Cara Berpantang Moden Tanpa Jamu Serta Elak Sembelit Lepas Bersalin

Bila sebut sembelit lepas bersalin ni, mama rasa ramai yang fobia nak beranak bila ingat pengalaman membuang masa tu kan??

Ramai yang takut dan ngeri sebab macam-macam pengalaman yang pernah dilalui. Tak ketinggalan mama juga.

Bila tengok video ni, mama teringat masa mama lepas bersalinkan anak pertama Muhammad Ammar. Rasanya Ya Allah tobat taknak beranak dah? Dah la fobia sakit bersalin belum hilang. Tambah pulak sembelit tahap kronik.

Memang sebijik sama dengan Puan Khadeejah ni. Kalau korang tengok pun, rasanya korang pun setuju dengan mama.



Hmm betul kan??

Mama teringat lagi, kat rumah masa tu takde tandas duduk. Tandas cangkung je. Jenuh la duduk menyenget tak mau bagi sakit.

Berjam-jam dalam tandas, masa tu baby kat luar dah melalak-lalak kelaparan. Emak yang jaga mama berpantang pun dah terjerit-jerit panggil mama yang tak keluar-keluar. Serius rasa nak nangis tau tak?!

Kalau ingat memang serik betul nak beranak. Tup tup keluar pulak nombor dua. Pastu nombor tiga pulak! Hahaha..

Membazir Beli Jamu...

Yang ini mama pun setuju 100%. Tapi nak cerita jugaklah...

Masa nak bersalin anak kedua, kemain beli set jamu cap Afiat tak silap mama. Sebab itu yang paling murah pun! Kandungan dia ok je siap ada tungku kukus tu lagi. Tapi langsung mama tak usik.

Mama buka-buka jugaklah kekonon nak makan. Makan sekali dua je pastu simpan.

Jadinya bila nak bersalin anak ketiga, mama memang tak beli langsung set bersalin tradisional sebab taknak membazir. Syukur juga mama dah kenal Shaklee.

Jadinya sepanjang mengandung, berpantang dan sekarang sedang menyusu pun mama masih makan Shaklee. So, jimat kan??

Jamu VS Shaklee?


herba

Ini pendapat dan pemerhatian mama. Apapun, pilihan tetap ditangan masing-masing kan?

Mama lebih suka dan amat menggalakkan ibu-ibu memilih berpantang dengan nutrisi Shaklee. Sebab utamanya ialah:

1. Ia memenuhi nilai nutrisi harian kita. Tak kisah ibu nak makan lauk apa, sayur apa pun masa berpantang, tetapi tanpa nutrisi yang betul dan berkhasiat, badan akan lemah, sel-sel lambat pulih dan juga ibu akan mengalami masalah yang tak diingini seperti sembelit, stress, tiada tenaga serta sakit urat.

2. Tiada pembaziran. Seperti yang mama bagitahu kat atas tu, vitamin ialah benda yang memang kita perlukan setiap hari tak kira siapapun kita. So, boleh continue makan vitamin dari mengandung, berpantang, menyusu dan sampai bila-bila pun.

3. Tidak memudaratkan bayi. Biasa tak, kalau baby kuning lepas lahir, nurse atau doktor akan larang kita makan jamu dan herba- herba yang berkemungkinan akan lambatkan pemulihan masalah jaundis bayi. Habis tu bila kita boleh mula makan jamu? Badan pun dah lemau ni, kepala pulak dah stress sebab asyik ulang-alik ke klinik aje. Tak gitu?

Tapi ibu-ibu jangan risau, mama cuma galakkan makan vitamin Shaklee, tetapi amalan sewaktu berpantang macam berurut, bertungku, bertangas, mandi wap, mandi herba dan sebagainya tu amat bagus dan baik di lakukan.



Cuma bab makan ni kita perlu ubah. Jamu takde khasiat (mungkin ada kot sikit, entah). Sedangkan masa berpantang nilah kita perlu makan benda yang berzat untuk kuatkan semula badan kita, beri tenaga dan bantu sel-sel pulih dengan cepat.

Kalau ibu-ibu amalkan nutrisi berkhasiat sejak dari mengandung lagi, seterusnya berpantang, mama jamin tempoh menjadi seorang ibu itu akan lebih mudah dan menggembirakan.

Jadi, nak cuba tak Set Berpantang Shaklee yang awesome ni?? Nak dapatkan dengan harga ahli?Hubungi mama segera okeh!

~Suhaila Budin~
SMS/ WhatsApp: 012-9645614
ID: 868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan