Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label GLA complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GLA complex. Papar semua catatan
Hai assalamualaikum wbt.

Minggu lepas kakak ipar tanya mengenai Vivix. Dia jururawat di hospital kerajaan bahagian perbidanan.

Katanya dekat hospital sekarang ramai betul wanita ada masalah. Betul juga tu, tengok aje la sekeliling kita. Macam- macam masalah wanita kita dengar. Macam-macam penyakit betul tak?

Tu pun ada lagi yang teringin nak jadi wanita. Ehh..

Masalah paling common sekali pada wanita ialah gejala PMS diikuti masalah haid.

PMS dan masalah haid ni berkait rapat je. Maklumlah dua2 pun daripada hormon wanita.

Masalah jadi teruk bila keadaan tak dapat di kawal, kita jadi tak selesa sampai ganggu kehidupan seharian.

Di katakan 1 daripada 3 wanita akan mengalami gejala pms. Seorang wanita akan mengalami kitar menstrual sebanyak lebih kurang 451 kali dalam hayatnya.

So bayanglah kalau setiap kali period alami pms. Letih woo!

Manakala masalah haid tak teratur pula boleh mengganggu terutama jika wanita tu sedang dalam proses ingin hamil (ttc).

Punca haid tak teratur ada banyak dan salah satunya disebabkan oleh kewujudan cyst pada ovari.

Apapun puncanya, masalah haid tak teratur insyaAllah boleh diatasi.

Bagaimana? Jom tonton video ni.


Ye. Saya pun tak terkecuali. Dah nama pun wanita kan. Hihi.

Syukurlah ada suplemen yang bantu saya.

Jika korang pun mengalami masalah seperti pms dan haid tak teratur, boleh cuba amalkan suplemen yang dicadangkan.

Kalau nak cuba yang lain, hubungi je saya untuk dapatkan khidmat konsultasi dan pembelian ok.

Suhaila Budin
www.wasap.my/60129645614
Id: 868994
"Wahh cantiknya kulit awak, licin gebu je. Jerawat pun takde. Awak pakai apa ni?''

Kembang hati dengar pujian melantun-lantun begitu kan. Mulalah rasa nak tengok cermin je. Confident level pun meningkat mendadak gitu.

Kulit cantik, mulus, gebu memang dambaan para wanita. Usahkan wanita, lelaki pun sama juga.

pengedar shaklee kuantan

Tapi masalah utama kita orang Malaysia dengan cuaca panas, di tambah lagi dengan udara yang kotor dan tercemar, stress yang memburukkan keadaan serta pemakanan yang tidak dijaga, menyebabkan kulit kita mudah mengalami:
  • jerawat
  • jeragat
  • kekeringan
  • tona kulit tak sekata
  • kesan parut yang susah nak hilang
  • kulit yang kasar
  • blackhead dan whitehead
  • pori besar
  • garis halus dan kedutan yang ketara
  • kulit berminyak dan melekit
Semua masalah kulit ni menyebabkan kita rasa tak selesa, kurang keyakinan nak berhadapan dengan orang, dan terpaksalah kita pakai make-up tebal-tebal untuk menutup cela pada wajah. 

Set Radiant 4 Hilangkan Kulit Kering Kusam Dan Berkedut Secara Semulajadi


Bagaimana Set Radiant 4 ini mencantikkan kulit?

1. ESP
  • sumber protein yang berfungsi untuk membina sel kulit baru dan lebih sihat
  • melembapkan kulit
  • mengurangkan kedutan
  • mengembalikan radian kulit dan kepejalannya
  • mengimbangi hormon semulajadi
  • meransang pengeluaran kolagen semulajadi
  • mencerahkan kulit
  • melembapkan kulit
  • memusnahkan radikal bebas yang merosakkan sel
  • menguatkan imun untuk melawan bakteria penyebab jerawat
  • mengimbangi hormon semulajadi
  • mengurangkan jeragat
  • melembapkan kulit kasar dan kering
  • menghilangkan radang kulit
  • menyamakan tona kulit
  • melembut dan melembapkan kulit
  • mengurangkan kedutan dan garis halus
  • menganjalkan kulit
  • mengecilkan liang pori
  • mengurangkan pigmentasi dan jeragat
  • meningkatkan keserian wajah
Set Radiant 4 ni memang igauan wanita terutama pengguna setia produk Shaklee kerana mereka dah rasa kesan superb hasil mengamalkan produk ini. 

Testimoni #1

pengedar shaklee kuantan

Testimoni #2

pengedar shaklee kuantan


Testimoni #3

pengedar shaklee kuantan

Testimoni #4

pengedar shaklee kuantan

Testimoni #5


pengedar shaklee kuantan

Dengan set ini, anda akan mengalami pengalaman yang yang sangat mengujakan!

- kulit lebih sihat, cerah dan berseri

- badan lebih sihat bertenaga

- kurang diserang penyakit

- jerawat dan parut jerawat akan pudar

- kesan jeragat akan menipis dan hilang

- keyakinan diri meningkat

- kelihatan awet muda

- garis halus dan kedutan menipis

dan banyak lagi kesan yang best akan dapat dirasai!

Set ini berharga RM845.50 untuk penggunaan 1-4 bulan.

Sekiranya berminat mendapatkan Set Radiant 4 ini, boleh hubungi saya:



Shaklee Malaysia ID: 868994

Untuk daftar ahli dan beli secara online, klik:







Assalamualaikum wbt

Masalah lendiran vagina kerap-kali mengganggu wanita. Ini kerana ramai antara kita yang keliru sama ada lendiran itu lendiran penyakit atau bukan.

Setiap wanita sememangnya akan mengalami lelehan atau discaj vagina pada setiap episod kitar menstruasinya. Sebagai contoh, pada waktu subur, discaj wanita berwarna jernih, manakala apabila menghampiri waktu haid, ia akan menjadi semakin pekat seolah-olah berwarna putih.

Namun, ada juga wanita yang mengalami discaj yang banyak, lama dan berwarna seakan keju hingga menimbulkan ketakselesaan di kawasan tersebut. Inilah yang dinamakan keputihan.


Masalah keputihan ini biasanya disebabkan oleh jangkitan kulat atau bakteria yang dinamakan Candida albicans. Namun begitu, antara faktor lain yang mempengaruhi ialah:

1. alat sulit yang sangat sensitif

2. pemakanan tidak berkhasiat

3. hormon tidak stabil

4. vagina terlalu lembap dan berasid

5. aktiviti seksual

6. hamil

7. kencing manis

Keputihan biasa memanglah tidak bahaya, namun keputihan yang teruk boleh mengundang jangkitan bakteria hingga merosakkan salur peranakan!

Macam mana nak tahu keputihan tu teruk?

Hanya pemeriksaan doktor yang boleh mengetahui sama ada keputihan itu bahaya atau tidak. Namun, tanda-tanda berikut boleh diperhatikan.

+ Discaj berubah warna dari jernih ke putih, kuning, hijau atau berdarah

+ Rasa gatal, radang dan bengkak

+ Pedih ketika bersama

+ Keputihan berketul, banyak dan berbau busuk

+ Sakit bahagian bawah abdomen atau demam sekiranya bakteria telah merebak ke kawasan pangkal rahim atau organ peranakan

Keputihan yang teruk boleh mengganggu pergerakan sperma dari vagina memasuki pangkal rahim, dan ini boleh menyebabkan wanita tersebut sukar hamil.

Cara Hilangkan Keputihan

Bagi mencegah dan mengurangkan masalah keputihan, ikutlah langkah-langkah berikut:

#1. Jaga kebersihan kawasan vagina

Bersihkan alat kelamin selepas hubungan seks, dan pastikan seluar dalam atau pantyliner sentiasa ditukar.

#2. Elakkan menggunakan pembersih wanita atau 'feminine wash' ke dalam kemaluan

Memadai dengan membasuh di kawasan luar sahaja. pH yang tidak sesuai boleh mematikan bakteria semulajadi yang fungsinya mengawal pembiakan bakteria jahat.

#3. Kurangkan gula, makanan manis dan karbohidrat tinggi

Semua makanan ini akan menyebabkan pembiakan kulat lebih rancak. Elakkan makan makanan yang menyebabkan kadar glukosa naik tinggi dalam darah dan pilihlah makanan yang berindeks glisemik rendah.

Pesakit kencing manis perlu lebih berhati-hati.

#4. Sentiasa keringkan kawasan vagina

Vagina yang selalu lembap dan basah menyebabkan pertumbuhan bakteria lebih banyak.

#5. Pakai seluar dalam yang sesuai

Pakailah seluar yang diperbuat daripada kain kapas dan tidak memakai yang terlalu ketat.

#6. Elakkan penggunaan antibiotik yang tidak perlu

Sesetengah antibiotik boleh mematikan bakteria sihat dalam vagina, lalu menyebabkan bakteria jahat membiak dengan banyak.

#7. Amalkan yogurt dan makanan berindeks glisemik rendah

Kajian menunjukkan pengambilan yogurt dapat mengekalkan persekitaran vagina yang sihat kerana ia mengandungi kultur hidup dan aktif.

Manakala makanan berindeks glisemik rendah pula tidak menaikkan aras gula darah terlalu tinggi, dengan itu dapat merencat pertumbuhan atau jangkitan kulat.

#8. Tingkatkan sistem imun

Wanita yang rendah imuniti lebih mudah mendapat jangkitan kulat dan bakteria.

#9. Jauhi seks rambang

Seks rambang bukan sahaja boleh memindahkan penyakit, malah boleh menyebabkan jangkitan yang lebih teruk seperti HIV, AIDS dan sebagainya.

#10. Kurangkan tekanan

Stress dan tekanan boleh merendahkan sistem imun, dan menyebabkan badan lebih mudah mendapat jangkitan.

#11. Elakkan kemasukan benda asing dalam faraj

Contohnya kondom, ubat pelincir dan sebagainya yang boleh mengganggu kestabilan persekitaran faraj wanita.

Keputihan semasa hamil juga adalah berbahaya kerana ia boleh juga dijangkitkan kepada bayi.

Sentiasalah prihatin dan ambil berat akan setiap perubahan pada kawasan vagina, lebih-lebih lagi jika sedang merancang untuk hamil.

Jika ada masalah keputihan, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Produk Shaklee yang membantu dalam masalah ini ialah Set Wanita Anggun iaitu Vivix, ESP dan GLA Complex.




Vivix

Vivix produk antipenuaan unggul yang kaya dengan antioksidan resveratrol yang dapat menguatkan sistem imun, mengembalikan semula keremajaan sel, mengaktifkan sel bakteria sihat, dan memperbaiki kerosakan sel pada peringkat DNA.








ESP

ESP ialah protein soya dengan indeks glisemik rendah (39) yang mana tidak menyebabkan kenaikan glukosa darah, membantu pembinaan semula sel yang sihat, dan mengurangkan pembiakan kulat.










GLA Complex

GLA Complex yang mengandungi vitamin E dan minyak bunga matahari bertindak mengembalikan keseimbangan hormon wanita, mengurangkan discaj yang terlalu banyak, dan mengawal kelembapan faraj.








* Testimoni seorang sahabat saya yang mengamalkan Vivix, ESP dan GLA untuk kesuburan. Alhamdulillah masalah keputihannya beransur hilang. Sama-sama doakan beliau berjaya hamil tidak lama lagi ye. :)

Keputihan teruk jangan di biar lama-lama, nanti lagi bahaya jadinya.

Anda yang ingin saya bantu dengan produk Shaklee, atau ingin menikmati produk dengan harga ahli, hubungi:

Puan Suhaila 
ID:868994


Segalanya tentang hormon!

Apabila kita mengandung, tubuh kita akan jadi bercelaru. Sebaik lepas bersalin, dan aras hormon berubah dengan mendadak, tubuh kita juga huru-hara. Nak-nak pula bila kita menyusukan bayi dengan susu ibu.

Sesetengah wanita, lepas bersalin, dia akan mengalami ketakseimbangan hormon (hormone imbalance). Bagi wanita yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu, haid nya boleh datang seawal minggu ke 10 selepas bersalin (boleh jadi lebih awal dari itu).

Memang agak susah nak beritahu bila waktu yang tepat haid sepatutnya datang semula selepas bersalin. Ini kerana ia bergantung kepada aras hormon dalam badan wanita itu masing-masing.


Tapi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu, memang sesuatu yang normal jika haid datang agak lewat selepas bersalin. Bagi saya sendiri, haid hanya datang kira-kira lebih kurang 7-8 bulan lepas saya bersalinkan baby Fawwaz.

Yang menjadi masalah di sini ialah apabila kitar haid itu tidak tetap setiap bulan. Kerana haid yang tak tetap ni, kita susah nak tentukan waktu subur. Bila dah macam ni, takut terbabas dan termengandung lagi sekali.

Inilah yang saya alami dulu. Dah la risau haid datang tak menentu. Tempohnya pula kemain lama.

Sebelum-sebelum ni haid saya memang tetap 28 hari. Sejak dari zaman remaja sampai dah beranak dua. Lepas anak ketiga ni haid dah mula bercelaru.

Mula-mula tak sampai pun 28 hari. Ok lagi lah. kemudian bulan depannya 35 hari. Lepas tu 40 hari. Risau la juga nanti baby Fawwaz terdapat adik baru. Huhu.

Bagaimana saya atasi masalah ini?

Saya tahu ini sebab hormon. Oleh itu saya mulakan pengambilan GLA Complex. Seeloknya GLA ni di ambil awal lagi. Tapi tu lah.. banyak sangat benda nak makan kan. Ada masalah baru cari GLA. :D

GLA Complex ni ialah asid lemak Omega 6. Ia di ekstrak daripada bunga borage yang tinggi kandungan GLA nya. Bukan tu saja, ia juga 3 kali lebih bioavaiabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada minyak GLA daripada tumbuhan lain.

Yang best lagi dalam 1 kapsul ni juga mengandungi minyak bunga matahari dan vitamin E yang berfungsi mengingkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

So saya ambil GLA Complex ni setiap hari. Ada juga lah skip sekali sekala. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, tepat hari ke 28 selepas itu, haid saya mula kembali seperti biasa.

Bagaimana GLA Complex berfungsi?

Asid lemak Omega 6 (atau ringkasnya GLA) ini akan membentuk hormon prostaglandin di mana hormon inilah yang akan mengawal selia hormon estrogen wanita. Jadi apa-apa masalah berkaitan hormon contohnya gejala PMS, sengugut, menopaus, mood swing, sakit pada payudara dan sebagainya akan dapat di atasi.

Dan, kalau nak tahu lagi, GLA Complex ni amat bagus untuk kecantikan kulit juga taw. Ia bukan saja dapat melembapkan kulit kering, malah dapat menghindar jeragat, dan menaikkan seri wajah.

Ye la.. hormon dah kembali sihat, insyaAllah semua tindakbalas dalam badan juga akan kembali sihat dan normal.

Jika ada ibu-ibu yang ingin mencuba GLA Complex untuk selesaikan masalah haid  tak teratur seperti saya, boleh hubungi:

~Suhaila Budin~
012-9645614
ID: 868994

Sihat jasmani, sihat rohani!
Assalamualaikum w.b.t

Siang tadi MS terbaca post Dr. Murizah Mohd Zain berkenaan bahayanya apabila haid tidak teratur, sering lewat malah ada yang sampai berbulan-bulan tidak datang haid. Ramai juga wanita yang ambil remeh perkara ini kerana mereka tidak menyedari risiko berat yang bakal mereka hadapi.


Jom baca apa yang Dr. Murizah tulis. Ini pun untuk panduan kita bersama.

*******
Dear ladies. It's not ok if you don't have regular period

Tugas mengendalikan klinik kesuburan dan klinik gynae menemukan saya dengan pelbagai ragam manusia bila berhadapan dengan isu haid.

Ada yang terlalu obses sehingga jika haid lewat hanya 1 atau 2 hari sudah menjadi gelisah. Kalau 10 hb selamanya mesti 10hb. No allowance for any "traffic jam delay".

Ada pula yang langsung tidak ambil kisah. Ada yg tidak datang haid sampai 1 hingga 2 tahun pun tidak kisah.

Haid regular bermaksud kitaran antara 25 ke 35 hari. Jadi kalau haid datang awal sikit atau lewat sikit tetapi tidak lebih dari kitaran 35 hari ianya masih normal.

Yang saya ingin ketengahkan adalah haid yang datang beberapa bulan sekali atau tidak datang langsung atau datang terlalu kerap dan lama. Lebih dari 90% pesakit yang ada masalah ini sebenarnya mengalami sindrom Polycystic Ovary ditandai dengan haid yg tidak teratur, lebihan hormon testosterone apabila diambil darah atau lebihan bulu pada tempat yang tidak sepatutnya pada wanita seperti di atas dagu atau bibir atas menyerupai misai lelaki dan apabila doktor melakukan scan melalui faraj ovari mempunyai banyak anak anak telur kecil.

Antara komplikasi PCOS adalah penukaran sel dinding rahim menjadi prakanser dan kanser.Saya mempunyai ramai pesakit yg mengalami gejala ini dan juga pada masa yg sama mengalami masalah kesuburan tetapi rawatan kesuburan terpaksa ditanggunhkan kerana mereka juga mendapat hyperplasia pada dinding rahim iaitu sel sel bertukar menjadi pra kanser. Dalam keadaan seperti ini doktor berada dalam dilema kerana rawatan prakanser perlu dimulakan selama beberapa tempoh sebelum rawatan kesuburan dapat dimulakan.

Tujuan saya menulis ini adalah untuk membangkitkan keprihatinan para wanita sekelian dengan kitaran haid anda. Pada 1 atau 2 tahun pertama seorang remaja mulai didatang haid kitarannya mungkin tidak teratur tetapi perkara ini tidak boleh dibiarkan berkekalan. Berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan untuk mengetahui punca haid tidak regular. Jika dibiarkan berlarutan ianya mungkin akan mengundang risiko mendapat pra kanser dan kanser rahim.


**********
MS harap semua wanita faham dan tahu akan risiko yang bakal di hadapi. Pesan MS:

1. Jaga 'aset' wanita yang kita ada ini
2. Jika ada masalah, jangan tunggu lama-lama. Dapatkan rawatan dan penyelesaian segera.
3. Ubah cara hidup dan pemakanan
4. Jangan ambil remeh, dan jangan main-main. Nanti sendiri yang tanggung risiko.

Untuk mereka yang ada masalah haid tak teratur, boleh mencuba GLA Complex Shaklee.


 GLA Complex membantu:

1. Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron
2. Ia membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita (juga lelaki)
3. Memperbaiki keadaan akibat hormon yang tidak stabil
4. Membantu mengimbangi hormon tubuh
5. Menentang kanser- kerana ia antioksidan yang meningkatkan sistem imun dan menghalang pertumbuhan sel kanser seperti kanser rahim dan kanser ovari
6. Membantu mengecutkan cyst

MS ingatkan, jika anda mengambil GLA Complex untuk memperbaiki masalah hormon anda, anda MESTI menjaga pemakanan dengan baik. Elakkan mengambil makanan yang boleh meransang pembesaran cyst atau sel abnormal kerana jika tidak sia-sia saja anda mengambil GLA Complex!

InsyaAllah MS akan bantu memberikan panduan yang lengkap kepada anda.

Dapatkan GLA Complex dengan menghubungi:

-Puan Suhaila-
Pengedar & Konsultasi Nutrisi Shaklee
ID: 868994

*disclaimer: produk ini tidak bertujuan untuk merawat, mendiagnos, mencegah atau mengubat sebarang penyakit

Bahaya Haid Tidak Teratur

by on September 01, 2014
Assalamualaikum w.b.t Siang tadi MS terbaca post Dr. Murizah Mohd Zain berkenaan bahayanya apabila haid tidak teratur, sering lewat malah ...