Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Vitamin untuk kanak-kanak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Vitamin untuk kanak-kanak. Papar semua catatan
Pernah tak anak kita kena tegur dengan orang sekeliling atau saudara mara macam tu? Sakit hati tak?

Bengkek je rasa kan? Nak je jawab, "anak aku, suka hati akulah!"

Padahal anak kita cuma kurus je. Bukan sakit pun.

Betul. Sesetengah kanak-kanak secara semulajadinya ada yang bertubuh agak besar dan tinggi, manakala ada sesetengah yang lain bertubuh kurus dan kecil.

Tubuh besar tak bermakna anak terlebih makan dan tubuh kurus tak bermakna anak tak cukup makan.

Saya yakin sangat adik Rykarl ni cukup makan

TAPI...kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda anak kita ada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.

Bagaimana Nak Tahu Anak Kita Memang Ada Masalah Berat Badan?

Cuba perhatikan perkara berikut:

1. Dia lebih mudah mendapat jangkitan. Dia juga mungkin sering merasa lemah, letih dan ada masalah untuk menumpukan perhatian.

2. Dia mengalami pertumbuhan terbantut dan akil baligh agak lewat

3. Graf pertumbuhan anak memang berada dalam aras underweight.

Sebenarnya, pertumbuhan kanak-kanak tidak boleh dijangka, dan kekurangan berat badan juga sukar ditafsirkan.

Sebenarnya, Apa Punca Anak Kita Boleh Jadi Terlalu Kurus?

Ada beberapa sebab yang menjadi faktor mengapa anak kita mengalami masalah berat badan kurang dan terlalu kurus. Antaranya:

1. Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian
2. Penyakit seperti jangkitan cacing
3. Tekanan
4. Senaman berlebihan
5. Tiada selera makan dan tidak berminat untuk makan. Ini mungkin petanda kemurungan atau alahan
6. Peningkatan kadar pertumbuhan mendadak

3 Cara Naikkan Berat Anak Terlalu Kurus

#1. Makan makanan berkalori tinggi dan mengikut piramid makanan.
Contoh: telur, gandum, susu, keju, lemak dan minyak, nasi dan pisang

#2. Elakkan sama sekali memberi anak makanan yang tinggi kandungan gula seperti gula-gula, minuman ringan ataupun makanan tinggi lemak dan makanan segera.

Elakkan juga minuman berkafein kerana ia boleh menghalang penyerapan nutrisi.

#3. Penting sangat untuk beri anak cukup protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam dan mineral supaya anak dibekalkan tenaga untuk aktiviti tumbesaran dan perkembangannya.

Protein dan karbohidrat
Protein penting untuk tumbesaran anak-anak kerana ia membantu dalam pembinaan tisu badan anak. Selain itu ia membantu membina otot serta menambah tenaga.

Sumber utama protein ialah daging seperti ayam, daging lembu, ikan serta tumbuhan seperti soya.

Lemak
Ikan seperti sardin, salmon, tuna dan makerel kaya dengan asid lemak Omega 3 yang membantu dalam fungsi otak dan sistem saraf yang baik.

Vitamin dan mineral
Sayur-sayuran hijau dan buah-buahan adalah sumber yang kaya dengan vitamin termasuk vitamin A, C, B kompleks, serta mineral seperti kalsium. Yogurt mengandungi vitamin B12, dan coklat mengandungi flavonoid. Buah beri seperti strawberi pula mengandungi vitamin C yang penting untuk sistem imun anak membesar.

Hmm..Cara Lebih Mudah Tak Ada Ke?

Tonton video dibawah untuk mengetahui bagaimana ibu ini akhirnya dapat menyelesaikan masalah serta menaikkan berat badan anak dan tidak lagi kurus kering.


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Sebarang pertanyaan mengenai nutrisi untuk anak, boleh hubungi saya! Khidmat nasihat dijamin percuma!! :)

Suhaila Budin
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
ID Shaklee: 868994

*Bacaan lanjut: http://www.myhealth.gov.my
Menghantar anak ke taska adakala dilakukan kerana terpaksa. Contohnya sebab tiada pembantu rumah atau pun tiada pengasuh yang sesuai.

Dan mungkin juga memang pilihan ibu bapa kerana taska tempat terbaik bagi anak belajar berkomunikasi, berkawan dan membentuk peribadi.

Saya tiada pengalaman menghantar anak sendiri ke Taska kerana saya adalah seorang ibu yang bekerja sendiri dari rumah (WAHM). Namun, saya percaya memilih Taska terbaik amat penting dalam membantu perkembangan dan pembentukan anak sejak dari awal lagi.


Di sini saya menyenaraikan kebaikan dan keburukan jika menghantar anak ke taska sebagai panduan. Apa pun, anda sebagai ibu bapalah yang berhak menentukan apa yang terbaik untuk anak masing-masing :)

Kebaikan Menghantar Anak Ke Taska

1. Anak dapat belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran yang ramai. 
Anak akan belajar bergaul, berinteraksi dan berkomunikasi sesama rakan sebaya. Ini dapat mengurangkan rasa takut sesetengah anak untuk berhadapan dengan orang ramai contohnya di kampung apabila bersama sanak saudara.

2. Anak belajar berdikari.
Ketiadaan ibu bapa untuk seketika akan memaksa anak berdikari secara 'tidak sedar'. Anak lebih terdorong melakukan sesuatu dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang yang rapat dengannya seperti ibu bapa.

3. Anak menerima input pembelajaran lebih sistematik.
Di taska, anak akan belajar, berehat dan bermain mengikut jadual yang telah ditetapkan. Taska juga sering mengutamakan pendidikan kepada anak-anak yang sesuai dengan tahap umur mereka berdasarkan silibus.

4. Anak belajar membina karakter.
Anak-anak akan memahami erti tanggungjawabdan mereka akan diterapkan dengan budaya disiplin. Anak akan patuh kepada jadual serta arahan dan ini sangat penting dalam membantu pembinaan karakter peribadi mereka.

5. Anak bermain dalam masa sama membantu perkembangan mental dan emosinya.
Taska selalunya menyediakan permainan yang sesuai untk anak bukan saja mengikut tahap umur tapi juga membantu dalam perkembangan mental dan emosi. Ia juga akan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani.

Keburukan Menghantar Anak Ke Taska

1. Anak akan mudah terpengaruh dengan watak negatif
Apabila anak sering melihat watak negatif daripada guru dan rakan-rakan mereka akan mudah terikut. Ini kerana pada usia kanak-kanak (2-5 tahun), otak mereka akan menyerap semua perkara termasuk perkara negatif. Kemudian mereka akan meniru dan akhirnya akan menjadi habit. Ibu bapa perlu selalu memerhatikan tingkahlaku dan bahasa yang mereka gunakan, dan terangkan baik-buruknya.

2. Anak mungkin mengalami gangguan emosi akibat penderaan
Penderaan kanak-kanak di taska mungkin kes terpencil dan agak jarang dilaporkan. Namun, apabila diri sendiri atau mereka melihat kawan-kawan di dera, ini sedikit sebanyak memberi kesan emosi kedalam diri mereka. Perhatikan juga perubahan emosi anak apabila ingin menghantarnya ke taska, dan selalulah bercakap dengan mereka untuk mengetahui isi hati mereka.

3. Anak mungkin tidak dapat pembelajaran yang sepatutnya
Sesetengah taska mungkin tidak begitu menitikberatkan pendidikan asas terhadap kanak-kanak. Jadi anak-anak lebih banyak bermain, bergaduh, atau mungkin hanya menyendiri. Ini langsung tidak membantu dalam pembinaan karakter dan emosi yang bagus untuk mereka.

4. Anak berasa bebas daripada kongkongan ibu bapa
Anak pandai berdikari memang di sukai ibu bapa. Masalah mula timbul apabila anak mula kurang 'attachment' dengan ibu bapa. Ini bermakna anak tidak lagi menjadikan ibu bapa sebagai pusat rujukan tetapi lebih suka mengikut kata kawan-kawan.

5. Anak mudah dijangkiti penyakit 
Perkara inilah yang kerapkali berlaku di taska. Faktor kebersihan dan percampuran terlalu ramai anak-anak menyebabkan pihak taska sambil lewa dalam aspek kesihatan. Lagipun, sistem imunisasi kanak-kanak masih dalam peringkat awal dan inilah yang menyebabkan mereka mudah mendapat jangkitan.

Menghantar anak ke taska boleh jadi satu pengalaman berharga dan boleh juga menjadi satu mimpi ngeri yang amat menakutkan. Sebelum ambil keputusan menghantar anak ke Taska, survey dulu reputasi taska berkenaan.

Tanya dan selidik silibus yang mereka gunakan dan selalu melalukan 'intipan' untuk melihat cara guru mengendalikan anak-anak taska mereka. Paling penting, pastikan taska berkenaan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tonton video di bawah mengenai kisah bagaimana ibu menyediakan perlindungan untuk anak mereka di taska!


Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taska, Apa Nak BUAT? from iReach HD on Vimeo.

Terima kasih kerana membaca!

Suhaila Budin
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
ID Shaklee: 868994

Ramai ibu-ibu yang susah hati bila anak kurus, selera makan kurang, malah hanya minum susu formula walaupun dah berusia 2 atau 3 tahun.

Sebenarnya, bayi dilahirkan dengan lebih daripada 75% daripada berat badan bayi daripada air. Apabila usia meningkat, peratus kandungan air akan berkurangan sehingga 50% berat badan orang dewasa. Ini menunjukkan pengambilan air dalam bentuk susu atau cecair lain sangat penting bagi memastikan berat badan bayi berada dalam julat yang normal.

Peratus air yang hilang akibat keaktifan bayi perlu diganti secara berterusan dengan pengambilan air dalam kuantiti mencukupi.

Bayi dan anak-anak sepatutnya mendapat zat protein yang mencukupi untuk memastikan tumbesaran anak-anak normal. Makanan mengandungi asid lemak tak tepu seperti omega-3 sangat penting untuk pembinaan tenaga anak yang aktif.

Dibawah ni beberapa tips dan petua bagaimana meningkatkan selera makan anak dan mengatasi anak yang cerewet makan

1. Ibu dan ayah jangan cerewet!! sebab ikut kajian, 27% kanak-kanak yang cerewet, 22% daripadanya mempunyai ibu bapa yang juga cerewet.

2. Berikan snek berkhasiat pada waktu pagi dan petang selain waktu makan utama seperti buah buahan, kekacang dan Meal Shakes.

3. Lupakan peraturan di meja makan dan jangan terlalu tegas seperti 'jangan bersepah di meja makan' atau ' jangan bercakap semasa makan'.

4. Elakkan anak minum air sebelum waktu makan kerana ini akan mengurangkan selera mereka.

5. Fikirkan alternatif contohnya jika anak tidak sukakan ayam, gantikan dengan ikan kerana dua-duanya mengandungi protein.

6. Hentikan memaksa anak memakan sesuatu yang dia tidak suka.

7. Kalau dia suka makan sendiri, biarkan dia, kalau dia suka disuap, suapkan saja.. (anak saya kalau mama suap berpinggan pinggan dia makan)

8. Kreatiflah! Jika anak tak sukakan makanan sebab rasanya, campur dengan makanan yang dia suka. Jika dia tak sukakan rupanya, olah rupa supaya nampak menarik dan disukai.

9. Jangan paksa anak makan banyak sebab saiz perutnya kecil.

10. Libatkan anak-anak yang cerewet dengan aktiviti dapur supaya mereka memilih sendiri apa yang mereka suka makan.

11. Perkenalkan makanan baru 10 kali bukan sekali dua. Normal bagi seorang kanak-kanak menolak makanan yang baru diperkenalkan kepada mereka.

12. Perhati dan nikmati sahaja perkembangan pemakanan anak-anak asalkan anak tidak terlalu cerewet dan memilih hingga mendatangkan bahaya. Tabiat pemakanan akan berkembang, si manja akan menyukai makanan yang dia tidak biasa, dan menolak makanan yang dia sudah jemu. Macam kita juga ada masa dan ketika kita menggemari sesuatu dan pada masa yang lain kita tidak menyukainya..

Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak yang terlalu memilih, apa kata berikan anak makanan berkhasiat seperti Meal Shakes Shaklee kerana telah ramai ibu dan anak yg mendapat kebaikannya!

Tak cuba tak tahu...

Hubungi : 013-2369434 Suhaila untuk pembelian dgn harga best!
Hari ni saya dapat soalan ini pula,

"Maaf saya bertanya. Saya ada terbaca berkenaan kebaikan Mealshake shaklee iaitu menambahkan selera makan bagi kanak-kanak yg susah makan dan boleh menguruskan badan bagi orang dewasa. Soalan saya, macam mana Mealshake Shaklee ni boleh berkaitan menambahkan selera makan untuk kanak-kanak tetapi dlm masa sama boleh kurangkan berat badan untuk orang dewasa? Sebenarnya saya memang tengah mencari supplement / something yg boleh naikkan selera makan anak saya. Sbb tu saya nak tau lebih lanjut lg..."


Saya sangat pasti ramai ibu2 yang lain pun tertanya-tanya soalan yang sama kan?

Mula-mula kita kena tengok apa kandungan Mealshake Shaklee. Selain vitamin dan asid amino, Meal Shakes mengandungi kacang soya dan lactalbumin (iaitu komponen utama protein susu). Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa.

Tahu tak lactalbumin adalah komponen utama dalam susu ibu dan yang kedua melimpah dalam susu lembu? Lactalbumin mengandungi pelbagai manfaat nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin dan bacteriolysine yang sangat penting untuk melawan jangkitan penyakit, kuman dan bakteria serta meningkatkan fungsi imun kanak-kanak.

Bagaimana Meal Shakes meransang selera kanak-kanak dan menambah berat badan mereka?
Lactalbumin (alpha lactalbumin khususnya) terdiri daripada beberapa asid amino seperti tryptophan dan cystein. Tryptophan penting dalam sintesis kimia penting otak seperti serotonin yang meningkatkan mood kanak-kanak serta mengawal tekanan. Cystein pula penting untuk sintesis glutathione yang penting dalam mengekal dan menjana sel yang sihat. 

Saintis  (dalam Journal Nutrition) menunjukkan supplemen lactalbumin  yang menyamai susu ibu itu adalah faktor penting dalam nutrisi bayi terutamanya bayi pra-matang supaya perkembangan mereka meningkat dengan cepat. Inilah sebab kanak-kanak yang mengambil MealShake lebih sihat dan berat badan naik secara normal.

Fakta yang lagi best, lactalbumin dalam susu ibu inilah yang mencegah kanser payudara pada ibu menyusu!

Untuk meningkatkan berat badan kanak-kanak (juga dewasa), digalakkan mengambil Meal Shakes (ikut sukatan) selepas hidangan utama atau between meal. Perlu diingat, untuk meningkatkan berat badan, pengambilan masuk kalori perlu LEBIH BANYAK daripada kalori dibakar.

kalori masuk > kalori dibakar

Pembinaan otot semasa pengambilan protein tambahan juga akan meningkatkan jisim otot dengan itu berat badan bertambah.

Bagaimana pula Meal Shakes membantu menurunkan berat badan bagi dewasa?
Seperti yang kita tahu, lactalbumin adalah komponen protein susu. Protein (sama ada whey atau soya) memainkan peranan dalam pembinaan otot. Penyelidik juga mendapati protein susu ini mampu mengurangkan selera makan dan mengekalkan aras gula darah (indeks glisemik rendah). Ini membantu mengurangkan risiko obesiti dan diabetes. 

Untuk menurunkan berat badan, digalakkan mengambil Meal Shakes semasa perut kosong atau sebagai pengganti hidangan utama. Protein shakes ini mengekalkan kandungan gula dalam darah jadi kita akan rasa lebih kenyang dalam masa yang lama. Senaman semasa pengambilan protein akan meningkatkan pertumbuhan otot, jadi lebih banyak kalori di bakar maka berat badan dapat diturunkan.

Jadi, tidak perlu risau sama ada anak kita akan terlebih gemuk atau terlebih kurus jika mengambil Meal Shakes. Pastikan sukatannya betul dan waktu pengambilannya menepati keperluan tubuh mereka sama ada ingin menaikkan atau menurunkan berat badan. ;))

Meal Shakes membantu menambah selera makan kanak-kanak dan dewasa
Kepada anda yg ada masalah berat badan, anak2 yg selalu tak sihat, boleh la beli Meal Shakes ni..Hubungi saya tanpa malu-malu Su 013-2369434 atau emel ke butik.annajah@gmail.com. Konsultasi berterusan percuma!!
Musim panas dan hujan yang tidak menentu, tekanan dan faktor persekitaran mudah menjadi penyebab anak kita demam. Anak saya Aqil akan selsema jika cuaca terlalu sejuk pada waktu malam. Diikuti suhu badan dedar2, kemudian batuk beberapa hari kemudian.

Bagaimana anak boleh demam?
Demam, batuk dan selsema terjadi apabila tubuh bertindak melawan bakteria dan virus asing yang tiba-tiba muncul dalam badan kita. Askar pembersih dalam badan kita dikenali sebagai sel darah putih yang terdiri daripada sel T, sel B dan makrofaj. Apabila proses pembersihan ini sedang berjalan, terjadilah suhu badan meningkat, menggigil, selsema dan batuk pun berlaku.

Suhu normal dan suhu demam
Seorang bayi biasanya mempunyai suhu normal yang sihat antara 36.5 darjah C - 37.8 darjah C, dan kadang-kadang lebih tinggi dari kanak-kanak lebih besar.

Suhu demam pula apabila bacaan melebihi 37.7 darjah C waktu pagi dan 38.2 darjah C waktu petang.

Bagaimana mengetahui demam yang serius?
Demam dikatakan serius apabila kelakuan anak dan bayi tidak normal contohnya jika dia asyik menangis, lemah dan tidak aktif, menangis dengan tiba-tiba dan lebih daripada biasa, hilang selera makan, minum atau menyusu.

Bawalah anak berjumpa doktor jika demamnya berlarutan hingga lebih dari tiga hari.

Untuk mengetahui sama ada anak kita demam atau tidak, selalulah perhatikan tingkahlakunya. Tanda awal yang selalu dikesan (oleh saya) ialah rasa panas pada perut, ketiak dan kaki, bibir kering dan berwarna pucat, selera hilang. Kita juga boleh gunakan termometer untuk mengesan suhu anak.

Apa yang perlu kita buat jika anak demam, batuk dan selsema?

Jika demam:
1. Pakaikan baju kain kapas yang nipis dan jangan menyelimutkannya.
2. Pastikan biliknya sejuk dan ada pergerakan udara
3. berikan banyak cecair sama ada susu, sup atau buah-buahan
4. Selalu lapkan bahagian badan seperti kepala, ketiak dan badan dan mandikan seperti biasa.
5. Jangan biarkan anak kelaparan walaupun dia hilang selera. Bayi perlukan lebih kalori dan cecair.
6. Jangan risau sangat. Bayi memang mudah demam tetapi selalunya mudah sembuh.

Jika selsema
1. Titiskan hidung dengan air garam atau sedut mukus dengan pam penyedut
2. Beri minum air masak dan suam dengan kerap
3. Biarkan hingus kering sendiri

Jika batuk
1. Bagi kanak-kanak yang berusia dua tahun keatas, berikan air suam atau  sesudu madu. Madu dapat menanggalkan lendir dan kahak di dalam kerongkong. Madu tidak digalakkan untuk anak yang berusia kurang 2 tahun.

Pertolongan cemas semulajadi!

Selalunya, setiap kali anak kita demam atau selsema, kita sibuk nak berikan antibiotik, panadol, paracetamol, sirap ubat batuk dan macam-macam lagi ubat padahal ubat tu bukanlah elok sangat untuk kesihatan. Di Amerika penggunaan antibiotik semakin berkurangan tetapi tidak di Malaysia. Memang kaya klinik swasta setiap kali demam kita pun berkunjung membeli antibiotik.

Shaklee mempunyai produk yang mampu mempertingkatkan imuniti! Kajian selama 40 tahun oleh Dr. Yasuhiko Kojima saintis Jepun telah menjadi satu produk paten yang eksklusif terdapat hanya di Shaklee dan pengedar bebas seluruh Malaysia.



Nak tahu lebih lanjut tentang NutriFeron?? Nak tahu kenapa ia dikenali sebagai pertolongan cemas semulajadi pertama? Nak tahu kenapa ia patut ada disetiap rumah? Nak tahu apa ia buat untuk anak-anak yang sering demam, selsema dan batuk? Nak tahu bagaimana cara pengambilannya? Berapa banyak tanya daaa..

Hubungi saya tanpa malu-malu: Suhaila 013-2369434 atau emel ke butik.annajah@gmail.com ;))