Enter Keyword

KEGUGURAN

KEGUGURAN! adakah terasa ngeri mendengar perkataan itu? Ini kisah tentang saya..

Saya mempunyai dua orang anak lelaki, yang pertama berusia 4 tahun (lahir pada 22 Mac 2008) manakala yang kedua berusia sebelas bulan kini (lahir pada 12 Julai 2011). Saya memang merancang untuk TIDAK mempunyai anak dalam waktu terdekat ini memandangkan bayi saya belum cukup setahun umurnya. Namun, saya tidak mengamalkan pengambilan pil perancang sebagaimana sesudah kelahiran anak pertama. Hajatnya saya ingin merancang secara semulajadi.

Haid tidak datang
Pada bulan April 2011, saya mula perasan yang haid saya tidak datang seperti biasa. Saya cuma menganggap itu hanyalah perubahan hormon dan saya menunggu lagi hingga ke bulan seterusnya, Mei. Dalam masa yang sama saya mengamalkan pengambilan Osteomatrix kerana saya berasa sakit di bahagian pinggang sejak sebulan yg lalu (saya langsung tak sedar sakit pinggang itu sebenarnya tanda2 kehamilan saya!)

Saya juga ada berbincang dengan upline saya tentang ketidakdatangan haid tersebut, dan beliau mencadangkan saya mengambil GLA, TETAPI saya haruslah mengesahkan bahawa saya tidak hamil. Dalam kesibukan menguruskan perniagaan pakaian saya, saya akhirnya pulang kekampung tanpa melalukan apa2 ujian pengesahan kehamilan. (masih menganggap hormon tidak stabil). Saya menyedari sakit pinggang saya semakin kronik dan saya yang mengalami batuk menyebabkan sakit pinggang itu terasa begitu menyakitkan.

Dikampung, kakak ipar saya mempromosi satu produk iaitu Habbatus sauda dari sebuah syarikat. Saya yang mahukan hormon saya kembali stabil semula hanya menurut dan saya mula mengambil beberapa biji softgel habbatus sauda. Keesokannya, saya dapati haid saya mula datang. Saya bersyukur kerana dengan produk itu saya kini tidak resah lagi TANPA menyedari itu  sebenarnya adalah petanda awal keguguran!

Haid semakin banyak
Setelah pulang semula kerumah dari kampung, saya mula perasan haid saya semakin banyak walaupun sudah masuk hari ke-5. Dan pada hari ke tujuh, darah turun membuak2 menyebabkan saya terpaksa menukar pad.   Saya amat terperanjat kerana semasa di dalam toilet ada ketulan darah yang besar berserta ketulan berwarna putih. Saya mula berdebar2. Darah kini mencurah2 namun saya tidak merasakan sebarang kesakitan.

Setelah menyalin pad, darah makin banyak hingga dalam masa beberapa minit pad sudah mula penuh dengan darah. Saya duduk diam tidak bergerak sambil menunggu suami pulang (mujur, suami dalam perjalanan pulang dr kerja). Saya berasa agak panik lalu teringatkan kakak yang pernah keguguran. Saya menelefonnya semata-mata untuk bertanyakan tanda2 keguguran. Setelah pasti bahawa saya ini mungkin keguguran, kami bergegas ke hospital. (Di dalam hati masih berharap bahawa itu hanyalah pendarahan haid biasa).

Disahkan mengandung dan keguguran
Ujian air kencing kini mengesahkan bahawa saya hamil 12 minggu!! MasyaAllah..Saya betul2 terkejut apabila doktor memberitahu bahawa saya sedang mengandung dan saya kini telah keguguran. Perasaan takut dan berdebar2 mula menguasai diri. Doktor memberitahu bahawa saya akan ditahan di wad dan doktor akan melakukan ERPOC (kaedah mencuci rahim selepas keguguran). Saya hanya pasrah kerana ia memang salah saya dan Alhamdulillah tiada apa yang menyakitkan sehingga saya dibenarkan keluar dari hospital. Cuma malam pertama agak sedih kerana memikirkan saya akan berpisah sebentar dengan baby comel saya..

Berpantang selepas keguguran
Tiada bezanya berpantang selepas bersalin atau keguguran, cuma rasa lebih sihat kerana tidak mengalami sakit akibat jahitan dan sebagainya. Namun menurut pakar perbidanan, orang yg berpantang selepas keguguran tidak digalakkan makan makanan yang terlalu 'panas' seperti banyak makan lada hitam sebab kepanasan yang berlebihan akan mengganggu sistem dan proses baik pulih tubuh menjadi lambat.

SET BERPANTANG SHAKLEE
Shaklee menyediakan supplement set berpantang yang boleh diambil oleh mereka yang baru lepas melahirkan, keguguran ataupun selepas APA SAHAJA PEMBEDAHAN.

Set berpantang ini mengandungi:-
1. Vita-C
2. Vita-Lea
3. B-complex
4. Zinc complex

Kelebihan berpantang dengan set berpantang Shaklee:
1. Sel2 badan dapat kembali pulih dengan cepat
2. Masalah keguguran rambut dapat diatasi
3. Lebih bertenaga (boleh berjaga malam untuk menyusukan bayi)
4. Tidak panas yang mendatangkan masalah kepada bayi seperti memakan jamu2 dan sebagainya.
5. Mood sentiasa baik semasa berpantang
6. Mengatasi keguguran rambut akibat kekurangan zink

Kenapa Shaklee??
~>Kerana vitamin Shaklee lebih selamat, berkesan, MURAH, semulajadi (mudah diserap oleh badan) dan yang penting HALAL.

~>Selamat untuk bayi

~>Membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas

Pengamal set berpantang boleh mengambil vitamin tambahan seperti:
  • Lecithin
  • Alfalfa
  • Energizing soy protein
  • Omega guard
untuk kesihatan yang lebih optima!!

Ramai yang telah merasai kesannya...

Testimoni set berpantang 1


 Testimoni set berpantang 2


 Testimoni set berpantang 3


 Testimoni set berpantang 4

Anda bagaimana? jadilah salah seorang dari mereka!!

Hubungi: suhaila 013-2369434




credit info: mamaaiman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan