SALAH FAHAM TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU
Salam sihat semua!! Sudah menyusukan bayi anda? Alhamdulillah... Jangan tak tahu, ada dikalangan kita yang takut dan tak mahu menyusukan anak dengan susu ibu. Sayangnya kan??
Mengapa tidak? susu ibu adalah makanan PALING BAIK untuk bayi tersayang anda. Khasiatnya tidak perlu diragukan lagi..
Mungkin ada dikalangan ibu-ibu yang salah faham tentang penyusuan susu ibu ni kan? Jom kita kenalpasti apakah alasan-alasan yang lazim diberikan ibu yang tidak mahu menyusukan bayi secara eksklusif.
"Saya tidak mahu payudara yang kendur.." :'(
Sebenarnya penyusuan susu ibu membantu anda untuk kembali ke bentuk asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin sering menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia dan graviti.
"Penyusuan susu ibu menyusahkan!"
Penyusuan susu ibulah yang paling memudahkan. Pengalaman saya, saya lebih mudah/ bebas bergerak kemana-mana saya ingin pergi dengan bayi saya kerana sy tidak perlu menyediakan peralatan menyusu, tak perlu risau tentang bekalan, penyimpanan serta pencemaran akibat susu formula. Tambahan saya boleh menyusu di mana2 dan bila2 masa malah tiada kos yang perlu dikeluarkan. Tahukah anda kebanyakan pasaraya hipermarket kini menyediakan ruang untuk ibu2 menyusu dengan lebih selesa??
"Kenapa susah2 nak susukan bayi sedangkan saya perlu kembali bekerja? susu banyak dijual di pasaraya"
Saya akan menerangkan teknik penyusuan dan kaedah bagi ibu2 yang kembali bekerja namun dalam masa yang sama boleh menyusukan bayi.
"Penyusuan susu ibu mudah, apa lagi yang nak dipelajari?"
Ia memang semulajadi dan mudah, namun ia juga harus dipelajari. Tahukah kita teknik2 yang betul untuk menyusukan bayi sebaik sahaja melahirkan anak pertama? bukankah jururawat/ ibu kita yg menunjukkan caranya? Ingat, dengan belajar. kita akan lebih bersedia andai timbul masalah kelak.
"Menyusukan bayi?? No way!! Ia menyakitkan!"
Rasa sakit mungkin terjadi pada awal penyusuan. Dan setelah itu tiada kesakitan malah keseronokan yg kita dapat. Sakit mungkin juga bila baby kita dah tumbuh gigi :)) Sebenarnya rasa sakit terjadi apabila bayi menyusu dengan cara yang salah.
"Saya bersaiz kecil.. susu pun tak banyak :("
Saiz payudara tidak mempengaruhi kuantiti susu. Saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu dipengaruhi oleh saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara.
Wahai ibu2, jangan beralasan. Alangkah rugi jika anda mampu menyusukan sendiri bayi anda namun anda memberikan susu yg tidak eksklusif lagi..kasihankan anak kita?
Ada masalah menyusu?? setiap masalah boleh diatasi... hubungi saya, InsyaAllah saya akan membantu. Jom beri makanan terbaik untuk si comel kita!!
credit info: nutriweb.org

Tiada ulasan:
Catat Ulasan