Enter Keyword

Collagen Powder Shaklee Menegangkan Payudara Secara Semulajadi

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya ada wanita yang tidak 'gembira' dengan aset yang mereka miliki. Ada wanita menginginkan payudara lebih besar manakala ada sesetengahnya pula inginkan yang lebih kecil. Apapun saiznya, bersyukurlah kerana kita dilahirkan wanita. Dan apa yang Allah kurniakan itu adalah yang terbaik untuk kita.

Namun, ada sesetengah wanita mula mengalami kemerosotan pada payudaranya. Ini membuatkan wanita berasa malu atau segan terutama dengan suami sendiri. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan penurunan berat badan, kelahiran, perubahan hormon  atau peningkatan usia.

Tapi jangan risau, setiap masalah ada penyelesaiannya. Anda hanya perlu menambah 'nilai' dalam pemakanan seharian, malah ia jauh lebih menjimatkan dan tidak mendatangkan sebarang risiko kesihatan. Apa yang saya maksudkan disini ialah pengambilan suplement/ makanan tambahan. Dengan pengambilan suplemen yang betul, payudara anda akan kembali mantop, menegang dan anjal dan anda tidak perlu malu lagi dengan suami sendiri.

Pertama sekali, tak perlu malu jika anda mempunyai masalah serupa ini. Beritahu saya, kerana kita sama-sama wanita. InsyaAllah kita sama memahami.

Ok, jom saya terangkan kepentingan mengambil suplemen berikut untuk mengatasi masalah anda.

Protein : Soy Protein Isolate Powder

Protein adalah asas kepada sel. Pengambilan protein yang lengkap dan mencukupi amat penting untuk pertumbuhan sel-sel baru. Protein membekalkan asid amino penting yang badan kita perlukan. Ada asid amino yang badan tak dapat hasilkan maka kita perlu mendapatkannya melalui pemakanan.

Pengambilan asid amino secara konsisten mampu meningkatkan penghasilan hormon pertumbuhan, membina kepejalan otot dan menambah saiz payudara anda.


Kolagen: Collagen Powder

Apabila usia semakin bertambah (bermula umur 25 tahun), penghasilan kolagen semulajadi tubuh mula berkurangan. Ini di tambah pula apabila wanita mula mengandung, melahirkan dan menyusukan bayi. Perubahan mendadak hormon pada waktu ini boleh membuatkan payudara menjadi lembik, kendur dan merosot.

Pengambilan suplemen kolagen semulajadi seperti Collagen Powder menyokong pembentukan kolagen tubuh lalu meningkatkan keanjalan dan menegangkan payudara. Bukan itu saja malah menjadikan kulit lebih kenyal dan elastik.

Collagen Powder Shaklee adalah yang terbaik dengan 7 ramuan utama yang membantu penyerapan molekul kolagen ke dalam tubuh, menghalang penghidratan, menggalakkan pengeluaran kolagen, menentang kerosakan sel akibat radikal bebas, membekal tenaga, melembapkan kulit, mengurangkan kedutan dan menambah keserian seluruh tubuh termasuk payudara.



Di samping makan suplemen di atas, anda juga boleh cuba beberapa tips dan petua di bawah:

1. Banyakkan berenang dan bersenam (push up) untuk membina dan menggalakkan otot di sekitar payudara

2. Buat urutan iaitu dari pangkal ketiak ke arah dalam. Mulakan dari tepi, atas, dan bawah. Boleh juga buat urutan berbentuk bulatan.

3. Pakai coli yang sesuai

4. Minum jamu dengan sekali nafas sambil mengampu bawah payudara

5. Tekap payudara dengan daun sirih  (yang telah di sapu minyak kelapa lalu di layur terlebih dahulu) sebanyak 5-6 kali setiap sesi. Lakukan setiap hari.

6. Amalkan minum air kanji (air nasi yang sedang mendidih) setiap malam sebelum tidur.

Kesan mengamalkan petua diatas mungkin agak lambat. Ada baiknya anda gabungkan petua di atas dan tambahkan dengan suplemen yang betul. InsyaAllah payudara anda akan kembali menegang, mantop dan anjal serta anda tidak perlu malu lagi.

Untuk dapatkan ESP dan Collagen Powder, hubungi saya:

Suhaila (868994)
SMS: 013-2369434
Wasap: 012-9645614
fb: Su AnNajah

1 ulasan:

  1. maklumat yg cukup mantap. dapatkan tips yg lain disini ye http://www.superaurawhite.com/2016/11/01/sumber-kolagen-semulajadi/

    BalasPadam