Enter Keyword

BISNES ONLINE MODAL RENDAH

Haa ni dia entry sambungan daripada topik sudah Bisnes Online Tanpa Modal.

Kepada yang tertunggu-tunggu entry terbaru MS (giler bajet hebat sangat la kau), MS ucapkan tahniah dan terima kasih. Heeee...peace yaww!

Bisnes Online Modal Rendah

Seperti yang saya sebut dalam entry terdahulu, kalau korang nak berjinak-jinak dengan bisnes online tanpa sebarang ilmu, mulakan dulu dengan modal yang rendah. Pada saya, kalau modal permulaan mencecah RM500 pun dah sangat mahal. Tapi kalau RM500 dapat barang yang berkualiti, boleh jual takpe. Teruskanlah melabur. Tapi kalau kita sendiri tak pasti hala tuju bisnes kita, setakat nak try test market, saya nasihatkan, gunalah dengan apa yang ada di tangan dulu.


Kalau bisnes yang kita jangkakan untung tapi akhirnya rugi, dengan modal yang rendah, takde lah terasa sangat kerugiannya kan? Meniaga online, kalau takde ilmu, main redah, main tengok orang, main agak-agak jer..jadilah ia 'indah khabar dari rupa'. Ini pengalaman sendiri tau.

Modal yang paling penting untuk bisnes online ialah ILMU!! Ilmu apa yang patut kita tahu?? Sila salin dalam buku, ni kalau korang memang serius nak bisnes ONLINE.

1. Ilmu buka 'kedai'
Bisnes online, kedainya adalah facebook dan blog. Untung kalau korang ada friendlist facebook yang melebihi 2000 orang, atau pengikut blog sekurang-kurangnya 500 orang. Tu paling koman. Tapi kalau kurang dari itu pun, xde masalah, kawan boleh dicari kan? Yang utama, binalah kedai tu dulu. Kalau kedai pun takde macam mana nak jual.

2. Ilmu menjual
Tahu tak, menjual secara online ada ilmu khusus? Bukan boleh main lelong-lelong, murah3 ala mail 2 ringgit. Ilmu menjual korang akan dapat berperingkat-peringkat ikut pengalaman masing-masing. Bagusnya kalau ada mentor yang boleh guide korang.

3. Ilmu mengiklan
Macam mana nak buat poster, macam mana nak iklan, macam mana nak tarik lebih ramai peminat dan pembeli.

4. Ilmu strategi pemasaran
Apa2 bisnes pun kena ada strategi. Bagaimana nak capai target, bagaimana nak mengembangkan perniagaan supaya sampai ke golongan sasar, bagaimana nak tarik orang untuk terlibat dalam bisnes kita, dsb.

5. Ilmu dalaman/ spiritual
Yang ini paling penting. Ramai orang kecundang dalam bisnes sebab tak sabar, tak fokus, hangat-hangat tahi ayam, nak cepat untung tapi usaha malas, baru untung sikit dah sombong dan lupa diri, mudah dengki tengok orang lain berjaya, menindas orang lain, paling tenat lupa Tuhan. Nauzubillah. (Semoga kita kaya seperti Abdul Rahman bin Auf, bukan kaya seperti Qarun)

Contoh-contoh Bisnes Online Modal Rendah
1. Jual kek / cupcake
2. Jual biskut raya
3. Jual kerepek / keropok
4. Jual frozen foods
5. Jual baju/ tudung jahit sendiri (custom made)
6. Jual barang kraftangan (felt /gubahan pengantin)
7. Jual produk kesihatan
8. Jual insurans
9. Jual servis (design, promotion, adds,dsb)
10. Jual produk makanan 'segera masak' contoh tepung kek, tepung goreng pisang
11. Jual buku/majalah
12. Jual Shaklee

banyak lagi lah idea yang boleh korang fikirkan sendiri.. saya pun malas nak fikir dah..huahuahua..

Ok, sekarang ni saya nak cerita tentang Bisnes Online Modal Rendah Shaklee! Ada beberapa sebab korang boleh buat Bisnes Online Modal Rendah Shaklee.

1. Modal dia memang rendah pun!
RM65 atau RM650+. Mana satu korang nak? RM65 cuma dapat beg oppurtunity kit. RM650+ korang akan dapat:
  • oppurtunity kit
  • membership free (worth rm65)
  • produk pilihan (syarat 200uv ke atas)
Saya sendiri bermula dengan modal RM65 jer..

2. Tak perlu menyimpan stok
Saya memang takde stok banyak dirumah. Kalau dulu mula-mula join, memang takde stok langsung. Orang order, saya order pula dengan Shaklee. Shaklee poskan terus kepada customer.

Cuma sekarang ni ada buat stok sikit-sikit. Lecithin, alfalfa, ostematrix, GLA, Vitalea, Vitamin E dan barang-barang yang laris daripada saya. Saya simpan stok ni sebab ada member duduk dekat2, nak COD takkan nak pos dari Shaklee pulak kan.

3. Tak perlu pos barang
Ini macam saya terangkan kat atas tu, kita tak perlu susah-susah nak gi pos barang kalau tak suka keluar rumah. Semua dihujung jari.

Untuk permulaan ni, kalau korang nak pos sendiri kena fikir pulak nak bungkus, nak beli free gift, nak gi pos. Kalau tak de modal, tak payah. Serahkan semuanya kepada Shaklee

4. Tak perlu nak setup 'kedai' mahal-mahal
Nama pun bisnes online, kenalah ada kedai. Kedainya boleh jadi BLOG, FANPAGE atau facebook profile kita sendiri. Pakai modal tak? Tentulah tidak. Melainkan korang ada bajet lebih, nak upah orang buat blog cecantik atau nak buat FB Ads, itu memang kena modal. Modalnye kredit kad. Kalau tak de, tak payah.

Gunakan je medium mana yang kita rasa selesa.

5. Tak perlu bayar untuk dapat nasihat mentor
Ini yang paling best. Mentor kita adalah upline kita dan super upline kita. Diorang akan train kita sampai pandai (melainkan kita sendiri malas, tak dapek nak nolong dah ha). Tak perlu modal apapun sebab pihak Shaklee yang akan bayar diorang.

Kita cuma cedok, cedok, cedok ilmu, praktis dan duplicate apa yang mentor kita ajar. Tak payah nak kuar beratus nak gi kelas Dr. Azizan bagai. Kalau nak gi pun ape salahnya. heheh.

Okeylah setakat tu je dulu MS boleh kongsikan.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang bisnes Shaklee yang ramai sangat orang duk buat sekarang ni, silalah emel MS ke butik.annajah@gmail.com atau hubungi melalui telefon 013-2369434 (Suhaila), WhatsApp: 012-9645614 atau ke personal fb/su.annajah.

MS memang teruja sangat nak kongsi peluang bisnes yang best ini dengan korang, dan MS cuma cari orang yang betul-betul MAHU mengubah hidup, keluar dari comfort zone dan hidup secara luar biasa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan