Enter Keyword

Memaparkan catatan dengan label Zinc complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zinc complex. Papar semua catatan
Assalamualaikum wbt.

Kalau sebut bab bersalin ni, yang paling fobia lagi mengerikan ialah tang jahit-jahit ni. Bila ingat terus rasa tak berani nak mengandung. Kan?

Tapi bila lupa...mengandung 20kali pun boleh. ngehehe..

Mana taknya, ngilu je rasa mengingatkan doktor atau selalunya misi lah yang jahit tanpa sebarang bius. Hidup-hidup. Menggeletik la kita ni menahan. Kalau dapat misi yang kasar-kasar, yang mulut takde insurans tu, ai dekat ajer kaki tu dengan muka. huhu..


Tapi, alhamdulillah, setakat beranakkan tiga orang ni, sakit macam mana pun tak pernah lagi saya terajang misi. Dia membebel apa pun, buat pekak aje la...

Yang penting, dia jahit cepat-cepat, pastu kita boleh tidur dan balik rumah cepat-cepat.

Dah balik kang satu hal pula.. ibu tak boleh lasak sangat. Nanti kang terbuka jahit, ko mengadapla misi tu semula (nangis!)

Saya ingat lagi, lepas bersalin baby Fawwaz, misi yang datang rumah tu cek tengok dia kata macam ada yang terbuka. Aishh kita ni dah gelabah dah. Camane plak bleh terbuka. Rasanya sopan santun je kita. Lepas tu dia suruh saya bagitahu doktor masa pergi klinik nanti (kebetulan memang kena pergi untuk cek kuning baby). Dalam hati ni berkira-kira, nak cakap ke tak nak cakap kat doktor ni. Boleh je nak tipu kan.

Tapi entah macam mana jujur sangat lah aku pun, cakap juga dengan doktor. Doktor pun cek tengok. Fuhh lega lega.. Dia kata ok je. Balik rumah banyakkan makan buah dan sayur sebab sebelum tu dia ada tanya, sembelit ke? Sembelit juga tapi tak la teruk sangat. Normal la 4 hari sekali baru membuang kalau dalam pantang. Uiiii cemas cemas dah nak kena jahit kali kedua.

Jadi, untuk ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi, siap sedialah dengan apa yang patut supaya nanti luka jatihan cantik serta cepat sembuh.

Lazimnya luka akan sembuh dalam tempoh dua minggu lepas bersalin. Cepat atau lambat sangat bergantung kepada apa yang ibu-ibu buat dan makan.

1. Sebelum bersalin, iaitu dalam trimester ketiga.

Buat senaman Kegel (kemutan otot seperti menahan kencing) dan lakukan urutan perineum. Ini untuk  melatih dan menguatkan otot di bahagian tersebut untuk menghadapi tekanan dan regangan semasa proses melahirkan kelak.

2. Senaman Kegel selepas bersalin

Teruskan dengan senaman Kegel selepas bersalin. Ini dapat membantu meransang peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga dapat membantu menurunkan risiko kencing tak lawas, dan meningkatkan kembali daya seksual.

3. Guna ubat luka yang dibekalkan

Doktor akan bekalkan ubat luka yang berwarna kuning. Sama ada letakkan ubat tu pada pad, atau minta suami tuangkan pada luka.

4. Jangan lasak dan banyak bergerak

Jaga cara duduk, jangan sampai terasa sakit. Bangun atau duduk dengan perlahan-lahan kerana sebarang pergerakan yang kuat akan menekan otot di bahagian vagina. Silap haribulan boleh terbetas jahitan tu.

5. Cara kencing yang betul

Kadangkala terasa sakit semasa kencing. Beradalah dalam posisi yang kita sendiri rasa selesa. Jika luka terasa sakit, jirus air suam pada vulva semasa kencing.

Keringkan vagina dengan tuala atau tisu. Memadai dengan menekap-nekap secara perlahan.

6. Elakkan sembelit

Sembelit yang teruk boleh sebabkan jahitan terbuka. Oleh itu jaga pemakanan, cukupkan pengambilan air kosong dan serat. Ibu boleh cuba pil kalsium seperti Ostematrix untuk meransang pergerakan usus yang sihat dan lancar.

7. Jangan sentuh dengan tangan

Tak perlu nak rasa-rasa, pegang-pegang dengan tangan. Biarkan luka sembuh dengan sendirinya. Sama ada tangan yang kotor, atau kawasan vagina yang tidak bersih, kedua-duanya pun tidak sesuai untuk di buat main. Kita tak nak kuman di pindahkan antara satu sama lain pula.

8. Jaga kebersihan vagina

Kerap tukar pad jika terlalu banyak darah, sentiasa pastikan vagina bersih untuk elakkan sebarang jangkitan kuman. Nanti satu hal pula nak ke hospital semula nak cuci kuman. Basuhlah dengan air suam selalu.

9. Cukupkan keperluan nutrisi

Badan kita akan selalu sakit-sakit, dan luka pun lambat sembuh kalau kita tak dapat cukup nutrisi. Nutrisi tu ialah protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral. Selalunya orang bersalin yang kekurangan nutrisi akan rasa penat, tertekan, murung dan sakit-sakit badan.

Untuk mempercepatkan baik pulih luka, boleh ambil Zink dan Vitamin C. Kedua-dua ni sangat membantu untuk luka cepat sembuh, mencegah jangkitan, dan memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan cedera.

10. Kurangkan tekanan

Ibu berpantang jangan stress stress. Mesti happy dan ceria selalu barulah luka cepat baik.

Jadi, kepada ibu-ibu yang tak lama lagi nak bersalin, dah boleh mula cara nombor 1. Kemudian ikut cara yang saya dah bagi ni.

Saya doakan ibu-ibu semua dipermudahkan urusan bersalin nanti, sentiasa sihat walafiat dan luka pun sembuh dengan begitu cepat sekali. Amiin insyaAllah.

**************

Untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin, saya cadangkan ibu ambil ESP dan Vitamin C Shaklee. Kedua-duanya membantu pemulihan luka dengan cepat, mengurangkan risiko jangkitan dan memberi tenaga. Atau lagi advance boleh amalkan Vivix . Berminat hubungi:

012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994



Percaya atau tidak, organ kulit adalah organ yang paling besar tetapi paling akhir menerima nutrien daripada apa yang kita makan. Ini bermakna kulit kita hanya mendapat 'saki-baki' nutrien daripada makanan kita jika nutrien yang kita ambil itu mencukupi. Jika tidak, kulit kita ini hanya mendapat sisa-sisa yang mungkin tidak berguna seperti minyak, lemak dan toksin!!

Sebab itu, adalah sangat perlu untuk kita memastikan apa yang kita makan benar diserap dan digunakan sepenuhnya oleh tubuh. Sebenarnya, cara yang paling berkesan  dan paling sihat untuk merawat jerawat atau akne adalah dengan mengambil vitamin!!


Walaupun punca sebenar jerawat masih di perdebatkan oleh para saintis, tetapi ramai yang percaya bahawa ia berpunca dari ketidakseimbangan hormon dan tabiat pemakanan kita. Sesetengah vitamin dalam makanan memberi ko-faktor yang memainkan peranan penting dalam mengimbang dan me'normal'kan semula tahap hormon dalam tubuh kita.

Jom berkenalan dengan vitamin hebat untuk kulit dan jerawat!

Vitamin A dan Zink
Vitamin A adalah satu bahan penting dalam kebanyakan krim jerawat di pasaran. Vitamin A adalah antioksidan yang kuat, sangat penting untuk mengawal lipid dan lemak daripada teroksidasi. Untuk Vitamin dapat berfungsi dengan baik, ia perlu diserap secara sempurna oleh tubuh. Zink adalah satu vitamin yang memastikan penyerapan Vitamin A dengan sempurna. Zink juga membantu mempertingkatkan fungsi imun, mengurangkan pembengkakan akibat jerawat dan mempertingkatkan tahap sihat hormon.

Vitamin B Complex
Vitamin B1- antioksidan yang membantu membuang toksin dan menghalang pembentukan jerawat
Vitamin B2- bersama-sama dengan vitamin A untuk membantu dalam kesihatan kulit, rambut dan kuku yang baik. Kekurangan vitamin B2 dikaitkan dengan masalah jerawat
Vitamin B3- memperbaiki peredaran dan membantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat. Jerawat adalah manifestasi kekurangan vitamin B3.
Vitamin B5- Menurut Dr. Lit Hung Liung dalam bukunya, Vitamin B5 akan bersama dengan ATP dan cystiene untuk membentuk co-enzim A. Co-enzim A perlu bagi metabolisme lemak melalui sintesis hormon.
Vitamin B complex juga sebagai bahan anti stress dan melancarkan saraf.

Vitamin C
Vitamin C juga antioksidan hebat yang membantu dalam kesihatan dan pertumbuhan tisu, dan membaikpulihnya. Ia juga sangat perlu untuk membantu menyekat bakteria penyebab jerawat dan akne.

Vitamin E
Juga dikenali sebagai "vitamin kecantikan". Ia melegakan kondisi akne dengan melindungi kulit daripada oksidasi dan penuaan. Ia mempertingkatkan kemampuan tubuh untuk sembuh dan memulihkan tisu rosak , menghambat oksidasi lipid dan pembentukan radikal bebas.

Herb-lax/ Alfalfa Complex
Berfungsi sebagai agen detoksifikasi dan membantu mengurangkan infeksi pada kulit. Ia penting untuk mengurangkan toksin dalam darah yang boleh merosakkan kulit.

GLA Complex
Membantu mencairkan sebum yang berminyak dan mengecilkan pori dan rongga dari tersumbat. GLA juga penting dalam pengawalan hormon yang menjadi punca jerawat.

ESP
Sumber protein yang sangat penting untuk penjanaan sel-sel baru. Sel baru yang lebih sihat akan memudahkan penyerapan sebarang vitamin. ESP juga berfungsi untuk mempercepatkan pemulihan luka jerawat, mengurangkan parut, mencantik dan menggebukan kulit bukan saja kulit wajah tapi seluruh tubuh.

SPECIAL: Tips membuat masker ESP, masker Vitamin E dan masker Vitamin C dari saya!

Dapatkan set penjagaan kulit sihat anda hari ini juga!!

Jangan malu-malu untuk hubungi saya:
Suhaila 013-2369434
fb: Su AnNajah

Saya bersedia membantu anda pada bila-bila masa pun! (^_^) Tunggu testimoni set jerawat lagi okey!



http://www.ehow.com/about_5056958_vitamins-can-rid-acne.html
Assalamualaikum, salam bahagia..

Masalah kesuburan atau gagal hamil sering dikaitkan dengan wanita. Ramai yang melupakan bahawa lelaki turut menyumbang kepada masalah ini. 40% 'male infertelity' terjadi dalam keseluruhan masalah kesuburan.


Segelintir daripada masalah kesuburan lelaki penyebabnya ialah hypospasdia (penis tidak terbentuk secara normal), testis yang tidak turun (undescended testical) dan kegagalan ereksi tetapi kebanyak kes agak sukar dijelaskan sebabnya.

Punca
Ia selalu dikaitkan dengan sperma yang tidak normal , hidup sperma yang terlalu singkat dan terdapat masalah dengan ejakulasi.

Sebab kenapa ketidaknormalan ini berlaku adalah kerana:

  • terdapat radang pada testis
  • terdapat masalah salur vena yang membengkak pada testis
  • testis yang tidak membentuk dengan normal
Sebab kenapa sperma terlalu sedikit atau tiada sperma langsung mungkin berkaitan dengan masalah berikut:
  • terdapat unsur genetik tidak normal
  • kegunaan alkohol, rokok dan dadah
  • pernah mengidap penyakit beguk
  • hormon yang tidak normal
  • terdedah kepada bahan kimia beracun
  • terdedah pada radiasi berlebihan
  • salur testis tersumbat disebabkan jangkitan kuman
  • memakai seluar yang terlalu ketat
Sebab ejakulasi yang menghalang sperma ke dalam faraj wanita
  • ejakulasi tidak matang- terlalu cepat
  • ejakulasi terbalik - air mani termasuk balik ke dalam pundi kencing
  • masalah ereksi
  • komplikasi dari surgeri atau radiasi
sperm count

sperm morphology


sperm motility

Diagnosa
  • ujian analisa air mani
  • ujian darah untuk melihat tanda jangkitan dan masalah hormon
  • kultur cecair dari penis untuk melihat sebarang unsur infeksi
Rawatan
Rawatan ubat biasanya tidak memberi hasil yang memuaskan.
Kaedah yang digunakan untuk membolehkan isteri hamil ialah IUI dan ICSI.


Kaitan zinc dan kesuburan lelaki
Zinc adalah suatu khazanah lelaki. Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain. Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Defisiensi yg serius akan menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yg kecil atau pincang pada testikal, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut. Oleh yang demikian, zink sangat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.

Zinc Complex Shaklee

  1. Di rumus dari zink glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium serbuk alfalfa supaya lebih mudah diserap oleh tubuh kita
  2. Sesuai untuk pengambilan jangka panjang
  3. Berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh
Manfaat utama:
Mengaktifkan 200 jenis enzim- bergabung dengan DNA, RNA dan protein untuk meransang regenerasi sel.

Membentuk kolagen- membantu pembentukan kolagen dan pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ

Memperbaiki masalah prostat- melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing.

Kemampuan seks lelaki- pengambilan jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma.

Ovulasi wanita- penting dalam wanita untuk ovulasi dan membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

Mempercepat pemulihan luka- luka dalaman dan luaran, selepas pembedahan, melahirkan, memperbaiki alergi dan bintik kulit. Hanya hancurkan dan taburkan pada luka.

Memperbaiki diabetes- membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin

Memperbaiki radang kulit- acne dan jerawat dapat di perbaiki dengan pengambilan 4-8 tablet

Bintik putih di kuku
Tanda bintik putih di kuku  adalah tanda2 kekurangan zinc, yg boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, luka lambat sembuh, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

Untuk maklumat lanjut / order, hubungi:
Su 013-2369434
fb: facebook.com/su.annajah
emel: butik.annajah@gmail.com
Assalamualaikum, salam sejahtera..

   Setiap pasangan yang berumah tangga pasti mengharapkan kehadiran seorang cahaya mata. Ada pasangan yang sudah bertahun berkahwin namun masih belum di anugerahkan anak. Ada pula yang gagal hamil untuk mendapat zuriat kedua, ketiga atau seterusnya. Kenapa ini berlaku? Adakah kesukaran mendapat zuriat disebabkan masalah kesuburan? Atau mungkin juga  kesilapan pemakanan?
 MY PRECIOUS!!

Punca-punca menyebabkan sukar hamil
Hasil carian di internet,berikut saya senaraikan antara punca seseorang itu sukar untuk hamil.

  1. ketidakseimbangan hormon akibat gaya hidup, pemakanan dan penggunaan bahan kimia dalam kosmetik dan penjagaan diri yang mematikan sel perembesan hormon endokrin
  2. penyakit dalam faraj, dalam rahim, dalam saluran tiub Fallopio dan kegagalan ovulasi (pengeluaran benih)
  3. haid tidak teratur dan pendarahan tidak normal
  4. faktor usia
  5. suami yang mati pucuk / kualiti dan kuantiti sperma yang rendah
  6. berat badan berlebihan atau terlalu kurang
  7. keguguran 3 kali berturut-turut
  8. suami atau isteri merokok atau mengambil minuman beralkohol
  9. tekanan dalam bentuk fizikal dan mental yg akan mengganggu penghasilan hormon
  10. mengamalkan ubat-ubatan
  11. PCOS (polycystic ovarian syndrom)- juga diwarisi secara genetik. **rujuk portal alam hamil
  12. endometriosis
  13. gangguan makhluk halus/ sihir
Faktor pemakanan sebabkan sukar hamil **dr website emjayjb
  1. Minuman bergas seperti coca-cola dan pepsi cola
  2. makan junk food
  3. segala jeruk (termasuk yang kering dan basah)
  4. makanan fast food
  5. burger dan nugget
  6. jambu batu
Bagaimana meningkatkan kesuburan?
Setelah mendapatkan rawatan kesuburan dari hospital dan pengamal perubatan Islam yang bertauliah namun anda masih sukar hamil, apa kata tingkatkan pengambilan makanan berkhasiat setiap hari. Caranya bukan susah, anda perlu sediakan masa cuma kurang 5 minit setiap hari dengan mengamalkan suplemen dari SHAKLEE.

Apa yang SHAKLEE ada?
GLA (gamma linolenik acid) merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh tubuh untuk membentuk prostaglandin- bahan berkesan berupa hormon yang membantu tubuh mengawal atur proses badan yang normal. Sangat membantu dalam mengurangkan simptom pra haid seperti sengugut dan simptom menopos, meningkatkan penghasilan mukus serviks yang berkualiti dan membantu sperma hidup dalam tiub fallopio wanita sehingga 5 hari. Membantu menstabilkan kitaran haid dan menyokong sistem imun.

Vitalea-mengandungi 19 vitamin dan mineral untuk nutrisi tubuh
Vitamin C- meningkatkan imuniti badan
Vitamin B kompleks- membantu dalam kesihatan saraf dan fungsi otak
Vitamin E- menyuburkan sel2 dan organ reproduksi lelaki dan wanita


Vitamin E- berfungsi untuk kesihatan dalaman wanita dan lelaki dan juga penting untuk hubungan intim suami isteri
Ostematrix- sumber kalsium yang membantu mengekalkan tekanan darah normal, membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
Ostematrix sangat membantu simptom2 pra-haid pada wanita seperti perut kembung, kekejangan, retensi air , mudah meradang dan kemurungan



Zink penting untuk meningkatkan kesuburan kerana bagi wanita, zink membantu melawan bakteria dalam vagina dan melindungi sperma. Bagi lelaki pula, zink penting untuk pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga agar sperma lebih aktif bergerak menuju sel telur. Zink juga berperanan dalam proses pembentukan genetik iaitu pada DNA.

Jangan tunggu sahaja tanpa sebarang usaha!
Pasangan haruslah cuba mendapatkan rawatan selepas setahun mencuba kerana 80% dikalangan mereka yang ingin hamil akan berjaya selepas setahun berkahwin. Selepas 2 tahun, 90% akan menjadi hamil memberikan angka 10% terhadap mereka yang bermasalah. Sekiranya anda mempunyai masalah senggugut yang teruk atau haid yang tidak teratur, jangan tunggu sehingga setahun kerana jelas anda mengalami masalah peranakan yang mungkin menjadi punca ketidaksuburan anda.**dari portal alam hamil

InsyaAllah, dengan usaha berterusan, tanpa putus asa dan tanpa mengabaikan hubungan anda dengan Yang Maha Pencipta, memiliki zuriat yang comel bukan lagi satu proses yang sukar.

Saya bersedia untuk membantu anda! Alhamdulillah, ramai yang berjaya. Jom sama-sama melakarkan kisah kejayaan anda mendapatkan zuriat dengan Shaklee...

Hubungi saya (SU 013-2369434) atau emelkan ke butik.annajah@gmail.com. Konsultasi cara pengambilan sudah tentu percuma!

**produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit