Enter Keyword

7 Tanda Penyakit Gout Yang Perlu Anda Tahu

Assalamualaikum wbt.

Penyakit gout dah tak asing lagi di kalangan kita. Ada yang seawal 30-an pun dah kena penyakit gout.

Saya ada kawan yang ada penyakit gout. Lelaki dan muda lagi. Dia kata bila sakit tu sakit sangat. Sekarang dia terpaksa makan ubat-ubatan hospital untuk kurangkan sakit.

Orang ada sakit gout ni memang kena berhati-hati terhadap makanan yang di makan. Tak boleh tersalah sikit, memang tak boleh jalanlah jawabnya.

shaklee kuantan

Apa itu gout?

Penyakit gout ni berlaku sebab badan kita ada asid urik berlebihan ataupun badannya ada masalah nak singkirkan asid urik.

Asid urik pula adalah bahan kumuhan yang berasal daripada sejenis protein yang di panggil purin.

Asid urik ni kita buang melalui air kencing.

Bagi orang yang ada gout, asid urik tidak dapat di buang tetapi tersimpan dan berkumpul di dalam sendi terutama ibu jari kaki. Namun ia boleh juga berlaku pada bahagian lain seperti tumit, buku lali, pergelangan kaki, lutut, siku, pergelangan tangan atau ibu jari tangan.

Bayangkan ada hablur atau kristal pada ibu jari kaki atau tangan. Alang tertusuk duri saja dah menyakitkan.

Ramai orang lelaki mengidap gout ni. Tak seperti wanita yang rata-rata mengalami gout selepas menopaus.

7 Tanda gout

Ada banyak tanda gout yang boleh diperhatikan. Antaranya:

1. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan rasa sangat sakit

2. Boleh demam

3. Susah nak gerakkan bahagian yang sakit

4. Sakit mencucuk seolah di tusuk jarum yang tajam. Sentuhan lembut pun amat menyakitkan

5. Sakit kerap menyerang waktu malam dan boleh berlarutan berhari-hari

6. Serangan yang kerap dalam beberapa minggu atau bulan

7. Bahagian yang sakit menjadi bengkak

Gout boleh menyebab batu karang!

Ya. Antara komplikasi gout ialah batu karang. Ini kerana hablur asid urik juga boleh mendap di dalam buah pinggang membentuk karang ginjal.

Selain tu, pesakit gout juga harus berhati-hati kerana boleh mendapat penyakit diabetes, darah tinggi dan kegemukan.

Penyakit gout boleh sembuh

1. Makanlah ubat yang diberi oleh doktor

2. Minum banyak air kosong

3. Menjaga dan kekalkan berat badan ideal sebab kegemukan akan menganggu keupayaan badan kita untuk mengeluarkan asid urik

4. Elakkan alkohol dan ubatan seperti antibiotik

5. Pesakit gout elakkan makan makanan yang tinggi protein purin


Antaranya:

  • organ dalaman haiwan - ginjal, hati, peparu, otak
  • sardin, kembung, ikan bilis
  • daging
  • ayam
  • ketam
  • udang
  • kerang-kerangan
  • ragi (yis)
  • bunga kobis
  • cendawan
  • bayam
  • kekacang
  • soya
6. Amalkan gaya hidup sihat supaya terhindar dari penyakit yang ada kaitan dengan gout

7. Kurangkan makan bertepung dan bergula seperti roti, kek

Tahukah anda?

Sakit gout boleh sembuh dengan suplemen Shaklee!

Suplemen Shaklee bukan ubat tetapi ia amat membantu tubuh badan kita untuk berfungsi menyingkirkan asid urik dengan sempurna, menyihatkan sel sekaligus mengurangkan penyakit gout.


TESTIMONI: SAKIT GOUT SUAMI SEMAKIN PULIH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE
.
Assalamualaikum wbt.

Saya Asfa Norain Masri. Saya doakan semoga anda sihat selalu. Saya ingin berkongsi dengan anda semua shaklee effect suami saya selepas amalkan pengambilan vitamin shaklee
.
Suami saya selalu mengadu sakit di bahagian ibu jari kaki dan buku lali sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap kali sakit. Itulah ubat yang mudah didapati. Paling menyedihkan sakitnya semakin teruk semakin bengkak seolah-olah dicucuk seluruh bahagian kaki. Bayangkan kalau kita yang terpelecok kaki atau sakit tumit setiap kali jalan.
.
Aduh pasti bisa sekali. Sakitnya tiada tertanggung. Itulah yang suami saya rasakan. Setiap kali itulah apabila pergi ke klinik mesti suami request kepada doktor untuk mengambil suntikan. Doktor menyarankan untuk membalut kaki dan menyapukan krim bagi mengurangkan masalah keradangan bengkak yang dialami.
.
Hari berganti hari sakit suami saya semakin kerap menyerang kembali dan suntikan tahan sakit itulah pilihan terbaik dan menjadi rutin apabila suami saya sakit. Kesian mengenangkan suami selalu menahan sakit ketika bekerja. Pekerjaan suami saya memerlukan untuk memakai safety boot dan sentiasa berjalan. Pada mulanya kami menyangka suami mengalami masalah tulang retak. Suami pun membuat xray kaki di hospital. Doktor memberitahu tiada tanda keretakan dikedua kaki suami. Lega rasanya.
.
Memandangkan suami saya jenis yang aktif bersukan saya sarankan suami pergi berurut dengan pelbagai keistimewaan si tukang urut urat dan urut betulkan ibu jari kaki yang bengkak. Sakitnya masa diurut hanya suami saya yang lebih mengerti. Jeritan suami masa diurut memilukan hati saya.
.
Boleh dikatakan hampir setiap bulan sakit itu berulang semula acapkali suami saya tersilap makan dan minum. Suami sering mengadu kaki terasa sangat berbisa sekali apabila cuba berjalan. Sebak saya melihat suami berjalan terhencut-hencut. Ada ketika sehingga terpaksa papah dinding. Ada masanya suami saya tidak tahan menahan sakit apabila menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa. Suami cakap makan ubat apa pun dah tak ada kesan
.
Suami saya sering menyangkal apabila saya mengatakan mungkinkah penyakit gout. Takkan di usia 30 an sudah mempunyai masalah gaut. Akhirnya kami sepakat untuk membuat pemeriksaan darah. Saat menanti keputusan ujian darah suami rasa berdebar. Jeng jeng.. Doktor menjelaskan keputusan darah suami saya dan ia jelas menunjukkan paras asid urik yang agak tinggi di dalam darah lantas mengesahkan penyakit gout.
.
Selepas mengetahui penyakit yang menghantui suami saya selama beberapa tahun ini kami cuba berikhtiar dengan pelbagai jenis ubat dan jus yang boleh membantu mengurangkan sakit. Namun tiada hasil. Malah suami juga mengamalkan pelbagai petua bagi mengurangkan sakit. Tetap tidak berkesan. Sedih sakit itu tidak pernah berkurangan
.
Alhamdulillah..akhirnya dengan izin dari Allah yang Maha Penyembuh kesihatan suami saya semakin berkurangan dari hari ke hari setelah konsisten mengambil supplement shaklee. Suami saya mengambil Vivix Alfalfa Omega Herbalax dan Lecithin secara konsisten setiap hari. Saya sering mengingatkan suami untuk kurangkan pengambilan minuman bergula dan banyakkan pengambilan air kosong.
.
Pengambilan vitamin ini membantu mengurangkan masalah keradangan bisa bengkak gaut yang dialami suami saya.

Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
Membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak disebabkan masalah gaut
Membantu melawaskan pembuangan usus dan kencing
Membantu mengurangkan risiko batu karang dan memperbaiki kesihatan buah pinggang
.
Sekarang suami saya tiada lagi sakit setiap bulan seperti dahulu. Kini tiada lagi suntikan. Saya rasa bersyukur sangat. Paling penting pengambilan makanan yang tinggi purin harus dikurangkan bagi menjaga kesihatan. Sehingga sekarang suami masih lagi amalkan pengambilan vitamin Set Detox terdiri dari Herbalax Alfalfa dan Lecithin bagi menyingkirkan toksin berlebihan di dalam badan sekaligus meningkatkan kesihatan fungsi sendi. Terima kasih shaklee. Alhamdulillah.

-Puan Asfa Norain Masri

Apakah suplemen yang di amalkan oleh suami Puan Asfa?

pengedar shaklee kuantan

Vivix - sumber antioksidan yang kaya resveratrol dan polifenol tumbuhan premium yang dapat berfungsi sebagai anti-inflamasi, mengurangkan bengkak dan mencegah kerosakan sel daripada menjadi lebih teruk.

Omega Guard - sumber Omega 3 yang membantu mengurangkan radang dan bengkak pada pesakit gout

Alfalfa Complex - bertindak sebagai agen detoks untuk mengeluarkan toksin dan meneutralkan semula asid urik berlebihan dalam darah

Lecithin - menurunkan kolesterol berlebihan dan mencegah pembentukan hablur dan kristal asid urik

Herblax - agen detoks yang membantu mencuci usus untuk penyerapan nutrisi yang lebih baik.

Ada berbagai cara untuk sembuh dari gout yang penting kenalah konsisten.

Jika nak berikhtiar dengan suplemen, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu kerana kesan terhadap individu adalah berbeza.

Maklumat lanjut mengenai suplemen ini, boleh hubungi saya:



Atau sekiranya nak buat belian sendiri secara online, mesti ada kad debit atau kad kredit. Cuma klik:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan