TIPS KECANTIKAN UNTUK BAKAL PENGANTIN!
Semakin dekat dengan hari perkahwinan, semakin berdebar dibuatnya kan? Semua nak sempurna dari luar dan dalam, dari diri sendiri ke khemah makan, dari DJ ke mak andam, semua nak teliti..maklumlah sekali seumur hidup...
Kadang-kadang pengantin ni terlalu excited dengan persiapan seperti pelamin, baju, khemah, kad kawin, hantaran sampai terlupa nak siapkan diri sendiri.. Padahal itu yang sangat penting.
Persiapan diri harus di mulai sejak awal lagi. bila? sebulan sebelum? atau setahun sebelum? Lagi awal lagi baguss. Contohnya, jaga kebersihan wajah, kecantikan kulit, dan dalaman seorang wanita.
Oklah beberapa tips kecantikan dan rawatan untuk bakal pengantin ..ni saya jumpa dalam majalah IbuBapa, mmg dah lama sgt ni cover girl dia Datin Juma (masa ni dia belum kawin lagi)..majalah ni entah wujud lagi ke idak tak pasti le pulak.
1. Buang toksin!
Toksin dalam badan akan akibatkan masalah kulit seperti jerawat, badan mudah letih, tenaga pun berkurang akibat sistem pengaliran darah terganggu. Bila pengaliran darah terganggu oleh toksin dan lemak, wajah pun muram, suram tak berseri.. Buanglah toksin dengan minuman herba ataupun makan Alfalfa Complex Shaklee ;)
2. Menjaga mata
Antara masalah mata yang sering dihadapi oleh bakal pengantin ialah lingkaran gelap bawah dan sembap. Cukupkan tidur, rajin2kan diri minum air kosong. Nak lagi mudah, boleh cuba Carotomax dan Omega Guard Shaklee yang memang bagus untuk mata. Carotomax dan Collagen Powder pula boleh mengurangkan kesan gelap bawah mata..
3. Bibir
Bibir merah, bak delima merekah memang idaman wanita. Caranya, pakai SimplySiti.. hehe bukan, minum banyak air, jangan terlalu kerap menjilat bibir sendiri, sapu salap menthol supaya ia sentiasa lembap. Atau anda boleh juga mencuba B complex supaya aliran darah dan saraf di bahagian bibir menjadi lancar ;)
4. Rambut
Rambut putus, bercabang, kusam, kering, kusut sangat tidak indah di pandang..Nak2 lagi oleh suami sendiri.. erkk! Sebelum dilihat oleh suami akan rambut yg kusut itu, ada baiknya rawat dulu.. Cukupkan tidur, buat rawatan kulit kepala jika mampu. Kurangkan stress, dan jika rajin lakukan petua lama contohnya seperti melumur kepala dengan santan atau limau nipis. Untuk rambut gugur, anda boleh mencuba supplement Zinc, manakala untuk pertumbuhan rambut, kulit dan kuku yang sihat, anda boleh mencuba ESP.
5. Keserian wajah
Wajah yang berseri aset berharga wanita. Selalu berwuduk, bersihkan kulit wajah, jaga pemakanan, dan akhir sekali anda boleh memilih suplemen untuk kulit wajah seperti GLA Complex, Vitamin E untuk jerawat, Vitamin C untuk mencerahkan wajah dan membina kolagen serta Vitamin B complex dan Vitalea untuk tenaga dan nutrisi seimbang.
Kini, andalah pengantin paling berbahagia di hari perkahwinan.. Ingat, mulakan dari awal walaupun anda masih belum punyai calon suami..Kesihatan dalaman mengambil masa untuk pulih. Jadi, sediakan diri anda untuk hari bahagia nanti!
Hubungi:
Suhaila 013-2369434
fb Su AnNajah
page: Saya Mahu Sihat
emel: butik.annajah@gmail.com
**gambar takde lg..stress >__<
buat bakal pengantin,jgn hanya nak cantik luar je,dalam kena jaga gak..:)
BalasPadamhaha kecantikan "dalam" tu banyak makna tu...hehe
BalasPadambelum kahwin dan berkahwin sangat penting untuk menjaga kesihatan dalaman
BalasPadamkan? kan? hmmm :)
BalasPadamkesihatan luar n dalam penting sebelum kawen ataupun selepas kawen...nice tips
BalasPadam