Enter Keyword

6 Cara Mengatasi Masalah Kerap Kencing (Incontinence)

Assalamualaikum wbt.

Normah kerapkali berulang alik ke tandas semasa di tempat kerja hingga kawannya Lana, perasan dan hairan akan kelakukannya itu.

Lalu Lana menegur Normah, "Nor, kau kenapa aku tengok asyik keluar masuk tandas je? Sakit perut ke?"

Normah tersipu-sipu, lalu menjawab perlahan, "Aku ni asyik rasa nak kencing je. Macam tak lawas pun ada. Kalau kencing tu bukannya banyak pun, sikit-sikit je dia keluar. Tapi tak selesa lah. Aku asyik rasa pundi kencing aku ni penuh je"

Selepas berbual-bual beberapa ketika, fahamlah Lana bahawa Normah itu mengalami masalah masalah pundi kencing yang aktif atau dalam istilah perubatannya, 'incontinence'.


Secara realitinya, di anggarkan 25 peratus wanita dan 5 peratus lelaki berusia bawah 65 tahun ada mengalami masalah 'overactive bladder' ini. Semakin meningkat usia, semakin meningkat pula bilangan mereka yang mengalami masalah ini hingga akhirnya ada yang terpaksa memakai lampin pakai buang.

Ada banyak punca selain peningkatan usia. Antaranya ialah jangkitan salur kencing (UTI), hamil, berat badan berlebihan, menopaus dan andropaus.

Selepas menopaus, akibat perubahan hormon, otot mula mengendur termasuklah otot pundi kencing yang makin hilang keanjalan dan menjadi lemah. Manakala bagi lelaki, masalah prostat boleh menyebabkan incontinence. Otot lantai pelvik yang lemah juga boleh menjadi punca kepada masalah ini bagi kedua-dua golongan lelaki dan wanita.

Bersin hingga terkucil

Antara simptom yang perlu di beri perhatian ialah:

  • terkencing semasa batuk, bersin, atau ketawa
  • kerap berasa nak buang air dan akibatnya sering berulang alik ke tandas
Apa yang boleh di lakukan?

1. Senaman Kegel setiap hari

Senaman Kegel (kemutan) dapat menguatkan otot lantai pelvik dengan itu membantu mengawal pelepasan urin.

Walau anda hamil sekalipun, senaman ini baik di lakukan malah sangat efektif bagi sesiapa yang pernah mengalami pembedahan kanser prostat.

Senaman ini boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana walaupun semasa memandu kereta.

Caranya, kemutkan otot (seperti menahan kencing) selama 10 saat. Rehat. Kemudian ulangi lagi langkah ini. Buatlah sebanyak 3 sesi sehari (10 kali kemutan setiap sesi).

2. Turunkan berat badan

Jika mempunyai berat badan berlebihan, dan dalam masa yang sama mengalami incontinence, mahu atau tak mahu anda terpaksa menurunkan berat badan.

Rancang plan penurunan berat badan dan makan dalam kuantiti yang lebih kecil.

3. Bladder training

Jangan terus ke tandas setiap kali berasa nak kencing, sebaliknya setkan waktu berapa minit sekali anda sepatutnya ke tandas. Ini untuk melatih pundi kencing cuma menghantar signal 'nak kencing' kepada otak hanya apabila pundi kencing benar-benar penuh.

4. Elakkan kafein

Minuman berkafein seperti kopi, teh, nescafe, coklat, air berkarbonat mengandungi bahan diuretik yang membuatkan kita asyik rasa nak kencing.

Hadkan minuman ini kepada hanya 4 cawan atau kurang dalam sehari.


5. Elakkan histerektomi

Histerektomi adalah pembedahan yang paling banyak di lakukan di dalam dunia yang dikatakan menyumbang kepada masalah incontinence. Seboleh-bolehnya elakkan pembedahan ini. Berbincanglah dengan doktor anda dan dapatkan second opinion.

6. Suplemen

Pengambilan suplemen tertentu dapat membantu mengembalikan semula kekuatan otot lantai pelvik, mengaktifkan neurotransmitter otak bagi menghantar signal, memperbaiki saraf dan menstabilkan hormon.

Antara suplemen Shaklee yang boleh di amalkan ialah B complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, GLA, dan Alfalfa Complex atau juga Vivix.

Masalah kerap kencing ini, jika tidak diatasi, ia bukan saja mengganggu aktiviti seharian, malah kadangkala boleh menyebabkan kita hilang keyakinan diri untuk bersosial, rasa malu dan rendah diri dan paling tak seronok sekali nak beribadah pun tak senang.

Dengan mengamalkan tips di atas, di tambah dengan pengambilam suplemen yang betul, insyaAllah masalah kerap kencing ini boleh di atasi.

Untuk mendapatkan produk Shaklee berserta khidmat nasihat percuma, hubungi:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID:868994

Anda juga boleh membuat pembelian sendiri secara online. Klik:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan