Rabu, 4 Januari 2017

Perlu Ke Ibu Menyusu Makan Suplemen?

Assalamualaikum wbt.

Hmm bila cerita bab ibu menyusu vs suplemen ni, macam-macam pendapat yang timbul. Ada yang kata ibu menyusu tak perlu makan apa-apa suplemen pun (walaupun sedar susu tak banyak) sebab katanya tu semua mindset belaka.

Katanya bila kita asyik 'zikir' susu takde, susu takde maka memang takde lah susu.

Ada yang betul-betul anti-suplemen sampaikan dengar orang sebut suplemen pun terus dia tutup mata tutup telinga tak mau dengar. Dia tak nak ambil tahu pun apa itu suplemen, apa fungsi suplemen dan sebagainya. Bagi dia, menyusu anak tu fitrah, semua orang boleh keluarkan susu. Jadi tak perlu nak makan-makan suplemen bagai ni.

Fungsi suplemen bukanlah sekadar membanyakkan susu ye.


Sama ada kita sihat atau sakit, kita muda atau tua, kita hamil atau tak hamil, kita berpantang atau tak berpantang, kita menyusu atau tak menyusu, semua kena makan suplemen. In fact, ibu hamil, berpantang dan menyusu lebih perlukan suplemen.

Fungsi umum suplemen?

Suplemen adalah makanan tambahan yang berfungsi untuk menambah nilai dalam nutrisi dan hidangan yang kita makan hari-hari.

Sedar atau tidak, apa yang kita makan setiap hari sangat rendah nilai nutrisinya (bahkan entah-entah tiada langsung!) Tengok sajalah apa yang kita makan hari-hari.

Buah penuh dengan racun dan baja kimia, begitu juga dengan sayur (tu pun kalau makan). Sumber protein daripada daging yang kita masak sampai rentung, keras kejung. Gula, garam, lemak, minyak memang jadi peneman kita hari-hari. Processed food? Tak payah cerita. Fast food, junk food? Favourite barangkali.

Suplemen satu keperluan wajib dah zaman sekarang. Kalau benar kita cukup nutrisi, maka kuranglah orang yang masuk hospital. Hakikatnya semakin bertambah adalah.

Mengaku saja yang kita memang tak amalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap masa!

Fungsi sebenar suplemen kepada ibu menyusu (bagi kes ibu yang susunya melimpah macam air terjun lepas hujan lebat)

1. Sumber tenaga tambahan. Ramai ibu menyusu yang mengadu letih penat sampai tak bermaya di hujung hari. Dah la penat bekerja, malam kena layan anak pulak. Bagi susu dan sebagainya.

2. Mengurangkan stress. Bila stress, susu akan drop, merajuk tak nak keluar. Tu belum lagi bila anak mengalami growth spurt. Asyik nak mengempeng, memerap je dengan mak sampai nak buat apa pun tak boleh. Stress wei!

3. Mengurangkan sakit-sakit badan semasa menyusu. Ni kalau ibu kurang kalsium.

4. Menguatkan sistem imun ibu dan juga bayi. Maklumlah, bila mak sakit, contohnya selsema ke, mudah berjangkit pada anak. Bila anak selsema, lemas hidung, batuk, sesak nafas, kita juga yang risau.

5. Baby ni, dia tak makan benda lain. Dia minum susu ibu je. Dan insyaAllah nutrien dalam susu ibu tu memang sangat sesuai dan mencukupi untuk dia. Tapi kita si ibu ni, dah la makan entah apa-apa, lepas tu, vitamin dan mineral yang tak berapa nak ada tu pergi pulak ke susu ibu, untuk disedekahkan kepada anak. Sebab tu ramaiii sangat ibu-ibu ada masalah kesihatan.

6. Bila ibu sendiri cukup nutrisi, barulah dapat menyusukan baby dengan tenang, takde tekanan, susu pun mengalir lancar, badan ibu kuat dan sihat, jadi kurus, cantik dan sebagainya. Bila ibu cukup nutrisi, baby pun cukup zat untuk memantopkan lagi perkembangan dan pembesarannya.

Eh, kita tak paksa pun ibu makan suplemen. Terpulanglah pada diri masing-masing. Ada ibu memang sangat-sangat perlukan suplemen untuk membantu dirinya supaya dapat menyusukan bayi dengan tenang dan aman sentosa.

Macam saya sendiri, Alhamdulillah saya dapat menyusukan dua anak saya hingga dua tahun lebih DENGAN bantuan suplemen. Saya tau badan saya memang amat perlukannya.

Bagi ibu-ibu yang ada masalah penyusuan, atau nak cari suplemen semulajadi yang sesuai dengan keperluan badan, boleh hubungi saya. InsyaAllah saya bantu.


012-9645614

Shaklee Malaysia
ID: 868994



1 ulasan:

  1. waa.. nampaknya kena pregnant lagi nih.. hee~ baru lah merasa makan supplement untuk hamil.. gittew--

    BalasPadam