Cara Hilangkan Ketumbuhan Atau Bengkak Pada Payudara

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak dengar orang mengalami bengkak atau ketumbuhan pada tisu payudara dia? Ketumbuhan ada dua jenis; kanser dan bukan kanser.

Ketumbuhan yang saya nak cerita hari ni mengenai yang bukan kanser. Tak kisahlah kanser atau bukan kanser, asal namanya ketumbuhan, memanglah amat menakutkan walau dimana ia tumbuh.

Selalu kalau ketumbuhan diikuti rasa sakit, cepatlah kita dapatkan rawatan. Macam mana pula dengan ketumbuhan yang takde rasa sakit langsung? Ini pun bahaya juga sebenarnya, tapi sebab kita tak rasa sakit, maka kita mudah buat sambil lewa sahaja.

Hasil carian imej untuk breast tumor

Info lanjut mengenai ketumbuhan pada payudara anda boleh baca di website mmgazette.com ini.

Punca ketumbuhan

Punca utama yang dikaitkan dengan kejadian ketumbuhan dan pembentukan sel kanser ialah, pendedahan terlalu lama kepada hormon estrogen. Sebagai wanita, hormon estrogen memanglah amat penting kerana ia memainkan peranan kewanitaan.

Punca kedua ialah oksidasi pada DNA sel kelenjar susu oleh radikal bebas. Zarah oksidan boleh merosakkan DNA pada sel payudara lalu menyebabkan banyak 'error' atau kesilapan semasa proses pembahagian sel (cell division) lalu menghasilkan sel mutasi iaitu sel kanser.

Sel kanser mempunyai reaksi oksida yang amat tinggi. Cara terbaik meneutralkannya ialah dengan mengambil banyak antioksidan.

Apa perlu dilakukan jika ada ketumbuhan?

Pertama sekali yang anda perlu lakukan ialah berjumpa doktor untuk diagnosis dan rawatan. Dengan menganalisa sejarah pesakit, doktor akan mengkategorikan pesakit sebagai berisiko tinggi untuk mendapat kanser, sederhana, atau rendah.

Setelah mengambil sejarah penyakit, pesakit akan diperiksa di bahagian payudara. Ini adalah untuk mengenalpasti kedudukan benjolan. Selain daripada itu, bahagian kelenjar di bahagian ketiak dan leher akan diperiksa kerana, disinilah tempat kelenjar kanser payudara yang akan merebak. Jika pesakit disyaki mengalami kanser payudara; paru-paru, bahagian abdomen (perut) dan tulang belakang akan turut diperiksa oleh doktor.

Seterusnya doktor akan melakukan ujian seperti mammografi, ultrasound, biopsi atau sitologi. Kemudian baru menjalani sesi rawatan seperti yang pihak hospital tetapkan.

Makanan dan suplemen membantu mencegah ketumbuhan

Untuk mencegah dan mengurangkan kejadian pembentukan sel-sel abnormal, ketumbuhan dan sel kanser, adalah amat baik jika kita menjaga pemakanan seimbang.

1. Sayur cruciferus seperti bunga kobis, bok choy, kale, brokoli dan sebagainya. Sayur ini banyak mengandungi sulforaphane.

2. Sumber carotenoid yang banyak terdapat dalam buah dan sayur yang berwarna oren, merah dan kuning seperti lobak, tomato, buah oren, strawberi dsb. (Carotomax)

3. Sumber anti-oksidan yang juga ada dalam setiap buah dan sayur. (Vitamin E)

4. Sumber flavonoid dalam buah dan sayur . Flavonoid dapat melindungi sel hati, meningkatkan kekebalan tubuh, dan merencat enzim yang menjadi penyebab kanser. (Vitamin C)

5. Bawang putih dan bawang merah kerana ia mengandungi komponen sulfur dan saponin. (Garlic Complex)

6. Cendawan seperti shiitake, reishi dan maitake

7. Ikan lautan sejuk kerana ia mengandungi Omega 3 yang bertindak sebagai agen anti-inflamasi yang baik. (Omega Guard)

8. Bijirin dan kekacang

9. Sumber fiber asli daripada buah, sayur, kacang, dan bijirin penuh,

10. Spirulina.

11. Multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk tubuh. (Vitalea)

12. Protein soya kerana ia mengandungi phyto-estrogen atau 'plant estrogen' yang dikenali sebagai isoflavone. (ESP)

13. Omega 6 iaitu GLA (gamma linolenik asid) dan Omega 9 daripada refined extra virgin olive oil. (GLA Complex)

14. Herba Milk Thistle dan dandelion. (DTX Complex)

15. Minumlah banyak air kosong yang bebas gula!

* Dalam bracket ialah produk Shaklee yang boleh di ambil sebagai suplemen

Vivix Hilangkan Ketumbuhan Secara Semulajadi

Bahan aktif dalam Vivix ialah sejenis antioksidan kuat yang dikenali sebagai resveratrol. Keupayaan resveratrol dalam melawan penyakit dan sel-sel perosak telah banyak di buktikan melalui ujian makmal.

Resveratrol dalam Vivix membantu:

1. Melawan dan merencatkan pertumbuhan sel abnormal atau kanser dengan mengaktifkan natural killer cell yang biasanya amat rendah pada pesakit kanser.

2. Memperbaiki semula kerosakan sel dan DNA

3. Memusnahkan radikal bebas (free radical) yang sangat reaktif. Radikal bebas inilah yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan kanser.

4. Menggalakkan penghasilan mitokondria iaitu 'rumah tenaga' kepada sel. Sel yang sihat dan kuat mampu melawan jangkitan dan menguatkan sistem imun.

5. Membantu menstabilkan glukosa darah. Lebihan glukosa dalam darah menjadi makanan kepada sel kanser dan boleh menyebabkan sel kanser merebak dengan lebih pantas.

6. Anti-penuaan dimana ia melawan penuaan sel dengan berkesan.

7. Menstabilkan semula hormon badan

Vivix 100% berasaskan tumbuhan iaitu anggur muskat, elderberry eropah, polyganum cuspidatum dan lobak unggu.

Vivix yang amat kaya dengan polifenol dan antioksidan ini telah melalui beratus-ratus ujian dan kajian saintifik sebelum ia di terima oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.

Testimoni Vivix Hilangkan Ketumbuhan

KETUMBUHAN BESAR PADA PAYUDARA HILANG, SENGUGUT 15 TAHUN PUN HILANG!


Syukur dan rasa terharu pula bila dapat pengakuan macam ni 😪

Ini testimoni terbaru dan fresh daripada customer CikSu yang telah beli #Vivix dua bulan lepas sekali dengan jadi ahli percuma.

Asalnya dia beli untuk ayahnya yang strok. Tapi habis satu family dia bagi makan Vivix.

Paling tak sangka tiba-tiba kemarin dia wasap bagitau adik dia yang dah 15 tahun sengugut, boleh hilang terus sengugutnya lepas makan Vivix.

Ketumbuhan besar pada payudara pun hilang sama. CikSu sendiri pun terkejut sebab sebelum ni dia takde cerita apa pun.

Allahuakbar...

Sekarang ni dia pulak duk promotkan Vivix pada kawan dia yang patah. Jangan tak tau, tulang retak atau patah pun boleh ambil Vivix untuk cepatkan pemulihan.

Vivix hanya asbab. Allah Yang Maha Menyembuh. Yakin dengan ikhtiar.

InsyaAllah, setiap penyakit ada penawarnya.

Ada masalah hormon, ketumbuhan, cyst, kesuburan, bolehlah cuba Vivix.


Pengguna ni sebenarnya ialah pelanggan saya sendiri. Alhamdulillah, sekarang beliau dan seluruh keluarga bahagia menjadi pengguna Vivix, malah tak ragu-ragu nak sebarkan kebaikannya pada orang lain.

Saya tidak menghalang anda untuk dapatkan rawatan hospital, malah itulah yang sepatutnya.

Pengambilan suplemen adalah sebagai makanan tambahan yang membantu mencukupkan keperluan badan kita iaitu nutrisi dan zat makanan yang kian berkurang dalam menu kita seharian.

Jaga pemakanan, amalkan makanan berkhasiat dan ambil suplemen yang terbukti selamat dan berkesan melalui kajian klinikal.

Berminat mendapatkan Vivix Shaklee, boleh hubungi saya melalui aplikasi WhatsApp, 012-9645614.

Pembelian 2 botol Vivix pula anda akan dapat keahlian percuma dan bonus sebanyak RM36.58 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun anda.

Sihat untuk beramal!

Mama Su
012-9645614
Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994

2 ulasan:

  1. Ada kawan saya ada bengkak di payudaranya. Tapi tak sakit. Memang menyusu badan. Jadi apabila berjumpa pakar, doktor macam cucuk dengan jarum di bahagian bengkak tersebut, memang terpercik susu yang membengkak tersangkut di situ. Apa-apa pun, jika risau, segera dapatkan rawatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu memang kelenjar tersumbat ye? memang kena dapatkan rawatan walau camane keadaan sekali pun. Seram bab bab ni. huhu

      Padam