PENYUSUAN DAN IBU BEKERJA
Sudah hampir tiba masanya untuk ibu-ibu kembali bekerja. Sudah tentu ibu tidak mahu melepaskan peluang meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berjaya. Dengan sedikit perancangan awal, anda masih boleh melakukannya sambil meneruskan kewajipan bekerja.
Mula merancang
Bekerja dan menyusukan bayi bermaksud anda perlu memikirkan tentang memerah susu badan untuk dibekalkan kepada bayi sementara anda tidak ada di rumah:
• Buat keputusan sama ada hendak memerah susu dengan tangan atau pengepam payudara.
• Memerah susu dengan tangan lebih selesa dan murah tetapi anda perlu berlatih melakukannya.
• Memerah dengan pengepam lebih cepat dan kurang meletihkan anda tetapi ia mungkin agak sukar untuk
mendapat jumlah susu yang banyak dan boleh juga menyakitkan anda (jika ya, perahlah menggunakan
tangan).
**Jika anda memerlukan pengepam, carilah pengepam yang:
Mula merancang
Bekerja dan menyusukan bayi bermaksud anda perlu memikirkan tentang memerah susu badan untuk dibekalkan kepada bayi sementara anda tidak ada di rumah:
• Buat keputusan sama ada hendak memerah susu dengan tangan atau pengepam payudara.
• Memerah susu dengan tangan lebih selesa dan murah tetapi anda perlu berlatih melakukannya.
• Memerah dengan pengepam lebih cepat dan kurang meletihkan anda tetapi ia mungkin agak sukar untuk
mendapat jumlah susu yang banyak dan boleh juga menyakitkan anda (jika ya, perahlah menggunakan
tangan).
**Jika anda memerlukan pengepam, carilah pengepam yang:
- mudah dibawa, diguna dan dibersih serta mempunyai bahagian yang mudah disterilkan.
- dapat meransang penghasilan susu, dan dapt mengepam susu sepenuhnya keluar dari payudara
- tidak memberi trauma kepada payudara
Pada amnya terdapat tiga jenis pengepam iaitu yang manual, yang menggunakan bateri serta yang menggunakan elektrik, pilih yang selesa dengan anda dan paling penting sesuai dengan bajet anda.
Berlatih untuk cekap
Berlatihlah memerah susu dua minggu sebelum cuti bersalin anda berakhir.
Pada awalnya, jumlah susu yang dapat diperah sememangnya sedikit tetapi lama-kelamaan, jumlahnya akan meningkat selepas beberapa percubaan.
Sebelum mula memerah, basuhlah tangan dengan sempurna dan cuci peralatan di dalam air panas bersabun.
Perahkan susu ke dalam bekas yang mempunyai penutup. Simpan susu ke dalam peti sejuk sejurus selepas diperah.
1. Memerah Susu
Memerah dengan tangan
• Urut payudara perlahan-lahan, usap ke arah bawah menghala ke areola.
• Bermula di pertengahan payudara, gerakkan ibu jari perlahan-lahan.
• Apabila menghampiri pinggir areola, tekan ke dalam dan ke atas; susu akan memancut keluar daripada puting.
• Ulangi gerakan ini sehingga payudara menjadi kosong, kemudian beralih ke payudara sebelah.
Menggunakan pengepam
Mengepam susu sepatutnya tidak menyakitkan anda. Tetapi jika ia menyakitkan anda, cuba ubah suai sedutan pada pam. Jika ini tidak berkesan, hubungi doktor atau konsultan laktasi. Letakkan corong ke dalam areola untuk membentuk pengadang kedap udara. Tarik bahagian luar corong; sedutan akan mengepam susu keluar daripada payudara.
2. Menyimpan Perahan Susu
• Simpan susu di dalam jumlah yang diambil oleh ibu pada setiap kali penyusuan.
• Label setiap bekas dengan tarikh, masa dan jumlah perahan.
• Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang di dalam bekas untuk susu mengembang.
• Jangan mencampurkan susu yang baru diperah ke dalam perahan susu yang telah disimpan.
• Sentiasa simpan susu di bahagian yang paling sejuk di dalam peti sejuk atau di dalam bahagian dingin beku
(bukan di bahagian pintu).
• Jangan bekukan kembali susu yang telah dilarutkan.
*Tempoh simpanan susu ibu
Suhu bilik ---> sehingga 8 jam
Peti sejuk ---> 24-48jam
Dingin beku ---> 3 bulan
Peti sejuk beku lampau (-20*) ---> 1 tahun
3. Menyediakan Perahan Susu Untuk Bayi
• Sentiasa gunakan susu yang paling awal disimpan.
• Letakkan bekas perahan susu ke dalam mangkuk berisi air suam untuk memanaskan susu; jangan memasak perahan susu ibu dan jangan panaskan susu di dalam ketuhar gelombang mikro.
• Lemak akan terpisah menjadi dua lapisan. Goncangkan bekas untuk menggabungkan lemak susu dengan cecair lain di dalam susu.
• Rasa suhu susu dengan menitiskan beberapa titik susu di bahagian dalam pergelangan tangan. Ia sepatutnya suam suam kuku.
4. Menyediakan Bayi
Sekarang tibalah masanya untuk membiasakan bayi mengambil perahan susu serta orang yang akan menjaga
bayi sementara anda pergi bekerja. Yang baiknya, anda boleh melakukan kedua-duanya pada waktu yang sama.
Perahan susu
Mulakan dengan menggantikan satu sesi penyusuan dengan perahan susu. Secara teratur, anda boleh tingkatkan penggantian sesi penyusuan sehingga 3 ke 4 kali sehari. Ia boleh dilakukan sepanjang hari sehingga tengahari. Anda boleh menyusukan bayi anda setelah pulang selepas kerja pada waktu petang.
Penjaga Bayi
Latih penjaga bayi anda untuk menyusukan bayi dengan perahan susu dengan menggunakan botol, sudu kecil atau cawan kecil. Adalah lebih baik jika bukan anda yang memberi bayi perahan susu kerana bayi boleh menghidu perbezaannya dan mungkin tidak mahu menyusu dari payudara.
Ambil sedikit masa untuk memastikan penjaga anda memahami perkara-perkara seperti di bawah:
• Bagaimana cara menyimpan perahan susu.
• Bagaimana cara menyediakan susu untuk bayi.
• Jangan beri bayi minum air suam, susu formula atau makanan lain selain daripada perahan susu.
• Nombor telefon (anda dan suami) untuk dihubungi pada waktu kecemasan.
Buat panggilan
Terlebih dahulu, maklumkan majikan anda yang anda perlu memerah susu pada waktu pejabat.
• Jika boleh, minta sebuah bilik khas untuk memudahkan anda memerah susu badan.
• Semak sama ada terdapat peti sejuk untuk menyimpan susu yang diperah (jika tidak, bawa kotak menyimpan air batu).
Kembali ke tempat kerja
1. Tempah ruang simpanan
• Letakkan susu yang diperah ke dalam bekas dan label
nama anda dengan jelas.
• Terus pulang ke rumah selepas kerja dan simpan susu
ke dalam peti sejuk. Elakkan daripada pergi membelibelah
dan membiarkan susu yang diperah berada di
dalam kereta.
2. Memerah susu
• Perah susu sekerap yang boleh, setiap 3 hingga 4 jam untuk mengekalkan bekalan susu.
• Cuba sesuaikan masa ini dengan waktu makan tengahari atau minum petang supaya ia tidak mengganggu kerja anda.
• Untuk rasa tenteram sebelum memerah susu:
– Tarik beberapa nafas dalam jika anda menjadi cemas.
– Bayangkan wajah bayi dan ingatkan diri sendiri tentang kenikmatan menjadi seorang ibu.
– Jika boleh, dengar muzik yang memberi ketenangan sebelum dan sewaktu memerah susu.
Jangan Hentikan Penyusuan Susu Ibu!
Buat masa ini, bayi mungkin mengambil susu yang diperah tetapi ingatlah yang anda berdua masih boleh
menikmati masa bersama-sama jika anda meneruskan penyusuan susu ibu sebelum dan selepas kembali dari
kerja serta sebelum waktu tidur pada setiap hari. Anda hanya perlu bangkit dari tidur lebih awal pada setiap
hari supaya anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menyusukannya sebelum bertolak ke tempat kerja.
Dakap dan berbuallah dengan bayi sewaktu menyusukannya – ia adalah cara yang hebat untuk terus mencurahkan kasih sayang anda terhadapnya.
sumber: nutriweb.org
Tiada ulasan:
Catat Ulasan