Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Tumor/ ketumbuhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tumor/ ketumbuhan. Papar semua catatan
Actually semalam, ada rakan bagitau, ada kenalan dia kena kanser payudara. Baru dapat detect walhal kawan dia tu sedang sarat hamil.

Tak sangka ketulan yang ada pada payudara dia rupanya kanser. Muda lagi orangnya, baru 20-an.

Terus teringat saya pada arwah anak rakan sekerja dulu. Pun muda lagi orangnya, masih menyusukan bayi. Tiba-tiba doktor kesan ada kanser payudara. Tak lama lepas tu meninggal dunia 😭. Tinggalkan dua orang anak kecil 😭😭.


Sekarang kanser payudara dah tak kira umur. Bukan lagi umur 40an atau 50an. Tak kira kita menyusu ke tak menyusu, sel kanser sekarang menyerang sesiapa je dengan sangat agresif.

Sebab itu, bila terasa ada kelainan pada payudara, ada ketulan atau benjolan, rasa sakit, ada lelehan luar biasa daripada puting susu, cepat-cepat ke hospital. Jangan tunggu. Cek dulu dengan doktor.

Namun begitu, bukan semua ketulan pada payudara adalah kanser.

Ia boleh jadi hanya sel lemak terkumpul yang membentuk cyst. Apa-apapun, tetap kena cek untuk dapatkan kepastian.

Apa nak buat jika ada ketulan atau ketumbuhan pada payudara? 

Setelah dapatkan rawatan dengan doktor, cara ini juga dapat membantu untuk menghilangkan ketumbuhan tak normal.

1. Berhenti makan atau minum makanan bergula

Gula menyebabkan sistem imun kita lemah dan akan ganggu banyak fungsi badan yang normal. Gula ni adalah toksin kepada sel badan kita.

2. Berhenti makan makanan segera, terproses, makanan rapu, junk food, dan sebagainya.

Makanan ini juga banyak bahan-bahan kimia tambahan yang bersifat toksin kepada sel badan.

Lagipun ia ada kandungan garam dan lemak trans yang tinggi.

3. Kena rajin bersenam

Bersenam akan release hormon gembira (seperti serotonin) yang bagus untuk badan kita.

4. Makan makanan sihat dan semulajadi

Rajin-rajinkan memasak guna bahan-bahan semulajadi tanpa menambah apa-apa aditif dalam makanan.

5. Banyakkan makan buah dan sayur

Terutama yang tinggi antioksidan kerana ia dapat melawan radikal bebas yang toksin kepada badan.

Radikal bebas berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.

7. Suplemen semulajadi

Suplemen sangat perlu di ambil untuk bekalkan nutrisi dalam kadar yang lebih tinggi supaya badan gunakan dengan sebaiknya.

Suplemen yang bagus untuk kecutkan ketumbuhan ialah:

✔ Vivix - suplemen polifenol dengan superantioksidan yang menguatkan imun, lawan radikal bebas dan melindungi kerosakan DNA dan sel serta mencegah pembentukan sel kanser.

✔ Omega Guard - minyak ikan Omega 3 tulen yang mengurangkan radang dan pembengkakan.

✔ ESP - protein soya yang bantu pembinaan sel sihat juga mencegah daripada pembentukan sel kanser

Vivix untuk ketumbuhan payudara
Mencegah lebih baik daripada merawat. Kita (of coz termasuk saya sekali) kena jaga semua tu dari sekarang. Bukan dah kena baru nak jaga.

Namun, setiap penyakit ada ubatnya. Kita ikhtiar dengan bahan semulajadi yang telah dibuktikan oleh sains.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lanjut tentang produk ini, hubungi saya,

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Vivix Shaklee
WHATSAPP klik >> 013-2369434
ID:868994
TESTIMONI 18: ZAMZAKIDAH ABDUL HAMID

[DOKTOR SAHKAN KETUMBUHAN DI PAYUDARA HILANG SETELAH 3 MINGGU AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.
.

Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.
.

Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna  merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH.

Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.
.

Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di  hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya.

Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER  QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI  untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk  mengenalpasti jenis ketulan tersebut.

Dan hasil ujian  itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.
.

Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.
.

Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul  tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal.

Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .
.

Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix Terima Kasih Shaklee.

************

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Vivix Shaklee
WHATSAPP klik >> 013-2369434
ID:868994

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak dengar orang mengalami bengkak atau ketumbuhan pada tisu payudara dia? Ketumbuhan ada dua jenis; kanser dan bukan kanser.

Ketumbuhan yang saya nak cerita hari ni mengenai yang bukan kanser. Tak kisahlah kanser atau bukan kanser, asal namanya ketumbuhan, memanglah amat menakutkan walau dimana ia tumbuh.

Selalu kalau ketumbuhan diikuti rasa sakit, cepatlah kita dapatkan rawatan. Macam mana pula dengan ketumbuhan yang takde rasa sakit langsung? Ini pun bahaya juga sebenarnya, tapi sebab kita tak rasa sakit, maka kita mudah buat sambil lewa sahaja.

Hasil carian imej untuk breast tumor

Info lanjut mengenai ketumbuhan pada payudara anda boleh baca di website mmgazette.com ini.

Punca ketumbuhan

Punca utama yang dikaitkan dengan kejadian ketumbuhan dan pembentukan sel kanser ialah, pendedahan terlalu lama kepada hormon estrogen. Sebagai wanita, hormon estrogen memanglah amat penting kerana ia memainkan peranan kewanitaan.

Punca kedua ialah oksidasi pada DNA sel kelenjar susu oleh radikal bebas. Zarah oksidan boleh merosakkan DNA pada sel payudara lalu menyebabkan banyak 'error' atau kesilapan semasa proses pembahagian sel (cell division) lalu menghasilkan sel mutasi iaitu sel kanser.

Sel kanser mempunyai reaksi oksida yang amat tinggi. Cara terbaik meneutralkannya ialah dengan mengambil banyak antioksidan.

Apa perlu dilakukan jika ada ketumbuhan?

Pertama sekali yang anda perlu lakukan ialah berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan. Dengan menganalisa sejarah pesakit, doktor akan mengkategorikan pesakit sebagai berisiko tinggi untuk mendapat kanser, sederhana, atau rendah.

Setelah mengambil sejarah penyakit, pesakit akan diperiksa di bahagian payudara. Ini adalah untuk mengenalpasti kedudukan benjolan. Selain daripada itu, bahagian kelenjar di bahagian ketiak dan leher akan diperiksa kerana, disinilah tempat kelenjar kanser payudara yang akan merebak. Jika pesakit disyaki mengalami kanser payudara; paru-paru, bahagian abdomen (perut) dan tulang belakang akan turut diperiksa oleh doktor.

Seterusnya doktor akan melakukan ujian seperti mammografi, ultrasound, biopsi atau sitologi. Kemudian baru menjalani sesi rawatan seperti yang pihak hospital tetapkan.

Makanan dan suplemen membantu mencegah ketumbuhan

Untuk mencegah dan mengurangkan kejadian pembentukan sel-sel abnormal, ketumbuhan dan sel kanser, adalah amat baik jika kita menjaga pemakanan seimbang.

1. Sayur cruciferus seperti bunga kobis, bok choy, kale, brokoli dan sebagainya. Sayur ini banyak mengandungi sulforaphane.

2. Sumber carotenoid yang banyak terdapat dalam buah dan sayur yang berwarna oren, merah dan kuning seperti lobak, tomato, buah oren, strawberi dsb. (Carotomax)

3. Sumber anti-oksidan yang juga ada dalam setiap buah dan sayur. (Vitamin E)

4. Sumber flavonoid dalam buah dan sayur . Flavonoid dapat melindungi sel hati, meningkatkan kekebalan tubuh, dan merencat enzim yang menjadi penyebab kanser. (Vitamin C)

5. Bawang putih dan bawang merah kerana ia mengandungi komponen sulfur dan saponin. (Garlic Complex)

6. Cendawan seperti shiitake, reishi dan maitake

7. Ikan lautan sejuk kerana ia mengandungi Omega 3 yang bertindak sebagai agen anti-inflamasi yang baik. (Omega Guard)

8. Bijirin dan kekacang

9. Sumber fiber asli daripada buah, sayur, kacang, dan bijirin penuh,

10. Spirulina.

11. Multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk tubuh. (Vitalea)

12. Protein soya kerana ia mengandungi phyto-estrogen atau 'plant estrogen' yang dikenali sebagai isoflavone. (ESP)

13. Omega 6 iaitu GLA (gamma linolenik asid) dan Omega 9 daripada refined extra virgin olive oil. (GLA Complex)

14. Herba Milk Thistle dan dandelion. (DTX Complex)

15. Minumlah banyak air kosong yang bebas gula!

* Dalam bracket ialah produk Shaklee yang boleh di ambil sebagai suplemen

Vivix Hilangkan Ketumbuhan Secara Semulajadi

Bahan aktif dalam Vivix ialah sejenis antioksidan kuat yang dikenali sebagai resveratrol. Keupayaan resveratrol dalam melawan penyakit dan sel-sel perosak telah banyak di buktikan melalui ujian makmal.

Resveratrol dalam Vivix membantu:

1. Melawan dan merencatkan pertumbuhan sel abnormal atau kanser dengan mengaktifkan natural killer cell yang biasanya amat rendah pada pesakit kanser.

2. Memperbaiki semula kerosakan sel dan DNA

3. Memusnahkan radikal bebas (free radical) yang sangat reaktif. Radikal bebas inilah yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan kanser.

4. Menggalakkan penghasilan mitokondria iaitu 'rumah tenaga' kepada sel. Sel yang sihat dan kuat mampu melawan jangkitan dan menguatkan sistem imun.

5. Membantu menstabilkan glukosa darah. Lebihan glukosa dalam darah menjadi makanan kepada sel kanser dan boleh menyebabkan sel kanser merebak dengan lebih pantas.

6. Anti-penuaan dimana ia melawan penuaan sel dengan berkesan.

7. Menstabilkan semula hormon badan

Vivix 100% berasaskan tumbuhan iaitu anggur muskat, elderberry eropah, polyganum cuspidatum dan lobak unggu.

Vivix yang amat kaya dengan polifenol dan antioksidan ini telah melalui beratus-ratus ujian dan kajian saintifik sebelum ia di terima oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.

Testimoni Vivix Hilangkan Ketumbuhan

KETUMBUHAN BESAR PADA PAYUDARA HILANG, SENGUGUT 15 TAHUN PUN HILANG!


Syukur dan rasa terharu pula bila dapat pengakuan macam ni 😪

Ini testimoni terbaru dan fresh daripada customer CikSu yang telah beli #Vivix dua bulan lepas sekali dengan jadi ahli percuma.

Asalnya dia beli untuk ayahnya yang strok. Tapi habis satu family dia bagi makan Vivix.

Paling tak sangka tiba-tiba kemarin dia wasap bagitau adik dia yang dah 15 tahun sengugut, boleh hilang terus sengugutnya lepas makan Vivix.

Ketumbuhan besar pada payudara pun hilang sama. CikSu sendiri pun terkejut sebab sebelum ni dia takde cerita apa pun.

Allahuakbar...

Sekarang ni dia pulak duk promotkan Vivix pada kawan dia yang patah. Jangan tak tau, tulang retak atau patah pun boleh ambil Vivix untuk cepatkan pemulihan.

Vivix hanya asbab. Allah Yang Maha Menyembuh. Yakin dengan ikhtiar.

InsyaAllah, setiap penyakit ada penawarnya.

Ada masalah hormon, ketumbuhan, cyst, kesuburan, bolehlah cuba Vivix.


Pengguna ni sebenarnya ialah pelanggan saya sendiri. Alhamdulillah, sekarang beliau dan seluruh keluarga bahagia menjadi pengguna Vivix, malah tak ragu-ragu nak sebarkan kebaikannya pada orang lain.

Saya tidak menghalang anda untuk dapatkan rawatan hospital, malah itulah yang sepatutnya.

Pengambilan suplemen adalah sebagai makanan tambahan yang membantu mencukupkan keperluan badan kita iaitu nutrisi dan zat makanan yang kian berkurang dalam menu kita seharian.

Jaga pemakanan, amalkan makanan berkhasiat dan ambil suplemen yang terbukti selamat dan berkesan melalui kajian klinikal.

Berminat mendapatkan Vivix Shaklee, boleh hubungi saya melalui call atau WhatsApp, 013-2369434

Pembelian 2 botol Vivix pula anda akan dapat keahlian percuma dan bonus sebanyak RM36.58 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun anda.

Sihat untuk beramal!

Puan Suhaila
Whatsapp klik >> www.wasap.my/60132369434
Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994