Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label puasa. Papar semua catatan
Alhamdulillah..lebih kurang 19 hari lagi kita akan bertemu Ramadhan. Semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu dengan Ramadhan kali ini.

Seperti biasa, menjelang Ramadhan ni, kita nak cari makanan yang boleh buatkan kita bertahan sampai ke petang dan tubuh kita tidak terhidrat. Penghidaratan akan menyebabkan kita keletihan dan sakit kepala. Sebab tu di awal2 puasa ramai yang akan mengadu sakit sakit kepala. Itu tanda penghidratan telah berlaku.


Ok, apa yang best sangat dengan set Mighty 3 Gems ini?
  • Boleh di ambil semasa waktu sahur - campurkan 1 sudu ESP + 1 sudu PD + 1 sudu Meal shakes dengan air / jus pilihan anda
  • ESP dan Meal Shakes memberi rasa kenyang berpanjangan dan mempunyai GI rendah. 
  • ESP dan Meal Shakes adalah sumber protein yang lengkap dengan asid amino, vitamin serta mineral tambahan menjadikan ia minuman paling berkhasiat semasa puasa
  • ESP dan Meal Shakes tinggi kandungan serat yang membantu mencegah sembelit semasa berpuasa
  • Performance meningkatkan aras glukos menjadikan kita sentiasa bertenaga
  • Performance mencegah dehidrasi dan kekeringan semasa puasa
  • ESP dan Meal Shakes mencantikkan kulit dengan cara menyihatkan sel
  • ESP dan Meal Shakes membantu menurunkan berat badan semasa puasa tanpa kekurangan nutrisi penting
  • Sesuai untuk semua termasuk kanak2 yang baru belajar puasa
  • Hidangan lengkap yang pantas semasa sahur buat anda yang sering terlewat bangun
  • Boleh dijadikan smoothies sama ada semasa berbuka atau sahur bersama buah2an kegemaran anda
  • ESP dan Meal Shakes membantu meningkatkan sistem imun 
  • Menyerlahkan keserian wajah semasa hari raya yang bakal tiba
InsyaAllah.. 

Jadi dapatkan stok anda sebelum tiba Ramadhan dan sebelum kehabisan stok!! Promosi Meal Shakes Jun ini sedang berjalan..Dapatkan ketiga2nya dengan harga jimat. Order sekarang!!!

Hubungi 013-2369434 Suhaila / emel butik.annajah@gmail.com / fb Su AnNajah




  • Membantu detoksifikasi dan mencerdaskan semula organ-organ utama seperti hati, kelenjar pencernaan dan buah pinggang
  • Puasa mencegah dan merawat kesan radikal bebas serta menangani penyakit yang berpunca daripada nutrisi berlebihan
  • Air kencing dan najis orang berpuasa mengandungi toksik organophosphate. Ini membuktikan puasa membantu detoksifikasi
  • Bagi orang berpuasa, kekurangan pengambilan makanan menyebabkan metabolisme dan bekalan tenaga menurun. Bagi memenuhi keperluan tenaga, badan melakukan autolisis (pemecahan sel). Sel lemak paling berkesan membekalkan tenaga maka sel lemak dipecahkan terlebih dahulu. Sel lemak mengandungi toksik seperti DDT. Apabila sel pecah, toksik dikeluarkan daripada tubuh.
  • Kajian mendapati puasa mendatangkan manfaat kepada kesihatan apabila ia dilakukan dengan semangat yang utuh iaitu berpuasa dengan ikhlas dan mengawal makan minum dengan baik
  • Puasa dapat mengawal nafsu primitif termasuk perkara yang dihalalkan seperti makan minum dan hubungan suami isteri
  • Puasa dapat meningkatkan rasa belas terhadap orang miskin
  • Puasa dapat mendekatkan diri kepada Allah. Ini kerana kita meniru atau mengikut sifat-sifatNya yang tidak makan dan tidak minum. Ini bertujuan untuk kita sentiasa mencintaiNya dan makin dekat denganNya. Jika anda belum merasainya, maka perelokkanlah puasa anda.
Assalamualaikum, salam sejahtera..

   Ramadhan tinggal lagi 10 hari (saat entri ini ditulis). Sudahkah anda bersedia? Bersedia untuk menikmati hikmah berpuasa yang Allah berikan untuk hambanya yang ikhlas dan sabar.


   Di sebalik menahan lapar dan dahaga, serta melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, terselindung 1001 hikmah disebalik ibadah berpuasa yang diperintahkan. Antaranya, kegembiraan sewaktu berbuka, ibadah solat terawih yang hanya di khususkan semasa Ramadhan, pahala berganda untuk orang yang membaca Al-Quran, kegembiraan di Aidilfitri, serta hikmah 'mencuci usus' setelah setahun menikmati makanan tanpa menghiraukan kandungan toksinnya.

   Menarik bukan? Ya, ibadah puasa adalah proses detoks atau nyahtoksin yang paling mujarab untuk diamalkan terutamanya oleh mereka yang mempunyai pelbagai jenis penyakit. Sebab itu sesiapa jua jangan lepaskan peluang berpuasa ini kerana disamping beroleh pahala, kita juga boleh kekal sihat dengan menyingkirkan toksin sepanjang hari.

Bagaimana?

   Ketika berpuasa, kita memberi ruang masa yang mencukupi kepada organ pencernaan seperti perut, usus, dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping memperbaiki lagi keadaan diri yang telah terjejas akibat dari pertambahan beban makanan sepanjang tahun kecuali bulan puasa.

    Dengan berpuasa juga, semua sumbatan yang menghalang laluan oksigen dan nutrisi ini akan disingkirkan dan kesannya tubuh bertenaga walaupun anda berpuasa dalam masa yang sama proses penggunaan lemak tersimpan juga berlaku manakala selebihnya disingkirkan dari tubuh. Kelebihan ini juga mengelakkan masalah obesiti, peningkatan kolesterol, dan memudahkan penyingkiran bahan toksik di dalam tubuh.

   Selain itu, detoks di bulan puasa boleh merawat  gejala 'keracunan'. Seperti diketahui, puasa adalah agen anti-toksin yang kuat. Paling penting puasa di anggap sebagai ubat merawat toksin tanpa kesan sampingan (adverse effect) kerana ia sangat semulajadi.

Awasi beberapa perkara semasa berpuasa
1. Jangan memilih makanan berbuka yang boleh kembali meracuni tubuh. Kawal nafsu dan selera walaupun anda penat berpuasa dan teringin mengambil sesuatu yang anda idamkan semasa berbuka.

2. Jangan makan berlebihan, dan makan apabila perlu sahaja.

3. Pilih sumber yang berkhasiat dan sesuai dengan keperluan tubuh.

4. Pilih makanan yang boleh melancarkan proses detoksifikasi agar kebaikan puasa terus dinikmati.

5. Awasilah perbuatan dan perkataan anda semasa berpuasa yang boleh mencemari kesucian Ramadhan.

Berapa lama tempoh berpuasa untuk detoksifikasi
Tidak ada tempoh masa yang khusus kerana setiap orang mempunyai tahap detoks yang berbeza. Namun tubuh sebenarnya mampu berpuasa selama 30-40 hari setahun. Puasa dua kali seminggu baik untuk tubuh.

Perubahan semasa proses detoksifikasi
Proses pengeluaran racun dari tubuh pada awalnya terasa sedikit membebankan kerana penyingkiran toksik memerlukan waktu. Sungguhpun begitu, masa yang diperlukan oleh setiap individu juga berbeza dan hasilnya lebih tahan lama.

Dalam terapi pengubatan semulajadi, reaksi tubuh seperti ini disebut sebagai healing crisis. Bentuk dan manifestasinya berbeza-beza contohnya warna air kencing berubah menjadi lebih keruh, kentut dengan bau sangat busuk, pening, mual, nyeri sendi/otot, batuk, demam, selesema, dan sebagainya.

Untuk mengatasi reaksi tubuh terhadap proses detoksifikasi, lakukanlah hal berikut:-

  • istirehat di tempat sejuk dan memiliki peredaran udara yang baik
  • tidak berpanas dibawah terik matahari
  • tidak melakukan aktiviti yang menghabiskan tenaga
  • banyakkan minum air putih dan jus buah segar semasa berbuka (berbuka hingga sahur)
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"- Al-Baqarah:183


Sumber: i-SIHAT Julai 2012.

PUASA: ANTI-TOKSIN TERBAIK!

by on Julai 09, 2012
Assalamualaikum, salam sejahtera..    Ramadhan tinggal lagi 10 hari (saat entri ini ditulis). Sudahkah anda bersedia? Bersedia untuk meni...
Assalamualaikum, dan salam sihat semua!!

Alhamdulillah, sudah 14 Syaaban. Ini bermakna lagi lebih kurang 16 hari lagi menuju Ramadhan dan kita sama-sama berpeluang menikmati Ramadhan sekali lagi InsyaAllah.

Bila sebut tentang Ramadhan, kita semua mesti terbayang solat terawih beramai-ramai di masjid, rumah2 dihias indah dengan lampu lip-lap, dan pasar Ramadhan!. Tak kurang juga bila sebut tentang puasa ada yang berasa penat, tak semangat (sebab tak dapat makan), nak buat kerja pun jadi malas..

Jangan begitu,

Puasa kan wajib. Banyak faedah berpuasa dari sudut rohani dan jasmani yang kita ketahui.Paling penting tanggungjawab kita sebagai seorang Islam terlaksana apabila salah satu daripada rukun Islam berjaya kita tunaikan..

Agaknya, macam mana pengalaman anda berpuasa pada hari pertama? Setelah agak lama boleh makan di siang hari, hari pertama puasa tentu memenatkan kan? Bagi yang dah biasa berpuasa sunat InsyaAllah hari pertama di bulan Ramadhan tidak terlalu memenatkan.

Sebab itu kita digalakkan bersahur sekurang-kurangnya sebiji kurma. Kurma mengandungi karbohidrat yang mampu menolong kita kekal bertenaga di bulan puasa.

Alternatif selain kurma, apa kata anda cuba Mighty 3 Gems?!

Apa itu Mighty 3 Gems??
Set Mighty 3 Gems terdiri daripada 3 produk utama iaitu Energizing soy protein (ESP), Performance, dan Meal shakes. Setiap satu mempunya kelebihan tersendiri.

ESP (Energizing Soy Protein)
1. Merupakan sumber protein biologi (14g protein) yang lengkap berasaskan tumbuhan kacang soya non-GMO.
2. Rendah lemak, bebas kolesterol, kaya dengan asid amino penting
3. Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya
4. Mengandungi 500mg kalsium bagi setiap hidangan
5. Dapat membantu kepejalan otot
6. Nilai glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan kandungan gula dalam darah yang normal
7. Membantu menyokong sistem imun, menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Performance Drink
1. Mampu menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian
2. OptiCarb- pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan
3. Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu penyahhidratan
4. Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Meal Shakes
1. Makanan segera yang rendah lemak dan rendah glisemik
2. Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting untuk kesihatan menyeluruh
3. Sumber terbaik serat pemakanan dan protein serta kalsium yang pekat.
4. Hidangan alternatif ketika bersahur atau berbuka yang berkhasiat, lazat serta seimbang

Siapa yang boleh mengambil set Mighty 3 Gems ini??
Semua pun boleh, baik ibu menyusu, ibu mengandung, kanak-kanak sehinggalah mereka yang melakukan aktiviti berat seharian dan warga emas.

Dengan set ini InsyaAllah anda kekal bertenaga sehingga waktu berbuka dan dapat melakukan aktiviti harian walaupun sedang berpuasa.

Hubungi saya untuk konsultasi pengambilan vitamin ini dengan lebih terperinci. Hanya emelkan ke butik.annajah@gmail.com atau sms 013-2369434 (Suhaila), atau add saya di Facebook www.facebook.com/su.annajah.