Suami Nak Anak, Saya Stress!


"Anak tu memanglah rezeki, siapa tak nak terima rezeki dari Tuhan. Tapi tengoklah keadaan saya ni. Diri sendiri pun dah tak terurus. Saya serabut tahu tak? Kusut! Stressss!

Dia tahu apa? Ada di rumah pun sibuk dengan fon. Macam ada urusan penting sangat. Bukannya nak menolong pun. Balik-balik saya juga yang kena uruskan semua. Saya bosan dan penat tahu tak?"

Hati-hati para suami.

Mungkin ada isteri yang merungut begini dalam diam.


Mengandung perlu persetujuan bersama.

Kita tak tahu apa masalah isteri kita. Mungkin dia ada sakit yang dia tak beritahu. Mungkin dia dah ada perancangan dia sendiri apa dia nak buat, bila dia bersedia nak mengandung.

Ada seseorang pernah mengadu, dia memang takde hati nak mengandung lagi (dah ada tiga orang anak) sebab katanya suaminya tak membantu langsung even dalam hal kewangan keluarga. Semua atas bahu dia seorang.

Masa mengandung pun suami buat tak peduli saja. Kalau sakit sendiri tanggung, ke klinik untuk pemeriksaan bulanan apatah lagi. Memang sah seorang diri.

Berbincanglah baik-baik dari hati ke hati duhai suami.

Wanita apabila mengandung, emosi dia memang tak stabil sebab hormon telah berubah. Bayangkan dia sedang mengandung, anak-anak yang lain buat perangai, badan sendiri sakit situ sana sini, suami pun menyakitkan hati. Rasa-rasa?

Dah habis mengandung begitu juga.

Beban makin bertambah dengan kehadiran si kecil yang baru. Sakit bersalin tak hilang lagi, alih-alih rahim ada pula isi.

Guna perancang?

Ramai wanita yang ambil perancang pun tetap mengandung juga. Lebih ramai lagi yang takut dengan risiko mengambil perancang.

Berat badan naik mendadak
Hormon tunggang-langgang
Muntah loya
Pendarahan tak berhenti
Jerawat
Rosak hati
Reput tulang

Hey siapa yang tak takut masukkan benda-benda asing dan sintetik dalam badan?

Bila merancang sendiri, tup-tup terbabas juga.

Isunya disini, encik suami kenalah main  peranan sama ye.

Mengandung ni penat tau. Lebih-lebih lagi umur dah meningkat, dah berapa kali mengandung dan bersalin.

Badan dah tak muda dan kuat macam dulu. Sana sini dah longgar.

Berapa ramai ibu-ibu yang bila mengandung di usia 30-an ni dapat pakej kencing manis, darah tinggi. Kalau hilang lepas bersalin ok juga. Ini terus mengikut sampai akhir hayat.

Isteri kita pun ada benda dia nak capai dalam hidup dia. Ada benda dia nak buat. Ada misi dia nak laksanakan.

Bila nak anak, pertimbangkan baik-baik.

Kesihatan isteri kita
Kesediaan isteri kita
Kewangan kita

Bukan hal mengandung beranak saja tapi kita sebenarnya nak besarkan seorang anak.

Fikir dan bincang baik-baik.

MamaSu,
Isteri dan ibu anak 4.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan