Enter Keyword

SELAMATKAH MENYUSUKAN BAYI SEMASA HAMIL?

Persoalan ini dipetik daripada majalah Pa & Ma.. saya kongsikan untuk anda..

Saya kini mengandung lima minggu. Doktor menasihatkan saya supaya menghentikan penyusuan susu ibu kepada bayi yang baru berusia lima bulan. Dia khuatir saya tidak mampu menyusukan kedua-dua bayi kerana tubuh saya yang kecil. Soalannya, bolehkah penyusuan susu ibu memudaratkan kandungan? Adakah kehamilan merencatkan penghasilan susu ibu dan perlukah saya mengambil supplement untuk menambah susu?


Jawapan kaunselor laktasi:-

American Academy of Pediatrics menyarankan agar bayi diberikan susu eksklusif sepenuhnya pada 6 bulan pertama tanpa diberi sebarang sebarang jenis supplement formula, air atau makanan dan  meneruskan penyusuan sepanjang tahun pertama dan seterusnya. Untuk pengetahuan, sepanjang tempoh penyusuan eksklusif, kemungkinan untuk mengandung adalah agak tipis tetapi bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda mengandung lagi walaupun dalam tempoh penyusuan.

Apabila seseorang ibu disahkan mengandung, kebanyakkannya sering berada dalam dilema sama ada ingin meneruskan penyusuan atau menghentikannya. Setakat ini belum ada bukti yang mengesahkan bahawa penyusuan boleh memudaratkan kandungan. Namun jika ibu2 pernah melahirkan bayi pra-matang, hamil kembar atau menunjukkan tanda-tanda bersalin awal, ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh meransang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Oleh sebab itu ibu dinasihatkan untuk bercerai susu.

Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami 'mesej' daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat. Jadi ibu tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Bagi ibu yang berniat untuk meneruskan penyusuan, dia perlu mengambil kira beberapa perkara penting seperti sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi, usia anak dan keperluan penyusuannya.

Dalam pada itu, penyusuan sewaktu mengandung tidak menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Sewaktu mengandung, amat penting untuk ibu2 mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan  menikmati rehat yang secukupnya. Ibu yang memperoleh khasiat mencukupi sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk memebekalkan khasiat kepada kedua-dua bayi yang menyusu dan dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, biasanya sewaktu mengandung ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh faktor hormon. Malah, sewaktu trimester kedua susu itu akan berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah dengan mendadak dan ini menyebabkan bayi menceraikan susu dengan sendirinya.

Perlu diingat, jika ibu2 menyusukan bayi berumur kurang dari 6 bulan sewaktu mengandung, ibu perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur 6 bulan keatas pula biasanya akan berubah selera makan kepada makanan pejal memandangkan susu ibu semakin berkurangan.

sumber: Pa&Ma 2007.

p/s::kami ada set kehamilan yang sangat bagus untuk anda, hubungi:

Suhaila 013-2369434
fb: Su AnNajah
page:Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan