Sabtu, 26 Mac 2016

Kenapa Wanita Usia 30an Perlu Buat Pap Smear?

Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas, semasa check-up baby Fawwaz, nurse ada tanya, nak buat pap smear tak? Tercengang-cengang sekejap. Nak pulak nurse tu cakap, boleh buat esok. Dalam was-was tu saya angguk je kepala, kemudian bagi nama kat dia.

Sebenarnya dah pernah buat dulu. Lepas melahirkan anak pertama, tahun 2009 kalau tak silap. Lepas tu tak pernah buat dah. Bajet sihat, takde masalah la kan. Yang sebenarnya takut. Hihi.

Tapi, ni dah tua-tua (huhu) ni, beranikan diri jelah. Untuk kebaikan kita jugak kan.


Masa dah selesai ambil sampel sel tu, saya tanya la nurse, untuk apa buat pap smear ni. Nurse cakap untuk kesan kanser. Punyalah lupa habis, padahal tahun 2009 dulu siap ada ceramah lagi pasal kanser dan pap smear. Ingat lagi nurse duk tunjuk gambar kanser bagai.

Hmm begitu tak caknanya wanita Malaysia ni terhadap kanser, kan?

Sakit ke pap smear?

Nak cakap tak sakit kang tipu pulak. Nak cakap sakit sangat pun tak juga. Ala, sakit nak beranak tu beratus kali lebih sakit dari buat pap smear. Tak de hal lah! Semut api gigit lagi sakit taw :D

Prosedurnya pun mudah dan cepat je. Cuma baring macam nak bersalin tu, nanti nurse akan masukkan satu alat untuk buka serviks kita. Kemudian..dia ambillah apa yang patut. Masa mula-mula nak masukkan alat tu je yang sakit sikit (terutama untuk miss V yang ketat sikit). Lepas tu tak rasa apa dah. Tak sampai 10 minit, siap.

Apa sebenarnya tujuan pap smear?

Pap smear adalah satu kaedah untuk mengesan kanser serviks atau kanser pangkal rahim. Dengan ambil sikit sampel sel di bahagian serviks tu, kita boleh tau ada perubahan tak pada pangkal rahim, atau ada tak wujudnya sel-sel abnormal yang memungkinkan terjadinya kanser pada masa akan datang.

Kebanyakan wanita yang mengalami kanser serviks ni adalah dalam golongan pertengahan umur. Tapi kalau dapat kesan daripada awal, lagi bagus kan. Senang nak buat rawatan.

Siapa yang berisiko dapat kanser serviks?

1. Semua wanita

2. Wanita yang mengadakan seks terlalu awal

3. Wanita yang mengadakan seks dengan ramai lelaki (seks bebas)

4. Wanita yang mengadakan seks dengan lelaki yang pernah melakukan hubungan seks rambang

5. Virus HPV yang tersebar melalui hubungan seks

6. Wanita merokok

7. Wanita yang tidak menjaga kebersihan alat kelamin

8. Wanita yang lemah sistem imun

Penjagaan kebersihan wanita amatlah penting. Jika pakai apa-apa produk tuala wanita, selalulah tukar untuk mengelak jangkitan kuman. Penggunaan pencuci wanita pula boleh digunakan asalkan ianya benar-benar selamat dengan pH yang sesuai.

Jadi, jangan takut untuk buat pap smear.

Mencegah lebih baik daripada merawat!




Puan Suhaila
012-9645614
butik.annajah@gmail.com
ID:868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan