Strok Ragut Nyawa Dalam Diam

Assalamualaikum w.b.t

Pertama sekali mari kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham suami seorang cucu Shaklee saya yang telah pergi menemui Penciptanya petang semalam akibat serangan strok mengejut pada usia yang sangat muda.


Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa. Aminn..

Mendengar berita seperti ini, amat menyentap tangkai hati kita. Apalagi yang pergi itu masih muda, ada anak kecil yang belum mengerti apa-apa. Tapi benarlah, kematian itu tidak mengenal usia dan tidak mengenal siapa. Sampai saatnya, Izrail patuh menjalankan tugasnya.

Arwah dikhabarkan jatuh di bilik air pada Subuh kelmarin, 4 Ramadhan 1435H. Dikejarkan ke bahagian kecemasan dah disahkan berlaku pendarahan dalam otak. Arwah tidak sedarkan diri, koma dan kemudian hanya bergantung nyawa dengan mesin. Dan pada petang 5 Ramadhan, arwah menghembuskan nafas terakhirnya dan meninggalkan dunia yang fana ini untuk menemui penciptaNya.

------

Pendarahan di kepala atau otak sering berlaku secara mengejut dan tiba-tiba. Mangsa serangan boleh rebah kerana kurang pengaliran darah dan bekalan oksigen ke bahagian otak.

Strok terbahagi kepada dua jenis.

Strok Ischaemic - gumpalan darah/lemak dan saluran darah yang sempit mengurangkan bekalan oksigen ke bahagian otak.

Strok Haemorrhagic - Saluran darah pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam atau sekeliling tisu otak.


Tanda dan gejala strok:

Otak
Keliru, sawan, pening, masalah berlarutan, hilang koordinasi tubuh, sakit kepala yang teruk.

Mata
Masalah penglihatan sama ada sebelah atau kedua-dua mata.

Muka, tangan, kaki
Lemah atau kaku secara tiba-tiba di sebelah bahagian tubuh. Kesukaran untuk berjalan secara tiba-tiba.

Strok adalah KECEMASAN! Setiap minit sangat berharga.

Jika stroke menyerang:


Faktor Risiko Strok

Tidak Dapat Diubah:
-sejarah keluarga
-lelaki
-peningkatan umur

Boleh Diubah
-Tekanan darah tinggi
-Penyakit Jantung
-Atrial fibrillation
-Penyakit diabetes
-Tahap kolesterol tinggi
-Obesiti/kegemukan
-Merokok
-Alkohol
-Tidak aktif/ kurang bersenam

Secara REALITI, kebanyakan kejadian strok boleh di cegah. Strok memerlukan rawatan segara dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Strok menyerang OTAK (bukan jantung) dan pemulihan pesakit strok berterusan sepanjang hayat.

Bagaimana mencegah strok (dan serangan ulangan)?

1. Pastikan tekanan darah kurang daripada 130/80 mmHg.

2. Turunkan paras kolesterol LDL (kurang daripada 1.8 mmol/L)

3. Berhenti merokok

4. Tidak mengambil alkohol

5. Kawal berat badan dan bersenam

6. Ketahui sama ada mempunyai penyakit jantung atau diabetes

7. Ambil aspirin atau ubat anti-platlet/pencair darah

8. Ambil diet rendah lemak dan rendah garam

9. Ambil alternatif seperti suplemen

Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat! Jangan sesekali abaikan faktor risiko, sentiasa lakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk mengetahui keadaan kesihatan anda, dan segera amalkan cara hidup sihat.

Cegahlah sebelum terlambat!!

---------

Beli Online Set Pencegahan Strok, klik -----> ORDER NOW!

Atau hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan/ konsultasi:

Suhaila (868994)
WhatsApp: 012-9645614
SMS: 013-2369434


Tiada ulasan:

Catat Ulasan