas radon di rumah meningkatkan risiko kanser peparu, UV dari sinar matahari berupaya menyebabkan melanoma dan kanser kulit.

7. Elakkan toksin industri dan persekitaran

Contohnya seperti fiber asbestos, gas benzena, gas2 beraromatik dan PCB.

8. Elakkan jangkitan yang menyumbang kepada kanser

Contohnya seperti virus hepatitis, HIV, hpV (human papillomavirus). Jauhilah seks bebas dan tidak berkongsi jarum suntikan.

9. Tidur yang berkualiti

Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti supaya sistem imun dapat dipertingkatkan.

10. Ambil vitamin D yang cukup 

Pakar mengesyorkan 800-2000IU vitamin D setiap hari dan jumlah ini sangat mustahil di ambil tanpa suplemen.

Mudah-mudahan, dengan mengamalkan cara hidup yang lebih sihat, risiko kanser dapat di kurangkan.

-

Baca >> Polifenol Mencegah Pertumbuhan Sel Abnormal
Assalamualaikum wbt. Salam Jumaat.

Seorang kenalan saya telah di diagnos mempunyai penyakit kanser rahim. Dia juga telah menjalani pembedahan membuang cyst pada rahim dan rawatan radioterapi.

Vivix untuk kanser

Katanya masa mula2 kena dulu period dia datang sikit. Dia ingatkan nak menopaus. Dia juga takde rasa sakit apa-apa.

Apabila ke hospital doktor menjumpai ketumbuhan dalam rahimnya.

Sekarang dia masih lagi menjalani rawatan hospital dan mengambil suplemen Shaklee iaitu Vivix.

Sebagai pesakit kanser, sudah tentu kita amat berhati2 dalam pemilihan makanan. Apa lagi suplemen.

Kerana makanan (dan suplemen) berbeza memberi effect yang berbeza kepada seseorang pesakit.

Namun begitu, setiap pesakit tidak harus meninggalkan pemakanan yang berkhasiat yang kaya nutrien untuk bantu proses pemulihan.

Antara nutrien yang sangat penting sudah tentulah vitamin, mineral, protein serta antioksidan.

Bagaimana suplemen boleh bantu pesakit kanser? 

1. Memberi tenaga kepada sel kerana rawatan kanser turut boleh melemahkan sel2 yang sihat

2. Memberi zat nutrien mencukupi kerana biasanya pesakit akan kurang selera makan, mulut rasa pahit dan payau effect daripada ubat kemoterapi.

3. Menggalakkan pertumbuhan sel yang lebih sihat

4. Melindungi sel yang sihat daripada turut terjejas oleh sel kanser yang mudah merebak.

5. Mengaktifkan sistem pertahanan dan bantu pesakit menguatkan sistem imun mereka yang lemah.

Suplemen bukan ubat kanser. Suplemen bantu badan kita mendapat nutrien yang badan perlu, yang kita tak mampu dapat daripada pemakanan harian yang biasa.

Ada pesakit yang hanya bergantung harap kepada suplemen semata-mata. Ini salah.

Rawatan seperti pembedahan, kemoterapi dan radioterapi bertujuan untuk membunuh sel2 kanser dan menghalangnya daripada merebak dan merosakkan organ badan yang lain.

Berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu jika ingin mengambil sebarang suplemen.

Pastikan juga suplemen itu benar-benar semulajadi dan selamat (dengan kajian klinikal) untuk di ambil dalam jangka panjang.

Jika berminat mendapatkan suplemen Shaklee, boleh hubumgi saya, insyaAllah saya akan berikan konsultasi yang terbaik.

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994

Assalamualaikum wbt..

Sebelum tu nak minta pembaca sedekahkan Al-Fatihah kepada anak kenalan Ciksu yang Ciksu dapat berita telah meninggal dunia pada pagi tadi Al-Fatihah.

Anak kenalan ni muda lagi, meninggal akibat barah payudara yang menyerang sampai ke peparu. Muda lagi, baru awal 30-an. Ada anak kecil dua orang.

Seriau juga Ciksu dengar. Kanser ni memang tak kenal mangsa kan. Muda ke tua ke semua berisiko.

Rupanya masa dapat tau itu sel kanser, memang dah stage 4. Aduhai meremang bulu tengkuk. Selalu macam tu la, jarang kita dapat kesan kanser ni dari awal.

Oleh itu, kalau ada rasa lain atau pelik sikit dengan badan kita ni, segeralah buat pemeriksaan. Tapi tu lah, macam anak kenalan ni, dia dah jumpa doktor bila dia kesan ada bonjolan pada payudara. Kebetulan pulak dia masih lagi susukan baby, so doktor kata tu bengkak susu je.


Speechless sekejap masa kawan cerita. Diri sendiri pun tengah menyusukan bayi ni. Aduhaiii...

Apapun, kita kena beringatlah.. Persekitaran dan pemakanan yang tu nombor 1 kena jaga dan ambil berat.

Jauhkan punca-punca pencemaran, radiasi, udara tercemar, racun -racun serangga dan sebagainya takut terhidu.

Pemakanan lagi banyak kena jaga. Kita sekarang banyak sangat makan processed food kan. Macam wajib ada kat rumah. Sememangnya tak boleh lari. Walau macam mana pun, kena kurangkan jugak.

Kena back to nature orang kata. Makan benda-benda yang semulajadi, masak dan buat sendiri je. Kita cuba insyaAllah.

Hari ni Ciksu nak share beberapa suplemen yang sangat penting di ambil dan di amalkan untuk mencegah kanser, dan turut boleh di ambil oleh pesakit kanser.

Set Kanser Premium

Kenapa set ni penting?

1. Mengandungi antioksidan dan antikanser yang mampu memusnahkan sel kanser.

2. Mengaktifkan sel pembunuh semulajadi dalam badan kita atau juga dikenali sebagai natural killer cell (NK cell). Orang yang ada kanser, dia punya NK cell ni sangat rendah. NK cell ni bertindak secara khusus memakan sel-sel kanser.

3. Mengurangkan keradangan yang di alami oleh pesakit kanser.

4. Mencegah sel kanser daripada merebak ke organ lain.

5. Mengurangkan kesan ketakselesaan akibat rawatan kemoterapi.

6. Membantu pembinaan semula sel-sel sihat.

7. Mencegah kanser daripada berulang.

8. Melindungi sel sihat daripada terjejas akibat rawatan.

Suplemen Menggantikan Kemoterapi?

Ciksu amat tidak menggalakkan anda menolak rawatan kemoterapi atau apa-apa rawatan yang dicadangkan oleh doktor.

Suplemen ini boleh di ambil sebagai ikhtiar sama ada sebelum atau selepas kemoterapi, tetapi mengambilnya dengan asbab tak mau menjalani rawatan doktor, is a big NO!

Biarlah doktor sendiri yang mengesahkan bahawa kita tak perlu lagi menjalani rawatan kemoterapi, bukan pandai-pandai sendiri. Tujuan kemo ni adalah untuk matikan sel kanser dengan ubat yang lebih kuat.

Suplemen pula bertindak secara semulajadi dari dalam sebagai nutrisi tambahan. Ada bezanya.

Ciksu faham, bilamana kita takut dan terdesak, kita akan buat apa saja untuk cepat sihat. Tapi lari dari perubatan moden pun tak bagus juga. Kita tak nak nanti terpaksa datang semula ke hospital tapi masa tu dah terlambat.

InsyaAllah, dengan kedua-dua rawatan moden dan pengambilan suplemen Shaklee, akan mempercepatkan  proses penyembuhan dan mengurangkan 'seksa' masa kemo.

Bagi yang berminat mendapatkan Set Kanser & Tumor Premium diatas, harganya RM1107. Anda boleh jimat dengan mendapatkan pada harga ahli; juga layak mendapat keahlian percuma berserta cashback bonus.

Info lanjut, berkenaan set diatas, serta cara pembelian, boleh hubungi Ciksu:



Pengedar Shaklee Malaysia
ID:868994


Assalamualaikum wbt.

Kanser adalah penyakit yang paling di takuti oleh semua orang. Kita seboleh-seboleh tak nak kena kanser. Dulu jarang kita dengar mengenai penyakit kanser ni. Tapi sekarang tidak lagi.

Kanser yang paling tinggi adalah kanser paru-paru bagi kaum lelaki, manakala kanser payudara bagi kaum wanita. Kanser usus pula mendapat tempat kedua bagi kedua-dua kategori.

Dunia kita dah tak selamat lagi. Semua yang kita guna, pakai, makan, minum, berupaya menyumbang kepada pembentukan sel kanser. Dari udara yang kita hirup hingga pekerjaan yang kita lakukan, turut berisiko menyebabkan kanser.


Sel Misteri Yang Pandai Bersembunyi

Secara ringkasnya, sel kanser boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh kita. Tubuh kita ni terdiri daripada bertrillion sel yang mana setiap sel ni akan habis jangka hayatnya, mati, dan tumbuh semula yang baru.

Namun kadangkala, dalam proses ia nak berganti yang baru, berlakulah gangguan. Sel yang sepatutnya rosak dan mati itu, di ganti baru, tetapi ia tidak berlaku. Sel yang tidak perlu, elok pula tumbuh membentuk sel yang abnormal. Lama-kelamaan, sel ini semakin membesar, merebak dan memusnahkan sel yang sihat dan normal disekelilingnya.

Ada dua jenis sel barah:

1. Malignant-
Ia boleh merebak, membahagi, berkembang, merebak, bergerak dan berjangkit ke bahagian lain dalam tubuh melalui salur darah atau sistem limfatik, lalu membentuk barah baru, jauh daripada bahagian barah yang asal.

2. Benign-
Barah jenis ini tidak merebak atau membahagi. Ia selalunya membentuk sel yang besar. Apabila di buang, ia jarang tumbuh semula. Namun begitu barah di bahagian kepala boleh mengancam nyawa.

Antara 'kelainan' sel kanser berbanding sel normal ialah:

1. Sel kanser terus membahagi tanpa henti kerana ia tidak ada fungsi spesifik dalam badan seperti sel normal

2. Sel kanser tidak peka kepada signal yang biasanya akan memberitahu sesuatu sel untuk berhenti membahagi dan mati.

3. Sel kanser mampu mempengaruhi sel yang sihat, molekul, serta salur darah di sekelilingnya untuk 'beri ia makan'. Sel kanser dapat sumber oksigen dan nutrisi yang ia perlukan dengan bantuan sel-sel di sekelilingnya.

4. Sel kanser dapat menipu sistem imun. Apabila sistem imun ingin memusnahkan sel yang abnormal, sel kanser akan 'bersembunyi' tanpa dapat di kenalpasti oleh sistem imun. Bijak sungguh!

5. Sel kanser dapat memanipulasi sistem imun, maka sistem imun tidak dapat memusnahkan mereka.

Panjang lagi kalau nak cerita mengenai kanser ni.

Cukuplah kita mengetahui, sel kanser adalah sel yang sangat aktif, bijak, dan berupaya memusnahkan perumahnya secara perlahan-lahan.

Sel kanser terbentuk akibat daripada mutasi genetik di mana sel yang sepatutnya berganti tadi mengalami perubahan struktur DNA. Kerosakan DNA inilah yang menyebabkan sel normal bertukar menjadi abnormal, berkembang lalu menjadi sel kanser.

Oleh kerana penyakit kanser adalah penyakit yang semakin meningkat, terlalu banyak kajian di lakukan bagi mencegah dan mencari penawar yang paling mujarab. Walaupun sehingga kini belum ditemui ubat yang benar-benar berkesan untuk menyembuhkan penyakit kanser, ramai saintis dan pakar perubatan percaya, dengan kembali kepada alam semulajadi, penyakit kanser dapat diringankan dan dipulihkan.

Vivix Dan Kanser

Antara kajian yang giat di lakukan untuk menghalang pembentukan sel kanser ialah melalui nutrisi dan pemakanan. Ada makanan yang di larang makan, dan ada juga yang amat digalakkan makan untuk memusnah dan melawan pembentukan sel kanser.

Salah satunya ialah antioksidan.

Antioksidan berupaya meneutralkan semula radikal bebas dalam badan. Radikal bebas ialah molekul tidak stabil yang sangat reaktif dalam badan yang terbentuk hasil daripada tindakbalas antara sel-sel serta bahan lain dalam badan kita sendiri. Timbunan radikal bebas yang berlebihan ini amat bahaya kerana ia bukan saja dapat mengubah susunan dan struktur asal DNA manusia, malah boleh menyebabkan mutasi sel dan paling teruk, menyebabkan pembentukan sel kanser!

Jadi antioksidan berupaya mencegah dan menghalang oksidasi sel terutama pada pesakit kanser.

Selain Vitamin C, vitamin E, dan vitamin A, resveratrol adalah antioksidan yang di anggap paling kuat bagi menentang penuaan sel, pembentukan sel kanser, kerosakan DNA serta mutasi genetik.

Resveratrol adalah salah satu daripada polifenol semulajadi yang wujud dalam tumbuhan tertentu contohnya anggur, kekacang dan beri. Dan resveratrol kini boleh di dapati dalam Vivix Shaklee!


Vivix Shaklee bukan hanya mengandungi resveratrol tapi juga pelbagai antioksidan yang lain. Vivix membantu:

1. Mencegah pembentukan dan perebakan sel kanser

2. Melawan dan memusnahkan sel kanser yang aktif

3. Menguatkan sistem imun pesakit kanser

4. Mencegah kerosakan sel yang sihat yang biasanya turut terjejas akibat rawatan kemoterapi.

5. Mengaktifkan tapak jana tenaga sel  (mitokondria) dengan itu badan lebih kuat, cergas dan bertenaga

6. Detoks sel di mana antioksidan membantu 'mencuci' dan meneutralkan semula radikal bebas dalam badan

7. Melambat pembentukan protein pemusnah AGE

8. Mencegah dan menurunkan penggandaan sel kanser dengan itu menghalang sel kanser daripada merebak

9. Merencat pembentukan tumor dan ketumbuhan

10. Mengekalkan dan memperbaiki kesihatan sel, tisu dan organ secara keseluruhan.

Vivix adalah suplemen yang amat di galakkan diambil oleh pesakit kanser di samping menjalani rawatan hospital.

Dengan izin Allah, Vivix membantu kesembuhan dan kekuatan, serta memberi sinar baru buat pesakit kanser.







Sekiranya berminat mendapatkan Vivix, sebotol cuma berharga RM475 penggunaan 1-2 bulan. Belian 2 botol Vivix pula melayakkan anda untuk beli Vivix dengan harga ahli serta jadi ahli secara percuma.

Berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Vivix, serta membuat belian, hubungi:

Puan Suhaila
012-9645614
ID: 868994

Bacaan lanjut:

1. http://cancerpreventionresearch.aacrjournals.org/content/2/5/409.full

2. Testimoni : http://www.gcehealth.info/product_stories_pages/vivix.htm

Assalamualaikum wbt.

Kanser adalah satu penyakit yang paling di takuti oleh kita semua. Penyakit kanser ni misteri. Sampai sekarang pun, masih belum ada bukti sahih menunjukkan bagaimana kanser terjadi.

Tapi setiap penyakit tu tentulah ada asbabnya bagaimana ia bermula. Tapi sebabnya itu mungkin agak 'complicated' sikit. Jadi, para pengkaji merumuskan, antara punca seseorang boleh mendapat kanser ialah, pendedahan berterusan sel badan kita kepada sesuatu bahan (yang selalunya bahaya), lalu menyebabkan mutasi DNA.

Dari situ, sel kanser kemudian membesar dan merosakkan pula sel-sel disekitarnya.


Kanser kedua tertinggi di kalangan lelaki dan wanita

Percaya tak, kanser usus adalah kanser kedua tertinggi di kalangan lelaki dan wanita di Malaysia ni.

Namun begitu, mereka yang mengidap kanser usus, walaupun pada tahap 4, berpeluang untuk sembuh jika menjalani rawatan yang betul.

8 Tanda dan gejala kanser usus

1. Berak berdarah dimana darah bercampur dengan najis atau najis berwarna sangat hitam seperti kopi

2. Perubahan tabiat membuang air besar. Contohnya semakin susah nak buang. Kalau sebelum ni, biasa 2 hari sekali, kini jadi 5 atau 6 hari sekali. Ini tanda barah telah menyumbat usus hingga menyukarkan untuk membuang.

3. Sekejap sembelit, sekejap cirit-birit

Kitaran membuang yang tidak konsisten ini biasanya berulang-ulang dalam tempoh yang lama. Cirit-birit yang di alami pula lebih dari lima kali dalam sehari hingga ada masanya terasa seperti tidak dapat menahan lagi.

4. Tidak berak, tidak kentut dan muntah

Usus telah tersumbat 100 peratus.

5. Berat badan turun mendadak, dan hilang selera makan

6. Sakit perut yang biasanya sering di pandang ringan.

Kedudukan tempat sakit biasanya bergantung kepada kedudukan barah berlaku.

7. Tidak puas selepas membuang

8. Terasa nak membuang, tetapi tiada najis keluar

Ini juga berlaku sebab usus telah tersumbat dengan sel-sel barah.

Jangan ambil mudah dengan setiap perubahan kepada tubuh kita walaupun ia kecil.

Gejala yang kerap berlaku tapi di pandang ringan inilah sebenarnya petanda awal kepada penyakit yang lebih teruk.

Jika mengesan perubahan, jangan berlengah untuk terus buat pemeriksaan di hospital. Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa. Dan bila ada tanda-tanda seperti di atas berlaku, jangan asyik fikir positif saja.

Jika ada ahli keluarga yang mengadu, terus heret dia ke hospital. Saya banyak dapat wasap tanya mengenai produk cuci usus, padahal gejalanya dah teruk. Biasanya saya sarankan mereka terus ke hospital. Kalau dah teruk macam tu, bukan boleh cuci usus macam biasa lagi dah. Ini 'kanser'!

Dan, jika perlukan suplemen yang membantu untuk pemulihan (rawatan doktor mesti wajib ikut), boleh ikhtiar dengan Vivix.

Testimoni 1:


Testimoni 2:


Testimoni 3:


Vivix ni ekstrak tumbuhan yang sangat tinggi dan kaya dengan antioksidan resveratrol. Antara kelebihannya dalam membantu pemulihan pesakit kanser ialah:

1. Mengaktifkan sel pertahanan semulajadi (natural killer cell) tubuh untuk memusnahkan sel-sel kanser.

2. Memulihkan semula sel-sel rosak dan memperbaiki kerosakan DNA

3. Menghalang dan mencegah sel kanser daripada merebak

4. Memberi tenaga kepada sel dan mengurangkan side effect kemoterapi dan radioterapi

5. Menguatkan sistem imun pesakit kanser dan mencegah sel kanser daripada berulang

Baca >> Kenapa Vivix Menjadi Alternatif Untuk Rawatan Kanser 

Harga sebotol Vivix ialah RM475. Tetapi dengan setiap belian twinpack (2 botol), anda boleh mendapatkan Vivix pada harga ahli serta keahlian secara percuma, termasuk cashback bonus bernilai RM36+.

Tidak salah mencuba rawatan alternatif asalkan terbukti ianya benar-benar selamat serta tidak mengganggu rawatan utama hospital.

Maklumat lanjut mengenai Vivix boleh hubungi saya:

ID:868994