Enter Keyword

JANGAN AMBIL MUDAH MASALAH RESDUNG

Assalamualaikum, salam bahagia semua..

Setiap pagi, bangun dari tidur, pernahkah anda bersin berkali-kali? Hidung gatal-gatal dan tersumbat? Mata berair? Atau lebih teruk simptom tersebut berlanjutan ke waktu malam, serta berbulan-bulan lamanya? Dan kita pula menganggap itu perkara normal?

Masalah ini lazimnya sering dikaitkan dengan alahan hidung atau dalam istilah masyarakat Malaysia memanggilnya sebagai resdung; iaitu merujuk kepada masalah berkaitan selesema, bersin, gatal di muka dan hidung termasuk mata. Resdung yang tidak dirawat akan membawa kepada implikasi lain.

Rakyat Malaysia sering memandang ringan perkara ini sedangkan wujud perbezaan antara masalah selsema dan resdung.

Selesema lazimnya berlaku beberapa bulan sekali, manakala resdung berlaku lebih kerap hampir setiap hari terutama waktu pagi atau malam.

Statistik menunjukkan resdung merupakan masalah kesihatan global. Kajian mendapati 40% rakyat Malaysia mengidap asthma. Malah resdung juga berkait rapat dengan asthma. Kajian lain mendapati 20% pengidap resdung turut mengidap asthma, dan 80% pengidap asthma turut mengidap resdung termasuk juga kanak-kanak.

Bayi atau kanak-kanak lebih mudah terkena alahan hidung memandangkan mereka masih belum imun dengan masalah ini berbanding orang dewasa.

Simptom
  • kerap bersin dan selsema termasuk hidung tersumbat pada waktu pagi
  • rasa gatal di bahagian hidung dan kadang-kadang akan melibatkan rasa gatal pada mata, telinga lelangit dan tekak
  • simptom semakin jelas jika pengidap terdedah kepada persekitaran berhabuk, debunga, asap perubahan cuaca, makan makanan tertentu seperti udang, telur, ayam, daging, dan sbg.
Resdung boleh menjadi penyakit kronik?
Ya, jika ia berlarutan dalam tempoh yang lama, ini mungkin ada kaitan dengan penyakit kronik seperti barah hidung! Namun begitu, alahan hidung kebiasaannya tidak menyebabkan penyakit barah.

Jika pengidap mengalami alahan hidung yg teruk seperti lelehan selsema yg bercampur darah, mereka perlu melakukan pemeriksaan endoskop hidung untuk memastikan tidak ada masalah lain seperti ketumbuhan di dalam hidung contohnya polip atau barah.

Risiko lain akibat resdung
- turbinat hidung membesar, menyebabkan hidung sentiasa tersumbat walaupun tidak selesema
- masalah sinusitis dimana berlaku jangkitan kuman di dalam sinus
- risiko telinga tersumbat/ sakit telinga akibat sering menghembuskan  hidung

Rawatan yang diperlukan
1. Pencegahan
-Mengelakkan diri dari sumber alergen. Sentiasa pastikan kebersihan bahagian rumah terutama pd bahagian karpet, langsir, kusyen dsbg. Kucing juga perlu dijauhi oleh pengidap alahan hidung.
-Pengidap alahan makanan pula haruslah berhati-hati apabila mengambil makanan yg telah diketahui akan menyebabkan alahan pd diri sendiri.

2.Ubat-ubatan
-Rawatan menggunakan ubat seperti anti-histamin dan juga semburan intranasal steroid. Pengidap perlu menggunakan ubat untuk beberapa bulan.

3. Pembedahan
-Hanya diperlukan jika pengidap mengalami masalah kronik seperti hipertrofi turbinate, polip hidung atau infeksi sinus
sumber: Pakar Perunding Bedah Otorinolaringologi-Kepala dan Leher Hospital Pakar KPJ Seremban dari majalah Seri Dewi Keluarga Edisi Disember 2011.

CEGAH SEBELUM PARAH!
Alahan hidung atau resdung, asthma,eczema dan masalah alergi yg lain boleh di atasi dengan mengambil makanan tambahan. Di Shaklee, kami ada set G yang mengandungi Sustained Release Vita-C, Vitamin B complex dan Alfalfa complex.

Apakah peranan ketiga-tiga vitamin di dalam set G?

Sustained Release Vita-C
Vitamin C merupakan antioksidan yang membantu mempertingkatkan sistem ketahanan badan, membantu memulihkan bersin dan hidung berair di waktu pagi.

B-Complex
Sebagai penenang, anti stress, menstabilkan emosi, juga membantu meredakan alahan

Alfalfa Complex
Penting untuk melawan alahan dengan mengurangkan tindakbalas alergi.

Testimoni
Saya sendiri salah seorang daripada pengidap alahan hidung. Setiap pagi sebaik bangun dari tidur ketika cuaca sejuk dan apabila angin dari kipas mengenai muka, hidung saya automatik akan mengeluarkan air. Saya akan bersin berulang kali dan akhirnya menghembuskan hingus. Kemudian kawasan sekitar hidung dan berhampiran mata akan gatal. Saya akan menggosok bahagian tersebut dengan kain sehingga hilang rasa gatal dan puas. 

Saya juga alah kepada habuk. Setiap kali menyapu sampah hidung akan berair, mata akan gatal. Sebagai alternatif apabila nak mengemas rumah saya akan menutup muka dengan kain seperti ninja. Saya juga alergik kepada rumput. Masa sekolah apabila balik dari padang, saya mula perasan saya akan menggaru di bahagian kaki. Memang sangat gatal.. setiap kali pulang dari padang, setiap kali itu juga kaki saya akan berdarah akibat menggaru..baru saya tahu bahawa saya ni alergik rumput.

Satu bende lagi yang membuat hidung saya gatal ialah belacan. Dulu saya memang tak suka makan belacan sebab saya takut hidung saya gatal. Semenjak berkahwin, suami suka makan sambal belacan, sy pun terikut sama. Memang pun, lepas makan bahagian atas tekak dan lelangit ni gatal sangat. Saya selalu menolak2 dengan lidah untuk mengurangkan kegatalan. Hidung dan sekitarnya juga jadi gatal. Walaupun begitu saya tetap juga makan sambal belacan. hehehe..

Bagaimana alergi saya boleh hilang?
Saya pun tak perasan dan tak ambil kisah sangat dengan masalah alahan hidung seperti kebanyakan orang. Saya selalu tersedar jam 5 pagi untuk menyusukan anak, waktu itulah hidung akan mula berair dan bersin. Sy akan menutup hidung dengan selimut untuk mengelakkan hidung berair secara automatik. 

Namun sejak dua menjak ni, saya perasan, walaupun kipas angin di pasang no3 (kipas berdiri cap panasonic) memang tala ke muka sebab rumah flat kami memang panas, saya ok je, hidung langsung tak berair. Bersin di waktu pagi dah tak pernah. Dulu berlawan ngn hubby kini dia bersin sorang2 je..hahah. Saya bebas alahan hidung kini!! 

Apa yang saya makan?
Pada asalnya saya ada ambil set D/kecantikan (vit c, vit b com, dan vit e) kemudian saya tambah dengan alfalfa dan ESP untuk menambah kuantiti susu yg makin merudum. Setiap hari saya amalkan set tersebut rupanya bukan hanya manfaat kecantikan dan penyusuan malah alahan saya hilang. Syukur Alhamdulillah... cuma sy belum ke pdg bola untuk test kaki masih alergik rumput atau tak ;)

*Bercakap mengenai barah hidung, baru-baru ini saya mendapat berita seorang bekas guru yg amat saya sayangi telah kembali ke rahmatullah kerana mengidap barah hidung. Beliau tahu pun dah agak lewat dah kronik stage kot. Saya sendiri tak pasti apakah punca sebenar beliau mendapat barah hidung tersebut. Apepun semoga Allah menempatkan roh beliau di kalangan orang2 yang beriman dan solehah. Aamiinn..

Apa-apa jua masalah kesihatan walau sekecilnya, jangan di ambil mudah, sebab kita tak tahu ia akan membawa implikasi lebih besar di masa depan. Cegahlah sebelum terlambat.

Set Resdung (Vitamin C, Alfalfa (S), B Complex) ini berharga RM207.60 (termasuk kos penghantaran). Set ini bertahan 2-6 bulan.

Pertanyaan/ pembelian boleh hubungi saya:


012-964 5614

Shaklee Malaysia
ID:868994

2 ulasan: