Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label DTX Complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DTX Complex. Papar semua catatan
Assalamualaikum.. salam 16 Ramadhan hari ni.. harap korang sihat2 semua, iman dan hati makin terpelihara.

Hari ni nak cerita tentang satu lagi produk yang sangat best iaitu DTX Complex. DTX Complex ni tugasnya special iaitu untuk detoks hati. Since hati kita ni adalah antara organ yang paling sibuk setiap masa sebab kerjanya dianggap sebagai kilang pemprosesan dalam tubuh kita dan ia menjalankan banyak fungsi kritikal serta regenerasi. Ia juga organ yang menapis bahan-bahan kimia yg lalu dalam darah kita termasuk pengawet, pewarna sintetik, perasa tiruan, additif makanan, ubat-ubatan dan segala benda yang bukan natural lah. Kesian kat hati kan?


Antara fungsi hati kita ialah:

1. Rembesan hempedu
Cecair rembesan hempedu ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu perlu untuk pencernaan lemak; memecahkannya kepada lapisan lebih kecil. Hempedu bantu penyerapan vitamin larut lemak seperti A,D,E,K , dan bantu asimilasi kalsium. Hempedu menukar beta karotena kepada vitamin A.

2. Bertindak sebagai detoksifikasi
Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang ditoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisme protein. Untuk detoksifikasi ammonia, hati juga menggabungkan bahan2 toksik seperti sisa metabolik, sisa racun seranggan, dadah, alkohol, ubat2, bahan2 sintetik, bahan2 kimia dan bahan2 lain yg kurang toksik. Bahan2 ini kemudian dikumuh dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha mempunyai fungsi hati yang betul, kita juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yg betul.

3. Mengawal paras gula dalam darah
Dengan menukarkan tiroksina- hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutathione. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.

4. Metabolisme lemak
Hati penting dalam sintesis asid lemak, asid amino dan gula iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan fosfolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk hasilkan tenaga. Dimana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian di angkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

DTX Complex Shaklee

~Ia mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; iaitu ekstrak Schizandra dan Reishi mushroom (herba yang kaya dengan antioksida) dan ekstrak daripada dendelion, kunyit dan articoke (herba yang mengekalkan aliran hempedu).



Keistimewaan DTX Complex

  • melindungi hati daripada toksin termasuk dadah, racun, bahan kimia
  • merawat masalah hati spt hepatitis dan psirosis
  • mencegah dan merawat batu karang
  • bantu masalah kulit seperti psoriasis dan eczema
  • bina semula sel-sel hati
  • meransang pengaliran hempedu
  • bantu fungsi hati, bagus semasa berlaku pembengkakan hati dan jaundis
  • bantu rawat endometriosis
  • bantu rawat sembelit sebagai julap semulajadi
  • melawan anemia- bantu penyerapan zat besi
  • melawan tumor dan kanser
  • merendahkan aras gula dalam darah
  • baik untuk masalah kembung dan lebihan air (edema)
  • antioksida-halang radikal bebas penyebab kanser
  • kesan anti radang dan kurangkan kesakitan
  • kesan antiviral terhadap virus HIV
  • bantu bina sistem imun
  • rawat sindrom keletihan kronik
  • bantu cegah penyakit jantung
  • meransang sintesis protein
  • meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk proses detoks
  • memperlahankan pembentukan toksin
  • merawat masalah jerawat badan (akibat banyak toksin)
DTX complex juga sesuai untuk mereka yg sangat kuat merokok, selalu makan makanan tak sihat seperti jajan, fast foods, dan yg mengandungi banyak perisa, pewarna dan pengawet.

Ingat hati ingat DTX Complex!

Pertanyaan/ Konsultasi:
fb/ Puan Suhaila
www.wasap.my/60132369434
butik.annajah@gmail.com

Assalamualaikum, salam lebaran hari ke-12.

Adakah anda kehilangan sedikit berat badan semasa bulan Ramadhan yang lalu? Kehilangan berat adalah salah satu daripada kesan apabila berpuasa. Tetapi, seperti kebanyakan daripada kita tahu bahawa ini tidak berkekalan terutamanya apabila melalui 7 hari pertama dalam bulan Syawal. Dengan pelbagai juadah tradisional Melayu dihidangkan semasa meraikan Syawal seperti rendang, ketupat, lemang, satay.. bagaimana untuk menolaknya? ;)

Selepas sebulan berpuasa, metabolisme tubuh kita akan menurun. Ini bermakna metabolisme tubuh tidak lagi setinggi semasa di awal Ramadhan. Metabolisme tubuh yang rendah boleh menyebabkan tubuh menyimpan lemak lebih daripada membakarnya; dan ini akan membawa kepada penambahan berat badan khususnya selepas Ramadhan apabila tabiat makan biasa kembali di amalkan.

Hidangan enak, minuman soda berkarbonat mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi. Apabila kita mengambil secara berlebihan, ia akan membawa kepada kenaikan paras kolesterol, kenaikan kadar gula dalam darah dan seterusnya membebankan fungsi hati kita untuk membawanya keluar melalui proses detoksifikasi.

Makanan berlemak dan berminyak juga akan menyebabkan pundi hempedu terpaksa bekerja keras untuk membebaskan hempedu yang menghadamkan lemak. Apabila proses penghadaman/pencernaan tidak berjalan dengan lancar, akan membawa pula kepada masalah kesihatan seperti kembung perut, senak perut, ketakselesaan usus, sakit perut, cirit birit dan sembelit.

Jangan risau, walaupun semasa anda meraikan hari raya, ada beberapa cara untuk anda kekal sihat tanpa menghalang anda daripada menikmati keenakan juadah hari raya. Ada beberapa nutrient penting yang sangat membantu anda untuk mengeluarkan toksin daripada tubuh.

Vivix: mengandungi resveratrol iaitu polifenol tumbuhan yang sangat berkuasa. Kajian klinikal menunjukkan resveratrol boleh meningkatkan kadar metabolisme dan membantu membuang toksin dari tubuh.

Alfalfa Complex: tumbuhan alfalfa adalah pusat penyimpanan nutrient yang kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan mineral surih. Oleh sebab itu ia membekalkan faedah pengalkalian untuk tubuh yang terlalu berasid (hyperacidity). Ia juga meneutralkan toksin dalam tubuh dan membekalkan cukup protein tanpa lemak tepu produk berasaskan haiwan.


DTX Complex: mengandungi campuran unik pelbagai ekstrak herba yang mengandungi antioksidan yang tinggi yg membantu melindungi sel hati dan meransang sintesis protein untuk memperbaiki hati dan regenerasi.   Herba seperti Artichoke,  kunyit dan dandelion membantu mengekalkan aliran hempedu normal dan menyokong fungsi hempedu untuk perkumuhan toksin daripada tubuh.



Herb-lax: mengandungi ekstrak daun senna yang sering digunakan secara tradisional sejak beratus tahun dahulu sebagai julap semulajadi. Ia berkesan untuk melegakan sembelit dan mempertingkatkan pergerakan peristalsis dalam usus.



Pertanyaan/maklumat lanjut/konsultasi/ order-
SMS: 013-2369434 (Su)
Emel: butik.annajah@gmail.com
FB: facebook.com/su.annajah


TAHUKAH ANDA??

Manusia terdedah kepada lebih daripada 4 juta toksin sejak dilahirkan. Manakala secara purata, bayi yang baru dilahirkan pula terdedah kepada lebih daripada 200 toksin, kimia dan industri dalam badan yang dipindah melalui tali pusat ibu.


Tanda -Tanda Tubuh Anda Ada Lebihan Toksin
1. Keletihan
2. Masalah penghadaman
3. Alahan
4. Selulit
5. Masalah berat badan
6. Kanser
7. Masalah reproduksi
8. Penyakit jantung
9. Asthma
10. Alzheimer
11. Penuaan pra masa (jeragat, jerawat, kulit berkedut sebelum masanya)

   Penyakit biasa yang kita hadapi seperti demam, adalah salah satu cara tubuh menyingkirkan toksin yang berlebihan dan mencapai keseimbangan yang diperlukan.

   Kita tidak boleh untuk mengelak sepenuhnya dari agen-agen yang menyebabkan toksin kerana ia terdapat dimana-mana termasuk udara, air, makanan dan boleh jadi dari tubuh kita sendiri.

Bagaimana toksin disingkarkan?
   Toksin disingkirkan melalui pelbagai bentuk iaitu najis, peluh, air kencing, air mata, minyak muka dan sebagainya. Namun itu tidaklah bermakna proses detoks sudah sempurna. Ia hanya sebahagian kecil cara penyingkiran toksin tubuh.

   Sungguhpun begitu, organ utama yang menjadi sasaran dalam program pembersihan toksik yang efektif masih lagi usus besar (pengeluaran) dan hati (detoksifikasi). Hampir semua penyakit degeneratif (penyakit keturunan) dapat dihubungkan dengan faktor toksin dalam saluran usus (intestinal toxemia).

   Bagaimana? Ini kerana setiap jaringan dalam tubuh mendapatkan makanan dari darah, darah pula mendapatkannya dari usus. Setiap zat yang masuk ke dalam tubuh kita akan terserap ke dalam darah melalui dinding-dinding usus.

   Ini bermakna toksin yang berada di usus juga turut ikut beredar bersama-sama aliran darah sampai ke sel-sel diseluruh penjuru tubuh. Toksin-toksin inilah yang menyumbangkan terjadinya berbagai kondisi penyakit kronik dan akut.

   Begitu juga menurunnya tahap tenaga dan penuaan sebelum waktunya. Oleh itu tidak ada cara lain yang lebih baik selain anda menyokong proses semulajadi detoksifikasi anda itu bagi mengelakkan anda mendapat penyakit.

Faktor Menyebabkan Lebihan Toksin Dalam Tubuh.
   Sedar atau tidak, kadangkala kita ibarat 'meracun diri sendiri'. Benarkah? Jom kita selongkar..

1. Pemakanan tidak seimbang dan makan mengikut nafsu
   Ramai diantara kita yang amat menggemari makanan segera. Tidak dinafikan ianya memang enak dan sedap, namun kita tidak pernah ambil peduli tentang racun tersembunyi yang terdapat di dalamnya seperti bahan pewarna, perasa dan pengawet, tinggi kandungan gula dan garam dan sebagainya lagi. Apa yang penting adalah nikmat makanan itu.

   Begitu juga dengan sayuran dan buah-buahan yang kita beli di pasar atau pasaraya. Sejauh mana kita pasti ia selamat dan bebas racun serangga, pestisid dan sebagainya? Saya teringat kata-kata pensyarah saya semasa di UM dulu, beliau lebih rela memakan sayur yang berlubang-lubang dimakan ulat kerana sayur yang cantik sudah tentu disembur racun serangga ke atasnya.

2. Pencemaran alam sekitar
   Selain itu faktor pencemaran udara, tanah, air yang datang dari asap-asap kenderaan, kilang bahkan penggunaan alat penjagaan diri juga mengandungi berjuta-juta bahan kimia yang boleh memudaratkan tubuh. Ikan di laut belum tentu selamat, sayuran dari tanah juga begitu. Pencuci muka yang kita guna setiap hari? Adakah jaminan ia selamat untuk kesihatan? Tidak kan?

3. Amalan gaya hidup tidak sihat
   Amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, tidak aktif, minum alkohol akan menjejas dan memburukkan lagi keadaan kesihatan. Seorang perokok contohnya akan membakar lebih 300 jenis bahan kimia berbahaya dan lebih 20 peratus bahan kimia yang lain akan menyebabkan individu itu mengidap kanser perut, usus, mulut, serviks dan payudara!

   Alkohol pula akan menyebabkan hati anda terpaksa bekerja keras selama beberapa jam untuk 'menaturalkan' toksin daripada arak yang diminum. Sekiranya toksin ini sudah tidak dapat lagi disingkirkan, ia menyebabkan tekanan darah meningkat sekaligus meningkatkan risiko penyakit jantung dan boleh mati bila-bila masa.

4. Tekanan
   Tekanan biasa berlaku terhadap individu yang mengalami masalah berkaitan kerjaya, keluarga, kewangan mahupun perhubungan.

   Secara saintifiknya, tekanan akan meransang hormon-hormon stress yang menjejaskan kesihatan tubuh dan menyebabkan bukan sahaja mental terganggu bahkan akan meransang tubuh menjadi letih lesu dan memudahkan pelbagai penyakit menyerang.

Detoksifikasi/ Nyahtoksin

Kenapa perlu detoks?
1. Untuk mengelakkan penyakit berbahaya
2. Untuk cantik , berseri dan awet muda
3. Untuk mendapatkan kesihatan optima dan menyeluruh
4. Untuk menguatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit, mengekalkan tenaga
5. Untuk kekal positif, ceria, bersemangat

Cara Nyahtoksin Berkesan
1. Mengambil buah-buahan dan sayuran organik
   Tumbuhan organik ialah tumbuhan yang ditanam tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya. Tumbuhan seperti ubi kentang, lobak, keladi yang di tanam di dalam tanah mempunyai daya serapan bahan kimia yang tinggi, jadi anda harus mengelakkannya walaupun ia sihat. Tumbuhan organik agak mahal berbanding yang ditanam secara biasa.

2. Mengurangkan dos bahan kimia
   Caranya: basuh dengan cara yang betul, rendam dalam air garam selama beberapa minit.
                  mengupas terlebih dahulu kulit buah-buahan tersebut.

3. Puasa
   Puasa adalah anti-toksin terbaik dan saya akan bincangkannya dalam entri yang lain.

4. Mengambil suplemen
   Banyak suplemen yang dijual di pasaran boleh membantu anda untuk detoks dan saya mencadangkan agar anda memilih yang semulajadi, selamat serta berkesan seperti produk dari Shaklee.

Detoks Cara Shaklee
Detoks sangat perlu lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mempunyai pelbagai masalah kesihatan. Sebelum seseorang itu mengambil apa-apa vitamin atau suplemen, dia mestilah menyingkirkan toksin berlebihan daripada badan supaya nutrien daripada suplemen/vitamin atau diet harian lebih mudah diserap oleh badan.

Herb-lax
   Suplemen yang berfungsi untuk mencuci usus. Sesiapa boleh amalkan, kecuali ibu mengandung perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ibu menyusu boleh amalkan pada hujung minggu (3-4biji). Kesan optimum, makan sebelum tidur dan minum sekurang-kurangnya satu liter air.

Alfalfa Complex

   Suplemen detoks yang agak lembut. Ibu menyusu boleh amalkan setiap hari, cuma perlu awasi keadaan kesihatan anak anda. Juga mengandungi 300mg kalsium.

DTX Complex
   Oleh kerana hati adalah salah satu organ yang paling teruk terjejas akibat kesan toksik dalam tubuh terutamanya bagi peminum alkohol, suplemen ini menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan dan mempertingkatkan ciri-ciri aliran hempedu yang bila digabungkan dapat melindungi dan meransang keupayaan normal badan dalam mengekalkan sel-sel hati yang sihat.
**meminum minuman alkohol dan memabukkan adalah HARAM bagi umat Islam


Untuk sebarang pertanyaan, maklumat, dan konsultasi anda boleh hubungi saya Su (013-2369434) atau emel ke butik.annajah@gmail.com atau ke facebook.com/su.annajah


Sumber: Majalah i-SIHAT edisi Julai 2012
              Dr. Wan Himratul Azliza Wan Harun (Tropicana)
              Dr. Haizal Harun (Tropicana)