CARA HILANGKAN PANDA EYES /LINGKARAN GELAP BAWAH MATA

Masalah panda eyes ni hampir kebanyakan orang mengalaminya. Antara perasan atau tidak, pekat atau tidak je.. Dulu masa saya kerja 8-5 dengan tidur yg tak berapa nak cukup, panda eyes tu memang sangat kelihatan. Sampai saya beli Olay punya krim bawah mata tu tah ape bende namanya.. Mahal jugak tapi jarang pakai sebab selalu lupa. Bekas dia cantik, ada lagi jadi tempat simpan duit syiling 1 sen. ;)

Ada banyak kemungkinan sebab terjadinya panda eyes ni. Antaranya peredaran darah yang tidak lancar, kurang tidur dan keletihan, pengumpulan toksin dalam badan, alahan dan penggunaan ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang.

Kalau nak tahu, kulit bawah mata ni nipis dan sensitif. Jadi sebarang peningkatan aliran darah boleh dilihat melalui kulit. Mungkin jugak masalah kesihatan dapat dikesan melalui panda eyes?? meh nak tengok mata korang ;)

panda eyes. hihiii


Untuk wanita macam saya pula, lebam bawah mata kadang2 ketara beberapa hari sebelum kedatangan haid. Jadi, untuk mengelakkan takungan air berlebihan, makanlah makanan yang bersifat diuretik seperti teh hijau dan kurangkan makanan bergaram, berkarbohidrat.

Air mencukupi
Air penting untuk elakkan dehidrasi. Selain tu air juga membantu proses pembuangan toksin berjalan lancar. pengambilan air dan serat membantu menyingkirkanbahan kumuh bertoksik dalam tubuh kita.

Jadi makanlah banyak sayur-sayuran, buah-buahan segar seperti sayur hijau.

Kurangkan makan bergoreng, aiskrim, coklat, daging berlemak, makanan manis dan makanan proses.

Cukupkan tidur. Tidurlah selama 7.5 jam setiap hari dan tidur awal!!

Supplemen yang membantu:

Omega Guard: penting untuk memberi kesan pencairan darah supaya aliran darah dalam tubuh berjalan dengan lancar.

Collagen Powder: terbukti berkesan untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.

Carotomax: Antioksidan, berasaskan sayuran yang kaya beta karotena dan penting untuk kesihatan mata dan membantu mengurangkan lebam bawah mata

Nak hilangkan masalah panda eyes dengan Shaklee?? Hubungi saya Su 013-2369434 untuk dapat harga yang best ;))

Tiada ulasan:

Catat Ulasan