Jumaat, 10 Julai 2015

10 Cara Sembuhkan Luka Bersalin Dengan Cepat Untuk Elak Jahitan Semula

Assalamualaikum wbt.

Kalau sebut bab bersalin ni, yang paling fobia lagi mengerikan ialah tang jahit-jahit ni. Bila ingat terus rasa tak berani nak mengandung. Kan?

Tapi bila lupa...mengandung 20kali pun boleh. ngehehe..

Mana taknya, ngilu je rasa mengingatkan doktor atau selalunya misi lah yang jahit tanpa sebarang bius. Hidup-hidup. Menggeletik la kita ni menahan. Kalau dapat misi yang kasar-kasar, yang mulut takde insurans tu, ai dekat ajer kaki tu dengan muka. huhu..


Tapi, alhamdulillah, setakat beranakkan tiga orang ni, sakit macam mana pun tak pernah lagi saya terajang misi. Dia membebel apa pun, buat pekak aje la...

Yang penting, dia jahit cepat-cepat, pastu kita boleh tidur dan balik rumah cepat-cepat.

Dah balik kang satu hal pula.. ibu tak boleh lasak sangat. Nanti kang terbuka jahit, ko mengadapla misi tu semula (nangis!)

Saya ingat lagi, lepas bersalin baby Fawwaz, misi yang datang rumah tu cek tengok dia kata macam ada yang terbuka. Aishh kita ni dah gelabah dah. Camane plak bleh terbuka. Rasanya sopan santun je kita. Lepas tu dia suruh saya bagitahu doktor masa pergi klinik nanti (kebetulan memang kena pergi untuk cek kuning baby). Dalam hati ni berkira-kira, nak cakap ke tak nak cakap kat doktor ni. Boleh je nak tipu kan.

Tapi entah macam mana jujur sangat lah aku pun, cakap juga dengan doktor. Doktor pun cek tengok. Fuhh lega lega.. Dia kata ok je. Balik rumah banyakkan makan buah dan sayur sebab sebelum tu dia ada tanya, sembelit ke? Sembelit juga tapi tak la teruk sangat. Normal la 4 hari sekali baru membuang kalau dalam pantang. Uiiii cemas cemas dah nak kena jahit kali kedua.

Jadi, untuk ibu-ibu yang bakal bersalin tak lama lagi, siap sedialah dengan apa yang patut supaya nanti luka jatihan cantik serta cepat sembuh.

Lazimnya luka akan sembuh dalam tempoh dua minggu lepas bersalin. Cepat atau lambat sangat bergantung kepada apa yang ibu-ibu buat dan makan.

1. Sebelum bersalin, iaitu dalam trimester ketiga.

Buat senaman Kegel (kemutan otot seperti menahan kencing) dan lakukan urutan perineum. Ini untuk  melatih dan menguatkan otot di bahagian tersebut untuk menghadapi tekanan dan regangan semasa proses melahirkan kelak.

2. Senaman Kegel selepas bersalin

Teruskan dengan senaman Kegel selepas bersalin. Ini dapat membantu meransang peredaran darah dan mempercepatkan penyembuhan luka. Ia juga dapat membantu menurunkan risiko kencing tak lawas, dan meningkatkan kembali daya seksual.

3. Guna ubat luka yang dibekalkan

Doktor akan bekalkan ubat luka yang berwarna kuning. Sama ada letakkan ubat tu pada pad, atau minta suami tuangkan pada luka.

4. Jangan lasak dan banyak bergerak

Jaga cara duduk, jangan sampai terasa sakit. Bangun atau duduk dengan perlahan-lahan kerana sebarang pergerakan yang kuat akan menekan otot di bahagian vagina. Silap haribulan boleh terbetas jahitan tu.

5. Cara kencing yang betul

Kadangkala terasa sakit semasa kencing. Beradalah dalam posisi yang kita sendiri rasa selesa. Jika luka terasa sakit, jirus air suam pada vulva semasa kencing.

Keringkan vagina dengan tuala atau tisu. Memadai dengan menekap-nekap secara perlahan.

6. Elakkan sembelit

Sembelit yang teruk boleh sebabkan jahitan terbuka. Oleh itu jaga pemakanan, cukupkan pengambilan air kosong dan serat. Ibu boleh cuba pil kalsium seperti Ostematrix untuk meransang pergerakan usus yang sihat dan lancar.

7. Jangan sentuh dengan tangan

Tak perlu nak rasa-rasa, pegang-pegang dengan tangan. Biarkan luka sembuh dengan sendirinya. Sama ada tangan yang kotor, atau kawasan vagina yang tidak bersih, kedua-duanya pun tidak sesuai untuk di buat main. Kita tak nak kuman di pindahkan antara satu sama lain pula.

8. Jaga kebersihan vagina

Kerap tukar pad jika terlalu banyak darah, sentiasa pastikan vagina bersih untuk elakkan sebarang jangkitan kuman. Nanti satu hal pula nak ke hospital semula nak cuci kuman. Basuhlah dengan air suam selalu.

9. Cukupkan keperluan nutrisi

Badan kita akan selalu sakit-sakit, dan luka pun lambat sembuh kalau kita tak dapat cukup nutrisi. Nutrisi tu ialah protein, karbohidrat, vitamin, lemak, garam dan mineral. Selalunya orang bersalin yang kekurangan nutrisi akan rasa penat, tertekan, murung dan sakit-sakit badan.

Untuk mempercepatkan baik pulih luka, boleh ambil Zink dan Vitamin C. Kedua-dua ni sangat membantu untuk luka cepat sembuh, mencegah jangkitan, dan memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak dan cedera.

10. Kurangkan tekanan

Ibu berpantang jangan stress stress. Mesti happy dan ceria selalu barulah luka cepat baik.

Jadi, kepada ibu-ibu yang tak lama lagi nak bersalin, dah boleh mula cara nombor 1. Kemudian ikut cara yang saya dah bagi ni.

Saya doakan ibu-ibu semua dipermudahkan urusan bersalin nanti, sentiasa sihat walafiat dan luka pun sembuh dengan begitu cepat sekali. Amiin insyaAllah.

**************

Untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin, saya cadangkan ibu ambil ESP dan Vitamin C Shaklee. Kedua-duanya membantu pemulihan luka dengan cepat, mengurangkan risiko jangkitan dan memberi tenaga. Atau lagi advance boleh amalkan Vivix . Berminat hubungi:

012-9645614

Pengedar Shaklee Malaysia
ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan