MERAIKAN AIDILFITRI DENGAN NUTRISI SHAKLEE

Assalamualaikum, salam lebaran hari ke-12.

Adakah anda kehilangan sedikit berat badan semasa bulan Ramadhan yang lalu? Kehilangan berat adalah salah satu daripada kesan apabila berpuasa. Tetapi, seperti kebanyakan daripada kita tahu bahawa ini tidak berkekalan terutamanya apabila melalui 7 hari pertama dalam bulan Syawal. Dengan pelbagai juadah tradisional Melayu dihidangkan semasa meraikan Syawal seperti rendang, ketupat, lemang, satay.. bagaimana untuk menolaknya? ;)

Selepas sebulan berpuasa, metabolisme tubuh kita akan menurun. Ini bermakna metabolisme tubuh tidak lagi setinggi semasa di awal Ramadhan. Metabolisme tubuh yang rendah boleh menyebabkan tubuh menyimpan lemak lebih daripada membakarnya; dan ini akan membawa kepada penambahan berat badan khususnya selepas Ramadhan apabila tabiat makan biasa kembali di amalkan.

Hidangan enak, minuman soda berkarbonat mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi. Apabila kita mengambil secara berlebihan, ia akan membawa kepada kenaikan paras kolesterol, kenaikan kadar gula dalam darah dan seterusnya membebankan fungsi hati kita untuk membawanya keluar melalui proses detoksifikasi.

Makanan berlemak dan berminyak juga akan menyebabkan pundi hempedu terpaksa bekerja keras untuk membebaskan hempedu yang menghadamkan lemak. Apabila proses penghadaman/pencernaan tidak berjalan dengan lancar, akan membawa pula kepada masalah kesihatan seperti kembung perut, senak perut, ketakselesaan usus, sakit perut, cirit birit dan sembelit.

Jangan risau, walaupun semasa anda meraikan hari raya, ada beberapa cara untuk anda kekal sihat tanpa menghalang anda daripada menikmati keenakan juadah hari raya. Ada beberapa nutrient penting yang sangat membantu anda untuk mengeluarkan toksin daripada tubuh.

Vivix: mengandungi resveratrol iaitu polifenol tumbuhan yang sangat berkuasa. Kajian klinikal menunjukkan resveratrol boleh meningkatkan kadar metabolisme dan membantu membuang toksin dari tubuh.

Alfalfa Complex: tumbuhan alfalfa adalah pusat penyimpanan nutrient yang kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan mineral surih. Oleh sebab itu ia membekalkan faedah pengalkalian untuk tubuh yang terlalu berasid (hyperacidity). Ia juga meneutralkan toksin dalam tubuh dan membekalkan cukup protein tanpa lemak tepu produk berasaskan haiwan.


DTX Complex: mengandungi campuran unik pelbagai ekstrak herba yang mengandungi antioksidan yang tinggi yg membantu melindungi sel hati dan meransang sintesis protein untuk memperbaiki hati dan regenerasi.   Herba seperti Artichoke,  kunyit dan dandelion membantu mengekalkan aliran hempedu normal dan menyokong fungsi hempedu untuk perkumuhan toksin daripada tubuh.



Herb-lax: mengandungi ekstrak daun senna yang sering digunakan secara tradisional sejak beratus tahun dahulu sebagai julap semulajadi. Ia berkesan untuk melegakan sembelit dan mempertingkatkan pergerakan peristalsis dalam usus.



Pertanyaan/maklumat lanjut/konsultasi/ order-
SMS: 013-2369434 (Su)
Emel: butik.annajah@gmail.com
FB: facebook.com/su.annajah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan