Isnin, 7 Mac 2016

Benarkah Soya Boleh Menyebabkan Cyst?

Assalamualaikum wbt.

Bila cerita pasal soya, banyaklah feedback yang keluar, terutama yang buruk-buruk. Soya sering di persalahkan bila seseorang itu ada cyst, kanser, fibroid, kulit sensitif dan sebagainya. Padahal ramai je yang minum soya tapi tidak pun mengalami apa-apa masalah seperti itu.

Ok, hari ni jom kita kaji dan bongkar mengenai soya. Betul ke ia menyebabkan cyst atau lebih tepat lagi ovarian cyst? Tapi sebelum tu kita kena tahu dulu, apa itu cyst dan bagaimana cyst boleh terbentuk dalam ovari atau rahim seorang wanita.


Apa itu ovari?

Ovari ialah dua organ kecil yang terletak di bahagian kanan dan kiri dalam uterus. Ovari menghasilkan hormon, termasuk estrogen yang mencetuskan menstruasi (haid). Setiap bulan, ovari akan mengeluarkan satu sel telur dan telur ini akan melalui tiub Fallopio, dan menunggu untuk disenyawakan. Fasa di mana telur di keluarkan ini dinamakan ovulasi.

Apa itu cyst?

Cyst ialah satu kantung yang dipenuhi dengan cecair yang terbentuk pada ovari. Ada beberapa jenis ovarian cyst. Yang paling biasa ialah (1) yang terbentuk semasa ovulasi iaitu sel telur tidak dilepaskan atau (2) kantung (folikel) di mana telur itu di hasilkan, tidak hilang selepas telurnya dilepaskan.

Beberapa jenis cyst:

Polycystic Ovaries - Pengidap PCOS (Polycystic ovary syndrome) menghadapi keadaan di mana, folikel telur gagal dibuka, lalu cyst terbentuk.

Endometriosis - Ialah keadaan di mana tisu dalam uterus tumbuh di bahagian lain tubuh termasuk di ovari. Ini menyebabkan kesakitan dan boleh menjejaskan kesuburan.

Cystadenomas -Cyst yang terbentuk pada permukaan ovari, juga dipenuhi bendalir.

Dermoid cysts- Cyst jenis ini mengandungi tisu yang sama dengan bahagian tubuh yang lain seperti gigi, rambut dan kulit.


Simptom cyst

Cyst ovari biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda melainkan kita pergi ke klinik menjalani pemeriksaan ovari. Tetapi simptom berikut boleh juga berlaku:
  • Berasa sakit pada bahagian abdomen
  • Susah atau terlalu kerap kencing
  • Sakit bahagian belakang pinggang
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sakit semasa haid dengan pendarahan yang tidak normal
  • Pertambahan berat badan
  • Loya dan muntah
  • Hilang selera makan
Punca Cyst

Kebanyakan cyst ovari terbentuk hasil daripada aktiviti normal kitar haid kita iaitu dinamakan  functional cyst.

Setiap bulan, ovari akan mengeluarkan folikel (kantung seperti cyst) yang menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dan juga melepaskan telur semasa ovulasi. Ada masa, folikel ini tidak hilang malah terus membesar. Inilah yang dinamakan functional cyst.

Functional cyst pula terbahagi kepada dua:

1. Follicular cyst- sel telur tidak dilepaskan keluar semasa ovulasi, sebaliknya membesar menjadi cyst.

2. Corpus luteum cyst - apabila sel telur dilepaskan, folikel ini terus tertutup dan memerangkap cecair di dalamnya, lalu membesar menjadi cyst.

Functional cyst ini selalunya tidak berbahaya, tidak sakit dan selalunya hilang sendiri dalam 2-3 kitar menstruasi.

Jadi, apa kaitan soya dalam isu cyst ni?

Banyak isu, kekeliruan dan perdebatan yang timbul mengenai isu soya dan cyst. Namun yang pasti, sehingga kini, tiada bukti kukuh menunjukkan soya boleh menyebabkan atau menggalakkan pembesaran cyst malah kanser!

Punca utama pembentukan cyst ialah estrogen dominance. Ada banyak faktor menyebabkan berlakunya estrogen dominance dalam badan seseorang termasuklah:

  • Obesiti - lemak sendiri menghasilkan estrogen!
  • Diet tinggi lemak - semakin banyak lemak di makan, badan semakin banyak lemak dan semakin tinggi aras estrogen
  • Diet yang kurang serat
  • Organ hati tidak berfungsi dengan baik
  • Kurang makan sayur dan buah
  • Kurang aktif
Tiada masalah mengambil produk soya, namun mestilah berhati-hati terhadap perkara berikut:

1. Pastikan soya yang minum berasal dari soya tulen, bukan soya yang telah diubahsuai genetiknya.

Sekarang ni memang banyak makanan telah diubahsuai genetiknya (GMO) termasuklah soya. Bahaya jika kita mengambil produk yang telah diubahsuai genetiknya ini ialah, ia bukan lagi produk tulen dan semulajadi, ia telah berubah struktur dan genetiknya, lalu boleh menyebabkan alergi, kanser dan sebagainya.

2. Pastikan soya tersebut di proses dengan cara yang betul

Soya tidak boleh di basuh menggunakan alkohol, namun banyak kilang menggunakan alkohol untuk membasuh soya. 

Soya mesti di basuh dengan air untuk mengekalkan khasiat dan zat yang ada di dalamnya.

Soya tidak boleh di panaskan pada suhu terlalu tinggi, molekul proteinnya akan musnah, namun kebanyakan minuman soya di jerang, direbus dalam periuk sampai menggelegak. 

3. Pastikan protein soya yang kita minum mempunyai lengkap 9 asid amino perlu.

Kebanyakan produk di pasaran tidak membekalkan kesemua 9 asid amino perlu ini.

Asid amino perlu ialah asid amino yang badan kita tak boleh hasilkan sendiri tapi badan sangat memerlukannya. Ia mesti di dapatkan dari pemakanan.

4. Soya walaupun ada phytoestrogen, ia dalam kuantiti yang amat rendah dan tidak mampu menggantikan estrogen dalam badan manusia. Namun, mereka yang mempunyai estrogen dominance tidak digalakkan mengamalkan minum soya.


Soya ada banyak manfaat untuk kesihatan kita. Banyak kajian menunjukkan budaya meminum soya dapat membantu:
  • menurunkan risiko serangan jantung
  • menurunkan aras kolesterol dalam darah
  • menurunkan risiko kanser payudara dan ovari
  • menguatkan tulang
  • mengurangkan risiko kanser prostat
Jadi, desas-desus, mitos, khabar angin atau apa jua berita buruk mengenai soya perlu kajian mendalam dan bukti kukuh.

Soya selamat untuk diminum, lebih-lebih lagi soya ESP Shaklee. :)

Pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID:868994

2 ulasan:

  1. Lengkap lagi padat. Terima kasih untuk penjelasan ttg soya ni 😊

    BalasPadam
  2. Lengkap lagi padat. Terima kasih untuk penjelasan ttg soya ni 😊

    BalasPadam