Membantu detoksifikasi dan mencerdaskan semula organ-organ utama seperti hati, kelenjar pencernaan dan buah pinggang
Puasa mencegah dan merawat kesan radikal bebas serta menangani penyakit yang berpunca daripada nutrisi berlebihan
Air kencing dan najis orang berpuasa mengandungi toksik organophosphate. Ini membuktikan puasa membantu detoksifikasi
Bagi orang berpuasa, kekurangan pengambilan makanan menyebabkan metabolisme dan bekalan tenaga menurun. Bagi memenuhi keperluan tenaga, badan melakukan autolisis (pemecahan sel). Sel lemak paling berkesan membekalkan tenaga maka sel lemak dipecahkan terlebih dahulu. Sel lemak mengandungi toksik seperti DDT. Apabila sel pecah, toksik dikeluarkan daripada tubuh.
Kajian mendapati puasa mendatangkan manfaat kepada kesihatan apabila ia dilakukan dengan semangat yang utuh iaitu berpuasa dengan ikhlas dan mengawal makan minum dengan baik
Puasa dapat mengawal nafsu primitif termasuk perkara yang dihalalkan seperti makan minum dan hubungan suami isteri
Puasa dapat meningkatkan rasa belas terhadap orang miskin
Puasa dapat mendekatkan diri kepada Allah. Ini kerana kita meniru atau mengikut sifat-sifatNya yang tidak makan dan tidak minum. Ini bertujuan untuk kita sentiasa mencintaiNya dan makin dekat denganNya. Jika anda belum merasainya, maka perelokkanlah puasa anda.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Saya seorang ibu yang bekerja dari rumah dan aktif dalam bisnes Shaklee sejak tahun 2012 lagi.
Misi saya untuk bantu seramai mungkin rakyat Malaysia menjadi semakin sihat melalui produk yang terbukti berkualiti dan selamat, serta misi melahirkan ramai usahawan melalui bisnes Shaklee.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan