Enter Keyword

Setiap orang dalam dunia ni mesti pernah alamai saat-saat terlupa akan sesuatu.

Lupa letak kunci dekat mana
Lupa tarikh anniversary
Lupa tarikh lahir sendiri 😅
Lupa spek mata letak mana
Lupa tutup api dapur
Lupa anak tertinggal dalam kereta. Ishk!
Macam-macam jenis lupa.


Penyakit kelupaan ni bahaya juga sebenarnya. Lupa yang kecik-kecik takpe lagi, lupa yang besar-besar mungkin boleh mengundang tragedi.

Kalau kerap sangat lupa, hilang fokus, mungkinkah otak kita dah makin mengecut?

Dr. Hamid Arshat kata, tekanan mental, tekanan emosi, tekanan fizikal boleh mencetuskan hormon steroid, iaitu kortisol yang boleh merosakkan sel-sel neuron dan pemancar sinaps khususnya di kawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan memproses pemikiran.

Senang cerita, tekanan-tekanan semua tu menyebabkan radikal bebas berkumpul dalam otak, lalu jadilah penyakit otak seperti susah nak ingat, susah faham, hilang fokus, lupa, hilang ingatan, Alzheimer dan sebagainya.

Dr. Hamid pun suruh banyak makan buah-buahan dan herba terutama yang mengandungi tinggi antioksidan, bioflavonoid untuk meransang dan mengaktifkan semula neuropemancar elektrik dalam otak.

Antioksidan dalam tumbuhan berfungsi meneutralkan semula dan menurunkan radikal bebas dalam sel badan terutamanya sel otak.

Ingat, radikal bebas ni punca penyakit kronik.  So nak cegah penyakit kronik seperti kanser, alzheimer, diabetis, athritis dan sebagainya tu, wajib makan banyak antikoksidan.

Pilihan saya?

Of coz la si Vivix yang ada 10x ganda resveratrol.

Resveratrol ni salah satu antioksidan. Dalam Vivix ada banyak kandungan antioksidan termasuk juga resveratrol dan asid ellagik.

Vivix akan meneutralkan semula radikal bebas, mencegah sel-sel otak daripada musnah dan cepat tua, mengaktifkan mitokondria dalam sel otak, menggalakkan pengaliran darah beroksigen ke otak serta meransang lagi pertumbuhan sel-sel otak yang baru dan sihat.

Tapi...jangan tunggu tua baru nak makan Vivix. Kena amalkan dari muda, barulah lambat otak kita menua.

Akal yang sihat dari badan yang sihat.

Jika anda sekarang kerap sangat lupa, mudah hilang fokus, tak dapat nak kawal emosi, cubalah Vivix.

Mudah-mudahan kandungan antioksidan yang tinggi tu mampu mengurangkan simptom kemerosotan otak.


Sebotol Vivix ini harganya RM475. Pembelian 2 botol melayakkan anda dapat diskaun istimewa serta layak jadi ahli percuma dengan cashback sebanyak RM36.

Sekiranya berminat mendapatkan Vivix, boleh hubungi saya 😊.

-Puan Suhaila-

Certified Shaklee Distributor


ID: 868994

#brainbooster #tsunamishaklee #VivixShaklee

Kenapa Selalu Lupa

by on Mac 21, 2019
Setiap orang dalam dunia ni mesti pernah alamai saat-saat terlupa akan sesuatu. Lupa letak kunci dekat mana Lupa tarikh anniversary Lupa...
Assalamualaikum wbt.

Tersentak rasa hati di tengah hari Jumaat semalam, tiba-tiba lalu berita mengenai serangan di masjid di Christchurch dalam facebook.

Di kebanyakan tempat, ramai orang awam meletakkan bunga di masjid sebagai simbolik sokongan mereka kepada mangsa serangan. Lelaki dalam gambar ini pula mengambil tindakan menjaga di luar masjid semasa tengah solat. 

Lepas tu ada pula kawan share link videonya dalam grup Whatsapp dan saya pula pergi tengok.

Tak sanggup nak tengok sampai habis, cuma sampai pengganas keluar daripada masjid je.

Terus rasa geram, marah, sedih bercampur-baur. Geram je nak maki dan sumpah2 masa tu. Menyesal betul tertengok video tu. Nak solat Zohor pun rasa tak tenang. Terbayang-bayang 😓.

Allahuakbar. Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Hampir 49 orang meninggal dunia kalau tak silap dan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Bila tak lama lepas tu baca si pengganas dah kena tangkap, legalah sekejap. Alhamdulillah.

Sebenarnya saya yakin, ia tak berhenti disitu.

Ada sesuatu yang lebih besar lagi di belakangnya. Wallahua'lam.

Apapun kita doakanlah semoga seluruh umat Islam di pelihara dan dilindungi Allah.

Hasbunallah wa nikmal wakeel.

Sedih-sedih pun kita kena redha. Ini qadak dan qadar dari Allah.

Allah kata jadi, maka jadi lah.

Allah tahu apa yang berlaku.

Dan kita mesti ingat, jika mereka membuat perancangan, Allah juga merancang. Dan sesungguhnya perancangan Allah yang paling baik. - Surah Ali 'Imraan ayat 54.

Sebagai umat Islam, kita kena teguhkan iman kita.

Follow rapat-rapat Al-Quran dan Sunnah. Didik anak kita supaya jadi hamba Allah yang taat.

Usaha sungguh-sungguh jadi umat terbaik. Jadi hamba yang paling banyak menyumbang kepada agama dan ummah.

Kita dah di akhir zaman. Anything can happen.

At the end of the day, kepada Allah jualah kita akan di kembalikan.

Sekian, my random thought.

#prayfornewzealand
Assalamualaikum.

Hari tu saya dah tulis tentang punca utama jeragat.

Macam yang kita tau, jeragat ni memang susahhh sangat nak hilangkan. Sampai tak tahu nak sental dengan apa lagi dah.


Kalau boleh nak cara semulajadi, yang mudah. Tak naklah yang bahaya atau sampai kena laser-laser pulak.

Sebelum tu kita harus tanam dalam minda kita, setting balik mindset kita, bahawa
Jeragat memang ambil masa nak hilang dan ia takkan hilang dalam sekelip mata. 

So jom kita tengok apakah yang menyebabkan jeragat pada wajah kita ni lambat atau susah sangat nak hilang walaupun kita dah ada produk terbaik.

1. Tak sabar

Nak kesan cepat sedangkan jeragat nak jadi pun ambil masa bertahun2.

Bila kita buat petua semulajadi pun, ia tetap juga akan ambil masa yang lama.

Pendek kata kita kena sabar dan konsisten dengan apa yang kita sedang buat / pakai.

2. Selalu skip skincare

Skincare ada rutin dia. Kalau Youth Skincare yang saya pakai, dia ada 6 barang yang dah  lengkap dengan fungsi mencuci, exfoliating, melembap, renewal dan siap menyuntik nutrien lagi ke dalam kulit.

Tak kiralah apa jenama skincare, pakai hari2, dua kali sehari. Kena taat pakai skincare without missed.

Pilih skincare yang bersumber natural macam Youth Shaklee.

3. Poor diet / lifestyle

Kurang air kosong, banyak makan processed food, obesiti, smoking akan buat sel kita lambat bertindak.

Sel kita ni perlukan nutrien, bukannya toksin atau racun. Cek balik pemakanan dan lifestyle kita.

4. Genetik

Ada ahli keluarga yang jenis jeragat, dia akan ambil masa sikit nak hilang.

5. Tak pakai sunblock / sunscreen

Setiap kali kulit kita kena matahari, setiap kali itu lah melanin dikeluarkan. Prosesnya tak habis-habis, jadi jeragat akan berkumpul di kawasan yang sama.

Bila hilang di belah atas kulit sekalipun, belah dalam kulit masih produce melanin.

Melainkan kita pakai produk yang merencat pertumbuhan melanin spt hidrokuinon tapi ia sangatlah bahaya.

6. Aturan pemakaian sunblock yang betul

Pakai serum dulu -> baru sunblock -> pelembap -> make-up

Youth punya sunblock dah siap2 dengan pelembap. Dah jimat situ. Terus boleh apply make-up.

7. Tak pakai serum

Dalam serum ada retinol. Tapi dalam Youth retinol dia dari sumber semulajadi. Concentration dia pun tinggi.

8. Berhenti makan / minum gula

Gula akan buat kolagen semulajadi dalam sel kita 'putus' atau rosak.

Nanti bukan je jeragat makin teruk, bahkan kulit kita pun cepat kedut dan kendur!

9. Banyak berjemur bawah matahari

Kadangkala tugas atau aktiviti kita memerlukan kita duduk lama bawah matahari.

Itu yang buatkan jeragat kita makin worse. Jika tak dapat nak elakkan, makesure pakai sunscreen setiap kali keluar rumah.

Last but not least...

10. Tak pakai skincare yang betul

Sesetengah skincare ada letak bahan perencat melanin iaitu hidroquinon dan merkuri untuk cepat hilangkan jeragat.

Berita buruknya, kedua-dua ini adalah bahan terlarang. Ia bukan saja boleh rosakkan kulit kita tapi boleh meresap ke dalam darah, pergi ke organ dan merosakkan organ seperti hati dan buah pinggang.

Lagipun, kenapa nak block melanin sedangkan melanin tu berfungsi untuk protect kulit kita dari sinar UV yang boleh menyebabkan penuaan kulit pramatang serta kanser kulit.

Sangatlah penting untuk kita berhati-hati pilih skincare.

Next entry saya share tentang pemakanan dan suplemen yang bagus untuk mencantikkan kulit, awet muda dan menghilangkan jeragat.

-Puan Suhaila-
Youth Skincare Beauty Consultant
Certified Shaklee Distributor
ID: 868994

#notakulit
#notajeragat
Assalamualaikum.

Semasa membelek wajah di cermin, ada satu tompok kecil kelihatan bawah mata saya.

Umur macam saya ni, walaupun baru 30-an (semasa entry ini di tulis), memang lah risau sangat dengan wajah yang dah mula berubah walaupun kecil.

Saya bukanlah seorang yang beauty concious sangat. Tapi kalau dah hari-hari membelek muka, mesti kita nampak apa yang timbul apa yang hilang. Betul tak?

So hari ni saya nak cerita pasal jeragat. Sebenarnya jeragat mungkin dah muncul masa usia kita 20-an tapi belum sangat ketara.

Sebenarnya, apa itu jeragat? Dari mana dia datang?


Kulit kita ni ada tiga lapisan. Epidermis, dermis dan lapisan paling bawah hipodermis.

Pada lapisan epidermis, ada sel yang dinamakan melanosit. Melanosit ni tujuan dia untuk hasilkan melanin iaitu pigmen kulit yang memberi warna pada kulit kita.

Orang berkulit gelap bermakna kulit dia menghasilkan banyak melanin berbanding orang berkulit cerah.

Melanin ni sebenarnya berfungsi melindungi kulit kita daripada sinar UV. Sinar UV ni bukan saja boleh sebabkan kulit kita mengalami penuaan pramatang, bahkan mampu menyebabkan kanser kulit.

Jeragat berlaku apabila melanin di sesuatu kawasan pada muka di hasilkan terlalu banyak (overproduce), serta di terukkan lagi oleh faktor luaran seperti cahaya matahari.

Tiga punca utama jeragat

Ada banyak faktor yang menyebabkan jeragat begitu ketara di wajah seseorang.

Antara faktor tersebut ialah sebab genetik, obesiti, pemakanan yang tak sihat, selalu terdedah kepada matahari, faktor hormon dan banyak lagi.

Namun begitu, pakar kulit menjelaskan tiga sahaja punca utama masalah jeragat. Apa dia?

Teruskan bacaan...

Punca 1: Cahaya matahari

Seperti yang disebutkan di atas tadi, melanin ni berfungsi untuk melindungi kulit kita dari sinar UV.

Maknanya setiap kali kita kena matahari, melanin akan dikeluarkan. Lepas bertahun-tahun, of coz makin banyak melanin di hasilkan untuk melindungi kulit kita.

Apabila kita berjemur, kulit akan jadi gelap (tanned). Ini sebenarnya adalah mekanisme self-defense. Tapi semakin lama ia merosakan kulit.

Mulalah terbentuk kelompok berwarna gelap atas kulit kita.

Sinar UV ni boleh tembus tingkap rumah atau tingkap kereta.

Makesure kita pakai sunscreen (seeloknya dimulakan dari awal remaja) untuk elakkan jeragat muncul 10-20tahun lagi.

Punca 2: Hormon

Jeragat sebab hormon pula biasanya muncul semasa atau selepas kehamilan atau juga apabila seorang wanita itu mula makan pil perancang.

Jeragat sebab hormon ni kita panggil melasma.

Melasma ni akan jadi teruk apabila terdedah kepada cahaya matahari.

Punca 3: Post-inflammation hyperpigmentasi

Apabila muka kita naik jerawat atau terkena apa-apa luka, ia akan meninggalkan parut hitam.

Ini juga di kategorikan sebagai jeragat tetapi lebih mudah untuk di hilangkan.

Bila muka kita bengkak, itu adalah self-defense mechanism kulit melawan jangkitan dan kecederaan.

Tidak di nafikan, jeragat adalah masalah kulit yang paling liat nak di hilangkan.

Nak tahu kenapa?

Baca entry saya seterusnya ya. Atau boleh search keyword jeragat 😊.

-Puan Suhaila- 
Youth Skincare Beauty Consultant
Certified Shaklee Distributor
ID: 868994

Ada kawan saya beritahu, semasa beliau berjumpa doktor untuk buat medical check-up, doktor berpesan supaya beliau makan minyak ikan dari awal-awal lagi untuk elakkan salur darah berkerak.


Syukurlah memang beliau ada mengamalkan memakan minyak ikan.

Pasti ada yang tertanya-tanya, salur darah berkerak tu macam mana?

Perkataan 'berkerak' tu cuma nak bagi senang faham. Istilah yang betulnya adalah 'plak'.

Plak ni adalah 'kekotoran' yang melekat pada salur darah. Ia mungkin terdiri daripada sel lemak, kolesterol LDL atau juga trigliserida.

Plak atau kerak yang menimbun dalam salur darah boleh menyebabkan salur darah kita jadi sempit dan peredaran darah boleh terganggu.

Jika tidak di kawal, ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi kerana otot jantung kita terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat untuk menghantar darah ke seluruh badan.

Apa yang paling kita takuti ialah, ia juga berupaya menyebabkan serangan strok!

Strok berlaku apabila salur darah kita sangat sempit dan tak mampu lagi nak tampung isipadu darah lalu pecah. Salur darah boleh pecah di mana-mana bahagian.

Apabila salur darah di dalam otak yang pecah, ia boleh sebabkan kerosakan otak (brain damage) dan berisiko kematian. Nauzubillah.

Jadi, bagaimana kita nak cegah daripada berlakunya timbunan kerak atau plak dalam salur darah kita?

1. Hadkan makan makanan yang tinggi lemak seperti lemak trans yang biasa wujud dalam makanan bergoreng.

Lemak trans ni adalah lemak ciptaan manusia. Banyakkan makan lemak yang wujud secara semulajadi seperti lemak Omega 3 yang wujud dalam kekacang, ikan, serta Omega 6 dalam tumbuhan.

Minyak zaitun dan minyak kelapa adalah lemak baik.

2. Hadkan penggunaan garam

Garam berlebihan boleh sebabkan salur darah kita mengeras kerana ia menyerap air.

Salur darah yang keras dan tak fleksibel menyukarkan pengaliran darah.


Gunakan garam lebih sihat seperti garam bukit namun begitu hendaklah juga di kawal jumlahnya.

3. Banyakkan makan fiber atau serat

Makanan tinggi serat sangat bagus di makan kerana ia berupaya 'memerangkap' lemak-lemak dan koleaterol LDL dan menyingkirkannya keluar melalui najis.

4. Banyakkan makan buah dan sayur yang tinggi kandungan antioksidan.

Selain kaya serat, buah dan sayur mengandungi pelbagai zat seperti vitamin dan mineral yang dapat mencegah keradangan salur darah dan sel.

Antioksidan mencegah sel kita daripada teroksida, mencegahnya daripada rosak dan membantu sel dalam badan kita berfungsi dengan lebih baik.

5. Pengambilan air kosong yang cukup.

Air kosong ada effect mencairkan darah selain ia bertindak sebagai agen detoksifikasi yang bagus dengan menyingkirkan toksin melalui air kencing.

Salur darah yang dipenuhi dengan timbunan plak memang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Pergi klinik atau hospital, buat ujian darah untuk ketahui tahap tekanan darah, paras kolesterol sama ada selamat atau tidak.

Mencegah sudah tentunya lebih baik daripada merawat kerana kerosakan dalam badan kita biasanya tiada tanda yang ketara sehinggalah di peringkat lewat.

Bagi anda yang nak menjaga kesihatan, bolehlah mengamalkan suplemen semulajadi daripada Shaklee.

Saya cadangkan anda mengambil Vivix, Omega Guard dan Alfalfa Complex Shaklee.


Vivix adalah minuman yang kaya dengan polifenol dan mempunyai kuasa antioksidan yang sangat tinggi.

Omega Guard pula ialah minyak ikan tulen dengan 7 spektrum asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA yang sangat penting untuk salur darah yang sihat.

Alfalfa Complex adalah raja segala tumbuhan yang sangat kaya nutrisi dan serat serta dapat mengurangkan risiko salur darah tersumbat.

Set ini berharga RM713. Sekiranya berminat dan ingin menikmati penjimatan berganda, anda boleh hubungi saya.

InsyaAllah saya akan berikan konsultasi yang eksklusif untuk pelanggan saya.

Kesihatan kita tanggungjawab kita.

-Puan Suhaila-
Whatsapp (klik) >> www.wasap.my/60132369434
Certified Shaklee Distributor
ID: 868994

*Produk ini tidak bertujuan untuk mencegah, merawat, mendiagnosis, atau mengubat sebarang penyakit. Ia membantu mempertingkatkan tahap kesihatan.
Kulit yang cantik, sihat, halus, lembut dan licin pasti menjadi dambaan setiap wanita.

Jika seseorang tu mempunyai kulit yang bermasalah seperti jerawat yang banyak, jeragat, parut jerawat dan muka pula nampak kusam tak berseri hati pasti rasa tak seronok.


Boleh hilang keyakinan diri.

Memiliki kulit yang cantik bukanlah susah pun. Nak nak zaman sekarang ni ha lagilah macam-macam produk ada dijual untuk kulit cantik.

Tinggal lagi kita sendiri yang harus pandai memilih supaya bukan saja kulit pun cantik, kesihatan bahkan nyawa tidak dipertaruhkan.

Mana ada orang nak cantik dengan menggadaikan nyawa betul tak?

So keselamatan produk yang kita makan atau pakai mesti di utamakan.

Bagi sesiapa yang ada masalah kulit yang teruk, kulit rosak akibat skincare yang salah, kulit rosak sebab hormon, kulit dah lama kusam dan kelam, jerawat naik tak mahu berhenti, akak cadangkan korang buat detoks dulu untuk kulit.

Detoks kulit??


Kulit kita ni adalah organ yang paling besar namun paling banyak menerima toksin terutama dari luar dan persekitaran.

Kulit kena matahari, kena asap kereta, kena habuk, kena asap kilang, tambah pula bahan kimia daripada skincare serta alat make-up yang kita guna, toksin akan berkumpul di bawah permukaan kulit.

Sebab tu ada orang yang walau macam mana dia buat pun kulit dia susah sangat nak nampak perubahan.

Akak nak cadangkan korang minum Vivix!

Kebaikan Vivix Untuk Kulit Cantik

Vivix adalah suplemen iaitu minuman yang sangat berkuasa dan kaya dengan polifenol tumbuhan.

Untuk dapatkan kulit yang cantik, Vivix membantu dengan cara:

1. Menyingkirkan toksin dari sel badan termasuk kulit

2. Memperbaiki sel-sel kulit yang rosak dari dalam

3. Mengurangkan pembengkakan seperti jerawat kerana ia bersifat antiradang

4. Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih sihat

5. Memberi kelembapan kepada kulit

6. Melancarkan peredaran darah dengan itu kulit lebih sihat dan berseri serta nampak kemerah-merahan

7. Menyihatkan sel kulit dan keseluruhan badan amnya.

Sesiapa yang minum Vivix, minima untuk 90 hari pasti akan merasa perubahan yang sangat ketara pada kulit wajah dan kesihatan menyeluruh.

Bagaimana dengan orang yang ada ekzema atau psoriasis? Boleh ke makan Vivix?

Dah tentulah boleh.

Malah sangat di galakkan sebab ia sangat membantu memulihkan semula kulit yang rosak tersebut.

Sebotol Vivix bernilai RM475 untuk kegunaan 30 hari.
Detoks shaklee

Pembelian sebanyak 2 botol melayakkan anda untuk dapat potongan hingga 20% dan layak jadi ahli secara percuma beserta cashback sebanyak RM36!

Minum satu sudu Vivix sehari dan lihatlah hasilnya!

Berminat dapatkan Vivix boleh hubungi,

Suhaila
012-9645614



Usia 20-an adalah usia di mana tubuh kita dalam keadaan sangat subur sekali. Di tambah dengan pelbagai aktiviti, hormon yang sangat aktif, boleh menyebabkan penampilan luaran atau kulit wajah kelihatan kusam, gelap dan tak bermaya.

Orang kata, kalau nak kulit yang cantik semasa tua, penjagaannya mestilah dimulakan sejak awal lagi.

Masalahnya, bukan saja tak sempat, malah tak jumpa skincare yang benar-benar sesuai, apatah lagi selamat.

Sekarang umur 20-an pun dah ada yang problem dengan kedutan, eyebag, freckle dan jeragat. Jerawat tu jangan cakaplah. Dah sah akan ada punya.

Ni akak nak syorkan adik-adik cuba skincare baru muncul di Malaysia, tapi sebenarnya sebelum tu dah menjalani kajian selama lapan tahun sebelum dilancarkan.

Inilah dia Youth Skincare daripada Shaklee yang kian menjadi fenomena.

youth shaklee

Youth Skincare ni sesuai untuk semua jenis kulit dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Untuk usia 20-an, dimana tanda-tanda penuaan belum jelas kelihatan, korang boleh ambil Starter Set.

Dalam Starter Set ada pencuci, toner, pelembap dengan SPF50 dan krim malam.

youth shaklee

Krim malam (advanced renewal night cream) tu korang boleh pilih sama ada nak jenis Light atau jenis Rich.

Ada beza kedua-duanya.

Rich tu untuk kulit yang sangat kering, yang tidur dalam aircond, atau senang cerita memang banyak duduk dalam aircond. Kandungan dia shea butter dan jojoba oil untuk menghidratkan kulit kita dari dalam.

Sementara yang Light tu pula untuk kulit biasa-biasa je, tiada jojoba oil dengan shea butter. Tapi pakai light pun dah best, apatah lagi yang rich.

Kalau korang tengok harga dekat situ, itu adalah harga retail. Tapi sebenarnya korang boleh dapat harga yang jauh lebih rendah dengan menjadi ahli Shaklee.

Lagi pulak sekarang ada promosi diskaun 10% daripada harga ahli. Lagiiiiilah murah. Cuma RM612 untuk satu set, termasuk juga korang akan dapat:

  • free membership (tak payah bayar RM65)
  • free postage (tak payah bayar RM10)
Promo ni sah hingga 30 Jun 2019 sahaja. So cepatttt!

Akak akan guide cara pakai yang betul jika membeli dengan akak.

Nak baca lebih lanjut mengenai Youth Skincare Shaklee ni, boleh ke pautan ni >> http://www.shaklee.com.my/youth/

Jika korang beli Youth Starter Set ni dan cari 6 orang kawan untuk beli Youth Starter Set juga, korang akan dapat 1 set produk Shaklee percuma!

Cashback pun korang dapat. Ini peluang bisnes yang sangat menguntungkan!

Jika berminat segera hubungi akak,

-Puan Suhaila-


ID:868994




Sudah jadi adat, sesiapa yang menceburkan diri dalam sesuatu bisnes, mestilah nak untung betul tak. Mana ada orang nak rugi.

Apa lagi kalau bisnes tu menjanjikan pulangan yang agak lumayan.

Namun begitu, lumrah apa saja perniagaan, pulangannya berkadar terus dengan usaha. Semakin giat usaha di lakukan untuk memajukan bisnes, semakin banyak juga hasilnya.

Bagi bisnes Shaklee sendiri, sesiapa saja layak mendapat keuntungan. Secara asasnya, pendapatan dengan Shaklee terbahagi kepada dua:

1. Untung runcit daripada setiap produk yang dijual

2. Bonus bulanan

Sejak mula saya menjalankan bisnes Shaklee iaitu pada tahun 2012 lagi, Alhamdulillah Shaklee tak pernah gagal membayar bonus saya setiap bulan.

Setiap pengedar, bahkan pengguna yang hanya makan sendiri dan tak buat bisnes pun, tetap layak menikmati bonus Shaklee!

Semakin banyak kita beli, semakin tinggi bonus kita.

So hari ni saya nak share cara bagaimana anda boleh dapatkan bonus 4 angka yang pertama dengan Shaklee seterusnya melayakkan anda naik ke pangkat pertama sebagai Supervisor.

Rajah 1:

Jumlah point yang diperlukan untuk naik ke pangkat Supervisor = 3000UV
Peratus kiraan = 21%

Formula kiraan 1: UV x 3x 21% = 3000x 3 x 21% = RM1890 bonus anda!

Formula kiraan 2: PV x 21% = lebih kurang RM1890

* Setiap barang ada nilai UV dan PV masing-masing. Kiraan adalah berdasarkan nilai ini.

Contoh:

Vivix 1 botol mempunyai nilai 112 UV, 380PV.

Untuk dapatkan 3000UV  bermakna kita perlu 27 botol Vivix bersamaan 3024UV = 10,260PV.

Jadi kiraannya, PV x 21% = 10, 260 x 21% = RM2154.60!

RM 2154.60 adalah bonus anda dan terus rank up ke pemimpin pertama, Supervisor!

Ini adalah contoh pengiraan. Sebenarnya kita tak payah susah-susah kira pun. Semua sistem akan kirakan untuk kita.

Untuk mendapatkan bonus pertama sebanyak 4 angka adalah tidak mustahil langsung!

Ini pula menunjukkan purata pendapatan pemimpin perniagaan Shaklee. Pendapatan sebenar tentulah berbeza mengikut performance seorang pemimpin itu.


Jelas di sini bahawa, lebih tinggi pangkat (lebih banyak kerja perlu dibuat), lebih lumayan juga pendapatannya. Bukan itu saja, Shaklee sediakan insentif yang banyak seperti bonus kereta, trip percuma dan insentif kewangan kepada pemimpin yang layak.

Saya nak highlightkan, sistem MLM Shaklee bukan sistem piramid seperti di tempat anda bekerja atau juga di syarikat multinasiaonal yang lain yang mana hanya seorang yang boleh duduk di kerusi paling atas.

Sesiapa saja yang perform lebih bagus berbanding upline atau pemimpin atasannya, dia boleh memintas dan berhak dapat lebih banyak faedah, pulangan, dan insentif daripada Shaklee.

Bisnes Shaklee untuk semua tak kira siapapun anda.

Ia boleh dilakukan secara fulltime atau part time mengikut kesesuaian masa anda sendiri. Lagipun ia tak perlukan modal wang yang besar.

Baca >> Cara daftar ahli Shaklee

Sekiranya anda berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan Shaklee, hubungi saya untuk saya ceritakan dengan lebih lanjut. Dengar dahulu kemudian anda buat keputusan.

-Puan Suhaila-


Shaklee Biz Coach

ID: 868994



Saya selalu dengar orang cakap,

'Kau pantang lah elok-elok. Sekarang memang tak rasa. Dah tua nanti kau tanggunglah sendiri'.

Lepas tu ada juga yang cakap,

'Alah dah tua memanglah banyak penyakit tak kira la pantang atau tak pantang'.

Saya tak menyangkal, malah saya bersetuju dengan kenyataan dia atas ni.

Bahkan...

Saya juga semakin elergik dengar orang cakap macam ni. hahaha..

Seolah-olahnya seperti kita ada pilihan untuk jadi sihat, kenapa kita pilih nak sakit? Pelik betul!

Dah tu, kenapa bila semakin bertambah anak, badan pula semakin sakit? Kenapa walaupun pantang ketat-ketat badan sakit juga? Kenapa bila usia bertambah je tahap kesihatan mula merosot?

Sedangkan anak kecil berderet lagi nak kena jaga ni...

Ini jawapan saya.

Semakin kita meningkat usia, nutrition gap semakin besar.
Itu yang kita rasa macam-macam penyakit mula datang.
Saya dah dengar ramai ibu-ibu mengadu, lepas anak dua tiga orang badan jadi teruk sangat.
Jangan kata orang lah, saya dulu pun masa pregnant anak kedua dah rasa teruk namatey. Habis semua sakit sampai serik dah nak mengandung.
Syukur jumpa Shakli lepas tu.
Badan kita memang tak cukup nutrisi. Tengok makanan kita pun dah tahu. Apa lagi bila pernah mengandung, beranak, menyusu lagi lah banyak zat-zat hilang kena sedut dengan anak.
Bila dah mula rasa sakit sana sini, tak sedap badan, tu tanda badan kita dah bagi signal.
Kita boleh je tipu orang lain kata badan kita masih sihat kuat tapi kita tak boleh tipu badan kita sendiri.

So jangan sesekali abaikan nutrisi tambahan bermula daripada kita mengandung anak pertama lagi.
Dr. Hamid Arshat pun pesan wanita kena mula ambil suplemen dari awal mengandung dan makan hingga akhir hayat.

Kenapa ada yang kata suplemen tak perlu?

Ironinya yang kata suplemen tak perlu tu tak pernah makan suplemen pun!

Bila dia sendiri rasa dan amalkan, saya pun yakin bahawa dia sendiri akan sangat menggalakkan semua orang makan suplemen.

Suplemen yang sangat bagus di amalkan oleh kita ibu-ibu yang jelita ini ialah:

  • Protein
  • Multivitamin
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Vitamin D
  • Omega 3 
  • Suplemen antioksidan
Suplemen bukan ubat. Ia makanan tambahan yang diperlukan untuk penuhi semula nutrition gap itu tadi.

Barulah badan kembali segar, bertenaga, rasa sihat, gembira, ceria, kurang stress dan nampak muda.

Pilih suplemen yang terbukti selamat melalui kajian saintifik.


'Take a good supplement like shaklee' kata Pak Nil. Baru la awet muda!
.
Sekiranya ibu-ibu berminat nak dapatkan set vitamin yang sesuai, atau suami yang nak hadiahkan untuk isteri tersayang, boleh hubungi saya bila-bila masa.

Ciksu,
www.wasap.my/60129645614
6 years with Shaklee and counting💖

Ibu adalah pengurus kehidupan terbaik.

Dari kejutkan bangun pagi, memasak, susun jadual harian, appoinment dengan doktor, ingat jadual kelas tambahan anak, hantar dan ambil anak sekolah, jadi pakar motivasi, jadi jururawat, tenangkan anak-anak yang bergaduh, selesaikan konflik anak dan sibuk dengan kerja sendiri lagi di pejabat untuk membantu suami mencukupkan keperluan keluarga- seolah-olah semua kerja ibu yang buat.

Namun begitu, ada harga yang perlu di bayar.

Ada bukti mengatakan wanita pada waktu ini menghadapi tekanan yang lebih tinggi berbanding semasa dia bujang.

Dengan semua tanggungjawab yang terpikul di bahunya, dia menjadi sangat penat dan tertekan.

Tekanan ini menyumbang kepada masalah tidur, yang kemudian berjangkit menjadi tekanan emosi, isu di tempat kerja dan kenaikan berat badan.

Laporan daripada Persatuan Psikology Amerika (2006) mengatakan wanita lebih terjejas oleh tekanan berbanding lelaki lalu membentuk tabiat tidak sihat seperti pemilihan pemakanan yang teruk, merokok dan tidak ada aktiviti yang dilakukan untuk mengurangkan stress.
Ada kajian mengatakan stress di kalangan ibu-ibu ini memberi kesan kepada kesihatan fizikal mereka berbanding dengan lelaki.

 Tindakbalas Stress

Tindak balas stress, yang selalu dirujuk kepada 'respon lawan-atau-lari' sebenarnya adalah sebahagian daripada sistem saraf autonomik kita; dan juga adalah satu tindak balas yang rapid dan automatik terhadap ancaman fizikal atau mental.

Contohnya, apabila kita di kejar oleh perompak. Otak kita hasilkan tenaga, kelajuan dan fokus kepada kita sama ada untuk kita melawan atau kita lari laju laju.

Apabila kita berhadapan dengan sesuatu ancaman, satu bahagian kecil dalam otak (hipotalamus) menghidupkan 'alarm' dalam badan kita. Dengan kombinasi saraf dan signal hormon, 'alarm' ini akan meransang kelenjar adrenal untuk melepaskan hormon stress iaitu adrenalin dan kortisol.

Adrenalin meningkatkan degupan jantung, menaikkan tekanan darah, dan menggerakkan nutrien tenaga (glukos, asid amino dan asid lemak) dari simpanan tubuh.

Kortisol (hormon utama stress) menaikkan kadar gula darah, menggalakkan pengambilan sugar di sel otak, serta meningkatkan keperluan asid amino untuk memperbaiki tisu tubuh.

Kortisol juga berfungsi menghentikan fungsi tubuh yang tidak perlu semasa stress akut seperti tindakbalas imun, proses penghadaman, sistem reproduktif dan proses pembesaran.

Tindak balas stress adalah normal dalam tubuh kita dan ia dikawal secara automatik. Apabila krisis berakhir, degupan jantung kembali normal, tekanan darah semakin stabil dan sistem lain berjalan seperti biasa.

Selain stress akut, tubuh kita turut di ancam oleh ancaman psikologi yang kronik contohnya seperti tekanan di tempat kerja dan rumah, konflik dengan keluarga atau rakan, perubahan besar dalam hidup seperti kematian dan perceraian, juga turut mencetuskan alarm yang sama.

Kesan stress kepada kesihatan fizikal

1. Fungsi penghadaman

Apabila stress, seseorang akan kerap mendapat cirit birit, sakit perut atau juga sembelit. Ini kerana semasa stress aliran darah ke bahagian penghadaman menurun, hormon tekanan mula memperlahankan pelepasan asid gastrik dan mengosongkan gastrik.

Hormon yang sama turut meningkatkan aktiviti di usus kecil. Stress mampu menyebabkan IBS (Irritable Bowel Syndrom) yang mana gejalanya termasuk sakit abdomen, kembung perut, sembelit atau cirit-birit.

2. Tindak balas Imun

Sistem imun kita ni sangat kompleks. Ia perlu seimbang antara sistem yang bertindakbalas terhadap ancaman fizikal, ancaman emosi, juga terhadap jangkitan yang merosakkan sel.

Apabila berhadapan dengan ancaman fizikal akut contohnya seperti luka, sistem imun bertindakbalas dengan cepat dengan menghasilkan bahan inflamasi di sekeliling luka.

Tetapi, apabila kita menghadapi ancaman stress kronik, sistem imun yang sama tidak berfaedah kepada kita. Bahkan ia juga turut menghadapi tekanan lalu menyebabkan kita lebih mudah mendapat jangkitan.

Satu keadaan di mana sistem imun menghadapi masalah, ia boleh menyebabkan penyakit autoimun di mana sistem imun menyerang sel badan kita sendiri.

Contoh penyakit autoimun ialah SLE (lupus), RA (rheumatoid athtritis), multiple sclerosis, serta penyakit tiroid yang mana ia kerap menyerang wanita berbanding lelaki.

3. Kesan terhadap sistem saraf dan kardiovaskular

Pengaktifan hormon stress yang kronik boleh meningkatkan kadar degupan jantung, menaikkan tekanan darah serta lipid (lemak seperti kolesterol dan trigliserida) dalam darah. Kesemua ini boleh meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu. Jika respon lawan-atau-lari tidak pernah 'tertutup', sisa atau by-products daripada kortisol akan menyumbang kepada keadaan kemurungan (depresi) dan rasa cemas (anxiety).

Stress kronik turut memberi kesan kepada memori otak.

4. Tidak cukup tidur

Tidur sangat penting kepada kesihatan seorang wanita. Apabila wanita mempunyai bayi kecil atau anak-anak yang sakit, tidurnya akan terganggu. Kronik stress dan rasa cemas atau anxiety kerap mengganggu apabila tidak cukup tidur.

5. Obesiti dan kenaikan berat badan

Stress kronik serta masalah tidur boleh beri kesan kepada kenaikan berat badan. Hormon kortisol memainkan perana dalam pengumpulan sel lemak pada kawasan abdomen.

Saiz yang besar terutama pada kawasan perut boleh menyebabkan kenaikan paras gula dan berisiko mendapat diabetes serta sakit jantung.

Masalah tidur boleh memberi kesan kepada hormon metabolik yang mengawal selera.

Kajian demi kajian telah menunjukkan masalah tidur berupaya menyebabkan:
  • peningkatan hormon ghrelin
  • penurunan hormon leptin
  • kenaikan selera makan
  • kenaikan berat badan
6 Cara Terbaik Menguruskan Stress

1. Kenal pasti punca stress

Sama ada isu perkahwinan, kewangan, kerjaya, kesihatan atau lain-lain. Apabila kita tahu punca yang menyebabkan kita stress, kita akan belajar menguruskannya dengan lebih baik.

2. Sediakan masa untuk ketenangan (me time)

Jika mampu, apa salahnya ambil cuti dan bercuti untuk tenangkan fikiran. Jika tidak, cukup dengan hanya 10 minit sehari.

Dalam masa 10 minit ini, duduk diam, bernafas dengan baik dan teratur dan cuba 'betulkan' semula fikiran kita.

Ambil buku dan pen serta catatkan semula kejayaan, kemenangan atau apa saja perkara yang buat kita gembira dan bersyukur walaupun ia hanyalah perkara kecil.

3. Pastikan ambil nutrisi yang cukup 

Nutrisi yang baik melalui pemilihan makanan yang tepat sangat penting untuk mengurangkan stress berlebihan.

Datuk Dr. Mohd Fadzillah Kamsah juga sangat menekankan pengambilan makanan yang bagus untuk otak dan mental kerana ia sangat berkait rapat.

Pastikan kita ambil cukup sumber protein, karbohidrat, vitamin, mineral, asid lemak  penting untuk tenaga, mental yang fokus, dan kestabilan emosi.

4. Dapatkan tidur yang cukup

Kurang tidur bukan saja boleh sebabkan berat badan naik, dan rasa lesu, bahkan boleh menyebabkan sakit, demam bahkan kemalangan.

Cubalah untuk tidur pada masa yang tetap setiap hari. Elakkan minum kopi, atau makan hidangan yang berat sebelum tidur.

5. Cara hidup aktif

Active lifestyle dapat membantu mengurangkan stress dan memperbaiki masalah tidur. Ia juga akan bantu kita kawal selera makan, dan membakar kalori untuk mengekalkan berat badan sihat.

Senaman juga dapat menguatkan sistem kardiovaskular kita- menguatkan otot jantung, menurunkan tekanan darah, mengurangkan kolesterol dan trigliserida serta mencegah risiko sakit jantung dan strok.

6. Ambil suplemen

Penuhkan kelompongan nutrisi dengan multivitamin/ multimineral yang seimbang. Amalkan vitamin B complex, vitamin C, vitamin E, kalsium, magnesium, vitamin D, Omega 3.

Juga boleh amalkan meminum teh yang kaya dengan antioksidan untuk tingkatkan fokus, dan fungsi mental.

Bukan senang nak jadi ibu, apatah lagi ibu tunggal.

Kita perlukan lebih kesabaran, kasih-sayang dan disiplin untuk menghadapi hari-hari yang mencabar, menghadapi kerenah anak-anak yang membesar dan tuntutan hidup.

Paling utama ialah kita menjaga dan menyayangi diri sendiri, barulah boleh menjaga dan menyayangi orang lain.


-Puan Suhaila-

Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee


ID: 868994


Saya suka baca artikel dari website lifehack.org.
Ni saya share beberapa tips bagaimana nak kembangkan network atau jaringan bisnes kita.
Bila network kita besar, insyaAllah bisnes kita akan berkembang.

1. Be helpful
Kongsi kepakaran, idea, informasi yang kita ada dengan orang lain terutama orang dalam network sedia ada.
Bantu mereka untuk berjaya, untuk capai target, untuk mereka jadi lebih kuat.

2. Bina reputasi
Jadikan diri kita bernilai, orang tak rasa rugi kawan dengan kita.

3. Sentiasa ada
Kerap menonjolkan diri dan konsisten berkomunikasi dengan orang yang kita nak bina network tu.

4. Jumpa dengan lebih ramai orang
Terutama daripada niche yang berbeza dengan kita.
Hadiri event, perjumpaan, seminar, workshop, alumni, kenduri kendara atau boleh join grup2 online.
Jangan hanya menyorok di belakang komputer 😅.

5. Be intentional
Saya belajar dengan mentor saya, setiap hantaran dalam media sosial mesti ada tujuan.
Kongsikan content yang bernilai, berinteraksi dan bina rapport.
Sentiasa connect dengan mereka.

6. Hubungan jangka panjang
Connection open doors, but relationships close deals.
Ia memang akan ambil masa. Sabar je keep in touch.

7. Get rejected
Pepatah daripada Chris Dixon mengatakan,
'If you aren't getting rejected on daily basis, your goals aren't ambitious enough.'
Semakin banyak kena reject, semakin banyak kita belajar, semakin mahir kita menghadapinya.

8. Mendengar
Orang suka kalau kita bagi perhatian pada apa yang dia cakap.
Asah kemahiran mendengar. Jadi nanti kita akan belajar mengenai sifat-sifat manusia.

9. Bertanya
Banyakkan bertanya, jangan assume. Dengan bertanya kita akan terus dapat jawapan apa yang kita nak.

10. Follow up!
Pastikan anda melakukan proses 'follow up' dengan kerap tetapi tidak sampai orang yang kita follow up tu rasa annoying atau menyampah.

Jadi diri sendiri, jangan jadi robot.

11. Last but not least, bina network yang hebat terlebih dahulu dengan kabel Maha Besar. Lebih kuat network yang ini lebih mudah kita nak handle yang lain-lain tu.

#notabisnes
#ciksukongsi