Enter Keyword

Omega 3- Kenapa Penting Untuk Jantung

Masih ingat lagi tak iklan minyak ikan dimana anak dan ayah pulang memancing sebelum hujan dengan perasaan gembira sebab mereka yakin sihat kerana mempunyai omega-3 kan??


Apa itu Omega? Dari mana Omega itu berasal?

Asid lemak Omega 3 biasanya dianggap sebagai asid lemak. Tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan omega-3 secara semulajadi, oleh itu ia perlu diambil dari sumber makanan yang lain.

Asid lemak omega-3 biasanya ditemui dalam haiwan seperti ikan salmon, tuna, serta tumbuhan laut seperti alga, dan beberapa jenis kekacang. Ia juga dikenali sebagai asid lemak poli tak tepu (PUFA). Asid lemak omega-3 biasanya memainkan peranan penting dalam fungsi otak serta pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

Omega-3 kini popular kerana ia juga berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung. Persatuan jantung Amerika menyarankan agar memakan ikan yang mempunyai kandungan omega 3 dalam lemaknya seperti ikan tuna, mackerel, hering, sardin dan salmon sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Antara lain fungsi omega-3 ialah dapat membantu dalam masalah:

  1. tekanan darah tinggi
  2. kolesterol tinggi
  3. Penyakit jantung
  4. kencing manis
  5. rheumatoid athtritis
  6. eritematosus lupus sistemik (sle)
  7. osteoporosis
  8. kemurungan
  9. gangguan bipolar
  10. schizofrenia
  11. adhd (hiperaktif)
  12. alahan kulit
  13. radang usus
  14. athma
  15. kanser kolon
  16. sengugut
  17. degenerasi makula (berkaitan mata)
  18. kanser payudara
  19. kanser prostat
Omega 3 dalam OmegaGuard Shaklee
OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
OmegaGuard mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. 

EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan fungsi-fungsi otak.
Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 990mg asid lemak omega-3.

Ultratulen dan bergred farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan propetiari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.

OmegaGuard Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Kini, setelah mengetahui kebaikan omega-3, saya jamin kita perlu memasukkannya dalam senarai zat harian yang mesti diambil supaya kekal sihat dan cergas serta dapat menikmati hidup lebih sempurna bersama yang tersayang.

 Dapatkan OmegaGuard anda berserta nasihat percuma dengan menghubungi saya. Saya juga bersedia membantu anda bila2 masa sahaja!!

Hubungi:

Suhaila 013-2369434
WhatsApp: 012-9645614
fb: Su AnNajah
emel: butik.annajah@gmail.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan