10 Cara Mencegah Dan Merawat Ekzema Pada Kanak-Kanak

Assalamualaikum wbt.

Dalam entry yang lalu, kita dah tahu macam mana nak cegah ekzema sejak bayi dalam kandungan.
Jadi dalam entry kali ni, kita tengok pula bagaimana cara nak cegah atau merawat bayi yang sudah dilahirkan, atau anak-anak yang disahkan mengalami ekzema.

Seperti yang kita tahu, ekzema ini masih tidak diketahui puncanya. Tapi ada beberapa faktor yang boleh mencetuskan keradangan, gatal-gatal, timbul bintik-bintik ekzema pada anak. Antara faktor tersebut ialah:
  • alahan terhadap protein tertentu dalam makanan
  • kepanasan
  • habuk
  • serangga
  • persekitaran kotor, tercemar dan tidak bersih
  • penggunaan bahan kimia berlebihan seperti bedak talkum dan sabun mandian
  • bahan pencuci
  • cuaca kering
  • haiwan seperti kucing
  • fabrik tertentu
  • asap rokok

Anak yang mengalami ekzema mungkin mempunyai protein seramida yang agak rendah di dalam badannya. Seramida ialah sel lemak yang memberi perlindungan kepada kulit. Jika protein seramida ini berkurang, kulit akan hilang kelembapan lalu menjadi kasar.

kawasan yang sering muncul ekzema

Ekzema pada bayi atau anak-anak ni biasanya akan beransur hilang mengikut pertambahan usia. Namun, sebelum tempoh itu berlaku, wajiblah kita mencegah atau merawatnya sejak dari awal.

Semoga tip ini dapat membantu mencegah dan mengurangkan gejala ekzema yang 'menyerang' anak-anak kita.

#1. Menyusukan bayi dengan susu ibu

Susu ibu banyak manfaatnya. Susukanlah bayi dengan susu ibu sejak di lahirkan secara eksklusif hingga sekurang-kurangnya 6 bulan. Ini dapat membantu mencegah kejadian ekzema pada peringkat awal kerana bayi belum didedahkan dengan makanan lain selain susu ibu.

Lagipun susu ibu mempunyai antibodi yang dapat menguatkan imun bayi untuk mencegah penyakit.

#2. Jauhkan diri dari faktor pencetus

Contohnya jika kita tahu anak kita alergi terhadap sesuatu makanan, contohnya protein daripada sumber haiwan, maka elakkanlah memberi anak makan makanan tersebut.

#3. Jangan mandi terlalu kerap

Mandi yang terlalu kerap atau lama, menggunakan air panas, tidak sesuai malah boleh menghilangkan minyak semulajadi pada kulit. Minyak inilah yang berfungsi sebagai pelembap yang mencegah kekeringan yang sering berlaku pada pengidap ekzema.

#4. Gunakan sabun yang sesuai

Kebanyakan sabun ada bahan kimia yang banyak termasuk bahan pewangi. Ini juga boleh menyebabkan keradangan pada kulit sensitif. Gunakan sabun organik dan hanya menyabun pada bahagian yang perlu sahaja.

#5. Pastikan kulit sentiasa lembap

Kulit yang kering boleh jadi kasar, gatal lalu menyebabkan ruam. Sapukan krim pelembap semulajadi seperti Vaselin atau Herbal Blend  Shaklee dua kali sehari. Kulit yang sentiasa lembap lebih selamat malah menyelamatkan kita daripada terpaksa menggunakan krim steroid.

#6. Pakai krim steroid jika perlu

Krim steroid tidak dapat menyembuhkan ekzema. Ia hanya dapat mengawal ekzema daripada jadi lebih teruk. Malah penggunaan krim steroid berlebihan boleh menipiskan kulit, dan kesan sampingan steroid lebih teruk berbanding ekzema itu sendiri.

#7. Mencuba makanan alergi

Pengenalan makanan yang berupaya menyebabkan alahan boleh dicuba secara perlahan-lahan terutama kepada bayi yang berusia lebih setahun. Ini untuk biasakan anak dengan makanan tersebut. Namun, jika alahan masih berlaku, berhenti memberinya makan, dan boleh cuba pada masa yang lain pula.

#8. Pakaian yang sesuai

Sesetengah fabrik tidak menyerap peluh, malah akan buatkan bayi rasa panas. Masa ini ekzema akan muncul dengan banyak. Pakailah pakaian menyerap peluh seperti kain kapas.

#9. Kawal suhu

Sesetengah bayi memang tidak tahan panas. Ruam mudah muncul terutama pada bahagian leher. Pastikan suhu sentiasa sejuk dan lapkan bahagian leher yang berpeluh supaya dia lebih selesa.

#10. Elakkan penggunaan bahan pencuci yang merengsakan

Bahan kimia dalam sabun pencuci pakaian, pelembut pakaian, atau bahan pencuci rumah boleh mengganggu pernafasan. Malah jika kulit bayi sensitif, ia juga boleh menyebabkan timbul bintik-bintik ekzema. Pilihlah pencuci yang selamat dan organik jika berkemampuan.

Sebagai pilihan, anda boleh mencuba Set Get Clean Shaklee yang terdiri daripada sabun pencuci, pelembut pakaian, pencuci pinggan dan pencuci rumah serbaguna.


#11. Bekalkan anak dengan nutrisi seimbang

Elakkan memberi anak makanan tidak berkhasiat seperti gula-gula, jajan, snek, makanan segera seperti nugget, kentang, burger, aiskrim, makanan yang ada banyak perasa, pewarna, pemanis tiruan, MSG, dan bahan kimia pengawet. Elakkan juga lemak trans dan lemak tepu berlebihan.

Makanlah banyak sumber protein tulen seperti daging, ikan, kekacang; sumber vitamin dan mineral seperti sayur dan buah-buahan; sumber omega 3 seperti ikan dan minyak ikan.

Anak-anak perlukan nutrisi seimbang untuk pertumbuhan sel yang sihat, menguatkan sistem imun dan antibodi untuk melawan sebarang penyakit termasuk serangan ekzema.

Set Ekzema Shaklee

Bagi anak-anak yang berusia satu tahun ke atas yang mengalami ekzema yang agak kronik, di sarankan mencuba set vitamin ini.


Set Eczema For Children ini mengandungi:

Mealshake - sumber protein yang lengkap dengan vitamin dan mineral, juga turut mengandungi superfood seperti gam arabic, berfungsi untuk pertumbuhan optimum setiap sel badan anak.

Omega Guard - sumber Omega 3 tulen dari lautan sejuk utara Jepun. Ia membantu meredakan inflamasi dan keradangan ekzema, juga meningkatkan sistem imun.

Nutriferon - dikenali sebagai 'immune booster' yang membantu mengukuhkan sistem imun dengan meransang pengeluaran antibodi semulajadi (interferon) untuk mencegah dan melawan jangkitan penyakit.

Herbal blend - krim serbaguna yang bebas steroid, bebas paraben, berasaskan tumbuhan, sejuk dan selamat untuk di pakai oleh anak-anak malah sesuai untuk seisi keluarga.

Menurut pakar perubatan, ekzema tidak dapat disembuhkan, tetapi boleh di kawal. Tapi saya percaya, dengan nutrisi yang berkhasiat dan langkah merawat yang betul, ekzema bukan saja boleh di kawal malah boleh dikurangkan.

Testimoni 1:

Testimoni 2:

Testimoni 3:



Bukan saja kanak-kanak, malah ramai juga orang dewasa turut mengalami masalah ekzema. InsyaAllah di entry yang akan datang saya kongsikan testimoni sahabat saya sendiri yang semakin pulih dan sihat daripada ekzema.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Set Get Clean atau Set Eczema For Children, boleh menghubungi saya di:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994

Atau untuk buat belian sendiri Set Ekzema For Children secara online, klik:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan