Enter Keyword

Vivix Shaklee Tingkatkan Kesuburan Cara Semulajadi

Assalamualaikum wbt.

Hamil! Perkataan yang akan buat semua wanita menangis terharu apabila mendengarnya buat pertama kali. Semua pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran cahaya mata sebagai tanda pengikat kasih antara suami isteri.

Namun kadangkala, ia bukanlah semudah yang disangka; kahwin, hubungan seks, mengandung. Tidak.

Ada yang Allah uji dengan sedikit kesukaran. Perlu bersusah payah melalui pelbagai cara dan prosedur semata-mata untuk mencium bau wangian syurga dari tubuh mungil si manja.

Ada yang Allah uji gagal hamil walaupun bertahun-tahun nikah. Ada yang Allah uji dengan keguguran berkali-kali. Ada yang Allah uji dengan bayi yang meninggal dalam perut. Macam-macam lagi ujian yang Allah beri, bukan tanda Allah benci. Tapi Allah nak kita sentiasa berusaha, positif dan baik sangka denganNya selalu.


Selagi kita berusaha, terus mencuba, tidak putus asa, bertawakkal dan bergantung hanya pada Allah, sentiasa berdoa dan mengharap, insyaAllah walaupun lambat, pasti akan ada hasilnya.

Ada berbagai cara dan kaedah buat yang tak henti berusaha untuk mendapatkan cahaya mata yang diidamkan.

Selain meningkatkan pengambilan nutrisi berkhasiat, menukar gaya hidup kepada yang lebih sihat, meningkatkan amalan rohani, melakukan rawatan dari segi perubatan, mengawal berat badan, menghentikan tabiat buruk seperti merokok, dan sebagainya, mungkin boleh pertimbangkan pengambilan Vivix Shaklee.

Antioksidan Dan Kesuburan

Antioksidan adalah satu komponen yang amat penting dalam membantu meningkatkan kesuburan suami isteri yang wajib di beri penekanan jika merancang untuk hamil.

Apa itu antioksidan?

Antioksidan ialah keluarga vitamin, mineral, dan beberapa nutrien yang berperanan melindungi tubuh kita daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Apa itu radikal bebas?

Radikal bebas ialah molekul tidak stabil di dalam badan yang boleh merosakkan struktur sel. Dalam kehidupan kita seharian, radikal bebas terhasil daripada pelbagai aktiviti biokimia dalam badan kita (contohnya pembakaran tenaga). Selain itu, tubuh turut menghasilkan radikal bebas akibat tindak balas dengan persekitaran seperti pencemaran, pemakanan tidak sihat dan sebagainya.

Setiap hari, sel tubuh kita diserang dengan radikal bebas sebanyak 10,000 kali sehari. Serangan bertubi-tubi inilah yang membawa kepada penuaan sel, lalu sel cepat rosak dan mati.

Antioksidan menyelamatkan sel tubuh kita daripada rosak dengan meneutralkan  semula radikal bebas, mencegah kerosakan sel dan melindungi kesihatan sel.

Radikal Bebas Mengancam Kesuburan

Kita tahu radikal bebas akan merosakkan sel. Ini termasuklah sekecil-kecil sel iaitu sel telur (ovum), bagi wanita, sel sperma bagi lelaki, malah juga organ pembiakan lelaki dan wanita serta kelenjar yang menghasilkan hormon-hormon pembiakan.

Radikal bebas mampu merosakkan struktur DNA. Sedangkan DNA ibarat 'blueprint' atau acuan bagaimana anak kita nanti.

Kerosakan DNA boleh menyebabkan keguguran, kecacatan kelahiran, perkembangan yang tidak normal dan sebagainya.

Kajian menunjukkan bahawa ada kaitan antara tekanan oksidatif yang menghasilkan radikal bebas dan ketidaksuburan bagi lelaki.

Jadi, adalah amat penting bagi kedua-dua pasangan suami isteri untuk mengekalkan sel yang sihat, dan bebas daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Vivix Shaklee Meningkatkan Kesuburan Dan Peluang Hamil
Vivix adalah minuman botani daripada campuran 4 tumbuhan iaitu anggur muscadine, lobak unggu, elderberry (Sambucus nigra) dan Knotweed Jepun (Polygonus cuspidatum) yang amat kaya dengan antioksidan - resveratrol.

Kajian mengenai antioksidan resveratrol telah meletus sejak beberapa tahun yang lalu oleh saintis dan lebih 1000 kertas penyelidikan telah di tulis mengenai keberkesanan resveratrol dan faedahnya terhadap kesihatan.

Efek antioksidan dan antipenuaan dalam resveratrol menjadikan ia 'calon utama' digunakan sebagai suplemen pemakanan.

Bagaimanan Vivix membantu kesuburan lelaki dan wanita?

1. Melindungi DNA (maklumat genetik) daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas

2. Mengaktifkan pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan dan kerosakan tahap sel.

3. Menggalakkan biogenesis; iaitu pembentukan semula mitokondria dan meningkatkan tahap tenaga dalam sel.

4. Melambatkan pembentukan protein AGE (advanced glycation end products)

5. Merencatkan pertumbuhan sel abnormal

6. Meningkatkan serta memperbaiki morfologi, mobiliti dan mortaliti sel sperma

7. Menguatkan sel telur (ovum)

8. Meningkatkan serta memperbaiki kecelaruan hormon

9. Mencuci (detoks) sel daripada pengumpulan toksin

10. Memperbaiki masalah berkaitan organ pembiakan lelaki dan wanita

Vivix adalah produk berpaten daripada Shaklee selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh saintis, dan diuji pula secara klinikal bukan sahaja ke atas setiap ramuannya, malah keberkesanannya.

Tidak salah jika mencuba. Mana tahu, dengan izin Allah, hasrat dan impian memiliki cahaya mata akhirnya menjadi kenyataan.


Sebarang pertanyaan mengenai Vivix Shaklee untuk kesuburan, boleh hubungi:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID: 868994

Boleh juga membuat pembelian terus secara online. Klik:





Rujukan:

1. www.whitelotusclinic.ca

2. natural-fertility-info.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan