Enter Keyword

Cara Merawat Mata Rabun Sebab Kencing Manis

Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni ada seseorang menghubungi saya dan memberitahu kencing manis tinggi, sampai dah efek ke mata beliau. Tidak lama kemudian beliau terpaksa juga di tahan di wad sebab mata dah sangat teruk.

Mata rabun dan semakin kabur memang salah satu komplikasi yang terpaksa di hadapi oleh pesakit diabetes. Bila efek mata, ia di panggil 'diabetec retinopathy'.

Arwah ayah saya dulu pun ada kencing manis. Tapi syukurlah ia tak beri kesan pada matanya. Arwah ayah masih boleh membaca akhbar tanpa cermin mata serta memandu malam walaupun usia dah nak masuk 70-an. Arwah ayah meninggal akibat komplikasi lain pula iaitu kerosakan organ dalaman iaitu jantung dan buah pinggang. Saya mohon pembaca sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah ayah yang saya sayangi.


Kalau ikut statistik tahun 1996, dianggarkan ada lebih kurang 63,000 individu buta, dan 53,000 orang lagi mengalami rabun teruk. Saya percaya angka ini semakin meningkat saban tahun kerana bukan saja jumlah pesakit kencing manis meningkat, tapi ramai di kalangan orang-orang muda pun dah kena rabun yang teruk akibat terdedah terlalu lama kepada gajet.

Tapi, hari ni bukan nak cerita pasal gajet. Saya nak cerita pasal penyakit kencing manis yang beri efek pada mata.

Gula tinggi penyebab mata rabun

Pada awalnya, saluran darah pada mata menjadi lemah dan mudah bocor menyebabkan titik-titik pendarahan. Ia juga menyebabkan retina mudah bengkak dan penglihatan jadi kabur.

Pada peringkat teruk, kekurangan oksigen pada bahagian retina menyebabkan retina menjadi 'ischemic'. Ini menyebabkan saluran darah baru yang kurang matang tumbuh di atas retina. Salur darah ini mudah pecah dan senang berdarah, lalu menyebabkan pendarahan belakang mata dan mata pun jadi rabun.

Rabun juga boleh terjadi disebabkan kebocoran lemak di tengah retina mata.

Jika diabetes retinopati ini berlaku, kemungkinan besar pesakit kencing manis tu akan mengalami kerosakan buah pinggang yang di panggil nefropati diabetes.

Apa perlu dilakukan?

Sukar menjadi pesakit kencing manis ni sebab banyak perkara perlu di jaga dan diberi perhatian un tuk mengelak risiko komplikasi lebih teruk. Pesakit kencing manis harus ingat bahawa:

1. Risiko menjadi buta ada 25 kali ganda daripada orang sihat

2. Walaupun masih boleh melihat dengan jelas, tidak bermakna tiada kerosakan pada retina mata

3. Kerosakan retina mungkin bererti kerosakan buah pinggang yang boleh dikesan awal dan masih boleh diselamatkan

Mahu atau tidak, pesakit kencing manis WAJIB menjaga kandungan gula dalam darah agar sentiasa terkawal. Jaga pemakanan, kurangkan makan gula putih, tepung putih, makanan berlemak, berminyak dan mengandungi aditif, serta banyakkan minum air kosong dan bergerak aktif.

Cara Merawat Rabun Pada Pesakit Kencing Manis

1. Pengambilan ubat yang betul

2. Kawal berat badan

3. Berhenti merokok dan minum alkohol

4. Rawatan laser oleh hospital

5. Pembedahan vitrektomi

Ikutlah nasihat dan panduan daripada doktor semasa menjalani rawatan.

Mahukah saya tunjukkan cara yang lebih mudah selain rawatan hospital?

Caranya ialah dengan mengambil suplemen!


Bagaimana set ini membantu?

Vivix:

Suplemen anti-penuaan dan anti-oksidan yang bertindak memperbaiki kerosakan sel dan salur darah, membantu mengawal gula darah, mencegah salur darah daripada pecah dan mengembalikan semula penglihatan normal.

Omega Guard:

Membantu mengawal gula darah dan menstabilkan hormon insulin, melancarkan peredaran darah, mengurangkan mendapan lemak dan kolesterol pada mata dan organ, membantu mata kembali sihat dan terang.

Carotomax:

Vitamin anti-oksidan yang khusus untuk mencegah kerosakan mata serta menghalang pembentukan sel abnormal pada mata.

Saya faham bagaimana perasannya apabila mata mula kabur dan semakin teruk dari hari ke hari. Jika boleh kita elakkan pembedahan atau apa-apa rawatan yang berbahaya  serta berisiko terutama di bahagian kepala.

Testimoni 1:


Testimoni 2:


Perlu diingat, suplemen ini bukan pengganti ubat. Anda masih perlu menjalani rawatan hospital mengikut jadual yang dah ditetapkan. Pengambilan suplemen adalah untuk menambah nilai kepada kesihatan kita yang kian merosot itu.

Sekiranya berminat mendapatkan set ini, harganya RM685 sahaja. Anda boleh dapat harga lebih rendah sekiranya mendaftar menjadi ahli dengan saya.

Saya doakan masalah mata dan diabetes anda segera sembuh seperti sediakala.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi saya bila-bila masa. :)



Shaklee Malaysia
ID:868994



Tiada ulasan:

Catat Ulasan