Selasa, 2 April 2013

APA NAK BUAT JIKA ANAK DEMAM, BATUK DAN SELSEMA?

Musim panas dan hujan yang tidak menentu, tekanan dan faktor persekitaran mudah menjadi penyebab anak kita demam. Anak saya Aqil akan selsema jika cuaca terlalu sejuk pada waktu malam. Diikuti suhu badan dedar2, kemudian batuk beberapa hari kemudian.

Bagaimana anak boleh demam?
Demam, batuk dan selsema terjadi apabila tubuh bertindak melawan bakteria dan virus asing yang tiba-tiba muncul dalam badan kita. Askar pembersih dalam badan kita dikenali sebagai sel darah putih yang terdiri daripada sel T, sel B dan makrofaj. Apabila proses pembersihan ini sedang berjalan, terjadilah suhu badan meningkat, menggigil, selsema dan batuk pun berlaku.

Suhu normal dan suhu demam
Seorang bayi biasanya mempunyai suhu normal yang sihat antara 36.5 darjah C - 37.8 darjah C, dan kadang-kadang lebih tinggi dari kanak-kanak lebih besar.

Suhu demam pula apabila bacaan melebihi 37.7 darjah C waktu pagi dan 38.2 darjah C waktu petang.

Bagaimana mengetahui demam yang serius?
Demam dikatakan serius apabila kelakuan anak dan bayi tidak normal contohnya jika dia asyik menangis, lemah dan tidak aktif, menangis dengan tiba-tiba dan lebih daripada biasa, hilang selera makan, minum atau menyusu.

Bawalah anak berjumpa doktor jika demamnya berlarutan hingga lebih dari tiga hari.

Untuk mengetahui sama ada anak kita demam atau tidak, selalulah perhatikan tingkahlakunya. Tanda awal yang selalu dikesan (oleh saya) ialah rasa panas pada perut, ketiak dan kaki, bibir kering dan berwarna pucat, selera hilang. Kita juga boleh gunakan termometer untuk mengesan suhu anak.

Apa yang perlu kita buat jika anak demam, batuk dan selsema?

Jika demam:
1. Pakaikan baju kain kapas yang nipis dan jangan menyelimutkannya.
2. Pastikan biliknya sejuk dan ada pergerakan udara
3. berikan banyak cecair sama ada susu, sup atau buah-buahan
4. Selalu lapkan bahagian badan seperti kepala, ketiak dan badan dan mandikan seperti biasa.
5. Jangan biarkan anak kelaparan walaupun dia hilang selera. Bayi perlukan lebih kalori dan cecair.
6. Jangan risau sangat. Bayi memang mudah demam tetapi selalunya mudah sembuh.

Jika selsema
1. Titiskan hidung dengan air garam atau sedut mukus dengan pam penyedut
2. Beri minum air masak dan suam dengan kerap
3. Biarkan hingus kering sendiri

Jika batuk
1. Bagi kanak-kanak yang berusia dua tahun keatas, berikan air suam atau  sesudu madu. Madu dapat menanggalkan lendir dan kahak di dalam kerongkong. Madu tidak digalakkan untuk anak yang berusia kurang 2 tahun.

Pertolongan cemas semulajadi!

Selalunya, setiap kali anak kita demam atau selsema, kita sibuk nak berikan antibiotik, panadol, paracetamol, sirap ubat batuk dan macam-macam lagi ubat padahal ubat tu bukanlah elok sangat untuk kesihatan. Di Amerika penggunaan antibiotik semakin berkurangan tetapi tidak di Malaysia. Memang kaya klinik swasta setiap kali demam kita pun berkunjung membeli antibiotik.

Shaklee mempunyai produk yang mampu mempertingkatkan imuniti! Kajian selama 40 tahun oleh Dr. Yasuhiko Kojima saintis Jepun telah menjadi satu produk paten yang eksklusif terdapat hanya di Shaklee dan pengedar bebas seluruh Malaysia.



Nak tahu lebih lanjut tentang NutriFeron?? Nak tahu kenapa ia dikenali sebagai pertolongan cemas semulajadi pertama? Nak tahu kenapa ia patut ada disetiap rumah? Nak tahu apa ia buat untuk anak-anak yang sering demam, selsema dan batuk? Nak tahu bagaimana cara pengambilannya? Berapa banyak tanya daaa..

Hubungi saya tanpa malu-malu: Suhaila 013-2369434 atau emel ke butik.annajah@gmail.com ;))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan