Isnin, 9 November 2015

Cara Tambah Income Dari Rumah: Bagaimana Nak Mula?

Assalamualaikum wbt.

Di zaman kenaikan harga barang yang semakin meningkat dari hari ke hari sedangkan pendapatan tidak banyak berubah, rata-rata kita dah tak senang duduk. Ramai juga yang mengeluh pendapatan seorang suami saja tidak cukup untuk menampung keperluan keluarga yang semakin bertambah.

Bagi yang bekerja pula, tetap juga mengambil inisiatif menjalankan perniagaan secara part time. Ada yang berniaga di pasar malam, car booth sale, pasar tani, dan tak kurang juga yang menceburkan diri dalam bisnes online.

Buatlah apa saja asalkan halal, dan tidak menyalahi agama serta undang-undang.


Untuk memulakan perniagaan, bukanlah sukar sangat. Kita boleh mula dengan menggunakan kemahiran yang kita ada. Contohnya ambil tempahan menjahit, buat kek, hiasan hantaran pengantin, menjual nasi lemak sambal sedap resepi kita sendiri, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Namun begitu, ada beberapa perkara yang kita harus tahu. Menurut salah seorang tokoh bisnes yang saya suka follow, Puan Ainon Mohd, untuk memulakan bisnes, perkara berikut mesti di pertimbangkan.

1. Modal

Tidak mengeluarkan modal melebihi RM2000. Walaupun kita mempunyai banyak duit.

2. Tidak membuat pinjaman bank

Kesilapan besar kebanyakan dari kita suka memulakan bisnes dengan membuat pinjaman bank (atau apa-apa pinjaman pun), sedangkan kedudukan bisnes kita pun belum pasti untung atau rugi.

3. Jualkan benda-benda biasa

Iaitu benda yang pasarannya besar, tidak putus orang membeli, tidak bermusim, tidak terkesan walau bagaimana iklim ekonomi melanda.

Jual benda yang kita tak perlu bercakap banyak kerana orang sudah tahu dan biasa membelinya.

Bagi yang tidak mempunyai kemahiran seperti memasak, menjahit, membuat kek atau roti, boleh mula dengan cara lebih mudah iaitu dengan menjual produk orang lain. Ini juga saranan Puan Ainon.

1. Pilih produk dari syarikat TERBAIK sahaja.

2. Pilih produk yang MUDAH dijual yang mana sudah ada permintaannya.

3. Pilih produk yang dibeli orang berkali-kali sepanjang tahun

4. Pilih produk yang menjual dirinya sendiri iaitu kita tak perlu bercakap banyak mengenainya.

5. Pilih produk keperluan, bukan produk kehendak.

Apapun, yang kita harus selalu ingat, bisnes tidak selalunya indah.

  • Sebanyak 93% bisnes ditutup dalam tempoh tiga tahun selepas beroperasi
  • Sebanyak 74% produk baru tersungkur dalam pasaran
  • Sebanyak 80% bisnes yang di buka menggunakan modal pinjaman gulung tikar.
Berdasarkan fakta dan statistik inilah, kita harus bijak memilih dan memulakan bisnes yang paling rendah risikonya.

Tips bisnes yang lain, bolehlah follow Facebook Puan Ainon Mohd. Oh, saya tidak mendapat apa-apa komisen dari entry ini. Saya cuma seronok menyampaikan kepada orang yang memerlukan. :D

P/S: jika berminat untuk buat bisnes online Shaklee yang menepati semua ciri-ciri di atas, hubungi saya!

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan