Enter Keyword

10 Perubahan Wanita Selepas Bersalin- Jangan Terkejut!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, dah selamat bersalin tu, lega sangat rasa. Dah selesai satu perkara.

Sekarang masa untuk jaga baby pula!

Tapi...ada sesuatu yang bakal menanti ibu-ibu sekalian? Apa tu? Jengjengjeng!

Bagi ibu yang dah ada dua anak, keadaan ni insyaAllah boleh di lalui dengan tenang (ye ke). Bagi ibu yang baru melahirkan anak pertama, mungkin agak panik dengan perubahan ini.


Jom tengok apakah yang mungkin bakal berlaku kepada ibu-ibu sekalian.

1. Rengat

Rengat berlaku apabila rahim kita nak mengecut. Sakit seakan kontraksi yang berlaku ni sebab salur darah yang memegang placenta(uri) mula menutup selepas uri dikeluarkan.

Tak semua wanita akan rasa sakit ni terutama wanita yang melahirkan anak pertama.

Baca cara kurangkan sakit rengat disini.

2. Berat badan susah nak turun

Sesetengah wanita akan mengalami masalah susah nak turun berat badan. Berat badan selepas bersalin secara automatiknya memang akan turun secara perlahan-lahan.

Jika mendapati berat susah nak turun selepas itu, banyakkan menyusu bayi dengan susu ibu atau boleh ambil suplemen kurus yang selamat untuk ibu dan bayi.

3. Perut buncit

Walaupun rahim dah mengecut dengan cepat, tapi tidak bagi lemak. Perut akan kelihatan buncit kerana otot kita di bahagian perut meregang dan terisi dengan lemak.

Amalkan senaman yang bagus untuk perut dan boleh cuba ambil fish oil.

4. Kentut vagina atau angin faraj

Sesetengah wanita terutama yang dah banyak kali hamil dan bersalin, akan mengalami masalah angin faraj atau kentut vagina. Keadaan ni tak bahaya tapi mungkin wanita akan rasa tak selesa terutama selepas bersama dengan suami.

Kentut vagina berlaku sebab otot pelvik kita longgar memudahkan angin lalu di kawasan tersebut. Kerap lakukan senaman Kegel untuk kembalikan keanjalan otot di bahagian tersebut.

Baca petua mengatasi kentut vagina.

5. Rambut gugur

Ibu akan mengalami rambut gugur yang agak teruk lepas 6 bulan bersalin. Tapi jangan risau, ini memang normal akibat daripada perubahan hormon.

Jika keadaan terlalu merisaukan, cuba amalkan petua mengatasi rambut gugur ini.

6. Gatal bahagian vagina

Akibat perubahan hormon, vagina kita akan mengalami kekeringan. Begitu juga bagi ibu yang menyusu badan. Keadaan ini boleh jadi amat tak selesa.

Ibu boleh ambil GLA Complex untuk stabilkan hormon dan Omega 3 untuk ringankan kegatalan dan keradangan.

7. Bengkak susu

Ada masa-masa tertentu, ibu akan mengalami bengkak susu. Keadaan ini biasanya dicetuskan oleh makanan yang kita makan.

Apabila berlaku bengkak susu, cuba lakukan petua ini.

8. Jerawat

Setengah ibu, masa mengandung wajahnya bebas dari jerawat, tapi lepas bersalin, jerawat mula naik semula dengan teruk. Manakala sesetengah ibu yang lain pula mengalami jerawat teruk semasa hamil, tapi hilang selepas bersalin.

Ini semua diakibatkan oleh faktor hormon yang mempengaruhi kulit kita.

9. Haid yang lama tidak muncul

Adalah normal bagi ibu yang menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu tidak akan datang haid untuk tempoh yang lama. Ada yang hampir lima tahun!

10. Haid tidak teratur

Ada juga ibu yang mengalami haid tidak menentu sekajap datan sekejap tidak, sekejap lama, sekejap singkat tempohnya.

Masalah haid ini juga adalah disebabkan oleh perubahan hormon.

Tapi, jika keadaan semakin teruk atau ibu rasa risau, segeralah berjumpa dengan doktor.

Saya sendiri sekarang dalam fasa rambut gugur. Sabar ajelah bila sikat rambut, hampir secekak rambut tanggal dari kepala.

Bila dah potong rambut, nampak kuranglah sikit gugurnya.

Apapun keadaan yang berlaku, hadapilah dengan tenang ye. Minum banyak air kosong, makan suplemen untuk bantu atasi masalah dari dalam supaya tidak menjadi terlalu teruk.

Semoga ibu semua tabah! ☺


013-2369434


Tiada ulasan:

Catat Ulasan