CDM25 Trending Media Sosial

Assalamualaikum w.b.t

Hai semua! Sementara menunggu waktu Asar, sebelum aku solat dan masuk gelanggang silat, aku pun nak menyertai teman seangkatan yang menulis tentang isu CDM25 ni. Trending di kebanyakan media sosial tu termasuk Twitter, Facebook, Blog, Yahoo Search dan Google!

Aku bukan nak menghangatkan isu CDM25 tu. Cuma nak keluarkan beberapa point penting sebagai pengajaran kepada kita semua terutama diriku ini.

Ok aku mengaku, sebenarnya aku langsung tak pernah tengok video yang di viral-viralkan tu. Bukan takde hati nak tengok. Tapi lepas beberapa cubaan mendownload ke henpon kecik aku gagal, maka aku pun fedap. Sehinggalah keluar kenyataan Ustaz2 dan orang bijak pandai yang berjaya mentarbiah aku.

Melalui komen2 yang aku baca di facebook, boleh tahan jugak makian dan celaan orang 'Islam' kita ni terhadap wanita bernama Kiki itu. Dalam grup wasap aku pun sama. Aku jadi silent reader jer..maleh nak siram minyak.

Ok, di bawah ni ada beberapa point penting yang aku berjaya fikir dan ekstrak daripada kisah Kiki, si gadis berkereta model Peugeot 208 bernombor plat CDM25:

1. Senang sangat nak glamer/femes/fofuler

Kalau korang ni jenis suka publisti murahan, nak cepat naik dan dikenali bukan saja di media sosial bahkan juga boleh jadi seantero dunia malah lebih femes daripada Benjamin Netanyahu, silalah buat perangai tah ape2, kemudian suruh sape2 uploadkan di facebook dan mintak kawan-kawan tolong viralkan.

Dengan syarat: korang mesti tahan makian/ kutukan/ hinaan/ celaan tahap kalau dengar boleh meleleh darah tepi telinga. Cuping telinga dengar pun boleh serender.

2. Orang kita memang suka benda negatif

Kan? Sekelipan mata video tu tersebar contohnya kat facebook aku ni, dua tiga kali kelip dah 3 orang yang pakat share video tu. Bayangkan aku kelip mata banyak kali. Memang flooded newsfeed aku dengan video tu.

TAPI..bila Kiki dah minta maaf, aku kelip mata 50 kali pun, sorang pun tak de yang share. Korang nampak tak? Betapa realiti seorang manusia itu dipenuhi dengan cas-cas negatif, sebab yang negatif dia nampak dulu.

Dari komen2 yang aku baca, entah berapa kerat je orang bagi komen 'baik sangka' walaupun kalau ikut logik memang dah tak boleh nak baik-baik sangka lagi dah.

Yang lebih malang ada pulak Detektif Konon pergi geledah semua maklumat pasal si Kiki dan membogelkan habis maklumat peribadinya. Ko sama je kot macam Netanyahu.

3. Haram sebar aib orang

Yang ni aku bersyukur sangat sebab gagal download video tu. Sebab kalau aku berjaya tengok aku mesti tak dapat menahan diriku untuk turut sama memaki Kiki. Aku mesti jadi panas hati dan aku pun termasuklah dalam geng2 mengumpat dan menceritakan aib orang.

Seperti kata Ustaz2 dan tokoh2 motivasi, takde faedahnya kita duk mengutuk orang kemudian sebar pulak untuk cari geng kutuk dia. Takde bezanya lah antara dia dan kita. Kalau dia kurang ajar dengan uncle tu, tu memang tak patut, tapi dia dah minta maaf dan aku rasa dia dah serik dan menyesal giler dengan tindakan dia yang macam hilang pedoman tu. Korang yang kutuk dia berbakul-bakul ada pergi mintak maaf tak? Baik gi PM dia cepat sebelum esok kat akhirat merangkak bawah panas terik celah orang ramai sebab nak mintak maaf.

Sepatutnya bila tengok kejadian macam ni, mula2 kita bertenang dulu. Tunggu penjelasan lanjut. Kalau nak marah sangat marah dalam hati sudah la. Kan dah banyak kali kes gini berlaku kat Malaysia ni korang tak belajar-belajar ke?

Dosa dia menganiaya orang tu antara dia dengan orang tu, tapi dosa kita menghina pastu pergi sebar pulak kat orang? Dah sah-sah sendiri yang tanggung kan?

So, next time kita dah boleh ambil pengajaran daripada apa yang berlaku.

Pengajarannya ialah:

1. Jangan suka memaki orang walaupun diri sendiri yang kena musibah

2. Jangan sombong dan berlagak tak bertempat walaupun ko pakai kete Kancil ke, BMW ke, Ferrari ke, Lambo ke whatever.

3. CCTV ada di mana-mana

4. Jangan menyebar aib orang tak kira apa pun, kalau taknak aib kita pula di bongkar oleh Allah

5. Tu tarbiah Allah untuk dia, Allah nak ingatkan walaupun kita mewah kaya raya, adab dan akhlak tetap no.1

6. Hormatilah sesiapa saja tak kira tua ke muda

7. Maafkanlah orang tersalah dengan kita. Macam dalam kes ni Kiki tak bersalah pun dengan kita, dia cuma bersalah dengan uncle tu.

8. Pandang sesuatu dari sudut positif dahulu melainkan perkara itu betul2 mengancam ketenteraman umum dan melanggar undang-undang dan hukum agama.

Ok, chill! Bai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan