Set Sembelit Shaklee Atasi Masalah Sembelit Dan Usus Kotor Dengan Cepat Dan Semulajadi

Assalamualaikum wbt.

Cerita pasal sembelit ni, pasti ramai yang ada pengalaman 'pahit' kan. Tak payah cakap pasal orang lain, saya sendiri pun memang pernah dan selalu sangat mengalami sembelit. Nak kata kronik tak la kronik sangat, tapi saya pernahlah bertapa dua jam lebih dalam tandas. Tandas mencangkung pulak tu. Bukan setakat kaki krem, siap menggeletar dan lembik lutut lagi.

Kalau diingat-ingat semula, memanglah serik sangat. Seboleh-boleh jaga takmau bagi sembelit dah. Seksa wooo! Nak lagi time kita ada anak kecik, memang tak senang hati langsung nak bertapa lama-lama dalam tandas. Anak menangis kat luar, kita menangis kat dalam. Huhu.


Masalah sembelit ni ada banyak punca. Antaranya:

  • Tak cukup pengambilan air
  • Tak cukup pengambilan serat
  • Perubahan corak pemakanan
  • Perubahan tempat 
  • Kurang magnesium
  • Pengambilan ubatan tertentu
  • Masalah nutrisi
  • Masalah neurologikal
  • Cara hidup tak aktif
  • Laksatif berlebihan
  • Hamil
  • Masalah saraf dan otot dalam sistem penghadaman
  • Buasir
  • Tekanan
  • Hypothiroidism
Pembuangan yang normal berlaku setiap hari, tetapi jika 2 atau 3 hari sekali pun masih lagi normal. Sedar tak sedar sebenarnya kita yang 'train' usus kita bila waktu nak buang. Seeloknya, ajarlah dia membuang setiap hari kerana jika terlalu lama (lebih daripada 3 hari), najis yang tersimpan dalam usus sudah mengeras kerana kandungan air padanya hilang diserap oleh dinding usus.

Cara Mengatasi Sembelit

1. Tingkatkan pengambilan air kosong (2-3 liter sehari)

2. Minum air suam semasa perut kosong

3. Makan banyak buah dan sayur

4. Makan buah prun dan bijirin gandum

5. Ambil laksatif (tapi tidak boleh terlalu bergantung kepadanya)

6. Senaman yang kerap

Cara Saya?

Saya perasan, ada beberapa keadaan memang tak menahan nak ke tandas, iaitu bila saya makan makanan berikut:

- Roti canai kuah kari + nescafe pada waktu pagi
- Makanan pedas + nescafe pada waktu pagi. (contohnya mee goreng, nasi lemak sambal pedas, nasi goreng pedas dsb)
- Makan suplemen Shaklee (hihi)

Ya, sejak saya menjadi pengamal tegar produk Shaklee, masalah sembelit saya sangat mudah diselesaikan. Macam saya, saya amalkan 4 biji Ostematrix sebelum tidur. Pagi esoknya, pembuangan akan sangat lancar. Walaupun bukan setiap hari, tapi saya dah jarang sangat kena sembelit.

Set Sembelit Shaklee Pilihan Semulajadi!

Bagi anda yang ada masalah sembelit kronik (atau juga buasir), saya sangat sarankan anda mengamalkan produk ini.

Apa yang best sangat dengan set ini?

Herb-Lax:

Ekstrak herba yang bertindak sebagai laksatif (julap) semulajadi, meransang pembuangan dengan lebih lancar, agen detoks berkuasa yang mencuci kerak-kerak usus dan toksin dalam usus.

Lecithin:

Bertindak sebagai pelembut najis, memecahkan molekul lemak dan minyak yang tersumbat dalam salur usus.

Ostematrix:

Kalsium dan magnesium yang meransang pergerakan peristalsis pada dinding usus, menguatkan saraf dan otot dinding usus supaya lebih sensitif dan peka kepada signal 'membuang' daripada otak.

Dengan set ini, bukan sahaja perjalanan ke tandas menjadi lancar, tapi juga boleh kempiskan perut yang buncit akibat mendakan kotoran, lemak, dan toksin pada organ perut dan usus.

Masalah sembelit, jika di biar berlarutan, boleh menyebabkan kanser usus atau kanser kolon taw. Nauzubillah. Jom lah bertindak segera mencuci segala kekotoran dalam usus.

Berminat mendapatkan set ini, berserta khidmat nasihat pemakanan percuma, hubungi:

Puan Suhaila Budin
012-9645614
ID:868994

Tiada ulasan:

Catat Ulasan